Pages

Thursday, April 12, 2018

4th Anniversary - Part 1

Sebelum aku hilang ingatan, marilah menulis cerita 2 bulan lepas.

Orang kata first five years tu yang tough sikit nak kenal hati budi pasangan betul-betul luar dalam. Kalau macam tu, another 1 year la kot baru habis fasa mengenal  hati budi pasangan ni bagi kitorang. Lepas dah capai first 5 years tu, baru boleh tulis pasal tips untuk kekalkan marriage for 5 years. Dah capai 10 tahun nanti, tulis untuk 10 tahun plak. Moga kekal sampai akhir hayat. Ameen...

Anniversary tahun lepas pergi Hong Kong. tapi belum tulis. Masa tu anak-anak pun kecik lagi. Aidil plak baru 1 tahun, Fatihah baru 2tahun 4bulan. Keh keh keh. Gigih bawak baby oversea kan. Boleh share tips nak bawak baby oversea ni. Sebab masa 1st anniversary bawak Fatihah pergi Krabi,umur 3bulan. Tapi tu la.. ntah la bila nak menghadap kompiter lalu menulis.

Masa dah nak dekat tarikh anniversary, husband dah tanya dah kita nak pergi mana tahun ni? Tapi dia sound siap-siap tolonglah jangan booking oversea. Hahahaha... Gittew. sebab rabak poket pergi oversea kan. Tahun lepas anniversary ke-3 pergi Hong Kong sebab i pandai-pandai booking teket. Samalah macam pergi Krabi masa anniversary 1st. Kalau takde isteri kreatif macam i ni, pandai-pandai booking tak tanya permission, takdela kami cop passport. ngeh ngeh ngeh... Tu pun gigih lagi google tiket murah nak p memana. Nasib tiket semua mahal. Bonus plak dah cut. Demit.So, kalini takde bajet ke luar negara.

Oleh kerana tarikh anniversary adalah 1 February,maka selagi kitorang kerja kat Wilayah Persekutuan ni memang tiap-tiap tahun la anniversary kitorang adalah public holiday.Kebetulan 31January adalah cuti hari Thaipusam, so apply cuti sehari 2February (which is besday Aidil), so dapatlah cuti panjang.

Nak dijadikan cerita, malam isnin 29January tu,tetiba badan Fatihah panas. Tengah tido, peluk dia, terkejut apsal panas sangat ni. Dalam mamai-mamai tu memang dah terfikir dah esok kena EL la ni.



Isnin malam anak demam panas.

Selasa EL.

Rabu Public Holiday - patut bertolak ke Kuantan destinasi percutian lepas solat subuh 2 rakaat salam kedua.(Nak cepat sangat la tu kiranya)


Sebenarnya sebelum tu, Aidil ada demam-demam and selsema tak baik-baik. Dah 3 minggu jugak selsemanya non-stop. Bagi ubat klinik pun tak lut. So, alang-alang EL tu, niat nak bawak Aidil pergi jumpa pakar sebab takut infection  je la, dia tidur pun nafas dah berbunyi. We choose to see Dr. Chan Tee Ling from Hospital  Gleneagles. Sebelum ni pernah bawak Fatihah jumpa Dr Chan masa Fatihah setahun lebih kot, main grab je doc mana-mana pun asalkan pakar. Sangat friendly, ramah, we do really feel comfortable with her and ubat yang dia bagi Fatihah masa tu memang berkesan. So, kalau nk jumpa pakar pediatrician, aku memang dah set dalam kepala nak jumpa dia ni je lah. Masa tu cuak-cuak jugak sebab saspek Fatihah demam biasa je, takkan nak bagi jumpa pakar kan. Tau-tau lah cas pakar berapa oh oh oh~~. Tapi husband aku cakap, sekali ajelah senang.

tengah mengayat awek la tu

OK lah. lepas bawak Fatihah check sekali under doktor pakar ni, aku memang syukur sangat dengan keputusan husband aku tu. Coz sebelum pegang Fatihah lagi dia kata, "anak you ni nampak lembik. I ingat nak buat test untuk Influenza A. Maybe bukan, but just to be sure. If takde, then takdelah.. but at least kita pun lega kan?"kata doktor Chan kepada kami.  Nak tunggu result test tu dalam berapa minit tah, dia suruh pergi makan dulu. Kitorang makan as if takde apa-apalah. memang tak saspek pun Fatihah ada Influenza A, just demam biasa je ni... Tup tup masa amek result, positif Influenza A weak. Mujurlah nak dijadikan cerita cepat dikesan. Alhamdulillah syukur ya Allah. Bayangkan kalau kitorang drag and ingatkan demam biasa. Allahuakbar. Who knows la what will happen kan. At least ni dapatla antibiotik khas untuk Influenza A. Sebeban ubat bawak balik. Bill tak yah cerita la... Huhuhu~~~

Influenza A weak

Masa check Aidil, doktor cakap, jangan bagi dia mandi main air, no swimming pool ok. Masa doktor cakap ni kat Aidil aku n husband dah mata bertentangan mata dah, adakah dikau merasa apa yang ku rasakan, adakah ini cinta pandang pertama? Masa doktor dah dapat result Fatihah, Doktor cakap, kena kuarantin kat rumah seminggu. Kami ni dah book hotel ni macam mana? So aku pun tanya doktor.. kuarantin dalam hotel boleh tak? Doktor tanya, dah booking ke? Direct je aku cakap, 1st february anniversary~~ Kecoh sekejap dalam bilik doktor tu. Hahahaha.. Doktor cakap, duduk dalam bilik aje, jangan pergi tempat ramai orang.

