Showing posts with label sewing. Show all posts
Showing posts with label sewing. Show all posts

Monday, July 31, 2017

Kental ke idok...

Lamanya dah tak menulis...

I is rinduuuuuuuuuu....


Blogger pun dah ramai  yg pencen kan lepas dah ada Instagram ni, Jahat betul instagram ni... 

Aku ni sebenarnya dah jadi antara ramai-ramai org kat luar sana tu yang masing-masing pun dah sibuk nak produce produk sendiri.. Boring tau.. Tengok orang lain dah ada produk, kita masih tersengguk-sengguk pikir nak buat apa ni? Dulu zaman aku buat tudung, syok je.. sebab masa tu tak ramai lagi yang buat... Tp lepas kwen, mabuk sendu bagai, teus stop. Berkubur begitu sahaja. Sementara nak ok balik, nak hadap anak bangun menangis tengah malam segala, dah belambak-lambak produk keluar di pasaran. Naelofar hijab merealisasikan permintaan mak aku untuk buatkan dia tudung instant. eh eh.. nyampah tau... Tak sempat buat. Lambat sikit je, terus orang lain dapat idea. Masa fesyen muslimah belum naik, aku pergi belajar menjahit. Masa tu nak start takde modal.


Bila pikir-pikir balik, rasa malas dah nak berbisnes. Jahit baju untuk anak-anak ajelah. Nak curi masa antara kerja hakiki, dengan anak-anak kecik lagi ni, rasa letih. pikir pun dah letih kadang tu... Tapi masa kita tengah letih ni, ada orang lain tengah tungkus-lumus perjuangkan produk mereka dan bercambah-cambah produk baru naik di pasaran.

Contohnya penapis air. Lepas satu-satu produk naik... Marketing kena baik lah kan... Strategi kena pandai. kalau tak, takde lah zaman Bio-Aura.. tetiba ada zaman Coway, sekarang al-kisah zaman Cuckoo...


Bak kata laki aku, kena kental la sikit..
Bab nak kental tu la payah sikit... Ni macam belum bermula sudah berakhir je...
Kalau tak kental, sampai ke sudah je la ko tengok orang lain maju. Ko masih kat situ.



Buat  langkah pertama, mari kembali kental menulis blog okeh...








Menjaet untuk anak-anak jelah dulu sekarang~~


Friday, April 21, 2017

Beli kat mana?



Tengah hari tadi aku balik sempat la potong and sambung seluar aku jahit untuk anak dara aku, tapi tak sempat nak jahit getah.

Ramai jugak suka tanya aku kain tshirt comel-comel ni beli kat mana?
(Aku ingat lepas ni aku nak jual la, tapi bila aku dah start jual kang takde plak yang nak beli.)

Sebelum aku cerita bab kain, meh sini nak cerita bab mesin dulu.

Nak handle kain ni, kena ada mesin jahit tepi dengan mesin jahit lurus.
Mesin brand apa elok? Kalau tanya aku, aku jawab mesin Brother sebab sekarang tengah in sgt mesin Brother.
Tapi brand Juki and Singer masih tak kurang hebatnya.
Range harga rm700 ke atas adalah range mesin yang ok.
Aku pernah beli mesin yang harga RM200lebih. tahan la setahun. lepas tu kaput.
Terus aku beli mesin Singer harga RM1500. Jangan tanya aku nak letgo ke tak. Mesin jahit lurus ni aku sayang.
Nak tau details lagi, baik tanya kedai.
Aku tak jual mesin.

Kalau kome kreatif, pakai jenis-jenis stich kat mesin tu, takde mesin jahit tepi pun takpe.
boleh la beli tapak dan pakai stich jenis zig zag untuk kemaskan ujung kain.
tapi bila korang tengok apsal orang lain jahit lagi kemas daripada ni, memang menggelepar la nak beli mesin jahit tepi pulak.
Mesin jahit tepi sekarang aku pakai Singer jugak.
Yang ni aku tak sayang sangat.
Tengah menggelepar nak beli mesin jahit tepi Brother.
Kalau ada duit, memang aku nak trade in. Tapi sebab apa blom trade in? Blom cukup dana la~~
Masa aku beli mesin tu, harga dia RM1000. aku amek display unit.
Yang baru masa tu harga dia RM1300 ke gitulah kalau tak salah.

