Saturday, January 27, 2018

Kids indoor playground

Kidszone Melawati Mall

Dah ada anak kecik ni begitulah aktiviti mak apak. Cari tempat or mall yang ada playground. Tambah plak time cuaca tak menentu mestilah kena pandai servey indoor playground.

Seperti yang semua sedia maklum (ecewah macam kan orang baca blog kau), aku memang tak berapa gemor indoor playgound ni. Bukan sebab apa pun, sebab enrance fee dia aku boleh beli tudung ruffle chicnones tu 2helai setengah. takpun beli kain ke baju budak ke. tak pun boleh makan kenyang. Lagipun aku nak  diorang feel the nature ecewah. Tapi bila isteri dan suami tak sependapat dan yang membayar entrance fee adalah sang suami, kita ikut ajelah. Janji time makan kang, dia bayo jugak. Kah kah kah...

OK lah ni nak review Kidszone Melawati Mall. Tempat dia besar, dan harga dia sesuailah dengan fasiliti dia kot.

 Sila pakai stokin.
Deme ni pun ada area khas boleh buat besday party.
nampak tak kat hujung belakang sana tu hah ada orang tengah berparti harijadi.

 ni entrance fee dia.
RM93 untuk total 2 ketul anak aku.
ntahla ada tax ke tak. malas nak mintak tengok resit kat laki aku.
Dah la yang jantan tu nak berkepit je tak main pun.

 ni area toddler.
small playgound area.

 besar tempat dia.
anak dara aku terus hilang je pepandai bawak diri.

 tengok2 tetiba dia main slide dah.

 ada staff kat atas tu yang tolong kontrol trafik.
kalau budak bawah tak bangun lagi, dia tak bagi budak atas turun.
so, adalah agak bagus di situ

 bawak aidil area sini plak nak bagi dia main ball tu
takut jugakkkk
berdesyut dsyut bunyi gun angin kat atas tu lagi kuat dia nak melepet berkepit

 kalau aku kecik lagi ni mau meroyan jugak dapat main tempat cenggini
anak dara aku ntahla p mana dah dia

dah putus harap nak suruh aidil main kat tempat ni. last2 duduk area toddler ni je. dia berdiri nak main pun tak sampai la beberapa cm daripada tempat mak dia duduk. main la dik oi.. rm35 ni bayo kat hang! kahkahkah.


Sebenarnya memang expect nak duduk lama sikit la dalam ni.Tetiba kakaknya berdiri setempat sambil mengerutkan wajah. ohmaikau kenapa time ni? Dah tetiba adik plak mengerut muka jugak. Sedih omak kau, sekali dua kena basuh. Kitorang keluar dari situ sebab toilet dia macam tak friendly user untuk basuh berak toddler 4 tahun gitu. Boleh masuk balik sebab dia kan Unlimited Entry. tapi dah petang sangat masa tu. eh eh tetiba rasa macam berbaloi plak harga dia sebab umlimited entry. nanti kena pergi pepagi la biar anak dara aku lemau dalam tu. Kahkah


3 comments:

  1. Bestnya kalau boleh main semua tu haha... anyway salam kenal.. sis singgah sini n follow.. jemput dtg ke blog sis.. www.sishawa.com =D

    ReplyDelete
  2. best sebab x paanas hehe.

    done follow #23

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...