Pages

Friday, June 29, 2012

Kinohimitsu J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink

Masih ingatkah tentang entri meroyan saya yang menyatakan tentang penurunan metabolisme, sindrom 30-an dan macam-macam lagi di SINI?

Oleh kerana sudah mula terkejut sana sini bila setiap kali tengok cermin dan nampak fine line di area bawah mata (actually rasa line ni dah lama dah coz i rasa i ni orang yang suka senyum. maka i rasa ia more to line senyuman.hahahaa) dan 'terhomaigod' berkali-kali, maka tanpa perasaan ragu-ragu, semasa sedang berjalan-jalan di Watson, ternampak ini dan terembat suda!


Ho Yes... It is a collagen. Kalau tak silap saya, pengambilan collagen ni sangat popular di Korea and Jepun. You know lah macam mana diorang menjaga kulit mereka kan. Ya ampun...sangat licin gitew. Tapi cuaca kat sana pun adalah sangat sejuk. Kita di sini pula cuacanya panas dan kering. Tapi kalau cuaca sangat sejuk pun boleh mengakibatkan kulit kering, am i rite or not? Tak sure actually, cuma pandai-pandai buat kesimpulan sendiri.

Hari itu dapat tips dan petua kecantikan mengikut sunnah Nabi kita dari kawan saya Puan SHEM. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat atas perkongsian beliau. Insya-Allah saya sekarang dalam usaha mencari Habatus sauda dan minyak zaitun. Ada pesan dari seorang kawan punya kawan. insya-Allah stok sampai bulan depan. 

Namun sementara menunggu stok tersebut sampai, saya tidak dapat menahan diri dari menggapai kotak collagen tersebut. Bertanya sikit-sikit dari encik promoter yang takdela eksplen sangat pun, maka oleh kerana keinginan tu dah disimpan lama, maka saya pun tak fikir lama. Rembat sudaaaaa..... 


"Baik kau hilangkan kedutan di mataku ini!!!"
Saya sedang mengwarning collagen itu.

Sedang feeling-feeling jadi model Kinohimitsu Collagen~~~

Pamphlet kata : 

Keputusan yang cemerlang hanya dalam 6 hari*, sel-sel kulit diperbaharui dalam 28 hari!
* Kajian termasuk 200 orang wanita dan lelaki Asia antara umur 30-55 tahun.

Cara pemakaian :

1 botol setiap hari, minum sebelum sarapan atau sebelum tidur. Lebih enak dihidang sejuk (letak dalam peti ais and wallah... sheedappp)

Penggunaan kali pertama:
1 botol sehari. Minum 6 hari secara berterusan.

Untuk tujuan penyenggaraan:
1 botol setiap 2 hari.

Kolagen dalam lapisan dermis ibarat spring tilam. Ia menentukan keanjalan dan kelembutan kulit. Lembapan pula merupakan kandungan di antranya. Apabila kulit hilang kelembapan, lapisan dermis akan menyusut dan kedutan terbentuk. Ia juga mengakibatkan kelopak mata mengendur, leher berkedut, pipi, lengan dan punggung menggeleber. Jadi, kolagen perlu 'diisi semula' untuk mengoptimakan sistesisnya dalam badan kita.

Pengambilan kolagen ibarat menambahkan takugnan air bagi mengekalkan kelembapan kulit, agar ia lembut dan anjal. Ramuan lain seperti protein sutera pula berfungsi sebagai agen pelembap dan Ekstrak Perilla Seed yang dipatenkan dia Amerika Syarikat, membantu menentang radikal bebas. Oleh yang demikian, kesan penegangan dan kelembapan kulit kekal lebih lama. 

-OK. Gigih sangat taip risalah.-

Promoter kata lebih baik minum sebelum tidur kerana ia akan bertindak balas pada malam kita rehat itu. (kata dia. saya tak percaya sangat tak tau kenapa. hahahahha). Tapi walaupun tidak percaya pada dia, saya tetap ikut cakap dia. So, sepatutnya malam tadi adalah malam ke-3 dan botol ke-3 saya dengan collagen tersebut. 

Oleh kerana saya ini takde disiplin punya buaya, maka malam tadi telah terlebihkan tidur dan telah mengabaikan aktiviti menjahit, hatta minum benda mahal ini juga.  Maka botol ke-3 saya minum pagi tadi (kira qada la nih).  Malam ni sebelum tidur, minum lagi sebotol untuk botol ke-4 (pengambilan direct 1 botol 1 hari selama 6 hari ). Tak taulah tindak balas dia nanti macam mana. Harap-harap terus bertukar jadi kulit baby. HEH!

So, saya masih ada 2 malam (tolak malam ini) untuk melihat kata-kata iklan pada risalah ini yang menyatakan keputusan cemerlang hanya dalam 6 hari itu adalah benar ataupun tidak. Kalau tak benar pun, dah beli, maka haruslah habiskan aje. Tapi jikalau adalah benar dan terlihat tanda-tanda bagus and best, maka harus cari jalan untuk maintain benda alah ni. Bukan murah. Bagi saya tak murahlah, tak tau la bagi anda yang lain. Maybe harus jahit baju lebey-lebey sikit untuk maintain benda ini. kehkehkeh... 

See the price? Ia tidak murah.
Anyhow saya dapatkan dengan harga RM159 kerana ada promotion konon.
Tolak RM6 je pun.

Mengapa saya pilih jenama ini? Tidak jenama kolagen yang lain? Kerana saya tanya promoter, apa beza kolagen ini dengan yang lain? Dia kata sama je. Maka saya tengok harga macam ini je yang paling murah di Watson pada ketika itu. Maka itulah sebabnya...



Ehem.... ini bukan Sponsored Post. kahkahkah...


5 comments:

  1. Salam , cmne skng? Ade perbezaan x ? Coz saya nk beli gak , btw , ur post sgt klakar hokey , hehhe , siap warning the kotak , heheh

    ReplyDelete
  2. salam....
    hi rozana. thanks sudi singgah n komen kat blog ni. haha...

    saya habiskan sekotak collagen tu dalam masa sebulan. mmg dpt terasa kulit licin and gebu. rasa best sgt.
    cuma sayangnya, saya just makan utk sebulan tu je coz of the price. kalau ada rezeki lebih lg, insya-Allah nak makan balik collagen tu.

    ReplyDelete
  3. Laki2 bisa pke jga nggak,??? :D :)

    ReplyDelete
  4. Good sharing, Kinohimitsu Collagen Drink is no ordinary collagen drink. It comes with 5,300mg of Collagen Peptide specially designed for mature skin to restore youthfulness, resilience and radiance. For detail review visit:
    http://kidbuxblog.com/the-one-and-only-beauty-drink-you-ever-need/

    ReplyDelete
  5. Aslmualykm. Kalau dlm tempoh haid boleh ambil tak?

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...