Pages

Thursday, March 28, 2013

SABAR...


sabar.

ia seumpama perkataan yang memakan hati aku sekarang.
bukan  penenang tapi pembakar.
bukan mereda namun meledakkan.

sabar itu mudah pada ungkapan.



-syaitan membisik di telinga-

Simple Jubah


After few months belajar kat kelas (plus ponteng kelas n kelas only 3 jam, 1x seminggu), Alhamdulillah siap sudahla sehelai jubah. 

Dah pakai ke office. Need more practise.





Tuesday, March 26, 2013

Being Parents


-dari aku yang belum ada anak tapi yang sedang jadi anak-


Anak-anak adalah amanah dari Allah...
Anak-anak sepatutnya menjadi harta dan aset. Samada aset di dunia ataupun di akhirat. 
Lihat cara anda didik anak hari ini. Anda siapkan anak anda untuk aset di mana?



Kita suruh dia solat dan puasa. Adakah dia faham mengapa harus solat dan mengapa harus puasa?
Kerana mak ayah suruh? Kerana Allah suruh? Mengapa Allah suruh?


Bila sudah dididik, sampai masa dia akan terbang dan berjumpa dengan dunia luar yang luas terbentang.
Hah... masa ni dah susah dah nak pantau anak-anak. Bekal kasih sayang, perhatian, didikan selama inilah yang bakal menentukan pilihan dan corak kehidupan dia. 


Ingat senang bila dah ada anak?
Amanah Allah. Akhirat nanti Dia akan tanya...


Bagaimana kita mahu anak-anak kita jadi pada masa akan datang, kita lihat diri kita sekarang.


Aku anak yang macam mana?
Aku rasa... aset dunia pun tak sangat. aset akhirat pun tidak juga...
Hmm... muhasabah diri semula apa tujuan hidup di muka bumi ini.


Thursday, March 21, 2013

Satay Kambing.


Kambing adalah haiwan kegemaranku. Maksud aku, bila aku nampak kambing, aku nampak dia sebagai sedap. Walaupun dia masih berjalan di tepi padang sambil meragut-ragut rumput bersama kawanan kambing yang lain di waktu petang. Sekiranya dia berkawanan, aku akan kata, 1 kawanan yang sedap. Haish... sambil menaip ni pun dah kecur air liur terbayangkan kambing.

Sewaktu zaman muda remajaku, di zaman aku dan teman-teman masih belum pasti akan masa depan, - kawin dengan siapa, anak berapa orang, di saat kami hanya memikirkan.. ok... lepas ni apa nak buat? lepas ni nak pergi mana? - kami akan berkumpul boleh dikatakan tiap hari makan malam bersama. 

Antara port kegemaran kami waktu itu adalah Nasi Lemak and Char Koew Teow Mali di Taman Bunga Raya.  Kami menghurung Mali hampir setiap malam. Sejak dari zaman menghidang dari meja ke meja hinggalah sekarang harus layan diri, saat dia masih belum ada cawangan di Danau Kota.. Style pelayan dia masih sama. Ada seorang yang biasa jaga cashier. Manis wajahnya. sentiasa senyum. Yang lain-lain? Hampeh sikit. Hahahhaha... Tapi mereka cekap dan pantas. Tak kisahla nak muka macam bagus or macam sombong, tapi mereka pantas di kaunter. Tak perlu tunggu lama. (itu dulu..zaman kami melepak sana. sekarang dah tak sure macam mana)

Waktu cawangan buka di Danau Kota, pekerja-pekerja kaunter mereka juga macam style sombong gitu. ehh...kena train macam ni ke diorang ni? Tapi waktu aku pergi masa itu, perkhidmatannya tobat lembap bikin aku panas hati. Tak macam Mali, Taman Bunga Raya. Aku dah lama tak pergi cawangan Danau Kota. Sekarang tak tau macam mana. 

Jadi antara dua tempat ini, masih aku pilih ke Mali, Taman Bunga Raya (TBR).

Kat Mali TBR ni ada sorang makcik ni jual satay. Selain makan nasik lemak n koew toew, kami akan order dengan makcik ni satay. Keistimewaan makcik ni, dia ada satay kambing. Kami yang gila kambing ni, memang biasanya akan order satay kambing dengan makcik ni. Biasanya sorang 4 cucuk. Satay kambing dia memang terbaekkk... Lemak-lemak gittew.

Setelah few of us dah berkahwin ni, kami jarang lagi lepak di situ. Baru-baru ini rindu dengan satay kambing makcik itu, kami decide untuk gathering dah buat port luck bertema Mali. Aku ditugaskan untuk cari makcik itu dan order satay kambing dengan dia. Malangnya, setelah 2 hari pemantauan ke atas Mali TBR, aku gagal menemui makcik itu. 


