Wednesday, December 26, 2018

Planner 2019

Gees... Kita dah di penghujung minggu 2018 kan.. Minggu depan adalah baki sehari dalam december sebelum kita cecah tahun 2019 pula.

Alhamdulillah. Mission besar nak tambah baby tahun 2018 tercapai. Ahaks. Walaupun plannya nak beranak bulan 11 sebenarnya. Nak juga sama besday month dengan mommy. Tapi apakan daya, tak dapat persetujuan pihak pemberi sperma. Hahahahaha... Insya-Allah kalau takde aral melintang, kalau dah tertulis rezeki dan rahmat pemberian dari Dia, bulan 3 nanti bertambahlah ahli keluarga kitorang. Insya-Allah and i am currently 27 weeks. Entering my 7 months of 3rd pregnancy.

Sebenarnya ada entri draft Hari Sukan Fatihah haritu. Tapi entahla mommy ni. Nak letak azam baru update blog 2019? Macam dah letak masa 2018. Hahahaha... Dunia blog ni pun dah tak glamer kan sejak ada IG ni. Tapi best bila buka balik and baca kisah lepas2 buat kenangan. Kadang ada benda yang dah tak berapa  ingat pun, bila sesaja buka balik blog, eh eh.. best rupanya bila ada sikit catatan masa-masa nan lalu.

Actually nak citer pasal Planner 2019 yang aku dah beli untuk preparation tahun 2019 ni. Baru 3 tahun menjebakkan diri dalam dunia planner. Bila ada planner ni, macam ada a simple Diary. Nak tulis panjang-panjang tak sempat, so tulis point form dalam planner. Macam Open Day sekolah anak. Hari terbuka, hari sukan, hari exam. Ecewah sangat, anak baru sorang masuk sekolah. Tu pun tadika 4 tahun je. Kah kah kah. Nanti la kau, aku masukkan kau kelas violin, kelas taekwando, kelas renang semua semata nak penuhkan planner mak kau. HARHARHAR. 

For 2018, aku terlalu fokus pada planner yg nampak cun. Siap dapat cover planner macam dalam box. At the end of the day, cover tu aku buang je. Sebab apakah motif nak pakai planner nak bukak tatap hari-hari tapi nak kena bercover bagai. and 1 mistake yang aku tersedar adalah, planner haruslah ada spiral tengah-tengah tu. supaya senang nak merujuk pada certain bulan atau certain week yang ko nak hapdate plan tu. Bukak terkangkang dia luas-luas senang nak tulis. 

So, kerana terlalu mementingkan spiral tengah tu, aku telah terlupa 1 lagi ciri utama dalam pemilihan planner, which is hardcover. Bahahaha... Entahla sebab nampak banyak sangat free gift jadi aku kelabu mata ke apatah. Beli pun online je. Sejenis planner dengan tidak hard cover adalah umpama membeli buku nota biasa sahaja dengan additional page tarikh. Hahahaha... Adoila.


 Datang with this package of box.
Which buat aku fikir, im paying for this box actually. 
Bahahaha..

 Dapat tote bag.
Bila ada free gift, make sure you want the free gift. 
Bukan sebab for the sake ko nak free gift ok.
Tapi ok la tote bag ni boleh lipat2 masuk dalam beg for use of shopping plastic kan.
#thinkpositive

Tadaaa... Whats in the box?
Yassin, Kahfi, sekeping Calendar, To Do notebook, sampul takde duit inside,bookmark,buku nota kecik, and the not hard cover planner. 
Kalau dah ada planner, adakah perlu sejenis To Do notebook?
Kataku di dalam hati.

Calendar ni memula aku nak buang je.
sebab aku prefer kalendar yang boleh conteng2.
Kalendar ni tokleh nak conteng, so tetiba ada doa harian plak kat belakang dia.
Boleh la aku hafal sebelum aku buang.
>__<

 To Do list notebook di samping planner.

