Pages

Friday, January 6, 2017

Welcome 2017

Alhamdulillah... 2017 bertemu jua.

Kalau Fynn Jamal punya azam nak jadi hafizah, aku rasa aku belum lagi ke tahap tu. Nak hafal kahfi 10 ayat pun sangkut-sangkut lagi. Haish... insya-Allah 1 hari nanti. My hats off for her. Banyak yang dia perbaiki diri dia. Banyak yang dia upgrade menjadi better person.

Hopefully, sebelum aku sampai ke tahap dia, aku nak berazam nak jadi better person, better daughter, better mom, a better wife, a better crafter/sewer, better worker, a better blogger perhaps? and a better muslim. 

Tahun ni aku beli Planner. Dengan harapan boleh plan life lebih teratur. Tapi dengan 2 ketul kecik-kecik in hand ni, kita hanya mampu merancang ajelah. Ada lagi order yang pending ni. Kalau fikir-fikirkan macam malas dah nak amek order, terkejar-kejar dengan anak kecik. Ada pun time malam je, kena korbankan waktu tidur nak bercinta dengan mesin jahit. Entahlah nak korbankan ke tidak hobi nan satu ni. Sayang kalau korbankan sebab boleh generate income. Tapi... masa tu lah.. entah macam mana nak sesuaikan. bangun pagi nak pergi kerja pun kelam kabut lagi. 


Marilah merancang, hatta Allah jua yang menentukan.



2017. Be nice to me...