Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijriah


Its gonna be a new year in Islamic calendar tomorrow...

Selamat menyambut 1434 Hijrah...

Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun...



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.




 Doa Akhir Tahun
” Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Berilah rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, keluarganya dan sahabatnya. Wahai Allah, Engkau Dzat yang kekal abadi, Maha Dahulu dan Maha Awal dan dengan anugerahMu yang besar dan kemurahanMu yang dibutuhkan. Ini tahun baru telah tiba, (karena itu, wahai Allah) kami mohon kepadaMu penjagaan sepanjang tahun ini dari setan, kekasih dan bala tentaranya, dan berilah pertolongan untuk menghindarkan diri dari nafsu yang mengajak melakukan kejahatan. Dan bimbinglah kami dengan segala pekerjaan yang dapat mendekatkan saya kepadaMu dengan sedekat-dekatnya, wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kami Muhammad, keluarganya dan sahabatnya.” 3x


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.




Doa Awal Tahun
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami Muhammad, keluarga, dan sahabatnya. Wahai Allah, segala yang telah kukerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayangMu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itulah ya Allah, saya mohon ampunan Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahanMu. segala apa yang telah saya kerjakan selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepadaMu, wahai Dzat yang Maha Pemurah, wahai Dzat yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami kepadaMu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan sahabatnya.” 3x




Banyak yang perlu dihijrahkan ni~~~
Semoga tahun baru Hijriah ini bakal memberi lebih makna kepada diri ini..
Amin... berdoa sahajalah semoga menjadi yang lebih baik dalam apa hal sekalipun...
Wallahua'lam


Hari Raya Haji 2012 - part II


Okeh... mari sambung cerita terbengkalai dari sini...

Malam itu kami berBBQ. BBQ nak cerita apa sangat ye dak? bakar-bakar, makan-makan, kenyang, uurrrppp... tidooo... hahahahha


proses memecahkan dara sotong itu

proses memecahkan dara si udang pula

sapa bakar sampai hitam sosej tu hah?

yummeh~~~

sotong yang tak diperap. dibakar begitu sahaja.
fresh giler sedapppp

sotong korban

tak lupa juga membakar ketam.
fantastic hingga cair pemegang pan itu...

pergh.... 
ini sedap sehingga ke tulang halkum 

diminum bersama kelapa pandan homemade
campur air batu dan aiskrim soda...
i tell u terangkat habis!

tukang-tukang bakar

minah salleh celup ni kena duduk dalam. layan ipad aje.
nyamuk. badan dia tak imune.

sitting like a boss only



anyway, kambing yang diperap olehku sebentar sahaja sudah habis. laku bagai kambing BBQ. letak sekejap atas meja dah hilang disambar. Sedap kata mereka. Ehemmm... 


Oleh kerana tukang amek gambar bias, hanya ambik gambar time bakar-bakar kat luar, maka orang-orang penting di dapur yang menyiapkan perkakasan telah terabai. Takpelah, bukan boleh tepek pun gambar tak pakai tudung.  Lagi kasihan gambar tukang amek gambar takdek pun. Hahahahaha..

To be continue~~~
waahhh... over! ada part 3. hahahhaa



Friday, November 9, 2012

Hari Raya Haji 2012


Olla.... Salam Jumaat...

Semestinya ramai yang menantikan kedatangan hari Jumaat kerana hari Jumaat adalah penghulu segala hari. (read- waktu lunch panjang, esok dah weekend). I got so much to write about, tapi tak tertulis-tulis. Kadang bila semua benda nak tulis, tetiba jadi jammed kan. Stuck terus tak tau nak tulis apa padahal hati berkobar-kobar nak hapdate. Azam konon November ini nak hapdate hari-hari. Konon je sudah.

Okeh la... Oleh kerana janji  tahun lepas untuk update pasal Raya Haji tak tertunai, maka tahun ini harus qada hajat. 

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa sunat pada  Hari Arafah 9 Zulhijjah bersamaan hari Khamis 25 October 2012. Correct me if im wrong please.. Hari tersebut juga merupakan hari perjalanan bagi kami adik-beradik untuk pulang ke kampung halaman di Sungai Petani nun. Maka saya adalah diuji sedikit pada hari itu. Sikit ajelah. Anggap macam puasa bulan Ramadhan sudahlah. huhuhu... Padahal dalam kereta tido aje. Wohooo... sekarang sudah ada driver baru. Adik bongsu dah ada lesen, maka suruh dia drive aje. Setelah kakak saya berkahwin dan punya anak, saya sudah sukar untuk mendapat kesempatan duduk di kerusi co-driver dan tidur sepanjang perjalanan. Kalau boleh bawa lebih dari 110km/j, saya suka je nak drive. Kehkehkehkeh..... but with the speedtrap AES whatsoever, homaigod 110km/j is so damn bored!

Pabila sampai di rumah ayahanda bonda, bonda pula masak tomyam dengan sambal apatah memang la saya tak amek port kerana ini adalah menguji kesabaran dengan lebih lagi! hahaha... Di kala adik-beradik sedang menjamu selera, saya terpaksa menyisihkan diri. T__T

DAY 1

Raya Haji kali ini, abang sulung yang berada jauh di perantauan juga turut sama pulang. Maka complete gambar adik-beradik raya kali ini. Cumanya masih belum lengkap ahli keluarga sebab abang ipar yang kerja atas laut pula tiada. 