Mana lagi nak cari satay kambing eyh???


Kau sedap!!!
(image from goggle.)



Wednesday, March 20, 2013

Calar


Semalam aku bangun pukul 5 pagi.
Bangun untuk isyak lewat terbabas.
Kemudian sambung kerja-kerja menjahit.
Asyik di mesin jahit kemudian jahitan terbabas.
pukul 5.what do you aspect?
Ambil penetas dan tetas sambil baring... kemudian sambil tertidur pula.
Bangun 6.30 untuk solat subuh.
Waktu ambil wudhu' terasa muka pedih.
Macam ada kesan calar.
'owh...mana datang pula ni? habis muka i~~'
Sambil tengok wajah yang dah kemerahan dalam cermin.

Usai solat subuh, aku nampak seekor cicak di tengah karpet.
Diam tak berganjak.
Aku acah-acah pun dia buat tak reti jugak.

Aku saspek dia yang cakar muka aku.


Tuesday, March 19, 2013

Redha Ilahi


Semalam aku terbaca entri dari terfaktab di SINI. Tentang perpisahan. Tentang mencari redha Ilahi... 


Entah mengapa sungguh aku rasa terpukul...

Saat tika ini, aku rasa seperti ingin pulang terbang memeluk sebuah tubuh yang makin dimamah usia. Aku ingin peluk dia dan menangis semahunya.  Tanpa berkata apa-apa. Hanya diam, peluk dan menangis semahunya melepaskan rasa senak sebak serabut dalam jiwa. Aku mahu peluk ayah, empunya tubuh tua itu.

Kalau boleh terbang sekarang, aku ingin. Biarlah dia tega dengan keputusannya.

Hari makin berganti hari. Usia makin meninggi.





Tapi kaki dan hati ini, masih tega di sini....

Tuhan... tolong aku...

Mengapa perjalanan ini disukarkan?

Permudahkan ya Allah..

Aku hanya mahu redha Ilahi....



Monday, March 18, 2013

Life...

Tiba-tiba rasa bosan dengan life.
Pergi keje, balik keje.
Balik ke rumah kosong.
Yang tak ada benda bernyawa lain kecuali cicak, semut, kadang-kadang ulat sampah..

Terasa macam.. so, what's next???

Aku hanya harap mak ayah aku mengerti...

Thursday, March 14, 2013

Susu Anlene


Menghairankan bagaimana makanan pertama yang masuk ke dalam badan kita adalah susu tetapi apabila sudah dewasa kelak, sudah lupa macam mana nak minum susu. Macam geli dan loya pula tekaknya untuk meminum sebuah gelas yang mengandungi susu. 

Ya... aku adalah antara manusia itu. Entah mengapakah terjadinya fenomena itu. Siapa boleh terangkan, angkat tangan...

Seperti yang diwar-warkan dalam tv dan iklan yang kompem akan menyatakan produk mereka adalah terbagus dan terlaris dalam pasaran, Anlene adalah satu-satunya iklan yang menekankan tentang pengambilan susu untuk kalsium yang perlu dibekalkan kepada badan kita. Aidid Marcelo dan famili pun minum Anlene katanya.

Kerana telah berada dalam usia awal 30-an, maka dengan ini aku harus disiplinkan diri mengambil pemakanan sihat. Pemakanan sihat la sangat~~ susu je pun... Hahahaha... Sebenarnya sebelum ni pun dah ada war-warkan konon nak ambik Anlene dan jadi disiplin. Cita-cita terkulai layu di tasik madu. Anlene tersebut telah tamat tarikh dan bungkusannya tidak dibuka pun. Kahkahkah... 

Maka dengan ini, saya try beli Anlene bungkusan kecik dahulu. Beli di pasaraya bawah area rumah je. RM6.70. Trial pack ah ni. Pagi tadi, instead of minum nescafe macam biasa, aku minum Anlene pule. Istikamah ka? We wait and see la...


haruslah perasa coklat...




Wednesday, March 13, 2013

Kesabaran itu ada batasnya...


Kita sebagai manusia biasa, tak lari dari dugaan. Tak lari dari diuji. Samada kita dihina, dicaci, dipandang rendah, tidak dipedulikan, dipermainkan dan tidak mendapat izin kahwin (aik??). Ujian akan datang melanda samada kita bersedia atau tidak. Kebiasaannya, sahabat-sahabat prihatin di sekeliling, mahupun kaum keluarga hanya mampu memberikan kata-kata ~ sabar. sabar. sabar...

Manusia. Lama mana sekalipun dia cuba bersabar, pasti akan sampai di satu tahap batasnya, di mana sebagai manusia biasa yang tidak maksum, ditambah dengan hasutan syaitan kiri dan kanan telinga, yang bergayut di hujung-hujung hati, sabar itu pasti sampai jua di penghujungnya. Meletup, meletus dan mencetuskan api yang marak membara. 

