Saturday, August 24, 2013

Bedung ready made


Salam... Greeting earthlings...

Itu hari saya ada bagitau pasal bedung baby yang siap readymade. Kerana ada pelanggan telah memesan sejumlah 10 barut + 10 bedung pada diriku ini. Maka saya telah rambang mata di kedai kain, maka membeli lebih. Berikut di bawah adalah bedung yang telah saya siap jahitkan untuk dijual...



ukuran : 1 meter




1, 2 dan 8 telah dirembat sudah, harap maklum.


Diharap sudilah pilih mana yang ada. Boleh tinggalkan email di ruang komen saya. Saya akan contact anda semula.


Sekian, terima kasih.

Thursday, August 22, 2013

Iftar 2013


Alhamdulillah syawal sudah separuh berlalu. Sudahkah ada yang setel puasa 6 merangkap puasa qada sekaligus? bagus Alhamdulillah... Bagi yang belum, jangan bimbang.. Masih ada masa sebelum syawal berlalu. Sebelum habis napas dan jika diizinkan Allah... 


Berlalulah sudah Ramadhan, tapi baru nak citer pasal iftar. Left behind much? 


Johnny's

First get together iftar dengan rakan-rakan yang semakin berkembang biak. Mereka nilah teman-teman zaman muda remaja dulu. Merepek bersama-sama. Sekarang masing-masing sudah berfamili (excluded me, ika n lyn) namun masih mencari ruang dan waktu untuk bersama-sama. Friends still. Alhamdulillah...

Johnny's for iftar, tiada menu yang berubah, tiada pakej lebih yang istimewa sempena Ramadhan. Just Johnny's being Johnny's. Thats what we like. Bagaimanapun, harus booking awal. Kami warga yang dah kempunan sambal sedap steamboat Johnny's itu pun apatah lagi, berpusu-pusu la membooking tempat di Johnny's. Selain steamboat, nasi goreng dia pun sedap lahai~~~



selesai makan sudey, mari bergambar kenangan




Grand Dorsett Subang Hotel (formerly known as Sheraton Subang Hotel & Towers)

Alhamdulillah. Rezeki orang belanja. Aku makan sajalah. Rezeki jangan ditolak kata James Morrison. Berapa ringgit, jangan ditanya. Kerana orang yang belanja dah bagitau banyak kali pun macam tak digest dalam minda sebab hanya perut yang digest makanan percuma tersebut. Cuma dia bilang, adalah dalam seratus lebey.

Walaupun makanan nampak banyak, tapi ntahlah... Tak banyak pun yang aku makan. Pilihan ada banyak, tapi mungkin nampak kurang menarik. Entahlah... Ni kalau datang suruh bayar sendiri, memang aku tak pergilah. 

Samada korang kena ambik makanan awal, atau datang kemudian selepas solat maghrib untuk ambil makanan. or else, berebut-rebutlah atau beratur panjang.


deco + fruits

antara hidangan yang ada
ada lagi kat luar and few corner
tapi tak amek picture


Al Maida Restaurant
Middle Eastern Restaurant in Kuala Lumpur
Jalan Raja Abdullah
Kuala Lumpur, Malaysia 50250 


This is gathering for my car club.

Buffet RM35 per person. Alhamdulillah... makanannya elok-elok sedang-sedang cukup-cukup sahaja. Makanan arab yang sedap. Sesuai dengan tekak dan selera aku. Tak lebih, tak banyak sangat, mungkin sesuai aja dengan harganya yang tak berapa mahal. 

Walaubagaimanapun, aku agak kecewa sebab makanan tak di top-up. Alasan kerana mereka tak jangka orang ramai untuk walk-in. Hallo~~ dah tu kami yang booking dulu ni macam mana? Kalau dah offer buffet, korang sepatutnya expect the unexpected. Aku agak kesal sebab kawan-kawan yang datang lambat sedikit, tak mendapat pilihan makanan yang banyak. Kambing habis. Lauk dah tak banyak. Roti dia pun macam dah terbakar-terbakar sikit towards the end. Makanan tak top-up adalah big failure untuk buffet. 

