Wednesday, September 26, 2012

Rezeki...


Rezeki itu luas takrifannya.

Kalau rezeki dari segi kewangan kurang, tak cukup, tetapi masih ada... belajarlah mencukupkan atau usaha lebih untuk dapat lebih. Yang pentingnya syukur.

Kalau rumah tak sebesar rumah orang lain, tapi masih ada rumah buat tempat berlindung, belajar bersyukurlah...

Kalau kereta tak seperti kereta impian, tetapi masih bisa dibawa ke sana ke mari memudahkan perjalanan, maka belajar bersyukur.

Kalau makan tak dapat seenak dan semewah mana, janji perut kenyang, maka bersyukurlah...

Namun kesihatan adalah rezeki yang paling nikmat. Jika sihat, boleh kerja, boleh usaha untuk dapatkan wang, rumah atau kereta. Jika sihat, boleh makan apa sahaja sesuka hati. 

Tapi jika sakit, makan harus pantang itu ini, yang ditelan pula terluah semula. Jika sakit, tiada daya untuk bekerja...

Jika sihat, bersyukurlah.... Bersyukur dengan jangan lupa sujud pada-Nya...

Jika sakit, mungkin tiada peluang untuk sujud dengan sempurna lagi pada-Nya...


Sihat itu rezeki. Sihat itu Nikmat.


No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping out your thoughts...