Tuesday, December 5, 2017

Family Day 2017. Kem Sungai Kuali, Janda Baik. Day 1

Day 1

oh man... banyaknya nak cerita ni. nak jot down. nak remember as a journey.

Mid november haritu ada buat family day sebelah husband. 17-19 November date to be exact. Set time yang semua orang free boleh ada ramai-ramai semua sekali. Seronok betul masing-masing counting days.

Tahun lepas ada 2 famili tak boleh join. 2016 buat kat Langkawi. So, this year buat kat tempat yang senang nak pergi. Jadi, semua setuju buat kat Janda Baik.

17 November, Jumaat tu aku siap apply cuti walaupun cuti tahunan dah nyawa-nyawa ikan ni. Semangat.


Dalam pukul 1pm sampai dekat area Janda Baik tu, konvoi 3 kereta. Girls lepak dulu bawah pondok2 yang ada kat situ while the guys pergi rombongan solat Jumaat.

 Sukar betul mendapat gambar innocent apabila bersama kanak-kanak
Itu biras cantik saya.



 Budak ni je sekarang yang senang sikit nak bekerjasama melayan amek gambar.
Yang anak  pempuan tu ikut nasib lah..

Tunggu guys balik, check in, berebut bilik, and terus bersiap-siap nak terjun sungai. Tak banyak gambar dalam air yang aku amek sebab kanak-kanak adalah sejenis geli memijak alam semulajadi. Pasir dan batu-batuan dianggap sejenis makhluk aneh di alam nyata ini. Lebih menyedihkan memang diorang nak main air. Jadi adalah sejenis main air sambil berdukung kekdahnya.. Nanti omak cari casing henpon water proof.

Lepas dah dapat bilik, sementara tunggu mak abah dari 1 rombongan lagi dari Kuantan sampai, kitorang tukar baju and terjun sungai~~ Excited sangat sebab dah lama tak mandi sungai. Tapi sedey sikit sebab mommy red flag. Jadi perasaan malas berbasah-basah itu mewujudkan diri. Huhuhu... Mandi sampai budak-budak pun dah biru, naik atas tukar baju. Masa tengah tukar baju tu, rombongan bersama mak abah sampai. Masa tu memag dah kebuluran. Memang tunggu mak sampai sebab mak bawak lauk n nasi makan tengahari. Kui kui kui... Mencekik la apa lagi.

Petang takde aktiviti apa dah. Free and easy. Apalagi, sapa nak mandi lagi, terjun lah. Aku malas dah nak bersalin-salin semua. Nasib ada pakCu Baby boleh layankan Fatihah mandi. Aidil nak jadi koala bear melekat dekat mak dia. 

 Tu ha anak dara tu... nak mandi tapi nak berdukung
2nd session mencelup air.

 Papa pun tak kuasa dah nak main air tu

 Mommy dengan koala bear lah.


Malam dinner, borak-borak lepas tu dah bawak budak-budak tido. Yang lain-lain stay lagi kat luar main-main setting lampu-lampu untuk malam kemuncak besok. Aicewah.



No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping out your thoughts...