Pukul 9pm onwards dia dah buka untuk ala-carte. But we did not stay that long and i think, they should at least do something for those yang datang lambat sikit kerana kasihan sangat mereka. I do feel bad coz i am one of the person who arrange for this buka puasa gathering.




lepas berbuka, kitorang pergi Titiwangsa kejap




Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC)

Rezeki datang lagi! (baca dalam intonasi Tora datang lagi! siapa taktau apa itu Tora, ok.. anda memang sangat muda lagi...)  Kali ini rezeki datang dalam bentuk voucher. voucher terbang melayang-layang. Ada orang offer, maka grab sahaja. Jangan cakap banyak. Muehehehe...

Alhamdulillah diberi kesempatan makan di tempat yang agak eksklusif. Beb.. kalau bayar sendiri memang i tak mampula.. T__T  Sedap! Tak sempat nak try semua benda sebab perut dah kenyang sangat. SEMUA benda kalau boleh nak try sumbat. Sedap tak tipu. Kambing dia pun sedap meleleh-leleh siap dengan pelbagai sos pilihan. Roti aiskrim goreng dia tak sempat makan sebab ramai sangat beratur jadi malas. Salahkan diri sendiri. yang ini boleh bagi 5 bintang!

Sorry tak sempat nk snap gambar makanan sebab sibuk sangat. Apa yang ada jelah... hihihi...







Aku ni takdela makan banyak sangat. Kalau buffet, aku tak berapa nak prefer sangat, tambahan lagi untuk buka puasa, biasa memang tak berapa nak makan sangat. Tapi kalau buffet yang orang offer nak belanja, aku laju jeeee... Hahahaha...

Alhamdulillah atas rezeki. Okeh..lepas ni boleh update pasal raya. 

Assalamualaikum....


Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya... Ho ho ho...


Aku sebenarnya sekarang telah termasuk dalam kategori orang yang kurang mengupdate blog atas kapasiti, perlukah aku tuliskan ini. Lagipun, blog busuk ni berapa kerat je orang nak ambik tahu pun. Tiada benda penting-penting sangat. Semuanya berunsur peribadi sukatiaku je nak tulis apa. Hahaha... Bukankah niat asal sekadar mahu mendokumentarikan apa yang terbusuk dalam hati dan terlalu-lalang dalam kepala? Sekarang kenapa berbunyi macam ketagih statistik? 

Okeh...

Banyak benda dah skip. Banyak benda sepatutnya aku plan nak tulis, tak tertulis jua. Nanti aku dah tua-tua lupa ingatan, sepatutnya boleh buka balik blog ni dan kemudian termangu-mangu sendirian sambil berkata "eh...aku pernah buat benda ni dulu? Gila rock aku dulu eyh... napa tak ingat ni?" Di kala itu, entah-entah link blog sendiri pun aku dah lupa.

Harini Syawal ke 7.
Hanya nak ucapkan 'Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.'

Walaupun lambat sudah, asal tulus ikhlas lahir dari hati.
Nak update pasal places and iftar. Tapi ni dah menjelang raya pula.
Nantilah, insya-Allah. Diusahakan.


Sekarang sibuk menyiapkan order orang. 10 barut dan 10 bedung. Mula-mula dah beli 10 untuk bedung dia, tapi dia macam tak berkenan dengan kaler. Baby girl katanya. Terus aku pergi borong lagi kain bedung kaler pink. Corak and pilihan kaler tak banyak sebenarnya. Jadi, bila dah girl, most of it kaler pink lah. Pilih la dik non. Makanya nanti, akan terhasillah few of ready made bedung. If ada sapa-sapa cari ready made bedung, roger me okeh! Ukuran - 1 meter. Anak buah aku 7 bulan pun masih boleh ikat dan bedung dia. insya-Allah boleh guna smp dia beso tapi takdelah sampai umur 10 tahun, harap maklum. Nanti aku uploadkan gambarnya bila dah ready.


Alhamdulillah, order untuk jahitan, tak putus-putus. Tapi pinggang dengan tangan aku plak yang macam nak putus menjahit. Asalkan tak putus harapan dah kira ok la kan?

Eh... sekali lagi... 'Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin' from chikuru with love. muahs. XOXO...

