Friday, January 9, 2015

Being a Mommy


Alhamdulillah... 2014 melabuhkan tirai dengan seribu satu kenangan terindah dalam diri ini. 2014 menjadikan aku seorang isteri dan seorang ibu sekaligus. Tak menyempat nak ada anak, terus lekat bunting pelamin. Alhamdulillah rezeki. Memang tu target pun sebab kawen lambat kan.. tunggu apa lagi haih...kasi lekat terus. Hahahha...

Bukan mudah rupanya nak jadi seorang ibu nih. Kita (as in kaum Hawa) mungkin HENDAK menjadi ibu, tapi sebenarnya tak bersedia lagi. Bila dah hadap and dah duduk dalam situasi mempunyai anak tu, haa... barulah kau tau. Segala masa lapang, masa silam senang lenang kau memang dah jadi masa silam. No turning back selepas melahirkan. Masa tidur, masa makan, masa menjahit (eh..tu untuk aku lah) semua dah jadi ikut masa anak.. Time dia tidurlah nak berlari-lari ke sana ke sini. Buat itu, buat ini. Nak berak pun kena adjust ikut time dia... siap boleh jeles dia boleh je berak anytime. keh keh keh....

Sebagai seorang ibu, kita lebih banyak fikir and peka untuk anak kita. Eh... kenapa pakai kita sebab tengah cerita pasal anak aku je nih.. Tapi mostly mak mak memang macam tu kan? Kita yang terlebih pikir untuk dia... Tengah dia tido, kita pikir selesa tak dia tido macam ni. Tengah dia menyusu, kita pikir cukup tak dia minum banyak ni. Tengah dia berak, kita pikir busuknya jap lagi kena basuh. Contoh lah... Eh... ke aku je yang pikir macam tu? 

Walau apa pun yang kita fikir untuk dia, all mother will think what is the best untuk anak dia sendiri. Mungkin mak lain fikir lain untuk anak kita, kita juga mungkin fikir lain untuk anak dia... Tapi bila ada dalam situasi tu, hanya mak dia je tau apa yang baik untuk anak dia. Mungkin mak dia terpaksa buat sesuatu tu yang orang nampak tak baik, tapi sebab dia dalam situasi tu, hanya dia je tau apa yang baik untuk anak dia. Paham ke tidak apa aku cakap nih. Hahahhahaha... jadi mak mak ni emosi lain dah hoih... menulis pun makin merepek.

Banyak sebenarnya nak tulis. Tapi bila dah lama cuti blogging ni, lepas beranak urat banyak putus plak tu, cramp plak otak nih nak menaip. kasi warm up dulu...


Hello 2015. 
Tahun blogging pasal anak plak... Hewhewhew....

2 comments:

  1. cpt update, nk bc cerita anak.. :)

    ReplyDelete
  2. Ko kalau menulis, dari dulu sampai sekarang, camtu jugak.

    U fani, pit. HAHA

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...