Thursday, October 15, 2015

Jalan-jalan JB : Part 3


The next day, kitorang check out terus... Then husband bawak pusing-pusing JB.

Ada 1 tempat naik bot ke Batam. Tempat paling hujung dalam Benua Asia. Dia kata masa dia pergi dulu, area tu ada tempat makan best. Seafood punya. Dia kata, area tu macam tempat yang lain daripada yang lain. Dia punya perkampungan terapung tu masih lagi buat dengan kayu. Kena jalan, meniti atas kayu... Tanjung Piai ke ntah namanya, aku pun ingat-ingat lupa..

Tapi dia agak frust bila sampai ke situ, tempat tu sudah dimodenkan. Di manakah tempat makan-makan seafood yang disebutkan itu? Kecewa jugaklah sebab memang masing-masing tengah menahan kelaparan. Tempat yang dia kata kayu-kayu tu nan hado. semua dah jadi batu. Dia memang frust habis. Kitorang singgah 1 kedai runcit ni, mr husband pun tanyalah tokey tu.. Dulu bukan ni semua kayu ka? Tokey tu kata, sudah lama tukarrr.. Sudah mau dekat 20 tahun. Dalam hati aku pun berkata, umur berapala laki aku datang masa tu.


So, dengan perasaan hampa dan kecewa, kitorang pun pergi lah sambung berjalan-jalan melihat-lihat area Tanjung Piai itu. Untuk membunuh waktu a.k. to kill the time, alang-alang dah sampai, kitorang singgah jalan-jalan kat Taman Negara Tanjung Piai.

Tanjung Piai National Park
Tanjung Piai is a cape in Pontian District, Johor, Malaysia. It is the southernmost point of Peninsular Malaysia and thus the most southern point of mainland Eurasia. The skyline of Singapore is visible across the Johor Strait from the point. Wikipedia

Bersama ini disertakan sedikit informasi bersumber Google.



yang ni kami panjat pondok atas pokok. tak amek plak gambar ke bawah pasal rasa gayat sikit. Tangga dia jarak jauh-jauh. Cuak nak panjat tapi nak panjat. Kiranya amek feel dok dalam hutan la. Nampak beruk tak jauh dari pondok ni. Takut budak kena tarik beruk, maka kami tak lepak lama pun. Hahaha... Jadi mak pak ni memang risau dia berlebih sikit kan...


dari sini, boleh berjalan sampai ke hujunnngggg nan sana untuk berada betul-betul di penghujung benua Asia (aku rasalah sebab kitorang tak pergi pun). Cuasa panas dan aku degil tak nak bawak stroller. Jadi kami tak larat nak dukung budak kecik ni jalan  jauh, nak patah balik pula di tengah cuaca panas itu. Maka kami jalan ala-ala je amek gambar dan pusing tempat lain.
  
Gambar dekat entrance.
Entrance Fees: RM6 per adult and RM3 per child
Baby free.

Selepas puas bersiar-siar, maka we had back to Key Yel Yaw...

Mr Husband kecur air liur nak makan jugak Seafood. So, dia ajak masuk Melaka, alang-alang 1 way nak ke Key Yel. Aku jem jugak bila dia tanya nak makan mana. Macam Melaka aku yang punya. Nasib baik dia paham bini dia ni mana reti koordinat, geografi bagai ni. Terus je dia bawak ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung @ Umbai, Melaka. 

Ke Melaka pula kita, sebab jalan pun jem. Semua pakat nak balik KL kot Ahad tu. Kitorang pergi kedai manatah, aku pun tak ingat kedai yang mana 1. Masa ni makan kelam kabut sikit sebab cik Fatihah dah mula buat perangai. Tak tau apa yang tak kena. Maybe kitorang kat luar masa tu tengah  maghrib kot. Entahla. Atau dia dah penat sangat meragam nak tido, tapi nak mak dia je. Ikan pun tak berapa banyak pilihan dan nampak dah tak segar. Maybe sebab baru lepas high season, cuti Merdeka, ikan-ikan dah kena rembat masa peak hour haritu. (Itu kesimpulan sukati kitorang yang buat). Tapi makan mahal dan tak best. Dia masak pun tak sedap. Jadi, rasa ralat la lepas great dinner kat Anjung Senibong kan...