Monday, July 29, 2013

Tak tahu


Dulu aku ada habit. Kalau orang tanya apa-apa pada aku, aku akan buat macam tahu. Paling-paling aku bagi jawapan yang ada kot kat belakang.

Contoh:
Paling-paling tak sure, aku jawab "Iya kot"
Paling-paling macam tak berapa tak tahu, aku explain lebih kurang dengan tambah ".... kot" di hujung ayat.


Kadang aku bagi jawapan macam berlagak pandai sahaja. Buat-buat pandai. Padahal apa pun tak tau. Kadang aku rasa orang tahu aku tak tahu tapi berlagak tahu. Mesti dalam hati diorang cakap "hek ele dak ni.. tak tau cakap tak tau.." tapi mereka layankan sahaja....lepas tu bukak port kat belakang.. 'ko tau budak tu.. macam berlagak pandai kan. tapi aku tau la dia tak tau..' ok. ini dah bersangka buruk. sila abaikan. haha...

Aku rasa habit ni datang dari rumah juga. I think it is because sort of my parents akan urge me to get answer they want. I guess so. Kalau cakap tak tau, nanti kena marah. Or is it sebab perangai aku yang malas ambik tahu. So, my parents jadi marah if aku just sebut tak tau. Ah... Ntah... 

Then came this boy, my 1st nephew. Hilman. As he grow up, me and my sis rajin pergi jumpa dia. sekejap culik dia bawak berjalan. sekejap culik dia pergi sana sini. tak pun, parents dia datang lepak rumah kitorang. Or sometimes mintak jagakan dia.

Bila dia dah pandai cakap, benda paling tulus ikhlas dalam hati dia, bila kita tanya dia apa-apa, bila dia tak tau and curious about things, dia akan cakap tak tau dengan muka paling innocent. Kita pun akan dengan tulus ikhlas hati cuba explain benda tu bagi dia faham. 

Aku belajar dari dia. 

Kemudian, aku mula cakap tak tahu bila aku betul-betul tak tahu dan minta orang jelaskan tentang hal berkenaan bila aku tak tahu. Surprisingly, people will help you when you said you dont know. People are nice like that you jangan tak tahu.. Haha... 

But being adults, of course the condition is not the same. Dont expect everyone is nice. There are some thing that people will ask you to search for the answer for yourself. Tengok situasi jugak la kan. Takkan semua nak kena suap.


Whatever it is, i did learn from the small innocent kids. Ask when you dont know. Admit when you dont know.

It is a big lesson for me actually. Which i learn how not to feel embarrassed to ask when i really dont know bout somethings. Takde la nak buat-buat tahu, sebab perasaan takut dimalukan or takut dianggap bodoh. Even silly little things kita boleh je mengaku tak tahu, then have a laugh about it. Some people will get it and laugh along, but they will try to help to get you understand.


Ever went to an interview and said 'i dont know' but still the company said you got the job? And you are wondering why is on earth you have been accepted? Some company and HR things, they just want you to be honest. Coz things can be learn. 

Or maybe you put the lowest expected salary and hope that you perform in your job. hahahaha... 





Hilman.
my 1st nephew.
sekarang dah darjah 3.
and dah boleh jadi imam kat sekolah dia..
sob sob... tears..
dah besar dah dia..
T__T

Hilman try to memorize some surah from Quran.
He grow up to a beautiful kid.
Masya-Allah...

My niece and nephew.
Penawar and racun hati beta...


We also can learn from the innocent young kids..
If we look into their sacred soul, there are so much things that we can learn from them..
:)





Tuesday, July 16, 2013

Cuti Wesak lepas (Part II)


Part I

Cuti wesak adalah pada 24-May. Tetapi hari ini sudah masuk bulan 7 a.k.a bulan Julai. Penceritaan Part II masih di takuk lama. Maka mari sambung... 