Detail inside planner macam ni je.
Macam buku nota biasa je kan kan...
Aku rasa macam ok la kot sebab kat depan dah ada kalendar leh conteng2 tu.
Something important boleh tulis situ je. 
so page ni boleh tulis and decorate sukati takde had penulisan.
Kadang bukan ada benda nak ditulis hari-hari pun kan.
So boleh decorate manual ikut haritu nak plan apakah. gittew. 
Bulan march/april nanti aku update menu pantang ajelah kot. keh keh keh
#thinkpositive #bendadahbeli


On the other note, KALAU ada kejadian yang aku perlu bawa planner ke mana-mana, takdela berat sangat kan kalau bukan hard cover. We see how it goes. Tak perlu la kot aku nak membazir beli planner lain walaupun haritu dah usha-usha dah. Gigih sangat nak tulis planner kak?


Thats it. Next year i will buy a  DUCK Planner. hak hak



Tuesday, September 25, 2018

Selamat Hari Raya 2018 - Part 2

Astagfirullahalazim~~~

Berapa bulan dah habis raya apsal part 2 tak habis lagi ni. Raya Haji pun dah settle. Kuang kuang kuang.

Sebenarnya takde apa sangat part 2, sebab takde sesi bergambar dah dengan keluarga. Biasa mak pak aku malas layan dah permintaan bergambar bersama di hari raya kedua ke ketiga ni. Sebab selain pagi raya pertama, raya kedua keluar berjalan beraya ke saudara mara sebelah Penang. Hari-hari seterusnya akan sibuk melayan sanak saudara pulak buat kunjungan balas.

Hari raya kedua tu adalah hari perjalanan bagi kitorang. 7-8jam jugak perjalanan dari Temerloh ke Sungai Petani. Sempat singgah naik rumah jap simpan barang. Aku lupa nak bawak balik kuih raya. Guess what? Kuih raya tu tak berusik lagi ada kat rumah aku. T__T





so i was looking pictures from my phone to tepek here. I really love this moment that i got to capture.

yg ni tak jadi moment dah sebab dia nampak adik dia main air macam tu, dia tak kasi can. nak jugak~~ nak jugak~~

tengokla anak jantan tu kenmain la nakal dia nak lalu bawah air plak. Masa ni rasa mak photographer ni dah separuh menjerit takut baju basah nak balik Kedah plak.



Dalam tengahari jugak la kitorang gerak dari Temerloh. Kasi settle urusan perut dulu, baru gerak. Babai atok nenek~~



 pukul 6 lebih berhenti kat R&R manatah ni. 
Tukar pampers anak2. Sampai Sungai Petani menjelang malam jugalah.




Raya ketiga,17 June tu takde sebarang gambar dalam henpon aku. Aku pun tak berapa ingat kejadian apakah yang terjadi di kala raya ketiga itu. Tapi kotak memori aku ni seperti teringat sesuatu yang sibuk terjadi di kala itu. Aku rasa geng-geng mak Tam aku dari KL datang serang rumah. (Sebenarnya ni aku macam dah terkompius dengan adegan Raya Haji)

Ayah aku ni ada senjata rahsia yang dia keluarkan hanyalah ketika Hari Raya, yakni sejenis mee rebus. Mee rebus air tangan apak aku ni akan buatkan semua saudara mara yang pernah merasa, akan cuba sedaya upaya untuk datang menyerang mee rebus dia. Hatta kalau teringat pun boleh kecur air liur dibuatnya.

18June, hari raya keempat.
Alhamdulillah... Adik bongsu aku selamat bertunang dengan dara pilihan dia. Kawan sejak sekolah kenmain lama bercintun. Baguih punya setia depa ni. Jangan hikut jejak langkah kakak korang ni. Kah kah kah.

Pagi tu gerak ke Baling. 







 Hantaran dari pihak lelaki is dari pihak kitorang la.
Ni semua hasil tangan seni kakak aku.
Hantaran time aku kawen je tak cantik sebab dia bizi ngat. Mencik.

Masa orang tengah berbincang semua, hero ni sibuk keluar masuk main tangga tepi tu. 


Biasanya ni saat paling nak berdebar. 
Time bakal mak mertua nak sarung cincin. cewah..

