Pages

Friday, January 27, 2012

Jahit pinggang dan vakrum



Owkeh. aku memang jeles gila tengok dia jahit cepat je macam magik. sekejap je dah siap. Kalau aku ni, terkedek-kedek, bertahun-tahun pun belum tentu siap. Takpelah, more practise please.. Nama pun cikgu kan dia ni. Tapi i memang jeles gaban...

Thursday, January 26, 2012

Random Post

bulan Januari ini masih tidak ke kelas. apalah khabar cikgu di sana... kerja sekolah tak siaplah, segan lah nak pergi sekolah... 

sekarang anak buah ada di rumah. sungguh la lasak memanjat sana sini. pantang tengok aku  masuk bilik, mesti nak ikut sama. kemudian habis 1 bilik dia selongkar. Barang-barang dalam laci dia punggah habis keluar. Barang-barang make up atas almari, dia panjat and capai. Nanti aku upload gambar dia sepahkan habis bakul sampah dalam bilik aku.


Caught in the act.
Lihatlah muka bahagia dia...
T__T

Haritu, aku menjahit dalam bilik. dia sibuk nak duduk atas pangku. Merengek-rengek mintak naik nak duduk. memang bahaya jugak. tapi dia dah buat muka ala-ala Puss in Boots. elok aku angkat dia, muka sengih gatal. tangan dia aku pegang supaya tak merawang nak pegang mesin. aku suruh dia duduk diam-diam. Nasib baik dengar kata. risau jugak kalau-kalau mesin tengah laju, dia pegi hulur jari kat situ. hish...ngeri. Everytime mesin jalan, dia gelak selak. Amboi...suka kau ye. Dah besar, jadi fashion designer lah, senang aku nak tempah baju.

~~~



i found this video on this blog

and my struggle adalah untuk tidak meninggalkan solat, cukup 5 waktu sehari, dan juga untuk menutup aurat dengan lebih baik. insya-Allah.... Amin... life is a progress... 

why i find its a struggle? Sebab kadang bila solat isyak dan subuh terutamanya, bila nak ambil masa untuk berbaring sebentar tengok tv, ambil masa berehat, kemudian tertidur dan tewas terus sampai pagi. bangun pagi pula, bila alarm dah bunyi pukul 6 lebih, terus tekan snooze. yang peliknya, bila tersedar balik dah pukul 7 lebih. Kelam-kabut siap-siap nak pergi kerja. 

Menutup aurat dengan lebih baik... Kelemahan utama, lengan. Strugle dalam diri pun ada. Sekarang tengah berbelah bahagi minat dalam diving ni. boleh je nak diving tapi menutup aurat kan? huhu... tapi itulah dia... salah satu kelemahan dalam diri. bab diving ni tak berapa nak risau sangat sebab keinginan ada membuak-buak, cuma kewangan aje yang kurang membuak-buak. 

Harap-harap 2 perkara ini dapat diperbaiki. setelah diperbaiki kedua-dua ini, insya-Allah kepada progress yang lain pula. Minta diberi kesempatan itu.


~~~

Cuti raya cina ni tak kemana pun. Pergi shopping di Sogo pada hari sabtu, ingat tak ramai yang ada, ingat dah ramai yang balik kampung, rupanya manusia masih ramai. Office pula masih kosong, masih ramai yang bercuti. Toilet pun bau harum lagi walaupun waktu dah 11 lebih. Buang air besar pun dengan tenang sahaja. Harini pakai kasut baru yang beli kat Sogo itu hari. berdetap-detup bunyi tapak dia, segan pula i... Ketat lagi kasut ni, maklumlah masih dara. 

Kepada yang menyambutnya di luar sana, Happy Chinese New year and Gong Xi Fa Chai to all...

Tuesday, January 17, 2012

gentleman and gentle man


telah berlalu setengah bulan januari. pantas sungguh masa berlalu.

few days back, ofis aku ada handle something and aku terlibat. masa ni lah peluang untuk aku jumpa staff lain. kalau tak, memang terperuk depan pc aje. 8.30a.m - 5.30pm official office working hour. mind you, that aku mention office hour. takdela sharp 8.30 a.m aku smp and sharp 5.30pm aku balik. kalau boleh memang nak balik awal dari 5.30pm tapi tak bley la dey.

pada kesempatan inilah aku dapat berkenalan dengan staf-staff lain. jumpa dunia luar sikit.nak dijadikan cerita, aku telah berkenalan dengan seorang staff lelaki yang agak lembut. owh yeah, dia seorang designer. maka aku sembang-sembang la tanya pembabitan dia dalam dunia fesyen sikit-sikit and ambik contact number. kami bersembang sepagi. dia tersangatlah ramah dan aku pun melayan aje. sembang punya sembang, then kitorang pun pergilah lunch sekali.

Actually, this thing happen to me for quite few times. so, this is just something that i want to share.

Before kitorang nak pergi tu, dia ajak naik kereta dia. tapi sebab kereta dia park jauh, aku offer naik cik putih aku. The first word yang keluar dari dia, dia cakap... "ala..malula pulak naik kereta perempuan drive". For me yang ala-ala rock tak rock, perasan rock je lebih, aku cakaplah aku tak kisah.

And masa makan, bila orang kedai datang kira, tanya kira sekali ke asing-asing? Laju je dia jawab kira sekali and terus ambil kertas yang dah dikira tu.


Sebelum tu, pengalaman few years back pun macam tu jugak. Aku keluar dengan kawan lelaki aku yang lembut sikit. Tapi dari bayar parking, makan, pick up, hantar, semua dia insist to do. aku ada jugak keluarkan duit nak bayar for makan and parking, tapi dia memang menolak.

