Wednesday, April 15, 2015

Lexis Hibiscus


Hari Jumaat suami balik dari outstation Jakarta. Sabtu kitorang pergi Temerloh-Kuantan-Temerloh-KL. Balik hari. Tengok anak buah baru. Biras aku, wife kepada adik suami i selamat bersalin anak lelaki. Hari Ahad pula kami check-in Lexis Hibiscus hewhewhew~~~

Bermula dari kawan aku yang post promo tu kat group whatsapp, aku terus dilanda royanan. Lama dah nak merasa Lexis bilik ada pool ni, tapi harga asek RM500 ++. Kawan aku pernah je dapat promosi Groupon RM300++. tapi aku selalu je berada di sebelah yang tidak bernasib baik. So, just gatai pungkok nak merasa duduk hotel best skek, maka aku terus booking and mintak le husband block date dia.


Sebelum check-in, kami makan tengahari ler dulu...


Bilik dia memang luas la.. Untuk kitorang yang duduk bertiga sahaja memang totally awesome la keluasan bilik dia..

2 katil King hokeyh...


dah bersepah-sepah sikit la kitorg kerjakan. TV dia besar..
Kat atas tv tu nampak tak ada skrin putih kan...
Aaaa... yang tu ada suis leh kontrol turun naik dia. 
Boleh bukak sambil menikmati keindahan langit dan kapal terbang yang lalu lalang.

di sebalik tirai ada pintu nak ke toilet dan wardrobe.
Shower n jamban kat sebelah kiri tu. 2 bilik asing takleh kunci.
Kalau bawak anak-anak dah besar and ko nak berak, redholah kalau anak-anak main cak cak ngn ko sambil ko sedang meneran. Hahahaha...

Jeng jeng jeng...
Keluar pintu 1 lagi dan tersedialah sebuah pool untuk bermandi manda mencelup badan.
xyah la nak fefeeling jadi perenang Olimpik dalam kolam ni. ciput aje.. 

Sebelah kiri sikit tu ada bilik kecik.
Itulah bilik Steam room dia,

Aku sanggup okay, bangun kul 6 pagi nak lepak steam room sorang diri di kala anak dan suami tengah tido. Malam tu, aku ngantok + anak nak berpeluk aje, maybe letih sangat jadi perenang kebangsaan petang tu. Jadi, di waktu aku terjaga dan mereka sedang nyenyak tido, aku pun grab la peluang tersebut. Anak bangun kang, jangan harap dah nak take my 'me-steam-room' time.


Apo laie... petang sikit tu berendam lah..

i can do this everyday mommy~~

Dah macam gaya anak howang kaya dah nih..
semoga kayalah mak bapakmu nak oi...
Amin...

susu tak nak ais 1!!!

Petang tu, le husband keluar tapau makan malam siap-siap. Dah malas nak masuk keluar, masuk keluar hotel, sebab boleh tahan jauhnya dari lobby. Kena naik buggy, kalau tak termengah-mengah la nak berjalan. Tapi memang diorang sediakan perkhidmatan buggy tu pun. Call aje suh amek. 

Nasib baik le husband amek keputusan nak tapau dinner siap-siap, sebab malam tu hujan lebat jugak. Kalau kitorang keluar cari dinner kat luar, agak payah la sikit  ngan baby ni kan...


Tidur 1 malam je nak merasa. Jadilah~~ ngehehe..
Ni nak balik dah ni..



Gambar pun dah malas letak watermark. Nak tunggu aku letak kang, memang berhabuk terus la blog ni.

Katanya Grand Lexis lagi best sebab pool tu dalam kawasan tertutup kan. Ni kat luar, kalau hujan tak dapatlah nak bermandi-manda. Kita yang ala-ala muslimah ni susah la sikit kalau nak mandi-mandian secara terbuka gitu di luar nih.. Anyway, its a good experience... Kalau ada rezeki lagi, ke Grand Lexis pula kita... Insya-Allah...

Isnin weolls cuti, dan Selasa back to work, back to reality life. Merasa la kejap jadi ala-ala owang kaya.




6 comments:

  1. lexis hibiscus ni lain ek ngan grand lexis?

    aku aritu pegi grand lexis, semalam ajela..2 malam kang pengsan. haha.

    ReplyDelete
  2. ha ah.. lexis hibiscus ni baru bukak.

    grand lexis ko dapat berapa rm? aku pun pegi 1 malam je jugak gatal2 nak merasa je. tak dapek lagi nak lepas kempunan ke grand lexis. ni pun nasib dapat rege soft launch je...

    ReplyDelete
  3. aku pegi masa pregnantkan haifa 2010. harga rm400 tp rate gov dpt laa rm380.

    nak merasa. sempena bday plak tu. hehehe..ada aku tulis dlm blog.

    ReplyDelete
  4. dd... ada aku ry korek.. tak jumpa pula

    ReplyDelete
  5. Hai..bestkan..nk tahu bilik no bpe ye u dpt..sbb bilik yg u dpt privacy ckit..x bhdpan dgn bilik org lain kan..sbb nk request dgn lexis room no...aritu my sis dh pegi tp dpt blik yg mgdp org..so x privacy la

    ReplyDelete
  6. faeizah

    alamak... tak ingat pula no bilik berapa.. tapi kalau boleh request, mintak yang jauh2 sikit. menghadap ocean lebih baik dari menghadap pantai. sebab bilik saya tu menghadap pantai n ada org tgh buat construction berjalan ptg2 kat situ.. bilik yg dekat dengan lobby paling tak best.

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...