 Pentunang dengan bakal kakak-kakak ipar yang gojes

 Pentunang dengan both moms

 Of course la 1 gambar je dengan kakak gojes mana cukup


 Pentunang-pentunang beserta anak-anak dara kakak-kakak gojes. 😁

Pentunang dengan rombongan makcik-makcik from our side. 
Orang laki manala nak bergambo, ye dok? kahkah

Yang ni hubungan dah halal anak 2 dah.
Alhamdulillah moga berkekalan. Ameen..

Sebelum balik, sempat lagi tangkap bakal adik ipar.
Tak habih habih lagi nak bergambo?
Kata tukang tolong amekkan gambar ittew~~


Settle urusan, yang penting makan kenyangkan tali perut dan tali pusat, maka pulanglah ke rumah. Pergi berkunjung pun penat jugak eh. Terbongkang aku tido dalam kereta dengan anak-anak. Nasiblah jadi sang suami setia mendrive kenderaan seorang diri. 



Sampai-sampai rumah ~~ SURPRISEEEE~~
eh eh geng Juru sampai tanpa diduga. Hamaigad. Tau dah ni banyak urusan nak kena buat. Kerja-kerja nak makan mee rebus ni renyah jugak. sebab kena sediakan banyak bahan. So, apa lagi. Sampai rumah, terus get ready bersilat nak rebus telur, rebus ubi, goreng tauhu, hiris cili,daun bawang, limau, daging, celur mee, bancuh air semua lah.. Memula bajet diorang ni tak jadi datang dah sebab dah raya keempat. Tapi akhirnya datang juga terus kena serbu. Tapi kitorang syukur diorang datang, sebab ayah memang ready periuk belanga besar kuah mee rebus ni, sebab kebiasaan memang kompem rumah kena serbu.

ni pun ada yang dah balik. Boleh bayang tak kekecohan orang yang ditugaskan di dapur?
Aku pun dah serabai benar dah masa ni.




19June, hari raya kelima.
Sepatutnya dijadualkan bertolak balik KL pagi tu. Tapi sebab aku dah request gulai masak sambal tempoyak kat mak aku, kikikiki, tunggu jugak la kan sampai boleh makan. Ya ampun sedapnyaaaaaa... Tengah hari jugak gerak dari Sungai Petani. Jalan jem jugak adoi ramainya orang yang duduk KL ni.




Ni pukul 5 baru sampai Ipoh. Anak-anak pun dah mula bosan duduk lama dalam kereta. So, aku request husband aku untuk stop by lepak2 jap bagi anak-anak hilang bosan. Terjumpa playground ni, so turun jap bagi diorang main sampai penat supaya boleh sambung perjalanan dengan harapan mereka akan tidur kepenatan selepas penat bermain.


Aku tak ingat sampai KL pukul  berapa. Yang aku ingat, dalam 11 jam jugak perjalanan balik KL di hari raya kelima tersebut. Ingatkan semua orang dah balik KL awal. Apalah hiway pun boleh jem. Setiap kali raya sekarang ni mesti stress pikir nak kena hadap jem. Sampai dah tak tau dah nak balik hari apa sebenarnya macam hari2 pun jem atas hiway. T__T


 Sekian berita hari raya puasa 2018.

Friday, June 22, 2018

Selamat Hari Raya 2018 - Part 1

Cerita 4th anniversary ni dah tergantung. Malas plak nak sambung. hahahaha...
Ni dah masuk cerita raya ni. Macam mana? Pulun aku publish draft kan. Lantak la situ. Nanti la kalau ghajin aku edit. Sila redha sis takde banyak pengikut.


Raya tahun ni suami ajak beraya dua-dua side.

Sebenarnya lama dah dia dok ajak raya both side. Kalau raya pertama kat sana, raya kedua balik kampung halaman sorang lagi. Tapi masa tahun pertama beraya bersama, aku adalah sedang hamil berapa bulan ntah. Masa tu, aku selalu mengalami masalah jem. Jem tetiba tokleh gerak, tokleh jalan. Doktot kata urat tengah mengembang macam mana ntah la analogi seorang doktor yang lebih memahami. Tidak kang aku apply la amek bachelor medical japgi. So, masa raya pertama tu, aku kena serangan ketika di bilik air. Nak keluar toilet, urat tangkap belakang. Tokleh nak gerak. Laki tengah sedap membuta dalam bilik. Aku jerit-jerit dia tak dengar. Mujur kakak ipar ngan adik ipar tak tido, tengah tengok tivi di tengahari ke petang sikit lepas penat beraya 1st session. Esoknya masa suami ajak ke Kedah, memang tak lah aku nak mengheret badan berdua ini di atas jalan raya.