Kesian betul. Memang lembik je dia.

So, plan nak bertolak selesai solat subuh hari Khamis 31january salam kedua terus tak jadi. Nothing to rush dah kata husband. Anak tak boleh pergi tempat ramai orang. Dia pun lembik sahaja tidak berdaya. Tapi sebab dah booking and bayar hotel, plan ke Kuantan diteruskan jua.


Plan asal :

Khamis 31january
Bertolak subuh sapiee, terus masuk Gambang Waterpark main sampai lebam. Sebelum panas dah boleh keluar park check in Hotel Zenith. Petang boleh pergi pantai plak or swimming pool main air sampai lebam lagi. Pantai dan swimming pool repeat sampai lebam.
Sabtu 3 February : bertolak pulang.

Tapi sebab dah ada pesakit pesakit yang tak dibenarkan mandi pool dan bercampur dengan orang ramai, plan terus berubah. Acara pantai dan pool terus slash. Pakaian mandi manda pun terus tak bawak.



Day 1. (31January2018)
Rabu

Dah nak tengah hari baru nak bertolak. Kata nothing to rush kan. Anak-anak pun tido je dalam kereta.
Tengah hari sampai hotel terus check in Hotel Zenith. Ni booking semua husband yang uruskan.

Tadaaa.. Bukak pintu nampak view ni

 Ni pintu bilik air
Terus ke kiri je lepas pintu masuk.
 Sinki jamban bilik air

 Ada bath tub.
Tapi sebab minah tu tengah demam, takde napsu pun dia tengok bath tub ni. Menangis lagi ada. Kalau tak, kenmain excited. Toilet dia ni kureng sikit kebersihan dia. Sikit-sikit la tapi boleh nampak dengan pandangan mata kasar ini.

 Cermin besar

 Bilik banyak cermin. Kalau tak tutup panas lit lit and boleh nampak jiran sebelah buat apa tu~~



 Gambar suis pun ko amek ke jakun? Hahaha..
Saja nak habaq control aircond dia ada dekat ngn katil. 
Tapi air cond dia macam lambat sikit sejuk
Maybe sebab cuaca yang panas juga.

 Wardrobe tepi  katil siap ada kotak besi kot nak simpan emas permata.
Iron + iron board dah sedia ada, so xyah susah-susah call room servis mintak iron.

 view menghadap bandar Kuantan a.k.a Mall depan hotel.
Balkoni tak boleh keluar. Harap maklum.

 tepi pintu bilik air tu ada lagi cermin besar nak melaram.
Budak belakang tu, bila sampai hotel nampak macam baik sikit dah demam dia tu~~


Sebenarnya tak berapa bertujuan sangat nak naik bilik dulu sebab ingat nak cari makan terus. Tapi budak Aidil ni dah buat projek besar. So, just nak settlekan projek dia je dulu. Check in je la terus sekali. Dah basuh semua kat toilet bawah sementara husband settle check in. Tapi we decide nak naik jugak bilik. Simpan barang dulu la alang2 and settle solat siap2.

We did a little bit of tour around the hotel. Tengok kids playroom dia takde orang, kitorang pun lepak la situ bagi budak-budak main. Sebelah dia je ada gym. Rugi plak tak bawak kasut sport. Terasa macam nak berlari-lari sikit atas treadmill buat pecah peluh barang setitik dua.


 Budak yang lembik demam itu pun ntah mana datang kekuatan dia tu.

 Seronok korang main takde budak lain.
Slide berlambak-lambak. 
Tapi slide sama jugak yang diorang berebut nak naik.

Sudut bacaan dia. Ada tv dengan dvd player situ tapi cd rosak ke apatah tokleh nak bukak pun. Percubaan menggodek cd gagal.

Bagi budak-budak main dulu sekejap lepas tu keluar cari dinner. Kitorang hala ke Ana Ikan Bakar Petai. Not bad jugak makan kat situ. Tak ingat dah order apa. Kitorang amek port makan sebelah tempat playground, acah-acah senang nak tengok anak main sambil makan.Last-last jadi susah nak makan walaupun licin jugaklah makanannya. Fatihah pun tak berapa aktif lagi. Dia tengok je budak lain main.

 Ikan bakar nice.

 Udang butter nice.

 Sotong goreng tepung tak habis.
Order banyak sangat tamak.
Bungkus bagi kat guard hotel

 Gambar apatah aku amek ni

 Sup sayur untuk budak-budak



Selesai day 1.
Balik hotel tido~~~