Tuesday, November 24, 2015

Happy Birthday to me


23 November 2015

Another year older. Yes. November babies are awesome! and of course i am a November baby. Baby sangat~~~

Tidak seperti besday suami, yang isterinya tak plan apa-apa langsung walaupun pada last menet, suami saya being a sweet him, tak plan apa-apa jugak. Tapi dia always take an effort to surprise and please me. Oh my. Tiba-tiba kecintaan jadi menebal talking about him. Kikikiki.. Ampunkan saya please~~~

So, balik kerja semalam, aku wasep dia tanya, 'nak makan apa?' as in nak tapau apalah. dia just reply, 'makan luar jom.'  Aku macam biasa memang ikut sahaja kaki dibawa melangkah ke mana. Tiba-tiba dah sampai ke Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati. Tempat cosy, makan sedap, portion banyak, memang kenyang dan puas hati.

Birthday Girl.
Girl sangat~~
Husband snap gambar ni then komen... "Gemoknya... "
Damn.

Oleh kerana kambing adalah pujaan hati, maka mestila oder kambing
Grilled Lamb Chopped.

Kids Fish Finger for baby
(kalau tak salah aku la)

papa punya set combo apatah.
rambut baby itu sila abaikan.
itu dipotong oleh kakak ipar guwe. nangis . T__T

Birthday Gift? Selain kitchen kabinet yang tengah tunggu nak pasang Jumaat ni~~ dapat melihat 2 makhluk kecintaan ini di depan mata, what else can i ask for? Syukur atas nikmat Allah s.w.t... 



Monday, November 23, 2015

House Renovation


Sebenarnya kitorang takde plan langsung nak renovate rumah ni. Tapi sebab orang rumah bawah bising kata paip sinki dari rumah kitorang yang masuk ikut beam rumah dia bocor, takut pecah la apa bagai, maka kitorang pun pergila mencari orang untuk memperbaikinya...

Tuan rumah kepada rumah bawah adalah kontraktor. Masa awal-awal tu diorang kata diorang nak buatkan. Entahla macam mana penyewa dengan tuan rumah dia communicate, tuan rumah kata nak buatkan paip tu. Tapi takde contact kitorang pun. Pastu kata kitorang tak nak bayar pun takpelah. Eh eh eh.. apa benda ni? Dah la takde contact kitorang pun, pastu kata kitorang tak nak bayar terus. Aku pun mesej lah dia tanya macam mana. Bila dah mesej tanya, dia dok kata tak tau tak tau... Tunggu suami dia. AKu kata ok lah, nanti minta suami akak call suami saya la.. sebab saya pun kurang tau juga benda-benda ni... Tunggu punya tunggu takde call jugak. Paip tu pun terbiar macam tu je. Hangin jugak dibuatnya. Malas nak kecoh-kecoh, kitorang pun cari la contractor sendiri.

Bila dah bersembang-sembang dengan contractor, dia kata untuk alih paip + buat bilik air full tiles, angkat tangki ke atas, tukar jamban cangkung dengan jamban duduk + tambah sinki, semua dia buat RM5k. Kitorang macam tanjat 'ohmakkau' rasa macam murah, macam ok ok je harga dia ni.. So, tetiba terjadilah kejadian ter-renovate bilik air.

Masa orang tu tengah buat bilik air, tetiba husband aku plak terdapat idea... Alang-alang nak alih paip tu, kita buat kitchen kabinet terus lah. Oh my, kalau cadangan datang dari suami haruslah setuju. Kikikiki... Memula pergi survey kitchen kat IKEA. Adalah design yang berkenan. Dah mintak Id dia designkan, tapi lepas tu tetiba jadi macam tak berkenan. Barang-barang IKEA pun, macam ok ke? macam tak puas hati pula. Suami kata, alang-alang, kita cari custom made lah. Kahkahkah... Suami ni macam tau je nak menggembirakan hati isteri. Maka, mensurvey kedai Kitchen kabinet pula...

tahu tak? bila kita tengah mencari benda tu, memang susahnya lah nak jumpa. Dalam masa yang singkat and kitorang pun nak cepat, sempat survey mana yang nampak aje. 1 kat AEON big,ALiva. 1 lagi kat Batu Caves, Wira Kitchen. Sebab masa dah suntuk, a few more kitorang search through google n minta quotation by call je. compare harga lebih kurang, pakai ukuran, saiz and material... Ada a few jugak yang kitorang call macam Frenz Kitchen and adalah lagi, tak ingat dah... Bila compare harga, rasa macam wira Kitchen ni paling ok.

