Tuesday, April 9, 2013

Misery...







Ya Allah... kurniakan aku kesabaran...
kurniakan aku hati yang redha....
tunjukkan aku jalan ya Allah...
Hanya pada-Mu aku berserah dan meminta....



Monday, April 8, 2013

Tudung Aidijuma


Saya telah membeli beberapa helai tudung bawal Aidijuma and i did wrote about it before (di sini).

At first, it was awesome. Colour cantik, 2 tone, unik.

Setelah dibasuh, entah mengapa jadi begini. Kerana ia tudung yang masih baru, maka kasih sayang masih tinggi. Oleh kerana itu cuci tangan, bukan machine wash.


see... macam tercarik-carik.
for all my tones tudung.
tapi yang putih tak nampak or memang tak jadi, i tak sure. 
belum belek habis-habis.



Tetapi masih pakai.


Saturday, April 6, 2013

Bersangka baik dengan Allah


Pada usia ini dan masih belum berkahwin, memang agak terasa sedih dan sunyi. Di kala melihat teman-teman lain mendirikan rumahtangga, merancanakan famili, memang tidak dapat dinafikan sedikit rasa sesak dan sebak itu menghantui hati ini.

Bertambah cemburu melihat rakan-rakan yang mempunyai bayi kecil yang comel. Hati ini meronta-ronta.

Tak kurang juga tohmahan dan gurau kasar dari teman-teman, menyiat dan merobek jantung ini. 
"Kau x kawin lg nak jadi andartu ke?"
"Kau memilih sangat ni"
"Kau dah tua la.."
"Jadi bini no 2 aku la"


Bertabahlah hati... yakin dan bersangka baik pada Allah....

Insya-Allah pasti ada pengakhiran yang baik. Amin...


Friday, April 5, 2013

Kelas Jahitan Tudung Day 2


Alhamdulillah, hari berikutnya lesson no 2 berlangsung dengan jayanya. Hari yang ditunggu-tunggu jugak sebenarnya sebab semua peserta macam eksited nak belajar tudung 2 layer ni. Al-maklumlah kalau harga pasaran jenama ittewww mau makan ratus-ratus jugak tudung senteng begini. haiyoh... tak mampulah kalau nak membeli~~~

Maka Mak jemah, mak jenab dan mak senah segala mula lah menyenteng lengan baju mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan.


 1-2-3 MULA!

Bahan-bahannya.
kain. pengeras.pola

tu dia....
peserta mula beraksi menunjukkan kelincahan masing-masing di meja potongan kain.

peserta inilah paling hebat berlakon candid

half way sudah...
dah nampak rupa kan...


Setelah beberapa proses selesai, cantum sana, jahit situ, tetas balik tersilap jahit, jahit semula, tunggu giliran nak pakai mesin, panggil cikgu mintak tolong,  la apa la, dan segala-galanya... maka semua ahli peserta pancasitara ini siaplah sudah menghasilkan tudung 2 layer kebanggaan masing-masing...


Group photo harus ada...
gambar ini adalah sedikir blur. 
tapi letak juga kerana gambar yang tak blur itu aku kelihatan mcm saiz XXL sangat dengan akak yang cute-cute sangat nih..

gambar clear.
kan tak?
nampak aku paling besar gedabak kan?
dengan muka bulat begitu, mengapakah????


Maka selesailah kursus yang berlangsung selama 2 hari itu... masing-masing pun pulang kegembiraan kerana mendapat ilmu baru dan tudung baru. Apabila tiba di rumah, daku pun mengkemhoring dengan kamera dan tudung baru daku... 



muka tak percaya that i can do this!!!


ok ok.. muka senonoh sikit bajet comel. puuuiiiihhhh




*ps - as u can see.. i am trying to change to new template here~~





Wednesday, April 3, 2013

Kelas Jahitan Tudung - Day 1


Hujung minggu lepas saya telah berserah diri untuk pergi menyertai sebuah kursus - belajar sesuatu yang baru (bagi diri ini - orang lain dah ada yang expert dah). Pengalaman bermakna. Saja suka-suka join kursus buat tambah-tambah resume. Kihkihkih...

Alhamdulillah berpeluang mengikuti kursus giat MARA 1Malaysia. Kursus berlangsung selama 2 hari. 

Mengapa mesti ada 1Malaysia saya tak tau. yang penting, saya berpeluang mengikuti kursus menjahit tudung. Selama ini diri ini merasakan macam susah je nak buat tudung itu... Selagi tak berguru, memang semua benda pun jadi payah sebenarnya...

It was 2 days class of fun! Akak-akak sangat sporting!! Kelas yang penuh praktikal dan semua peserta kursus dapat membawa pulang tudung hasil jahitan tangan masing-masing. 



30-03-2013 - Day 1



Proses mengawning





Proses meng-kemho- secara perasan comel.
wahahahhahaha


Alhamdulillah... Hari pertama dapat belajar buat tudung lycra.