Monday, January 4, 2016

Comforter Baby


Alhamdulillah... weekend lepas ada masa sikit nak mengadap mesin jahit. So, sempat la siapkan conforter untuk baby ni.. Tapi ni memang dah niat nak bagi kat kakak ipar. Dah lama start buat, cuma takde masa nak completekan aje...

Dah lama tak pegang mesin jahit sebenarnya. Tak ingat pun bila. Mesin sulam, niat nak belek pun, tak belek2 lagi. Semua tu tinggal niat aje... Jahitan tak berapa nak kemas la. especially border dia. I am a newbie. Buat pun suka-suka je. Nanti kena practice lagi.





Lepas dah siap ni, aku bentang la kat depan nak amek gambar. Anak dara ni macam suka la plak sebab ada banyak-banyak binatang tu. Dia siap point kat kucing tu, and buat bunyi kucing. Hahahaha... Suka ye nak.. Nanti mommy buatkan 1 untuk awak.

Tengah-tengah nak suh dia posing tu, apak dia datang nyibuk nak interpreme. Meh aku masukkan sekali dalam blog. hahahaha....




comforter sekali ngan sarung bantal
sarung aje... bantal dia, aku pinjam bantal Fatihah kejap buat model 


Lepas aku upload ni, ramai la plak minta bukak order. Dengan perut nan memboyot ini, tak mampu lagi la nak amek tempahan. lagipun belum mahir lagi nak menjahit baby quilt ni. Need more and more practice. Untuk baby dalam perut pun, aku belum buatkan. Apaknya plak dok tanya-tanya... untuk anak punya mana? huhuhuhu~~~ 



Agar-agar ni apak dia la semangat buat.
Siap pegi cari acuan nak buatkan untuk anak
Cute sangat ok apak dia ni.. Ngahahha
Tengok-tengok Fatihah geli dengan agar-agar. Sumbat kat mulut pun dia luih.
Bagi dia pegang pun, pegang geli-geli je. Hek eleeee..
Ngada sangat anak dara ni.

 
Ni gambar dia pagi tadi.
Alhamdulillah, dah tak berapa nampak kan bijik-bijik kat muka dia tu. Telinga dia pun dah getting better, aku rasa macam more to dah baik. Antibiotik pun dah nak habis. Kat muka tu la, harap berkurang lagi. Kalau dalam gambar memang dah tak nampak sgt.

Ha... ni mak dia plak. 35 minggu. Besar betul perut. Tunggu masa dah ni. Harap dapatlah keluar awal Februari walaupun dah semput napaih dah sekarang. Sabar dulu anak ye... 




Selamat bersekolah untuk anak-anak yang memulakan sesi persekolahan harini. Seronok tengok kawan-kawan upload gambar anak-anak dah sekolah. Darjah 1, darjah 2, Tadika... Turn aku lambat lagi. Dah kertu besok baru sibuk hantar anak g sekolah. Mak-mak lain anak dah masuk sekolah menengah. Hahahaha...





Thursday, December 31, 2015

Jangkitan Kuman


hi blog... masih wujud lagi penulismu ini yang bercita-cita nak update sokmo, tapi sokmo tak update-update. Kehkehkeh...

Nak citer pasal anak dara kita lah, anak orang lain aku tak tau citer sangat.

Aku tak tau macam mana boleh start, tapi Ahad haritu (20 december), aku perasan dia korek-korek telinga sampai berdarah. Mungkin dia dah mula rasa gatal, or air masuk telinga or apa punca aku pun tak tau. Cuma terperasan dia korek telinga, then berdarah. Tak perasan ada air kuning-kuning keluar. Masa tido berpeluk malam tu, aku terbau macam ada benda busuk, tapi tak tau mana datang..

Esok baru perasan, telinga anak dah jadi berkerak ngan lendir-lendir kuning. Haih, ngapala aku tak belek telinga dia malam tadi.

Being a paranoid mommy, aku takut benda apa-apa masuk telinga or dalam telinga jadi infection, maka aku pun ngendeng-ngendeng suami ajak bawak g klinik. Suami kata, sabar dulu... Rasa macam kat luar je ni....