Yang bestnya, bila dah deal dengan Wira Kitchen ni, tetiba boleh je ternampak few more kedai Kitchen Kabinet. Apsal tak nampak korang masa tengah cari hah??? Husband aku kata, sudah~~ jangan ditanya lagi. Nanti menangis. Kakakaka.. aku ni perangai kalau nampak walaupun dah beli, nak tanya jugak lagi. Saja nak puaskan hati sendiri. Bila dah beli lagi murah, puas hati la. Bila beli lagi mahal, memang sakit hati sendiri je.

Barang untuk bilik air macam Hot shower, hand bidet, tempat sangkut towel ngan cermin kitorang beli dekat Houz Depot. Untuk tiles, kitorang pilih kaler je, contractor tu yang pergi belikan. OK lah memandangkan kitorang pun tak ada masa sangat, dengan nak usung anak kecik lagi, agak sukar di situ. Pemilihan dia pun ok je. Kitorang puas hati la...




Ha... lupa plak. Pintu dengan frame pintu ni pun tukar baru jugak. 
Pattern lama, pintu tu ada ruang kosong dalam few inches jugak
Muat kepala anak aku nak skodeng aku bila suami aku dukung dia masa aku tengah mandi.
Sekarang tokleh skodeng dah. hahahaha....

sinki ciput aje. 1 pakej ngn jamban, contractor kasi. sebelum ni bilik air takde sinki.
Kalau ikut hati, memang nak beli sinki beso kat Ikea tu. 
tapi pikir bajet bebeh.. bajet~~~ 
so sabarkan lah hati ini.



Tadaaaa~~~~ tu jelah pun untuk bilik air sekecil secinonet rumah flat guwe. kehkehkeh... Tak amek plak gambar sebelum kejadian pecah tanah terjadi.

Dapur tak siap lagi. Sila tunggu. 

Sekian...

Monday, November 16, 2015

1 YEAR OLDER


Fatihah hit her 1 year birthday on 26th October 2015. Papa hits his birthday on 25 October 2015.

So, we had 3 birthday celebration in a row. Hahaha... Takdela celebrate apa pun. Sebenarnya tak plan apa-apa pun sebab papa awal-awal dah bagitau, dia bakal bizi masa date tu. Jadi, dia kata birhtday to postpone. Maka mommy pun takde la plan apa-apa langsung. Kebetulan pula, masa ni mommy punya kerja pun jadi bertimbun-timbun. Mommy balik lambat on the day of her 1st bithday. sob sob... Balik emo, polok2 anak mintak sorry. Papa beli 2 slices of cake dan kami pun sambut ber-3. Gambar masa ni semua dalam kamera la plak tak transfer lagi.


Anyway, anyhow, mommy cuti 27hb, tapi kena bawak Fatihah cocok 1 tahun. Sorry mommy had to hurt u a bit... Tapi dia good girl sangat, menangis kejap aje. So, mommy bawak Fatihah a threat to Baskin Robbin. Makan espem berdua-duaan and beli mainan for besday prejen.

Masa ni kat kk masih belum kena cocok.

Masa ni dah kena cocok tapi masih maintain good girl lagi.
Belanja espem. 
Lebih kurang je pose. Nama pun selpie.


Rabu tu awak demam panas sangat. Mommy just monitor je dulu. Masih hantar pergi pengasuh. Just minta tolong dia monitor awak sama. Mommy  lupa bawak ubat, nasib baik pengasuh ada ubat demam cucu dia. Clumsy mommy. 29hb mommy EL jaga awak. 30hb mommy MC. Awak memang demam panas sangat. Berlanjutan sampai weken. Serba salah sangat sebab bawak awak  pergi cucuk then terus demam. Tapi nak buat cmana kan sayang. Imunisasi pun nak bagi kuat badan awak juga. Cuma risaunya lahai tengok awak lembik, memerap aje... Kesian sebab awak memang jarang-jarang nangis. Masa demam ni asyik nangis je... Takpelah. demam nak kuat kan sayang...


Jumaat petang tu papa bawak kita balik Temerloh. Masih monitor suhu awak yang kejap naik kejap turun. Risau sangat mommy ni... Petang Sabtu terus bawak pergi klinik. Suhu 39degree. masuk obat bontot. Papa belikan few slices of cakes, kita tiup-tiup lilin kat kampung pula dengan atok n nenek. nak tiup lilin pun menangis. poor you. mesti tak sedap sangat badan tu.

Bawak g klinik. Awak lembik nak tido je...
Kesian betul mommy tengok. T__T

 Papa semangat menyalakan api lilin.

Tapi kesian betul awak ye sayang...
Menangis je badan demam, x sihat. 


 Bila suap makan kek, steady je... 
Makan banyak plak tu... 