2 ketul mesin atas tu aku beli masa zaman takde GST.

Lepas dah ada 2 ketul mesin tu, kalau dah terjebak ngn kain tshirt ni, mesti terasa nak beli mesin coverstich plak.
Apakah dia mesin coverstich?
CUba tengok ujung baju tshirt korang sekarang. Kat lengan or kat bawah hujung baju.
Ada jahitan double kat bahagian atas, then bahagian belah dalam tu ada jahitan zigzag zigzag tu kan?
Itulah hasil daripada mesin coverstich.
Mesin jahit tepi biasa tak boleh ke buat macam ni?
Boleh. Jahit tepi dulu, kemudian pakai mesin jahit lurus plak untuk lipat dia ke dalam. Kalau nak effect 2 line lurus tu, kena beli jarum double plak. Paham?
Jadi, dua tiga kali kerja. Pakai coverstich terus senang.
Mesin coverstich ni, husband aku hadiahkan masa besday aku yang ke 34. Jadi, aku dapat free.... Flip hair. Bahahaha... Terharu iolls dia buat i tanjat kaw kaw nyer.... ailebiu... eh eh sempat selit plak.

Kalau tengok kat LSN, harga dia dalam RM1700. Dia beli ada promotion apatah dapat dalam RM1500. Jadi, ikut nasib lah promotion-promotion ni. Kena pada masa dan tempatnya, dapatla harga promosi.



Aku dulu berangan nak amek tempahan jugak jahit baju budak comey-comey.
Tapi aku dah beranak dua ni, alasan aku sama je daripada blom beranak dulu.
Biziiii... balik keje letih.
Bahahahha.....

kalau belum ada mesin, tapi nak beli kain nak jahit sendiri, haaaa.... sila la pikir masak-masak dulu....
ate~~~ beli yang dah siap lagi senang.
Kalau masih terasa nak jahit sendiri and dah ada mesin-mesin kat atas ni, boleh tanya aku lagi sekali beli kain kat mana. Lepas ni aku nak jawab, aku ada jual plak. bahahhaa...

Monday, January 4, 2016

Comforter Baby


Alhamdulillah... weekend lepas ada masa sikit nak mengadap mesin jahit. So, sempat la siapkan conforter untuk baby ni.. Tapi ni memang dah niat nak bagi kat kakak ipar. Dah lama start buat, cuma takde masa nak completekan aje...

Dah lama tak pegang mesin jahit sebenarnya. Tak ingat pun bila. Mesin sulam, niat nak belek pun, tak belek2 lagi. Semua tu tinggal niat aje... Jahitan tak berapa nak kemas la. especially border dia. I am a newbie. Buat pun suka-suka je. Nanti kena practice lagi.





Lepas dah siap ni, aku bentang la kat depan nak amek gambar. Anak dara ni macam suka la plak sebab ada banyak-banyak binatang tu. Dia siap point kat kucing tu, and buat bunyi kucing. Hahahaha... Suka ye nak.. Nanti mommy buatkan 1 untuk awak.

Tengah-tengah nak suh dia posing tu, apak dia datang nyibuk nak interpreme. Meh aku masukkan sekali dalam blog. hahahaha....




comforter sekali ngan sarung bantal
sarung aje... bantal dia, aku pinjam bantal Fatihah kejap buat model 


Lepas aku upload ni, ramai la plak minta bukak order. Dengan perut nan memboyot ini, tak mampu lagi la nak amek tempahan. lagipun belum mahir lagi nak menjahit baby quilt ni. Need more and more practice. Untuk baby dalam perut pun, aku belum buatkan. Apaknya plak dok tanya-tanya... untuk anak punya mana? huhuhuhu~~~ 



Agar-agar ni apak dia la semangat buat.
Siap pegi cari acuan nak buatkan untuk anak
Cute sangat ok apak dia ni.. Ngahahha
Tengok-tengok Fatihah geli dengan agar-agar. Sumbat kat mulut pun dia luih.
Bagi dia pegang pun, pegang geli-geli je. Hek eleeee..
Ngada sangat anak dara ni.

 
Ni gambar dia pagi tadi.
Alhamdulillah, dah tak berapa nampak kan bijik-bijik kat muka dia tu. Telinga dia pun dah getting better, aku rasa macam more to dah baik. Antibiotik pun dah nak habis. Kat muka tu la, harap berkurang lagi. Kalau dalam gambar memang dah tak nampak sgt.