Again, being a paranoid mommy, Rabu (23dec) tu macam tak elok juga lagi, aku ngendeng ke laki lagi ajak g klinik. So, pegilah klenet.. Doktor bagi ubat titik telinga. Ubat titik seketoi itu sahaja bernilai RM62. mahainya obat. oh my TTPA (apakah kaitan).

Since Fatihah belum sunat, kitorang tanya untuk sunat sekali tapi dia kata sunat pagi je. Masa kitorang sampai tu, dah malam. So, esoknya datang lagi untuk sunatkan makcik itu... Rasmilah tarikh 24 December 2015, Fatihah disunatkan...

baru lepas sunat. terus berjalan-jalan macam takde apa-apa.
respek ah lu makcik
mommy punya kisah sunat macam teruk je. hahahahaha


pun terus bawak dia jalan-jalan taman klcc. 1 taman tu dia pusing jalan sendiri.
haa... jalan puas-puas sampai penat. orang baru dapat kaki khennn.
me - 34weeks



Esoknya, cuti Krismas. Pagi tu bertolak ke Kuantan. Sepanjang kat Kuantan, kitorang tengok-tengok jugak telinga dia. Just sapu gel gamat je sebab tengok macam dah kat luar-luar je yang merah. Dah stop ubat titik. Ahad dah balik semula ke KL.



Gambar ni taken on 28 December(Isnin). Nampak macam makin kronik. Aku cemas. Husband tenangkan aku, dia just cakap maybe sebab tido dalam buai ni, telinga dia preasure tertekan kt 1 side je. Ok lah. Berdarah sebab dia dok garu. Takkan nak ikat plak tangan dia kan...

29 December, pagi - aku ada checkup kat klinik kesihatan. Nurse kata - "kepala baby dah kat bawah ni... sangat". Dia dah suruh readykan kelengkapan. Huwaaa... aku plak yang macam tak ready lagi. hahahaha...

 30december - pagi, aku sent gambar ni kat encik suami. 

Macam dah makin merebak kat muka plak. Telinga pun nampak merah-merah lagi. Aku dah tak keruan. Paranoid mom is playing her role. Pagi tu still hantar kat babysitter tapi dengan keazaman nak amek half day, nak bawak pegi klinik.

Kat opis memang aku panas bontot je. Dok wasep suami ajak hapday nak bawak anak p sepitai ke klinik ke, memanalah. sibuk aku tanya kengkawan mana nak hantar paed yang bagus. aku siap check kad prudential insurance anak aku. ready la kot-kot kena warded ke. or nak mintak warded kalau caj mahal sangat. hahahahahaha.. blom pernah lagi nak bawak dia pergi Klinik Pakar Kanak-kanak. So, tu yang cemas lebih. Gelabah ntah nak bawak g mana. 

Aku google a few. Ada yang takde review. Tanya member opis juge. Ofismate aku ni cadang g Gleaneagles, Dr Lim Miin Kang. Dia kata, doktor tu baguih, memang check betul-betul anak dia. Before this, bawak g klinik 2x dah jumpa doktor tapi tak baik-baik. Bawak g doktor ni, habis dia check, dapat 5 obat. Tapi cepat baiknya. Tapi bayar dalam RM500. terkujat aku. kuuuhhh semangat.

Member kat whatsapp sajes Dr Patrick, Gleaneagles. Dia biasa bawak anak dia situ. Dia kata consultation fees around RM80 je. Dia bagi contact number semua... ada  yang sajes PCMC. Ada yang sajes Pusrawi. ada yang sajes Klinik Hasmawati. Tapi sebab kawan aku yang sajes Dr Patrick, Gleaneagles tu siap bagi amount consulataion dengan contact number terus, so aku pun terus piley yang tu je... Aku call try luck. appointment penuh plak. Orang tu suh try tanya Dr Lim Miin Kang office. aku ketar lutut dah nak call tanya. Tapi call jelah, bukan dia tau pun sapa yang call. Dia cakap ada Dr Chan ngn Dr Lim, aku nak yang mana? Aku jawab Dr Chan pasal takut Dr Lim mahai sangat. hahahaa... Aku siap tanya berapa consultation fees. dia kata around RM80-Rm100. aaaaaaa... ok la tu... maka kami pun ke Gleaneagles. aku sebenarnya cuak-cuak alam jugak nak p Gleaneagles ni pasai paham-paham la... bunyi pun Gleaneagles, hospital swasta, takut bil mahai berdengung.