Raya tahun kedua selepas berkahwin, memang takde option nak balik mana-mana, kena raya side suami sebab mak pak aku p raya kat UK.

Raya tahun ketiga ni side suami jugak. kenalah ikut giliran jugak kan sebab tahun lepas mak pak aku yang takdek, bukan kitorang yang skip turn. hahahaha.. Masa ni aku baru lepas beranak. Baby baru berapa bulan. anak no 1 pun kecik lagi belum masuk 2 tahun pun, tengah sedap melasak. Nanti aku tau dah sapa yang kena bersilat dalam kereta kalau nak menghadap pulak dari Timur ke utara. Jadi suami aku ajak jugak jalan ke Kelantan, which aku menyesal seumur hidup kerana bersetuju. Dah la jalan jem, anak-anak dah menangis meragam letih duduk dalam kereta lama-lama. Husband aku pun dah stress drive jem, anak nangis lagi. Lepas tu kelaparan, kedai makan tak banyak yang bukak raya-raya ni kan. Sudahnya berlama dalam kereta je. Besok terus balik Temerloh balik. Tak p mana pun sangat.

Raya tahun ke-4, balik Kedah. fullstop. Malas nak bicara perjalanan ke timur. Baru kali pertama raya side aku selepas perkahwinan. Jadi tiada sebarang cadangan diterima. Hahahahaha...

Raya tahun ke-5 ni la first time aku setuju nak raya dua side. Walaupun yang di ajak tu ke kampung aku jugak kan. Sebabnya aku letih memikirkan perjalanan berbelas-belas jam tu dengan kanak-kanak kecil. Kasihan mereka terperok dalam kereta. Aku pun rimas. Huuuu~~~~

So, Rabu 13June tu dah start cuti. Pagi tu baru terhegeh-hegeh nak settle packing. Aku p gatei apply jadi pattern tester untuk omputih ni. Diorang manala raya. So, nak kena kejar dateline sebelum balik kampung lama. Mana nak jaet baju raya anak lagi.  Saja gatei p apply jadi pattern tester, tak sangka plak dapat. Masa apply tu, siap ada perasaan.. ala, apply je la. selalu tak dapat pun~~. Sekali dapat, due date nak dekat raya plak tu. Terberak dibuatnya. Pagi tu la baru nak packing, nak finishing baju tester, nak siapkan plak oder baju raya anak kawan aku. Sempat kan ko mak nenek semua nak buat. Dah plak tu, nak kena pergi p hantar plak baju oder tu. Orang TM nak pasang unifi haritu jugak. Dah pesan mintak datang pagi, sekali tak muncul-muncul. Kakak aku plak tetiba tanya kot ada sesapa kawan ada dulang nak pinjam! Kul 11.30 husband aku dah panas bontot, dia dah ajak keluar rumah. masa dalam kereta baru lepas amek dulang kat kawan aku, orang TM call kata appoinment aku kul 12. kuang kuang kuang. 10 minit lagi dia sampai umah. aku dah kata dah kat laki aku, biar aku p amek dulang and hantar baju tu kat kawan aku, dia tunggu la jap kat rumah, lagipun dia nak tunggu adik dia datang jugak konvoi balik sama-sama. kalau aku dah balik settle urusan orang TM tak datang jugak, kita re-schedule je la apoinment lepas raya. Tapi biasalah ketegaq orang laki mana nak dengar logik akal isteri. Kah kah kah. Last-last dia jugak yang kena naik rumah balik tunggu orang TM.


Panjang cerita pagi sebelum bertolak balik kampung ni. Settle semua urusan, balik la Temerloh. Tetiba plak tak ingat kitorang bukak puasa apa petang tu. Yang aku ingat, aku tumbuk sambal nak buat sambal kuinin, cili masuk mata. fooohhhh!! menyengat oi!