25 May 2013

Hari Sabtu kami telah diajak secara berjemaah oleh ayahanda bunda untuk menghadiri kenduri orang-orang yang kami tak kenali. Mula-mula omma yang pujuk pergi kenduri. Katanya "pergi yang dekat ni je~~~... yang jauh tu tak payah la pergi." Kata omma memujuk. Memikirkan aku pun tak rajin mana nak masak, maka setuju saja dengan cadangan omma, janji makan tengahari beres. Tapi appa ligat otaknya. Dia terus heret kami pergi kenduri dekat Yan sana. Nama pun naik 1 kereta. Kenyang makan kenduri pertama, aku terus tido tak sedarkan diri sehingga bangun celik mata tengok "SAWAH!!!" Aku anak bandar memang jakun sikit. Excuse me~~~

Maka crime partner, adik aku-pakcik Yo- and me dah terkinja macam hapa je dah nak jugak bergambar tepi sawah! Nasib baik rumah kenduri tu, seberang rumah dia je ada sawah. Lepas makan, kami terjah!!! Keh keh keh... Saksikan banjiran pictures dari kami yang jakun sawah. Homaigod, ya Allah!! memang dah lama kempunan nak bergambar dengan sawah. Kalah rasa nak bergambar dengan Hans Isac. Kalau boleh nak mintak autograph dengan sawah sekali.

amek dari dalam kereta. ni tahap dah tak sabar nak melompat keluar kereta nak amek picture sawah.

crime partner a.k.a adik aku yang poyo konon Hero Remaja.
kenalkan.. Pakcik Yo.
kami juga paggil dia 'tebu'.

ehem... gadis kampung habis la konon tu kan...

kat rumah kenduri. i am so very the like suasana rumah kampung macam ni.
baru rasa macam balik kampung.

kami yang jakun ini haruslah paksa kanak-kanak bergambar dengan jentera.
budak dalam rumah tu cakap..
"weii.. tu kami punya la.."
elleh... dekut! nak amek picture ja punnn...
tangkap cepat2 kemudian lari cepat2. hahaha

as you can see, sawah tu tak berapa nak hijau. tapi pada tika dan saat itu, cukuplah buat kami yang tahap ketagihan lagi jakun akan sebidang sawah. Balik dari kenduri, sambil ayah drive melalui tepian sawah-sawah nan menghijau yang lain, aku dan crime partner masih terjerit-jerit kekaguman dengan sawah yang semakin nampak menghijau dan terbentang luas. 

"Uiyooohh... ni amek gambar ni cantik ni!" 
"Uiyooohh.. hijaunya sawah dia" 
"Tengok sini... cantik gileee". 

Mungkin tak tahan dengan keletah beruk-beruk ini di dalam kereta, mommy minta ayah berhentikan kereta. "Abang.. berghentilah.. depan nak amek gambaq nu.." Tak cakap banyak, tetiba daddy berhenti. Kami yang takde berapa nak panjang akal lagi dah, terus lompat turun kereta. sadly, daddy n mommy redha je tunggu dalam kereta. Kalau tak leh la buat family potret tepi sawah. More jakun picture. Ngeeee....

baru terlepas keluar dari kereta.
lihat bebudak 2 orang tu dah lari sampai ke hujung sana.


gumpalan picture. tak larat nak upload satu-satu.


I love this picture.
Like we are buddies for life!
whether you like it or not.
Hahahaha...


26 May 2013


Went home and craving for this. Sudah request semenjak seminggu sebelum pulang lagi. Nama dia Gulai Tempoyak apatah. Nama pun tak sure tapi memang sangat suka request pada omma setiap kali pulang. Iye.. Kalau boleh setiap kali pulang mahu omma masak ini. Air tangan omak sendiri memang molotup la kan. Apo namo masakan pun den tak tau, tapi ini memang masakan orang nogori. Resepi original arwah nenek katanya~~~


Adik laki i pula craving for mommy masak kicap. Air tangan ibu tak sama katanya... (We call him 'tebu' for some reason). Pagi Ahad itu, mommy masak dua-dua sekali. siap tapau bungkus bawak balik KL okeyh! Hahahaha.. kasih ibu terhadap anaknya.


Bahan-bahannya

Hasil akhir


Bila dan kenyang, perut dah senang hati, nak heret diri back to Kuala Lumpur bukan mudah. Dari pagi, drag ke tengah hari, drag ke petang, drag ke senja.. Kami bertolak dalam pukul 7 lebih kalau tak silap and stuck in traffic jem along the paid highway. T__T


Goodbye Sungai Petani.
Raya  nanti pulang lagi...
insya-Allah..