Lepas makan kek, makan ubat. Baru nampak awak ada energy sikit. Terus main-main. Dah berhari-hari mommy tak tengok awak main. T__T Mommy hati tisu. Ni baru anak demam je ni. Adesss la hai~~~


Ahad tu, kitorang gerak balik ke KL pagi. kasi Fatihah makan, makan ubat, tido... Dalam kereta, mula-mula dia meragam sikit. Berhenti kat hentian mana ntah isi minyak, tetiba dia menangis, menangis, menangis je dalam kereta. Blur aku tak tau nak buat apa. Masa tu dah siap isi minyak, dah nak jalan dah. AKu mintak husband berhenti, bawak Fatihah keluar kereta. Amek angin luar. Maybe dia frust tengok napa orang lain keluar kereta tapi dia tak keluar pun or rimas or ntahlah. Sebab dia ni memang jarang buat perangai, tu yang aku layankan aje. Bawak keluar, orang kat toilet senyum kat dia pun dia nangis. Oh mai, biasanya dia adalah peramah, siap senyum2 dengan orang. Kasihan.... Mesti dia sedang sangat tak selesa.... Bawak jalan-jalan kedai mesra, belikan biskut. Masuk kereta balik, baru dia bertenang. Huhuuhuhu...

Sampai KL, kitorang lunch dulu. Then g HUKM tengok ibundaku. Warded. Getting ready untuk operation Slip Disc. Tambah skrew kat tulang belakang. Ouch...

Masa ni memang rasa magik sangat sebab tengok awak dah boleh panjat-panjat katil, bawak diri main-main kat katil mamatok. Kalau tak, 24/7 tak nak berenggang ngan mommy. Mommy n papa pun terkejut tengok awak tiba-tiba dah boleh main. Tadi dalam kereta bukan  main eh eh tetiba menangis. 

Sebab macam dah baik je nih, kita bawak jalan-jalan ikea.





Tak nampak macam budak demam kan bila bawak pergi Ikea? 
T___T


8 November. Hari Ahad. Mamatok pun dah keluar hospital. So, kita celebrate besday lagi sekali dekat rumah ayang Alang. Kalini celebrate sebelah famili mommy pula. Ramai kanak-kanak. Pakcu pun datang dari Pekan, UMP nak tengok mamatok. Jadi kalini memang meriah ramai orang ada. Sebelah sini sepupu kecik ramai. Jadi mommy beli kek sebijik terus. Papa kata mommy bias. Kikikiki....




3kali celebrate besday... untunglah kau nak~~~ bukan celebrate apa pun sebenarnya. beli kek tiup lilin je... besday yang ke-2, ke-3 dan seterusnya belum tau lagi macam mana  kan... Sementara anak tengah sorang ni, layankan ajelah. Nak  panggil kawan-kawan buat makan-makan, rumah kita pun kecik aje... Yang penting, doa mommy... semoga awak jadi anak solehah, berjaya dunia akhirat, sihat tubuh badan, lancar lisan, ingat agama ingat Allah, baik kehidupan dunia akhirat, selalu ingat mommy and papa... Sob sob...




Friday, November 6, 2015

Bridal Shower Cik Lynn


2 oktober 2015 - tanggal kawanku bakal dinikahkan (by now of course la dia sudah bernikah). Sebab dah lama tak update blog and banyak benar benda jadi, maka mari buat throwback banyak-banyak2.

It was 6th September 2015. exactly 2 months before today.

We book the whole Damine21-Ampang for this purpose. Well, actually kitorang pun dah lama tak bersama-sama gathering kumpul bawak suami suruh jaga anak-anak sambil  kitorang bercamwhore ramai-ramai. So, occasionally kami pun akan cari sebab untuk bergatheringlah.

So, hey gurls. Cik Lynn dah nak kawen ni, kita plan Bridal Shower nak? semua orang pun kata nak lah. Mana ada yang kata tak nak. Makan dan ambik gambar. hey hey hey... Thats our favourite things.


Tu dia... bakal perantin kena tutup mata. Surprise surprise la kan.
Dia diberikan tema kaler,  tarikh dan disuruh bersedia. One of us akan p kutip dia. Kutip terus tutup mata.

Surprise~~~ tengok mata terharu dia.. Oh yea... makcik ni memang dah kena pakai purdah coz of permintaan bakal suami. Sweet kan~~~ 



So, here comes the pictures flood...















Di manakah anak daraku ketika ini? Ouh, makcik itu memang sporting. Dia boleh tido di kala omaknya sedang bersuka-ria menikmati juadah dan bercamwhore bersama rakan-rakan.

Nampak tak suamiku beserta sebijik stroller merah di situ? My baby you sedang lena tidur di dalam stroller berkenaan. Good girl you are.



Dah bangun tido. Maka disuruh bergambar.
 
 
 



 

Thursday, October 15, 2015

Jalan-jalan JB : Part 3


The next day, kitorang check out terus... Then husband bawak pusing-pusing JB.