Ha... ni mak dia plak. 35 minggu. Besar betul perut. Tunggu masa dah ni. Harap dapatlah keluar awal Februari walaupun dah semput napaih dah sekarang. Sabar dulu anak ye... 




Selamat bersekolah untuk anak-anak yang memulakan sesi persekolahan harini. Seronok tengok kawan-kawan upload gambar anak-anak dah sekolah. Darjah 1, darjah 2, Tadika... Turn aku lambat lagi. Dah kertu besok baru sibuk hantar anak g sekolah. Mak-mak lain anak dah masuk sekolah menengah. Hahahaha...





Tuesday, October 14, 2014

Nursing Cover 2


Another nursing cover tempahan yang sempat disiapkan di kala mencecah 37 weeks ini...




Wednesday, October 8, 2014

Nursing Cover


Assalamualaikum.... 
phew... Sukar sungguh mencari masa sekarang ini. 

Dalam pada bizi kat opis dan tengah sarat barat nih, sempat lagi aku jahit nursing cover nih. Memenuhi hajat seorang teman yang nak jugak aku jahitkan nursing cover untuk dia.. Tak sampai hati nak tolak. Dari anak dia belum lahir dah riki tanya boleh jahit tak barut bedung. Tapi masa tu aku plak bizi nak kawen. Ke bizi layan mabuk-mabuk morning sickness.


Nursing cover corak meow meow

Nursing cover corak hijaukan bumi

with extra tali kat belakang
request from customer
anak dia buas katanya

tali extra tu disemat guna velcro

tadaaaa.....
a happy customer she is...


Ada 1 lagi tempahan tengah pending on the nursing cover. and plus my very own nursing cover pun tak jahit lagi. Ehehehehe.... oh ye... nak tepek 1 lagi la hasil jahitan sarat barat mak buyong ini...


My first ever bantal karipap.
Ni untuk baby sendiri...
:)




Thursday, August 28, 2014

#30weeks 6days


Assalamualaikum anakanda beta...

Apa khabar? Harap sihat di dalam rahim beta ini. Maafkan bonda kerana tak dapat nak menjenguk keadaan anakanda di dalam sana. Kalaulah bonda ada stetoskop atau x-ray untuk melihat aksi gimrama gimnastik kamu di dalam...Eh, stetoskop bukan leh nampak pun.. Bagaimanapun, bonda harap anakanda reti-retilah bergerak tiap kali bonda bertanya khabar anakanda...

Wooohaaaa... kita dah hit angka 30. 30 minggu. Mommy dah boleh start neves sekarang. Jumaat lepas anakanda genap 30minggu. Mommy tak berapa nak sehat, jadi mommy MC. Doktor baik hati pula bagi 2 hari. Kebetulan Jumaat lepas adalah hari berkabung, hari pulangnya 1st batch mangsa MH17. Al-Fatihah untuk mereka yang beragama Islam. tau tak mommy emo berapa kali masa tengok tv malah apabila mentengok risalah dan gambar-gambar yang kawan mommy share? Paling mommy rasa macam orang gila bila mommy baca link yang kawan mommy share, blog seorang kawan kepada isteri co-pilot yang terkorban. Sekejap mommy tertawa, sekejap nangis dan kemudian sekejap tersenyum, kemudian menangis semula... Mommy sayu... mommy harap mereka yang terlibat berhati tabah... T__T


Anakanda, 
Mommy macam dapat detect 1 perangai anakanda. Bila genap minggu je, anakanda tak berapa nak suka sangat bergerak. Kadang tu sampai 2 ke 3 hari making mommy neves. Tapi bila tiba hari ke Isnin atau Ahad malam gitu, anakanda bergerak mensenakkan perut mommy anda. Esok kamu genap 31 minggu. Sudah-sudahla buat perangai begitu. Sebab nurse dah pesan, kalau kurang bergerak, terus pergi hospital. Mommy tak ready lagi sebab ada lagi barang yang belum beli. Beg hospital tak ready juga lagi. Minggu lepas daddy takde seminggu outstation, hujung minggu ni pula kita kena pulang ke kampung atas urusan keluarga. Nampak gayanya nanti kita kena shopping berdualah. Mommy baby session gittew... Tapi mungkin lebih baik jika ada daddy juga... Boleh la kita korek purse daddy.


