https://www.thegaragekl.com/
Kedai makan ni sebelah mrr2 je. kalau lalu lalang mrr2 tu memang boleh nampak dia tepi jalan. Dekat dengan Restoran Bamboo. Actually husband ajak lama dah nak try tempat baru ni. Dari luar memang nampak bangunan kontena tu je. So, dengan budak kecik 2 orang ni aku beranggapan tempat tu panas lit lit. Nak handle budak 2 ketul nanti, dengan aku sekali panas hati jiwa raga dalam kedai tu. So, acap kali jugak aku tolak ajakan husband aku tu...
Tup tup kakak ipar aku datang dari Kuantan petik tempat ni. Aku setuju je tak pikir banyak apsal ntah. Dasarrr nak melawan cakap suami je kerja kau kan. Kakak ipar kau petik sekali je, nak plak kau pergi.
Ghopenya ada kawasan bertutup berekon kat dalam tu. Bahahaha... Maapkanla kak Chik cuaca kita ni kejap panas kejap hujan. Lemau badan dibuatnya. Kena time musim panas, berdiri saja pun peluh bercucuran bagaikan cendawan di hujung tanduk.
Ada banyak kenderaan pelbagai model kat luar bawah kedai ni.
Malas aku nak amek semua gambar.
Malas aku nak amek semua gambar.
Sampai-sampai takde orang sangat.
So, tanpa segan silu buat macam rumah sendiri.
Interior dia sangat nice
Dekat atas ada surau.
Tempat wuduk dia bisexual.
So, kena cover2 jugakla nak amek wuduk kan.
Tapi masa aku pergi tak ramai, ada family kitorang je atas tu.
So buat macam tingkat atas ni kitorang punya bangunan sendiri je
view dari atas
Sementara tunggu mommy solat, papa bawak budak2 lepak kat sini
Masih tingkat atas searas surau.
Pergi petang balik malam...
Tak amek gambar makanan sebab lupa. Tak sabar nak mentekedarah. Gambar menu pun lupa. Kitorang order pasta untuk budak-budak ni. Aku oder apatah tak ingat. Tapi pasta budak-budak tu sedap. Aglio olio kot ke apatah memang tak ingat.
Ada tempat santai luar jugak tu. Nice cozy place. Aku boleh bagi extra mark sebab masa kitorang pergi tu takde orang sangat dan anak-anak aku berlari kat dalam tu macam kedai tu mak diorang yang punya. Hahahaha...
OK lah... nanti kita try kedai lain pula...
Ada tempat santai luar jugak tu. Nice cozy place. Aku boleh bagi extra mark sebab masa kitorang pergi tu takde orang sangat dan anak-anak aku berlari kat dalam tu macam kedai tu mak diorang yang punya. Hahahaha...
OK lah... nanti kita try kedai lain pula...
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping out your thoughts...