Friday, June 19, 2015

Puasa dan Menyusukan Anak


18 June 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436

Alhamdulillah... bertemu lagi pada Ramadhan kali ini. Kalau tahun lepas, masa ni aku tengah mengadungkan makcik kecik itu, kali ini dia dah keluar dah... Alhamdulillah.. she is such a good girl... Hari-hari buat tak sampai hati nak hantar dia rumah pengasuh.. T__T

Puasa kali ini, memang aku nervous sangat. Sebabnya 1st time puasa sebagai ibu yang menyusukan. Susu pula dah makin berkurangan ni. Time tak puasa, minum air banyak and makan tak skip pun aku tak berupaya menyediakan stok. Inikan pula masa bulan puasa. Dan kelaparan kedahagaan selepas memerah itu, oh my!

Masa my baby Fatihah menjelang ke bulan ke-7nya, aku dah start terpaksa campur susu. Namun masih cuba sedaya upaya tingkatkan stok susu ibu. Susah hati sangat sebab dia tak berapa nak menerima susu tepung. Dia masih prefer susu ibu. Alhamdulillah, kadang-kadang aku dapat stok perah cukup untuk hantar pengasuh. Tapi sekarang bekal semakin menyusut. Dapat hantar pun dalam 3 botol je. Mana yang tak cukup tu memang kena topap susu tepung lah..

Semalam hari pertama berpuasa, Dapat 3oz sahaja setiap kali sesi perahan. Syukur alhamdulillah, masih ada rezeki, tapi  masih tidak mencukupi. Pagi tadi bekal dia 3 botol x 3oz je. Sebak.

Kalau kat rumah tu, harapanlah kalau dia nak minum susu bancuh. Ditolak-tolak aje botol susu tu. Diluih-luih susu tu. Walaupun dah start makan, pengasuh jenis suka nak bagi susu kat dia. Jadi, memang tak cukuplah susu aku tu. Terpaksalah redha bila terpaksa beri juga stok susu tepung pada pengasuh.

Kadang-kadang bila amek dia petang-petang, pengasuh dah siap panaskan susu terkahir dia. Balik rumah dia tak minum pun. Rasa ralat sangat bila 2oz or 3oz susu terpaksa dibuang begitu sahaja. Bukan senang nak mendapatkan hatta 1oz susu pun. T__T Aku pernah buang susu yang berlabel 1am, yang mana aku tau aku bangun tengah malam untuk power pumping selama 1 jam untuk dapatkan susu sebanyak itu. Tapi berakhir dalam singki. Memang sadis.


Jumaat minggu depan awak genap 8 bulan. Mommy love u so much. I'll try my best to give u the best ok sweetie.. Baju raya kita mommy tak jahit lagi.

dah boleh duduk




Another 29days to go! Gambateneh mommy!


1 comment:

  1. : comel la awak Fatihah..! hehe..!
    betul susu saya pun start drop since mula puasa ganti... huhu.. last year sebulan tak puasa sebab dlm pantang... hehehe~

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...