Pages

Thursday, August 17, 2017

Codapay Scammers

Assalamualaikum...

Banyak benda dalam draft entah bila nak ada masa tulis memolek.

Ni ha... tadi aku kena scam. Kurang ajar betul. Dalam pada dok berhati-hati memerhati orang keliling, nak kena plak harini.

Sapa pernah dengar pasal  pembayaran yang dikredit terus masuk bil telepon anda? Sapa pernah dengar baguslah... Tapi sapa yang tak pernah dengar macam aku ni ha, telah menjadi mangsa tak pasal-pasal. Ciskek betul.

Aku tengah draft email nak forward kat mcmc ni... kang japgi nak call Celcom balik nak confirmkan betul ke dah  masuk bil. Tadi call dia kata tak masuk sistem lagi, call balik lagi 2 jam. Aku pun heran sistem diorang macam mana sebab dalam apps Celcom dah ada unbill amount RM95.60. Hareeemmm tui..  Aku email Coda blom dapat reply lagi ni..





Assalamualaikum/salam sejahtera..

Saya ingin melaporkan sejenis penipuan yang baru terjadi kepada saya sebentar tadi..
Seorang 'kawan' yang telah lama tidak berhubung telah menghantar mesej kepada saya melalui facebook messengger meminta no telefon saya. saya tanpa syak wasangka telah memberikan nombor telefon saya kerana memang telah lama tidak berhubung. katanya untuk whatsapp. tidak lama kemudian saya menerima mesej sms beserta TAC number. 'kawan' tersebut meminta nombor tersebut, katanya tidak ada apa-apa. mesejnya berbunyi :

RM0 You're just a step away! Please enter TAC 8271 to continue your purchase. Valid for 3mins. BEWARE OF SCAMMERS.DO NOT share this code to unknown sources.

Oleh kerana yang meminta ini adalah 'rakan' saya di facebook, maka saya telah memberikan no TAC tersebut tanpa mengetahui wujudnya skim pembayaran yang boleh dikredit terus ke dalam telco bil saya.

Selepas itu saya mendapat mesej

RM0 Your purchase through your Celcom mobile account for Codashop from Codashop at RM95.00 is successful! Enjoy it now! Info support@codapayments.com

'rakan' saya sekali lagi meminta TAC number daripada purchase yang berlainan. Namun saya tidak memberikan kerana saya terus membuat carian Google tentang Codapayments. Dari situ, baru saya dapat mengetahui bahawa wujudnya sejenis pembelian yg boleh dicaj terus ke dalam bil telefon.

selepas tidak membalas mesej seterusnya daripada 'rakan' tersebut, dia terus membuang mesej2 yang digunakan. Tidak lama selepas itu, muncul beberapa screenshot daripada rakan-rakan lain di wall facebook rakan berkenaan yang turut disapa 'rakan' tadi memberitahu wujud scammers yang menggunakan id beliau.

Saya berasa ditipu kerana pihak Celcom tidak menghantar apa-apa pengenalpastian kepada saya sebagai pelanggan  untuk memasukkan sebarang caj ke dalam bil saya.

Saya telah menghubungi celcom bertanyakan hal ini. namun respon yang saya terima adalah mengecewakan kerana pihak mereka hanya boleh memberikan email/no telefon pihak ketiga bagi mendapatkan pulangan semula..

Saya berharap agar pihak tuan dapat membuat pantauan ke atas cara pembayaran ini. Melalui sms yang diterima, pihak telco seharusnya mengesahkan terlebih dahulu dengan pelanggan bahawa akan ada caj berjumlah sekian sekian kepada sekian sekian pihak.. sepertimana sms yang diterima daripada pihak bank apabila memohon TAC number.

saya masih menantikan pengesahan daripada pihak codashop melalui email yang saya perolehi iaitu support@codapayments.com namun masih belum mendapat sebarang jawapan.




Sekian kronologi... Email ke mcmc belum sent. Tunggu Celcom nak reply apa dulu. aku email coda ni pun, ko ghase dia nak return ke? Bab-bab return ni memang aku tak berharap la sangat. Hati-hati la ye kome orang semua. Walau kawan rapat sekalipun mintak TAC number jangan bagi.. Memang kurang asam scammers ni. 

Wednesday, August 2, 2017

Dataran Merdeka

Disebabkan tinggal di dalam rumah burung, maka akan jadi sedikit rasa bersalah sekiranya anak-anak tidak dibawa ke taman memijak rumput-rumput hijau atau berlari bebas di atas tanah. Mengukur mall adalah lain kerana lantai mall bolehla dikategorikan sedikit sama dengan lantai rumah, cuma mungkin lantai mall lebih besar, lebar luas dan dia pun boleh bebas berlari lalu mommy sedikit heart attack bila anak-anak mula nak berlari secara bebas di celah-celah orang ramai.

Selepas sedikit percanggahan pendapat dengan sang suami yang nak bawa anak-anak main dekat indoor playground, maka suami mencadangkan kita pergi ke Dataran Merdeka. yeayy~~ i want green green grass by the river bebeh... Apakah indoor playgound, dah la mahal nak mampos, tiada tanah dan rumput dan bau alam sekitar untuk dinikmati. I hate indoor playground... Well, kalau dia takdela mahal sangat, i might re-consider this statement.







ni je gambar omak yang apak amekkan.
katanya cun dah gambar ni...
omak kecewa.
T____T


Baguihla kan.. ada taman boleh lepak malam-malam.. lek lek bawak anak main sambil tengok lampu-lampuan. Polis pun ada standby kat situ, so ada rasa selamat di situ... Kitorang tak lepak lama pun, cukuplah buat anak-anak rasa penat dengan harapan balik mandi terus tido.