Masa berbuka tu mak dah kata esok nak buat rendang awal-awal. Senang settle awal. Malam tu husband dengan adik ipar aku melayan mak mertua aku nak pasang lampu-lampu kat luar rumah. Aku plak sibuk melayan drama Nur episod akhir kat dalam rumah. Kejap-kejap anak dara aku panggil suruh join diorang kat luar. Mak kau sibuk ni nak layan drama!! penat dok tengok online, episod akhir tu je yang teringat dan sempat dan takde gangguan suami nak tengok kat tv. harharhar... ni pun episod 18 tak tengok lagi.
 Masa dah siap pasang ni la dia sibuk panggil aku suruh tengok. Time iklan je aku lari keluar. Masuk keluar, masuk keluar rumah.. Nur punya pasal




Lepas sahur pagi Khamis tu, mak mertua dengan menantu dia ni tak tido dah. Aku menolong gitu-gitu jelah. Siang bawang sambil membawang ngn mak mertua di hari terakhir puasa Astagfirullahalazim.... mostly barang-barang semua dia dah settle siap2. Ada bahan yang dia dah blend siap2, daging pun dah proses siap-siap tinggal nak tunggu defross je. Kerisik pun dia buat sendiri. Proses seterusnya, aku hanya perlu buat-buat sibuk kacau rendang. Masak apa untuk buka puasa pun aku dah tak ingat dah. Lupa ingatan betullah. Tengah sedap merendang tu, tunggu santan plak tak sampai-sampai. Dah potong stim. Stop kejap, mak and husband aku pergi kedai amek santan. Kejap tak kejap jugak la. Lama jugak, diorang pergi membeli-belah lagi. Tugasan aku adalah mengawal rendang supaya tiada makhluk yang melompat masuk ke dalam kuali rendang.


inilah makhluk yang dikhuatiri berenang di dalam kuali rendang.

Nak dijadikan cerita, petang tu boleh plak takdak letrik! Orang nak raya oii apsal takdak letrik ni! Mak kata mujurrr dah masak siap-siap. Aku pun dah iron semua kain baju nak pakai 1st day raya siap-siap dari rumah. Masa berbuka tu letrik dah ada, tapi power supply tak cukup. Tak semua lampu menyala. Candle lite dinner la kitorang berbuka. Mujur la kipas boleh bukak. kalau tak, meragam la bebudak kepanasan. Aidil awal lagi dia dah pengsan. Penat main siang tu agaknya. Dia ni memang jenis kurang tidur siang, tapi malam awal dia pengsan. Anak dara main bunga api kat luar. Aku teman Aidil tidur dulu sementara orang main mercun/meriam reda. Kalau tak tu, terkejut-terkejut la dia. Dah tenang bunyi kat luar, baru aku join anak dara aku main bunga api.

Tengah main bunga api, biras aku sampai. Anak-anak aku panggil mama Tika. Diorang ni memang suka sangat dengan biras aku ni. Terkejut jugak sebab planningnya diorang raya kedua baru balik ke Temerloh. Dapat la beraya sekali jugak akhirnya. Anak dara aku terus peluk mama Tika. Mercun pop-pop pun nak melayan ngan mama Tika je. 


Gambar anak main bunga api tak amek plak. Ada video je. 
Seronok dia malam ni, ada kawan sama-sama main bunga api dari rumah hujung sana datang. 
Kalau nak ikutkan, pangkat kazen kot dengan dia.

 
 
Maka di pagi Jumaat, marilah kita saling bermaafan di hari raya yang mulia ini.

 persiapan sebelum sesi bermaafan


 senang ajak bergambar pakcik ni

 tersedondon plak semua bertema ala-ala biru raya ni





 macam biasala dia ni nak berkepit dengan mama Tika je

 Aku syak anak-anak aku ni kompius sapa mak bapak sebenar dia.
😂😄😂


 anak-anak jantan mak abah.
3 dari bawah semua jantan.
1 je yang bujang.

Port biasa bergambar di hari raya kalau raya kat Temerloh. 
Photographer yang sama setiap kali. keh keh keh

 
Raya Kedah part 2. 
Sekian