saya rasa jangka hayat dia mungkin sudah sampai di situ saja. Sedih juga kerana mengenangkan duit kalau nak beli PC/laptop lain. Apple maybe? hahahahahaha...
Lagi pula, memblogging di ofis macam tak biasa? tapi... bila di rumah lebih selesa berblogging kan?
Perlu siapkan tempahan. Customer dah bagi lama dah. tapi saya ni baru terhegeh-hegeh nak buat. memang sekarang dalam fasa bernafas pun tak cukup nih. Malam tadi ketika sedang semangat + mengantuk menjahit, tiba-tiba mesin buat hal. dah satu hal malam-malam kemengantukan itu kena bukak manual guide. stadi punya stadi. tido. T__T
tengah hari tadi pulang sekejap sambung menjahit. siap 1 baju secara lahiriah. (belum silang pangkah, jahit kemasan, jahit butang, jahit span). tapi takpelah as dah nampak rupa sehelai baju. Malam ini target nak siapkan kemasan dia, or siapkan kain dia. herm... kita tengok nanti mana yang nak menjadi. apa-apa pun dah kena marathon nih. customer nak amek awal bulan 7.
Rumah bersepah! tapi takpe. dahulukan tempahan. siap aje marathon baju ni, saya harus kemas rumah. dah siapkan baju saya pula. :P