Pengalaman yang sangat berbeza pulak bila keluar dengan lelaki yang lelaki konon-kononnya. hahaha.. boleh ke aku cakap macam tu? yang lembut tu pun lelaki jugak, cumanya, yang aku  nak cakap lelaki ni kononnya lelaki yang keras la kan. eip... jangan salah ertikan keras di situ okeh. or should i say lelaki kasar? what everlah...

ada few pengalaman aku yang keluar dengan kawan lelaki kasar yang bila makan, dia prefer kira and bayar asing-asing. bila nak keluar makan pula, dia takde nak rasa segan-segan pun if perempuan yang kena jemput dia. dia tak kisah langsung la. bila bayar parking kereta pun, buat dek, buat tak tau je. Bila makan, keluarkan duit cukup-cukup je dengan makanan dia, and paham-paham sendirilah suruh aku top-up. bila q-up kat fast food, boleh dia pegi duduk and suruh aku order. owh yeah...

sometimes perempuan ni, takdela demanding nak dibayar or dijemput selalu everytime bila keluar. aku rasa most of perempuan tak kisah pun nak keluarkan belanja or jemput/hantar lelaki ni. but depends on the situation la kan. means kalau tiap-tiap kali keluar, si lelaki ni buat hal, buat dek je everytime, memang muak la kan. Maybe perempuan just nak tengok sejauh mana lelaki ni berfungsi sebagai a gentleman.

Bukanlah aku nak kata semua lelaki yang kasar ni macam tu. memang bukan semua. but so far, dengan apa yang aku alami, lelaki lembut lebih gentleman dari gentleman itu sendiri. 


This is just from my minor tak-sengaja observation. What say you?

Friday, January 6, 2012

2012


hola hola.... 2012 is here. semua orang dah update pasal new year resolution and recap 2011.

aku? aku plak baru masuk kerja harini. ye.hari ini bersamaan hari jumaat. tau dah mesti nak tanya kenapa tak cuti je terus alang-alang kan? pasal sabtu ni aku kena kerja ~ yahoooo. tempat kerja aku memang suka suruh orang kerja ganti cuti pada tarikh yang tak best. deng!

tahun 2011 banyak bawa duka lara dalam hati. banyak bawa rasa kekeliruan, rasa caca merba, banyak jiwa kacau. tahun 2012 aku harus sapu bersih and mop perkara-perkara itu dari ruang jiwa. mau hepi-hepi aje. insya-Allah, setiap ketentuan Allah itu ada hikmahnya. senyum sampai telinga.

apa plan tahun ini? sabtu ini haruslah ponteng kelas jahit lagi. halo~~~ kan kena ganti kerja. baju kawan aku mintak jahitkan belum siap. jadi siapa nak tempah untuk raya nanti, sila tempah sekarang. kahkahkah.

cuti panjang, baru pulang dari bermalas-malasan di rumah di mana ada ibu bapa dan juga seorang kakak yang pandai memasak. kakak aku masak apa pun sedap. ini realiti. bukan fantasi. tiba-tiba lapar nih. macam biasa, bila pulang ke rumah, melekat saja dalam rumah. bila orang tanya Kedah apa best? aku jawab, rumah aku best. kahkahkah. tak reti lah nak berjalan sangat bila balik kampung. kawan-kawan pun takde. lepak rumah ajelah. lagipun, itulah tujuan utama pulang kampung, untuk jenguk dan bermanja-manja dengan ibu bapa. anak buah yang sedang membesar juga ada di rumah. nakalnya ya-rabbi. buas! pengsan main dengan dia. baru saja pecahkan penimbang berat omak dia yang selamba dek dia je hempas ke lantai, sejurus sebelum aku pulang ke KL. aku yang garang ini apa lagi, terus marah dia. budak manja sangat takde orang nak marah. terkulat-kulat mata dia tengok aku. comel sangat. rasa nak marah je selalu.

 budak bonzer


ho yeh. aku pergi jumpa pakcik doktor gigi untuk menampal gigi yang berlobang berbulan-bulan lamanya. pakcik kata, saya kena rajin jaga gigi. nanti gigi saya haus. aduh, tekak terus jadi haus. kasut juga dah haus ni.  habis semua benda haus. pakcik juga kata saya kena pakai ubat gigi sensodyne. owh yeah, boleh tambah pada koleksi barang mahal saya harus pakai. part ni boleh tambah duit haus. saya ini high maintenance, tapi gaji saya cukup makan sahaja. owh yeah... apa nak buat, bukan pintaku lahir sebegini. saya minta bonda supaya doakan saya dimurahkan rejeki, supaya boleh beli ubat gigi mahal ini. T__T

mungkin aku boleh jadi duta lepas ni.



apa yang aku harapkan untuk tahun 2012 ini? hanyalah supaya dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan kepada aku dan kedua ibu bapa aku, menjadi insan yang lebih baik (part ni macam susah skit, tapi insya-Allah) dan dipertemukan jodoh. Amin...


-masa dalam bas, rasa sebak. tahun yang makin bertambah bermakna usia makin bertambah. nikmat paling berharga dalam dunia, bila mana aku masih mampu salam dan cium tangan juga cium pipi kedua ibu bapa yang masih sihat walafiat. Alhamdulillah...

- belajar bersyukur dalam apa jua keadaan.

-mode : mau hepi-hepi aje sambil layan lagu Ombak Rindu yang sayu. hewhewhew




mari usaha jangan tinggal solat.