Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, September 5, 2016

Syawal 2016

Alhamdulillah... masih diberi nafas untuk menyambut syawal kali ke-3 bersama keluarga tercinta.
Alhamdulillah... masih diberi nafas untuk beraya kali ke-3 di rumah mertua.
Alhamdulillah... masih diberi nafas untuk mencoretkan pengalaman beraya walaupun bulan Syawal sudah berlalu pergi.

Ewah... ni nak kabo. hamba ni sedikit stress dengan pekerjaan lately. Jadi hari-hari dah meroyan ke encik husband mengatakan aku nak berhenti kerja. Nak benti keje! nak benti keje! nak benti keje! Jadi, pada mak mak yang telah berjaya berhenti kerja, Tahniah! Anda telah berjaya membuat saya iri hati dan bertambah stress.

My immediate bos ni, amatlah baik, bersemangat waja dan terel. Ini yang buat saya lebih stress. Hahahahha... OK la.. cut the crap. nak citer pasal raya 2016.

Sepatutnya tahun lepas adalah giliran pulang ke Kedah, tapi ibu bapa pergi beraya ke luar negara pula. Jadi tahun ni seharusnyalah giliran Pahang pula. Tapi sebab tahun lepas dah Pahang, maka tahun ni Pahang lagi? hahahaha... dilema hari raya~~

Tahun ini, adik beradik sebelah suami semua beraya di Pahang. Jadi, kami laki bini ni bergado masing-masing nak balik rumah mertua. aku nak balik rumah dia, dia nak balik rumah aku. Memang last minit decision sangat sampai laki aku kata, kita ni  pelik tau..biasa orang gaduh nak balik rumah sendiri. Memandangkan adik-beradik dia semua ada kat sana, aku sajes, kita raya sana lah dulu. raya kan nak kumpul adik beradik. bila lagi? somemore, abang aku tak balik Kedah, so raya tahun depan, biarlah kami dapat berkumpul beramai-ramai pula. Keputusan akhirnya, raya kedua kami plan untuk balik Kedah.

Tapi apakan daya, kami hanya merancang, Allah yang menentukan. Kakak aku pulang berhari raya di Kedah. Namun, pada ketika itu (ayat skema habis) anak keduanya baru dijangkiti demam campak pula. Jadi, tidak mahu merisikokan anak-anak kami yang masih kecil bayi itu, plan ke Kedah ditunda terus ke tarikh lain. abang aku pun ada mesej nak balik Kedah raya kedua tu. Tapi aku kata.. hang toksah buat loqlaq. Bini hang ngandong tu, lagi bahaya hang nak bawak p balik orang demam campak tu bang oi~~  Citer raya kedua ni pun lawak. nantila aku cerita. 

ehh... banyak betul cerita aku ni kan.. sampai tak tercerita. haishhh...

Jadi, pada hari raya, marilah bergambar kenangan .



Tahun ni dah mencabar sikit nak amek gambar raya.
dah ada toddler


Posisi kedudukan wajib tiap2 raya. 
ipar-ipar aku pun dah tau dah.
yang pastinya, adik ipar bongsu tetap menjadi mangsa jadi photographer. kikiki

Budak baik cinta hati mommy

Budak kecoh cinta hati mommy juga.
dia ni kalau takde memang rasa sunyi
sebab mulut dia mcm bunyi tiap masa.

syok je dia join orang buat hal dia sendiri






Kalau ikut hati jiwa raga ni semua gambar nak upload. Mostly pun ada je dah dalam IG. cukupla ni. setakat nak merasa blog berupdate.

Kisah bersalinkan baby no 2 pun belum tulis ni.



Friday, February 13, 2015

1 tahun anniversary


1 tahun...  alhamdulillah... cepatnya masa berlalu. 

 1 februari 2014



1 februari 2015
alhamdulillah..
1st anniversary bertiga
we fly off to Krabi
celebrating our love
♡♡♡





Wednesday, November 14, 2012

Hari Raya Haji 2012 - part II


Okeh... mari sambung cerita terbengkalai dari sini...