Sesi bermaaf-maafan dilakukan. Dapat duit raya yahoooo

kakak ipar sulung mcm beria dia mintak hampun kan... hahaha
gambar abg sulung guwe tak sempat capture.

kakak 2nd. 
sampai senget-senget mulut ayahanda

anak dan menantu no 3

itu dia... omma menangis ketika memeluk anak no 3 nya
dosa apakah telah mereka lakukan?
tunggu dan lihat~~~
hahahaha

anak no-4 dan no-5
tengok anak no-4 tu. nak mintak hampun pun gaya tense je...
ni gaya anak derhaka mintak hampun.

anak no-6.
anak paling tergagai.

anak bongsu in action

ini versi mintak hampun
kasih sayang adik-beradik nan abadi
tiada tandingannya

with cucus

abang long family with appa omma

sis family without husband di sisi

abang kawasan family

the omma daddy with the 7 siblings

us the magnificent 7

the girls in da house

da boys tak cukup korum


the family

~the package~


Sekian kenduri gambar. Bakal bersambung to part 2.



Happy Deepavali to all my indian friends. Im going back to my hometown this weekend. To celebrate raya and mintak hampun mintak maaf lagi~~~ 


Wednesday, November 7, 2012

Jubah for 6 years old girl


More updates on my sewing activity. Baru-baru ini telah berjaya menjahit jubah seorang anak dara yang belum akil baligh. Beliau adalah tidak lain, tidak bukan adalah anak buah daku, which i like to call her as Cik Piah. Marah dia kalau saya panggil dia begitu. Hahahaha...

Kain sudah dapat sebelum raya puasa lagi sebenarnya. Tapi hanya baru-baru ini sahaja saya berjaya menyentuh dan memberanikan diri membelasah kain tersebut. Pernah cuba buat pola dan bawa ke sekolah, tapi cikgu kata bukan begini nak buat jubah. Oh... harus pasrah ketika ini. gelabah juga. Kerana sudah pertengahan bulan 10 dan dia nak pakai bulan 11. kerja last-minit. Tak pernah berubah. Hahahaha...

Maka dengan pola yang tak jadi itu, saya pulang dengan pasrah. Cakap pada kakak ipar, cikgu kata kalau buat jubah kena begitu begini entahlah bagaimana. Kalau dirimu sempat mencari tailor lain, suruhla orang lain buat. Atau mahu percaya dan berserah diri dan bertawakal pada Allah, agar ibu saudaranya yang comel ini dapat menyiapkan jubah nan sehelai itu demi hari penganugerahan tamat pra-sekolah beliau. Maka kakak ipar berkata, "tak kisahlah. Jahit jelah " dengan muka kelat-kelat masam. Hahahahha...

Sebelum pulang raya Haji tempoh hari, abang saya pula sms tanya - "dah siap ke baju kakak?". Hahahahaha... see~~ mereka sangat risau. Mengapalah tidak percayakan saya sangat ni? Sebenarnya ini telah menyebabkan saya lebih menggelabah. Maka saya reply dengan nada cool - "don wori... sempat punya" padahal debar di dada jangan cakaplah. Terus capai kertas pola malam itu, lakar lebih kurang je ikut jubah contoh yang dah diorang bagi. Kemudian terus potong kain, baca bismillah banyak-banyak. Cantum lebih-lebih kurang supaya boleh tunjuk pada mereka. Sekurang-kurangnya dapat melegakan sedikit hati mereka walau hatiku ini bergelojak nan hebat tak terkata.

Sepanjang proses menyiapkan jubah ini, memang saya rasa sangat saspen. Boleh ke dia masuk ni. Muat ke, tak ketat ke? Mula-mula ingat nak buat zip belakang. tapi rupa pola pun dah macam tak paham sangat boleh cantum ke ni? Maka niat suciku itu dibatalkan saja. Tu yang risau boleh masuk ke baju tu dengan dia. takut ketat di ketiak. Proses termenung panjang pun banyak juga. Terkompius-kompius camanalah nak buat leher dia ni. macam mana nak finishing and so on, so on...


Maka akhirnya, saya amat berbangga dengan hasil belasah hentam kromo diri ini. Presenting jubah for 6 years old girl~~~~

the jubah itself

bahagian belakang

bahagian depan

tambah sikit lace dekat cantuman lengan hadapan



Ini adalah few of her best shots. Believe me, susah nak dapat shot dia ni. Muka pempuan habis dah. Baju nak pink pink aje... Perangai... isk isk isk...

kalau tak, dia mintak nak posing macam ni!


Nanti hari ikhtifal, amek gambar banyak-banyak lagi ye Cik Piah... Nak jugak tengok baju kawan-kawan dia macam mana....

Abang saya tanya: berapa upah?
saya jawab : kasih sayang yang tidak berbelah bagi~~~




Monday, November 5, 2012

New project

Currently busy with a new project.
What's that?
Wait and see~~~

-insya-Allah  soon -