Tuesday, June 25, 2019

Cara buka akaun syarikat Enterprise di Maybank

Orang tengah share cerita pasal raya, aku baru nak bukak cerita pasal buka akaun kat bank. Banyak lagi cerita outdated ni. Nanti akan ku karang satu persatu. insya-Allah..

Haritu dah cerita macam mana nak register syarikat ssm. Sekarang nak cerita pasal pasal macam mana nak buka akaun syarikat pula. Memula berdiskusi dengan encik suami, akaun bank mana nak bukak ni. Aku sajes buka CIMB je sebab sekarang interbank kan dah 0 charge dan dengar-dengar tak riki pun, orang kata boleh buka RM1000 je instead of Maybank yang kena bukak RM2000. Tapi lepas diskusi, suami insist untuk bukak kat Maybank. OK lah. Layan lah kalau kena buka RM2000 pun, sebab duit tu boleh je amek balik kan. Hew hew hew.

1. First thing first. Kena ada boranglah. Pergi bank dan minta borang untuk buka akaun syarikat. Enterprise ke Sdn Bhd ke. Ikutlah. Aku buka Enterprise dulu. Nanti kita upgrade Sdn Bhd k. insya-Allah.

2. Make sure kita ada introducer. Introducer ni orang yang dah ada syarikat yang buka akaun dengan Maybank jugak. Sila jangan lampi cari introducer yang ada syarikat tapi buka akaun dekat bank lain. Har har har. Masa isi borang buka akaun tu nanti, kena ada sign dan cop syarikat introducer tu. Kalau dia baik hati, minta dia bagi name card and kepilkan sekali dekat borang tu. Kalau minta name card kat aku, memang aku tak bagi sebab aku tak buat. Kompeni makcik belum ada keuntungan dan bajet untuk buat name card. hahaha..

3. Isi lah borang. 

4. Buat cop syarikat di kedai berdekatan. Nak buat kat kedai yang jauh sikit pun boleh jugak. Janji siap je. Cakap nak buat cop syarikat. Bulat ke empat segi ke, janji ada nama dan no pendaftaran SSM dekat cop berkenaan.

5. Kalau register enterprise, sila sediakan RM1000. Aku bawak RM2000 haritu sebab dengar orang kata. Sekali akak bank kata, RM1k pun cukup dah. 

6. Sila hantar ke bank, bawa borang yang telah siap diisi dengan cop syarikat anda. Tangan yang nak sign pun jangan ditinggal di rumah. Beserta IC ye.

Akak/abang bank akan check borang, sign-sign apa bagai, dan sila tunggu dalam tempoh seminggu nanti dia call, kena mai balik la bank. RM1000 ni aku lupa plak nak kena bagi masa hantar borang atau kena masukkan masa dia panggil 2nd time tu. Kalau tak silap aku, haritu bank panggil dalam masa 3-4 hari macam tu jelah. Datang balik, dia bagi no akaun, QR pay code, apa bagai semua tu lah. Lepas tu jangan lupa register Maybank2u bagi memudahkan urusan perniagaan anda.

Good Luck and all the best. 









Tuesday, January 8, 2019

Cara Register Syarikat Enterprise di SSM

Alhamdulillah bertarikh 4 January 2019, aku selamat dinikahkan dengan SSM.  Kah kah kah.. 

Register kompeni sendiri secara sahih dan berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tidak lagi meniaga secara membelakangkan syariat. Tidak lagi bersekongkol. Apakah ni?

Ok lah just nak share cara latest mendaftarkan syarikat di SSM.

Pada pagi yang mulia hari Jumaat berkenaan, suami tanya nak g register kompeni tak? OK lah mari jawabku. Maka kami suami isteri pun pergi ke Menara SSM, Jalan Stesen Sentral. Aku pun tanyalah suami, nak kena ada photostat IC ke? Saja tak bawak sebab terpikir, sekarang kan dok pakai sistem dah. Suami kata kena la ada. Maka dalam perjalanan ke Jalan Stesen Sentral tu, melilau kitorang mencari tempat printing/fotostat yang dah bukak di pepagi hari kala burung baru berterbangan keluar dari sarang demi mencari rezeki. 