Malam itu kami berBBQ. BBQ nak cerita apa sangat ye dak? bakar-bakar, makan-makan, kenyang, uurrrppp... tidooo... hahahahha


proses memecahkan dara sotong itu

proses memecahkan dara si udang pula

sapa bakar sampai hitam sosej tu hah?

yummeh~~~

sotong yang tak diperap. dibakar begitu sahaja.
fresh giler sedapppp

sotong korban

tak lupa juga membakar ketam.
fantastic hingga cair pemegang pan itu...

pergh.... 
ini sedap sehingga ke tulang halkum 

diminum bersama kelapa pandan homemade
campur air batu dan aiskrim soda...
i tell u terangkat habis!

tukang-tukang bakar

minah salleh celup ni kena duduk dalam. layan ipad aje.
nyamuk. badan dia tak imune.

sitting like a boss only



anyway, kambing yang diperap olehku sebentar sahaja sudah habis. laku bagai kambing BBQ. letak sekejap atas meja dah hilang disambar. Sedap kata mereka. Ehemmm... 


Oleh kerana tukang amek gambar bias, hanya ambik gambar time bakar-bakar kat luar, maka orang-orang penting di dapur yang menyiapkan perkakasan telah terabai. Takpelah, bukan boleh tepek pun gambar tak pakai tudung.  Lagi kasihan gambar tukang amek gambar takdek pun. Hahahahaha..

To be continue~~~
waahhh... over! ada part 3. hahahhaa



Friday, November 9, 2012

Hari Raya Haji 2012


Olla.... Salam Jumaat...

Semestinya ramai yang menantikan kedatangan hari Jumaat kerana hari Jumaat adalah penghulu segala hari. (read- waktu lunch panjang, esok dah weekend). I got so much to write about, tapi tak tertulis-tulis. Kadang bila semua benda nak tulis, tetiba jadi jammed kan. Stuck terus tak tau nak tulis apa padahal hati berkobar-kobar nak hapdate. Azam konon November ini nak hapdate hari-hari. Konon je sudah.

Okeh la... Oleh kerana janji  tahun lepas untuk update pasal Raya Haji tak tertunai, maka tahun ini harus qada hajat. 

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa sunat pada  Hari Arafah 9 Zulhijjah bersamaan hari Khamis 25 October 2012. Correct me if im wrong please.. Hari tersebut juga merupakan hari perjalanan bagi kami adik-beradik untuk pulang ke kampung halaman di Sungai Petani nun. Maka saya adalah diuji sedikit pada hari itu. Sikit ajelah. Anggap macam puasa bulan Ramadhan sudahlah. huhuhu... Padahal dalam kereta tido aje. Wohooo... sekarang sudah ada driver baru. Adik bongsu dah ada lesen, maka suruh dia drive aje. Setelah kakak saya berkahwin dan punya anak, saya sudah sukar untuk mendapat kesempatan duduk di kerusi co-driver dan tidur sepanjang perjalanan. Kalau boleh bawa lebih dari 110km/j, saya suka je nak drive. Kehkehkehkeh..... but with the speedtrap AES whatsoever, homaigod 110km/j is so damn bored!

Pabila sampai di rumah ayahanda bonda, bonda pula masak tomyam dengan sambal apatah memang la saya tak amek port kerana ini adalah menguji kesabaran dengan lebih lagi! hahaha... Di kala adik-beradik sedang menjamu selera, saya terpaksa menyisihkan diri. T__T

DAY 1

Raya Haji kali ini, abang sulung yang berada jauh di perantauan juga turut sama pulang. Maka complete gambar adik-beradik raya kali ini. Cumanya masih belum lengkap ahli keluarga sebab abang ipar yang kerja atas laut pula tiada. 

Sesi bermaaf-maafan dilakukan. Dapat duit raya yahoooo

kakak ipar sulung mcm beria dia mintak hampun kan... hahaha
gambar abg sulung guwe tak sempat capture.

kakak 2nd. 
sampai senget-senget mulut ayahanda

anak dan menantu no 3

itu dia... omma menangis ketika memeluk anak no 3 nya
dosa apakah telah mereka lakukan?
tunggu dan lihat~~~
hahahaha

anak no-4 dan no-5
tengok anak no-4 tu. nak mintak hampun pun gaya tense je...
ni gaya anak derhaka mintak hampun.

anak no-6.
anak paling tergagai.

anak bongsu in action

ini versi mintak hampun
kasih sayang adik-beradik nan abadi
tiada tandingannya

with cucus

abang long family with appa omma

sis family without husband di sisi

abang kawasan family

the omma daddy with the 7 siblings

us the magnificent 7

the girls in da house

da boys tak cukup korum


the family

~the package~


Sekian kenduri gambar. Bakal bersambung to part 2.



Happy Deepavali to all my indian friends. Im going back to my hometown this weekend. To celebrate raya and mintak hampun mintak maaf lagi~~~