Aku juga hanya manusia biasa. Yang diuji di kiri kanan jalan penghidupan. Yang telah lelah dengan ujian, yang masih cuba bersabar walau dugaan demi dugaan menyapa ruang jiwa. Namun adakalanya aku tewas.

Gambar dah pandai edit guna PhotoGrid ok...
HAHAHAHA


Sejak kemunculan Note, hati ini dipagut rasa cinta pandang pertama. Tak tau kenapa tapi segala SII, SII, S beam, iphone segala tak berjaya mencurik hatiku ini. Entah mengapa perasaan cinta itu mendalam sekali. Sangat cinta. 

Tapi aku hanya pandang. Rasa macam tak perlu and tak mampu pun nak beli. Kemudian teman-teman mula membakar api dalam sekam. eyh?? Diorang beli dulu! Cis sungguh! Tiba-tiba Note II keluar. Kemudian seorang teman lagi rembat. Apalagi, makin rancak la kata-kata hinaan daku terima. Sehingga 1 hari yang dingin, daku tak mampu lagi menahan kesabaran ini. Alhamdulillah, kini dalam genggaman. Hasil titik peluh sendiri. 

The black one is mommy punya. Sibuk nak Note II jugak. hahahhaa... I took the white one. The pink cover, gua pow mak gua. Tq mommy.



Sony Ericsson Walkman W660i
the reason mengapa mereka menghina i
Masih guna. masih in good condition.


Wednesday, March 6, 2013

Kurung pesak gantung


Pada beberapa bulan lalu, seorang rakan telah memborong beberapa pasang kain dari Brunei. dengan semangat yang berkobar-kobar, dia pun datang menghantar kainnya itu untuk dijadikan kurung pesak gantung kepadaku. Namun begitu, di saat itu, dia cuma menghantar 5 pasang kain SAHAJA. dalam pada masa yang sama, masih ada 3 pasang kain untuk dijadikan baju kurung untuk teman yang lain.

Dipendekkan cerita, setelah berbulan lamanya, maka siaplah sepasang kurung pesak gantung untuk rakan berkenaan. Sepasang baru ok~~ dia datang fitting. Currrlass kau jah kan siap datang fitting dulu. Saiz ok, dia pun dah puas hati, lepas ni baru rempit lagi 4 pasang. 

Terimalah tatapan picture yang rakan i yang sudi tangkapkan gambar demi i yang poyo mintak jugak suh amek picture. kihkihkih....


Tuesday, March 5, 2013

Kenduri Kahwin



Sabtu lepas, pagi pergi kelas macam biasa... (ayat berbunyi macam tak pernah ponteng padahal dah 3 minggu tak pergi kelas).

Selepas kelas, aku menghadirkan diri ke kenduri kahwin instructor diver aku, abang Adee. Akhirnya Adee dan Kak Su telah selamat mendirikan rumahtangga. 

Pada mulanya, aku menjangkakan akan ada sesi bergambar pakai tank, dive suit segala dalam pool ke kan.. Maklumlah instructor kawin dengan Dive Master. Tapi buat kat masjid, pool wudhu' tu adalah...

Kenduri sangat simple. Sangat mudah. Sangat dituntut Islam. Nikah di masjid, kemudian disediakan makanan secara bersederhana di perkarangan masjid juga. tak stay lama pun coz parents turun KL menziarah pakcik yang sedang sakit. 

instuctor yang kawin dengan student-studentnya.
me n my friend,kenal masa amek lesen dive sekali

me n the pengantin..
napa ntah aku nyer pic mcm membongkok sangat


Alhamdulillah syukur Tabarakallah.Semoga perkahwinan ini diberkati oleh Allah swt.. Doakan giliran saya pula selepas ini ye para pengantin. Amin....


Friday, March 1, 2013

Kuku di jemariku II

<Kuku di jemariku>


Oleh kerana banyak bahagian kuku yang telah mati dan kering lalu tercunggit keluar hingga nampak annoying di mataku dan juga dihatiku, maka kuku itu telah ku semadikan dia...

Daku cuba kikis-kikis bahagian yang masih bersambung dengan isi itu untuk menyingkirkan semua bahagian kuku di atas. tetapi alangkah malangnya kerana usahaku sia-sia belaka. Kuku yang masih bersambung dengan isi itu tidak dapat daku singkirkan dia. Maka kekallah ia buat sementara disitu, menunggu kuku baru menolaknya hingga terAFUNDI keluar.

Kuku yang telah mati itu, ku korek-korek, kemudian ku potong-potong ia.. sehingga terjadilah begini....



kelihatan ngeri ngak?