Minggu lepas daddy pergi outstation, daddy pergi Padang Besar. Mommy kata, beli la baju baby sikit. New born tak payah dah, sebab ramai orang kata pakai kejap aje, cukuplah mana yang ada. Jadi nanti kamu bertahanlah pakai baju ulang-ulang ye anak... Jadi daddy pergi borong baju 3-6 months. Boleh tahan jugak selera apak kau ni nak... Comel-comel baju dia belikan, its so cute im gonna die!!! Kembang kempis dada mommy menahan geram nengok baju-baju comel kamu ittew. 

Oh ye.. aritu mommy kata nak start cuci baju kamu dah kan. Lepas longgok-longgok semua, baru teringat, payung sidai belum beli. Mana nak sidai baju, stokin, sarung tangan kecik-kecik tu. Maka mommy basuh bedung yang dah siap jahit dengan tuala kamu sahaja dulu lah. Ala... bedung 4 segi je pun. tak retilah mommy nak jahit bedung-bedung moden tu... Barut belum start jahit lagi ni.  Lepas dah basuh, lari-lari pula alignment bedung kamu tu... Masa nak lipat, terheran seorang diri, mengapakah jadi tak sama nih... Selama ni mommy jahit je sapa-sapa yang pernah tempah dulu, tapi tak pernah basuh pun. Kehkehkeh...






bedung dah siap jahit + basuh


Next week 4hb  kita pergi checkup lagi hokeyh...



My Dear baby, semoga kamu selamat dalam rahim mommy dan kita boleh bertemu bila Allah dah tetapkan takdirnya. edd-31October




Friday, December 6, 2013

Shawl


Hi uolls...

Assalamualaikum...

I have been super busy lately... eh.. entri lama pun tulis begitu. entri ini pun tulis begitu juga? hamboih bizi sangat ni mak jemah~~~ but i am seriusss superly busy lately...

Work at the office has been piled up... and they keep coming. Kerja sebelum ni agak releks okeh, tetiba bila kerja jatuh bedebuk sekaligus begini, memang agak stress. Hahahaha... Masa pula amat mencemburui. Mana nak whatsapp lagi, mana nak facebook lagi. Hahahaa... Tak guna punya pekerja..


I am a full time worker at office and a part time tailor at house. sangat-sangat bersyukur kerana mendapat teman-teman a.k.a customer yang sangat memahami. Memang agak lambat la order boleh siap, tapi yang bestnya diorang ni takdelah nak push push ke apa... T__T terharu sangat.

Alhamdulillah... sedang berusaha memenuhi permintaan readymade. Kawan-kawan pun macam nak tolong-tolong pasarkan area utara dan kelantan. insya-Allah... jika dikurniakan tenaga, kudrat dan rezeki. Amin...

This is some of my shawl yang Alhamdulillah, syukur pada Allah, habis dijual... Redhalah pada wajahku itu yang sedang save bajet tak mampu nak upah model. Gambar pun main selfie sendiri aje... kuikuikui....













And this two is my happy customer..
Alhamdulillah and thanks for the support...





Didoakan mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dalam keadaan sihat dan baik. Harap musibah cepat berlalu. Banyak harta yang terkorban. Diharapkan mangsa-mangsa tabah dan sabar. (Easy for us to say.. T__T) Namun dalam musibah yang menimpa, kita dapat lihat betapa rakyat sesama kita bergabung tenaga menyumbang sedikit sebanyak barang kelengkapan dan makanan buat mangsa di sana. Tanpa sebarang kempen pun, kita masih bersatu sebagai rakyat Malaysia... 

Ya Allah...semoga musibah cepat berlalu. semoga mereka tenang dan sabar. 

Khabarnya banjir telah mulai surut di Kuantan pagi ini...


Saturday, August 24, 2013

Bedung ready made


Salam... Greeting earthlings...

Itu hari saya ada bagitau pasal bedung baby yang siap readymade. Kerana ada pelanggan telah memesan sejumlah 10 barut + 10 bedung pada diriku ini. Maka saya telah rambang mata di kedai kain, maka membeli lebih. Berikut di bawah adalah bedung yang telah saya siap jahitkan untuk dijual...



ukuran : 1 meter




1, 2 dan 8 telah dirembat sudah, harap maklum.