Images from here..

Aku ingat percutian aku bakal berakhir di situ, tapi masa tengah makan, suami ajak a.k.a pujuk pujuk aku suruh coti lagi besok. Dia nak ajak tidur kat Melaka je. Tak larat drive katanya. Kalau aku tak nak coti, dia drive la jugak ke Key Yel. Hati bini manakan sanggup mendengar suami keletihan mintak berehat. Kikiki... So, dia terus check Agoda.com, booking Hotel Equatorial untuk malam ittew...

lobby

Bilik. Dak tecik tu dah eksited dah

Another view


Gambar bilik air tak amek sebab dah eksited nak berendam ngn anak dara dalam bath tub. Kekekeke... 


Esoknya pulang ke KL sudah...




Wednesday, October 7, 2015

Jalan-jalan JB : Part 2


Jadi, lepas check in hotel, kitorang roger kakak ipar guwe yang duduk sana.  (haaaaaaa kaw, takde mukadimah terus je start ayat dengan jadi. Punyalah tak berkembang sangat minda penulisan aku sekarang.)

Plan to dinner outside, tapi aku kata nak masak bubur makcik kenit tu dulu. Jadi sudahnya, tapau makan kat rumah dia je. Which is good jugak, sebab badan pun dah penat travel kan. My baby demam sebenarnya. Malam tu capai 38C. Cuak jugak nak berjalan. Tapi just keep on monitor jelah sebab dia tak lembik. Main makan semua ok.

Besoknya, kakak ipar aku petik nak bawak g Kota Tinggi main air terjun. Aku ok aje. Lagipun niat hati, boleh la rendam Fatihah dalam air sejuk tu. Moga-moga kebah demam dia. Pagi tu, kitorang cari Klinik dulu. Panas sangat badan dia. Cari punya cari, jumpalah 1 klinik kedekut ni. Aircond tak bukak. Kitorang bukak kipas. Keluar dari bilik doktor, tengok-tengok kipas dah tutup. Kah kah kah. Agaklah...Customer belum balik lagi kot.  Masuk obat bontot. suhu masa tu 39C. 

makcik demam baru mangkit tidoq
malam bila ntah, makcik ni jatuh katil. ahaks..
nasib baik takde apa-apa..


mandi ayaq terjun sejuk gedik.
sian Fatihah tak sihat or memang sebab sejuk sangat. 
menangis-nangis.
last-last berendam sekejap je. terus naik tukar baju.


Lepas tu, husband petik nak g Hello Kitty. Aku kata, anak kecik lagi. Pegi pun dia tak reti apa lagi... Jadi aku ajak pegi JPO (ko paham la niat hati mak ni kan???) Terus heret tangan laki nak p Levis. Levis buat Sale bak hang!!! Tapi malangnya saiz untuk aku takde. dia tengah clearance sale nak habiskan stok stok ukuran pinggang kerengga Liyana Jasmay. Yang sakit hatinya, laki aku plak yang dapat jeans baru.  


Ngan kakak ipar.

Makcik ni muntah masa kat McD. Sian dia habis terkeluar semua bubur dia makan.
Tapi lek je leh senyum-senyum lagi lepas tu.
I is so lebiu la gegirl.

Malam tu, kami dinner kat Anjung Senibong. Makan seafood. Sedapnya lahai memang sedap dia masak. Kitorang amek kedai depan-depan, kedai kaler merah. Seat yang dekat-dekat laut nak fefeeling ngadap Singapore takde yang kosong. tak kisahla duduk mana, janji leh soruuu... Lapaq tidak terkira. 



Tak sempat amek makanan yang belum berusik.
Masing-masing dah kebuluran tahap apadah.
Kejap je semua benda atas meja tu hilang masuk perut.
Lepas makan, perut kenyang sukahati, apalagi, balik tidolah....



Part 3? Ntah ada ke tak... Keh keh keh