Ramainya lahai yang bawak anak-anak jumpa doktot ni ghopenya.. apoinment Dr Patrick boleh full. Office Dr Chan + Dr Lim ni  pun leh tahan ramainya orang. So, even pegi swasta sekarang pun, kalau apoinment kata 1.30-2.00pm, silalah beratur ikut giliran ye...

Dr Chan is a very nice lady doctor. Dia sombat benda monitor apatah dalam telinga anak aku, sampai anak aku meronta-ronta dipegang apaknya. Aaaaa... barulah aku puas hati bila dia kata takde pape dalam telinga Fatihah. Klinik haritu setakat jenguk macam takde apa-apa je, terus bagi ubat titik. Manalah nak hilang paranoid mom in me... Dr Chan kata, its because of jangkitan kuman. Kuman apatah, aku beria nak menghapal haritu, keluar hospital je terus lupa. Dia bagi ubat antibiotik, ubat alergi dengan ubat sapu. untuk 3 ubat ni + consultation fees yang sangat memuaskan hati sebab doktor baik sangat = RM160.

Doktor kata habiskan antibiotik. Should be ok dalam this 3-4 days. Lepas 7 hari kalau tak baik juga, sila datang semula. Untuk harga itu, aku rasa still dalam range Klinik Pakar yang kat luar-luar tu je jugak. So, oklah... if anything lepas ni,  boleh terus cari Dr Chan je...

on the way back dari hospital. tengah layan kartun 


Hopefully Fatihah will be getting better. Pagi tadi pun tengok macam dah kering sikit. Cuma seksa time nak paksa dia makan obat je...



Friday, December 11, 2015

Friso Gold Free...


Remember to redeem your little one's b'day gift - FREE Friso Gold 3 700g by 31 Dec @ www.frisogold.com.my/birhtday/ou T&C applies


Tetiba dapat SMS cenggitu pagi tadi. Eh eh.. tau tak Friso ni boleh tahan harga dia. Nak bagi free hadiah besday my baby, of course la kena redeem. Keh keh keh... 

Sejak anak aku terpaksa ditepungkan kerana mak dia dah tak cukup susu, macam-macam susu aku dah try. Tapi nampak dia macam boleh terima susu Friso ni je. Masa tu dia dah 7 bulan ++, so aku start dengan Friso Step 2. Aku register jadi members kat Friso punya website dengan harapan boleh mintak sample sikit, lepas la 2-3 kali bancuh. kikiki... Tapi Friso Step 2 tak boleh mintak sample. Harap maklum. 

Masa tu dah tau preknen, maka mintak sample FrisoMom lah... Friso Mom pun sedap rasa dia. Tapi lepas habis sample, aku tak continue sebab telan pil kalsium. Sebab utama dia sebenarnya tengok harga 1 tin mahal bak hang. Kikikiki...



Sekarang tunggu masa susu sampai sahaja. 
Thanks Friso!




Tuesday, December 1, 2015

The 2nd one...


Ingatkan nak announce dalam blog dulu, baru tepek kat pesbuk. Tapi sebab takde masa nak buat karangan and takde masa nak login blogger.com sangat, so macam lagi senang je upload terus ig link f.b. Ngahahaha...

So, here i am. #30weeks.



Eh eh... takde karangan pun. tepek gambar je. Hahahaha... 


Friday, November 27, 2015

Frust tertonggek


Ingatkan harini nak update pasal kitchen kabinet. Setengah nyawa rasa excited dari pagi tadi. Turn up to be - frust tertonggek ni hah. Haih... Nantilah aku upload gambar. ke taknak upload lah. Sedih, sayu hatiku.

Sebenarnya ada jugak part bilik air yang aku tak berapa nak puas hati... Tapi sebab semuanya dah terpasang dan terbuku keras di situ, jadi redho ajelah... Apalah lagi.

Lesson learn:
Aku rasa aku ni agak cerewet. Jadi, untuk apa benda yang aku nak, jangan rely ngan orang lain. Be frank. Cakap sendiri. Tepat apa yang aku nak. Ngerti???

Cepatlah 5.30 aku nak balik. Takde mood dah ni.