Diharap sudilah pilih mana yang ada. Boleh tinggalkan email di ruang komen saya. Saya akan contact anda semula.


Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya... Ho ho ho...


Aku sebenarnya sekarang telah termasuk dalam kategori orang yang kurang mengupdate blog atas kapasiti, perlukah aku tuliskan ini. Lagipun, blog busuk ni berapa kerat je orang nak ambik tahu pun. Tiada benda penting-penting sangat. Semuanya berunsur peribadi sukatiaku je nak tulis apa. Hahaha... Bukankah niat asal sekadar mahu mendokumentarikan apa yang terbusuk dalam hati dan terlalu-lalang dalam kepala? Sekarang kenapa berbunyi macam ketagih statistik? 

Okeh...

Banyak benda dah skip. Banyak benda sepatutnya aku plan nak tulis, tak tertulis jua. Nanti aku dah tua-tua lupa ingatan, sepatutnya boleh buka balik blog ni dan kemudian termangu-mangu sendirian sambil berkata "eh...aku pernah buat benda ni dulu? Gila rock aku dulu eyh... napa tak ingat ni?" Di kala itu, entah-entah link blog sendiri pun aku dah lupa.

Harini Syawal ke 7.
Hanya nak ucapkan 'Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.'

Walaupun lambat sudah, asal tulus ikhlas lahir dari hati.
Nak update pasal places and iftar. Tapi ni dah menjelang raya pula.
Nantilah, insya-Allah. Diusahakan.


Sekarang sibuk menyiapkan order orang. 10 barut dan 10 bedung. Mula-mula dah beli 10 untuk bedung dia, tapi dia macam tak berkenan dengan kaler. Baby girl katanya. Terus aku pergi borong lagi kain bedung kaler pink. Corak and pilihan kaler tak banyak sebenarnya. Jadi, bila dah girl, most of it kaler pink lah. Pilih la dik non. Makanya nanti, akan terhasillah few of ready made bedung. If ada sapa-sapa cari ready made bedung, roger me okeh! Ukuran - 1 meter. Anak buah aku 7 bulan pun masih boleh ikat dan bedung dia. insya-Allah boleh guna smp dia beso tapi takdelah sampai umur 10 tahun, harap maklum. Nanti aku uploadkan gambarnya bila dah ready.


Alhamdulillah, order untuk jahitan, tak putus-putus. Tapi pinggang dengan tangan aku plak yang macam nak putus menjahit. Asalkan tak putus harapan dah kira ok la kan?

Eh... sekali lagi... 'Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin' from chikuru with love. muahs. XOXO...

Friday, April 5, 2013

Kelas Jahitan Tudung Day 2


Alhamdulillah, hari berikutnya lesson no 2 berlangsung dengan jayanya. Hari yang ditunggu-tunggu jugak sebenarnya sebab semua peserta macam eksited nak belajar tudung 2 layer ni. Al-maklumlah kalau harga pasaran jenama ittewww mau makan ratus-ratus jugak tudung senteng begini. haiyoh... tak mampulah kalau nak membeli~~~

Maka Mak jemah, mak jenab dan mak senah segala mula lah menyenteng lengan baju mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan.


 1-2-3 MULA!

Bahan-bahannya.
kain. pengeras.pola

tu dia....
peserta mula beraksi menunjukkan kelincahan masing-masing di meja potongan kain.

peserta inilah paling hebat berlakon candid

half way sudah...
dah nampak rupa kan...


Setelah beberapa proses selesai, cantum sana, jahit situ, tetas balik tersilap jahit, jahit semula, tunggu giliran nak pakai mesin, panggil cikgu mintak tolong,  la apa la, dan segala-galanya... maka semua ahli peserta pancasitara ini siaplah sudah menghasilkan tudung 2 layer kebanggaan masing-masing...


Group photo harus ada...
gambar ini adalah sedikir blur. 
tapi letak juga kerana gambar yang tak blur itu aku kelihatan mcm saiz XXL sangat dengan akak yang cute-cute sangat nih..

gambar clear.
kan tak?
nampak aku paling besar gedabak kan?
dengan muka bulat begitu, mengapakah????