Aku pun fotostat la sehelai je. Sebab kedekut dan rasa macam tak pakai banyak kot ni. Sehelai je fotostat rm0.50. Masuk kereta kereta perli dengan suami. Kalau dia nak lebih nanti, awak pandai2 buat ye. Tskk tskk... keluar balik kereta dan fotostat lagi 2 helai. so rm1.50 melayang. Dah nak sampai SSM tu, baru teringat aku takde cash. Mintak husband cari mesin ATM plak. Kah kah kah. Nasib baik suami aku ni kesabaran dia tinggi sikit di pagi itu. Dekat dekat situ ada AM Bank kalau tak silap. Mujur la ada.

Sekali bila sampai bangunan SSM, ada mesin ATM RHB terpacak depan pintu masuk dia. Hew hew hew.. Takpelah, biar dan withdraw kat bank, selamat sikit. Kot ATM nan sebijik tu stuck ke rosak ke, maintenance ke, kan senang dah pergi withdraw duit siap-siap. 

Naik tingkat 4 (Cawangan Jalan Sentral). Pergi kaunter, dia bagi borang kuning yang macam tak pakai pun. Borang kuning tu ada guidance macam mana nak guna sistem. Kena register through web dia. https://ezbiz.ssm.com.my 
Untuk first timer memang silalah pergi ke bangunan SSM terus kerana kena sahkan IC pakai mesin dia. Semua self service.

Sah kan IC dulu kat mesin kaler kuning kalau tak silap aku. Lepas tu barulah pergi dekat mana-mana PC yang dah disediakan dan register masuk Sistem. Kitorang terus melulu je pergi pc. Pastu bila nak register new company, apsal tak boleh pun ni. Menu semua kena disable. Jadi sila sahkan IC dahulu dan boleh terus pegi meluru ke mana-mana PC yang anda suka. Akan ada petugas dekat situ. Kalau tak sure macam mana nak isi sistem tu, panggil aje pegawai dia. Sedia membantu. 

Masa kitorang haritu a bit confusing dekat nak isi code perniagaan. Ko bantai je isi berapa banyak kod ko nak isi asalkan berkaitan dengan perniagaan korang. kah kah kah... Kalau tak sure, sila tanya pegawai ok. Kitorang pun tak sure la betul ke tak kitorang buat. 

Last sekali payment method. Kitorang ni sebab pandai sangat, jadi kitorang banyak memandai-mandai. Hahaha.. Sistem ni tak boleh nak back-back sangat ye. Kalau back, silakan isi semula. Masa dekat payment method tu agak kompius sikit. Kitorang nak pilih method online sebab acah-acah tak nak pergi bayar kat kaunter takut ramai. Padahal tak ramai orang pun pagi tu. Nak cari maybank2u takdek. Dia ada bank lain ngn maybank2E. Memandai-mandai bukak maybank2E, akaun pun takde. Kah kah kah. Jadi memang la kena pilih 'pay at Counter.' Kalau tidak, nescaya akan terpaksa mengisi form banyak kali. Lepas selesai tu, sila print Invoice anda dan bawa ke kaunter. Dont worry, diorang ada sediakan printer. 

Pergi semula la kaunter amik nombor. Ting Tong tunggu kejap je terus no kitorang. Eksyen sangat tak nak bayar kat kaunter aphal. T___T . Aku mendaftar atas bukan nama sendiri, jadi kena RM60 + RM10 untuk business info. Kalau kompeni nama sendiri, tak silap aku RM30. So total kena bayar RM70.

Sebab kitorang settlekan awal-awal pagi, dia cakap by pukul 5 boleh check sistem dan print/download Sijil. Kalau tak, nak datang semula ke situ untuk print pun boleh. Oh ye.. takde plak dia mintak salinan ic aku. Jadi salinan fotostat ic tu tak payah la bawak kot.

Secara ringkasnya cara-cara daftar syarikat (Enterprise):
1. Pergi mana-mana cawangan SSM.
2. Bawa IC dan cash yang bercukupan.
3. Sahkan IC di mesin Do It Yourself (tak tau nak panggil apa)
4. Pergi mana-mana Pc yang disediakan untuk Sign Up dan isi borang secara online.
5. Page akhir sila pilih Pay at Counter.
6. Print Invoice.
7. Amek nombor untuk pembayaran.
8. Buat bayaran di kaunter. Untuk kes kitorang, dia bagitau, sebelum pukul 5 dah boleh login sistem balik dan print Sijil.
9 .Sijil sila print sendiri di kemudian nanti.
10. Settle.


So, Alhamdulillah.. senang sangat urusan nak register kompeni ni. Kebetulan pula masa pergi tu memang tak ramai orang. Jadi sekejap sangat urusan tu. Semoga dimudahkan urusan 2019 ni. Ameen....