Wednesday, March 7, 2012

untuk Istiqamah


I feel very tired and sleepy easily now. as early as 8.30 pm. and i dont even have a husband and kids to take care of yet. after dinner, i try to watch tv. but i guess my eyes can stand it only until 9.30pm. but usually i try to stay up until 30 Minit Ustaz Don finish. And now, the show has shifted to earlier time, Monday-Thursday, 9.30 pm, i can sleep earlier. watching while lying in front of the tv. when the show finish, i just simply off my tv and close my eyes to the lalala Universal Studio Land.

Saya salahkan faktor usia yang makin meningkat remaja ini...  remaja??? aihoo... remajakah??

aicewah... ni saje-saje testing skill english yang dah berkarat ini. nampaknya masih berkarat lagi. tiada bezanya.

Pagi tadi bangun seawal 6 pagi. Eleh, orang lain bangun lagi awal. tapi takpe. untuk saya 6 pagi sudah terlalu awal. apa nak kecoh, bukan nak kena tempuh jem. tetapi azam baru konon, sebab dah tido awal sangat, maka kena bangun awal juga. selepas mandi dan solat Subuh, hajat di hati ingin menjahit. Alhamdulillah, ada 1 lagi tempahan baju kurung yang perlu disiapkan. Malam tadi sudah siapkan melukis pola atas kertas brown paper.( Lihat kesalahan frasa ayat ini, sudah kertas, paper lagi.) Pagi ni sempat potong pola brown paper itu sahaja. Mengapa?

Sebab malam tadi sebelum tidur, rupanya saya tonton channel Korea. pagi ini ingin buka TV Al-Hijrah. Tapi channel Korea muncul dulu. cerita The First Wives Club pula tu. kebetulan, aicewah..kebetulan pula,  nak dijadikan cerita sungguh la ni, episod malam tadi terlepas. Maka terpacak dan terpakulah daku di depan channel Korea tersebut. Apa yang sempat buat, hanya potong pola kertas yang sudah lukis malam tadi. Demi menyedapkan hati sendiri, maka diri ini berkata-kata kepada diri sendiri, takpelah...at least ada jugak progress. kahkahkah.

Makanya, saya dengan ini harus mencari penyelesaian agar mata tidak terlalu awal hendak terkatup. Mahu berjaya, mana boleh begini. Harus rajin, harus istiqamah. kalau boleh siapkan 1 pasang baju 1 malam, barulah hebat! Masih ingatkah entri ini? Buat masa ini, mungkin saya terpaksa mengenepikan polisi yang dikenakan ke atas diri sendiri. Oleh itu, saya telah melanggar pantang tersebut. No other people to blame. Blame me only. 




beli yang ini juga.
dengan ini juga harus istiqamah.
moga berjaya seiring dengan berpegangkan ini.
Amin...


No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping out your thoughts...