Maka selesailah kursus yang berlangsung selama 2 hari itu... masing-masing pun pulang kegembiraan kerana mendapat ilmu baru dan tudung baru. Apabila tiba di rumah, daku pun mengkemhoring dengan kamera dan tudung baru daku... 



muka tak percaya that i can do this!!!


ok ok.. muka senonoh sikit bajet comel. puuuiiiihhhh




*ps - as u can see.. i am trying to change to new template here~~





Wednesday, April 3, 2013

Kelas Jahitan Tudung - Day 1


Hujung minggu lepas saya telah berserah diri untuk pergi menyertai sebuah kursus - belajar sesuatu yang baru (bagi diri ini - orang lain dah ada yang expert dah). Pengalaman bermakna. Saja suka-suka join kursus buat tambah-tambah resume. Kihkihkih...

Alhamdulillah berpeluang mengikuti kursus giat MARA 1Malaysia. Kursus berlangsung selama 2 hari. 

Mengapa mesti ada 1Malaysia saya tak tau. yang penting, saya berpeluang mengikuti kursus menjahit tudung. Selama ini diri ini merasakan macam susah je nak buat tudung itu... Selagi tak berguru, memang semua benda pun jadi payah sebenarnya...

It was 2 days class of fun! Akak-akak sangat sporting!! Kelas yang penuh praktikal dan semua peserta kursus dapat membawa pulang tudung hasil jahitan tangan masing-masing. 



30-03-2013 - Day 1



Proses mengawning





Proses meng-kemho- secara perasan comel.
wahahahhahaha


Alhamdulillah... Hari pertama dapat belajar buat tudung lycra.




Thursday, March 28, 2013

Simple Jubah


After few months belajar kat kelas (plus ponteng kelas n kelas only 3 jam, 1x seminggu), Alhamdulillah siap sudahla sehelai jubah. 

Dah pakai ke office. Need more practise.





Wednesday, March 6, 2013

Kurung pesak gantung


Pada beberapa bulan lalu, seorang rakan telah memborong beberapa pasang kain dari Brunei. dengan semangat yang berkobar-kobar, dia pun datang menghantar kainnya itu untuk dijadikan kurung pesak gantung kepadaku. Namun begitu, di saat itu, dia cuma menghantar 5 pasang kain SAHAJA. dalam pada masa yang sama, masih ada 3 pasang kain untuk dijadikan baju kurung untuk teman yang lain.

Dipendekkan cerita, setelah berbulan lamanya, maka siaplah sepasang kurung pesak gantung untuk rakan berkenaan. Sepasang baru ok~~ dia datang fitting. Currrlass kau jah kan siap datang fitting dulu. Saiz ok, dia pun dah puas hati, lepas ni baru rempit lagi 4 pasang. 

Terimalah tatapan picture yang rakan i yang sudi tangkapkan gambar demi i yang poyo mintak jugak suh amek picture. kihkihkih....


Tuesday, February 5, 2013

Baby simple dress


I just finish a baju kurung made for my friend (got another 2 for her yang belum siap) but i forgot to snap the picture. Clever me.. After the baju kurung finish, im still in the mood of sewing. but just to sew a simple project laa... 

Aku terlihat the little creature lying in front of the tv. Tangan dia yang tak berbedung tu macam terangkat-terangkat saying ~ Me!! ME!! Me!! Ajang~~ ME!! Ajang~~~

OK OK... Ajang get it.

Maka Stok kain memang banyaklah kan. kihkihkih... Some yang memang beli dah lama, for the purpose of nak belajar jahit la. Yang dah simpan bertahun-tahun pun ada. So, i dig up the old cloths. Since this is my first time nak belasah buat baju gaun gegirl, maka aku korek kain murah-murah yang dah lamaaaaaa beli dan simpan buat jeruk. 

TADAAAAA!!!!! Inilah hasilnya. First time jahit baby dress for me. And her first ever wearing a gown, made by Ajang. Hm.. sound good, aint it? Maybe i should brand my stuff as -Made by Ajang-.  




Actually dress ni kena alter sikit. baby kan leher lembut lagi. so, susah sikit nak masuk kat kepala dia actually coz lagipun ini bukan kain tshirt yang boleh strech. so, this is bahagian belakang dia sebelum di-alteration-kan. Lepas alter besarkan lagi bahagian belakang ni, barulah dapat sarungkan kat baby.




"TQ Ajang." said baby Ea
 (Amin call his sister Adik Ea).