Ada 1 tempat naik bot ke Batam. Tempat paling hujung dalam Benua Asia. Dia kata masa dia pergi dulu, area tu ada tempat makan best. Seafood punya. Dia kata, area tu macam tempat yang lain daripada yang lain. Dia punya perkampungan terapung tu masih lagi buat dengan kayu. Kena jalan, meniti atas kayu... Tanjung Piai ke ntah namanya, aku pun ingat-ingat lupa..

Tapi dia agak frust bila sampai ke situ, tempat tu sudah dimodenkan. Di manakah tempat makan-makan seafood yang disebutkan itu? Kecewa jugaklah sebab memang masing-masing tengah menahan kelaparan. Tempat yang dia kata kayu-kayu tu nan hado. semua dah jadi batu. Dia memang frust habis. Kitorang singgah 1 kedai runcit ni, mr husband pun tanyalah tokey tu.. Dulu bukan ni semua kayu ka? Tokey tu kata, sudah lama tukarrr.. Sudah mau dekat 20 tahun. Dalam hati aku pun berkata, umur berapala laki aku datang masa tu.


So, dengan perasaan hampa dan kecewa, kitorang pun pergi lah sambung berjalan-jalan melihat-lihat area Tanjung Piai itu. Untuk membunuh waktu a.k. to kill the time, alang-alang dah sampai, kitorang singgah jalan-jalan kat Taman Negara Tanjung Piai.

Tanjung Piai National Park
Tanjung Piai is a cape in Pontian District, Johor, Malaysia. It is the southernmost point of Peninsular Malaysia and thus the most southern point of mainland Eurasia. The skyline of Singapore is visible across the Johor Strait from the point. Wikipedia

Bersama ini disertakan sedikit informasi bersumber Google.



yang ni kami panjat pondok atas pokok. tak amek plak gambar ke bawah pasal rasa gayat sikit. Tangga dia jarak jauh-jauh. Cuak nak panjat tapi nak panjat. Kiranya amek feel dok dalam hutan la. Nampak beruk tak jauh dari pondok ni. Takut budak kena tarik beruk, maka kami tak lepak lama pun. Hahaha... Jadi mak pak ni memang risau dia berlebih sikit kan...


dari sini, boleh berjalan sampai ke hujunnngggg nan sana untuk berada betul-betul di penghujung benua Asia (aku rasalah sebab kitorang tak pergi pun). Cuasa panas dan aku degil tak nak bawak stroller. Jadi kami tak larat nak dukung budak kecik ni jalan  jauh, nak patah balik pula di tengah cuaca panas itu. Maka kami jalan ala-ala je amek gambar dan pusing tempat lain.
  
Gambar dekat entrance.
Entrance Fees: RM6 per adult and RM3 per child
Baby free.

Selepas puas bersiar-siar, maka we had back to Key Yel Yaw...

Mr Husband kecur air liur nak makan jugak Seafood. So, dia ajak masuk Melaka, alang-alang 1 way nak ke Key Yel. Aku jem jugak bila dia tanya nak makan mana. Macam Melaka aku yang punya. Nasib baik dia paham bini dia ni mana reti koordinat, geografi bagai ni. Terus je dia bawak ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung @ Umbai, Melaka. 

Ke Melaka pula kita, sebab jalan pun jem. Semua pakat nak balik KL kot Ahad tu. Kitorang pergi kedai manatah, aku pun tak ingat kedai yang mana 1. Masa ni makan kelam kabut sikit sebab cik Fatihah dah mula buat perangai. Tak tau apa yang tak kena. Maybe kitorang kat luar masa tu tengah  maghrib kot. Entahla. Atau dia dah penat sangat meragam nak tido, tapi nak mak dia je. Ikan pun tak berapa banyak pilihan dan nampak dah tak segar. Maybe sebab baru lepas high season, cuti Merdeka, ikan-ikan dah kena rembat masa peak hour haritu. (Itu kesimpulan sukati kitorang yang buat). Tapi makan mahal dan tak best. Dia masak pun tak sedap. Jadi, rasa ralat la lepas great dinner kat Anjung Senibong kan...



Images from here..

Aku ingat percutian aku bakal berakhir di situ, tapi masa tengah makan, suami ajak a.k.a pujuk pujuk aku suruh coti lagi besok. Dia nak ajak tidur kat Melaka je. Tak larat drive katanya. Kalau aku tak nak coti, dia drive la jugak ke Key Yel. Hati bini manakan sanggup mendengar suami keletihan mintak berehat. Kikiki... So, dia terus check Agoda.com, booking Hotel Equatorial untuk malam ittew...

lobby

Bilik. Dak tecik tu dah eksited dah

Another view


Gambar bilik air tak amek sebab dah eksited nak berendam ngn anak dara dalam bath tub. Kekekeke... 


Esoknya pulang ke KL sudah...