Thursday, August 2, 2012

Kegilaan baru saya

Opppsss... August sudah sampai... maknanya tidak lama lagi sudah setel 2/3 daripada tahun 2012.


Saya sudah dilanda kegilaan satu lagi hand made arts yang saya baru ketemui menjelang pemulangan saya ke kampung halaman tempoh hari. omma keluarkan 'magic box' dia yang sudah 30 tahun tersimpan katanya. i guess patutnya 30 tahun lebey coz katanya sejak sebelum kawin. if 30 tahun then dah sampai saya anak ke-empat ni. matematik omma ni tak lulus.

pulang ke kampung hari itu, saya mendesak omma untuk ajar saya mengait.

"Ommaaaaa... "
"hmmm..." jawab malas.
"ommmaaaaa..."
"hmmm...." jawab malas.
"Ommaaaaaa"
"APAAAAA!!!!"

hahahahaha... Saya gesa omma ajar saya mengait, kemudian omma bising. balik 2 hari nak belajar mengait apanya. Dia suruh tunggu balik raya nanti saya cuti lama sikit. Tapi masa itu dah sibuk nak balik kampung, ziarah sana sini, masak rendang, masak mee rebus ya rabbi sedapnya!, masak laksa, masak itu ini, kemas rumah, makan sampai kenyang, tido, tengok tv cerita raya Astro asyik ulang je cerita tahun-tahun lepas. Adakah masa?

Tapi di satu petang yang saya menyendel lagi dekat dia, dia mula keluarkan 'magic box' dia. Dia kata ada satu lagi arts, tapi bukan mengait, yang dia warisi belajar dari arwah tokcik yang jaga dia masa kecik. Ada koleksi yang dia dah siap buat. CANTEKKKK!!! Maka saya jatuh cinta serta merta dengan arts itu. Sudah mula berangan macam-macam.

sekarang sibuk google sana sini nak cari supply bahan. Memang susah sikit nak cari bahan dia kat Malaysia. Arts ni tak meluas kat sini. Tapi rasanya kat oversea pun dah tak ramai yang buat. Ada segelintir orang je yang masih meneruskannya. The group yang saya join baru-baru ni kat fb pun baru ada dalam 83 orang. Bayangkan 1 Malaysia ni ada lebih kurang 83 orang sahaja. And i am the latest member. so, peluang untuk saya melebarkan sayap dalam arts ini adalah insya-Allah luas.

Apakah arts itew???

Jeng jeng jeng.... TUnggulah kalau dah ada hasil nanti saya beritahu. Sekarang masih cuba-cuba berjinak-jinak dan cuba memahirkan diri sikit. Selain sibuk menjahit konon.

Chiku! please be rajin!!!

Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan 8 & 9.

Saya pulang ke kampung halaman hujung minggu lalu.
Suara omma membebel tak puas hati dengan ayahanda yang suka mengusik omma.
Kemudian ayahanda gelak-gelak dengan saya.
Kemudian omma masih tak puas hati, mengadu dengan saya bila ayahanda tiada berdekatan.

"Mintak air sikit"
"Tak reti amek sendiri??"

Cara adik-adik bermesra.

Makan sahur dengan nasi dan lauk-lauk terhidang atas meja.
Buka puasa omma masak lauk request saya. Sambal gulai tempoyak.
Di meja makan ada omma, ayahanda dan adik-adik.

Malam pergi masjid berterawikh. Ayah buat 20. Saya dan adik-adik buat 8 aje lepas tu lari balik umah. hahaha...

PERFECT.

Ini sebab saya pulang. Untuk merasa Ramadhan bersama ibu-bapa. Kehadiran adik-adik adalah bonus. Lengkap kami ber-4 yang belum berkahwin.


Kemudian pulang ke KL semula. Sunyi.

Thursday, July 26, 2012

Habatussauda dan Minyak Zaitun

Previously i posted about the collagen - Kinohimitsu J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink - that i took (here). I tell you i fell great with it! Recomended. Within those 6 days that it mention in the phamplet, i can feel the changes already. Seriously i feel like my skin is getting smoother. i kind of feel fairer also. Tak tau lah kalau saya je yang perasan lebey kan. Coz i can see those sunburn kat tangan macam dah slowly blend in dengan kulit yang tak sunburn. Tak taulah memang kesan collagen itu atau memang dah lama pun tak ke laut kan~~~ owh... i miss island! i miss diving! Kesan sampingan - tak sure plak. So far Alhamdulillah takde pape. So long, saya tak tau la plak kan. huhuhu..

But!!! Tetapi!!!

Tetapi harganya itu mensenakkan jantung saya ini. Oleh kerana bekal Habatussauda and Minyak Zaitun yang saya pesan thru seorang rakan yang pesan dari rakan dia dari seberang telah Alhamdulillah sampai ke tangan, maka sekarang saya cuba amal benda ini pula. Stop collagen for a while maybe. Saya order masing-masing 5 botol. Tapi Habatussauda telah diberikan secara ikhlas hati kepada omma dan amma. Amma is my sister. Anak dia panggil dia ammma... Hahahaha... Amma la deyyy~~~  Omma a.k.a mommy a.k.a ibunda pula telah cilok 1 botol minyak zaitun saya. Nak muda katanya. Elleh... 1 botol leh muda ke mommy?





Saya masih tidak dapat mengeluarkan sebarang fakta atau testimoni ke atas minyak zaitun ini kerana saya masih belum start comsuming. nak tunggu collagen saya habis dulu, which is pagi tadi is the last bottle. Rasanya sungguh sedap sehingga rasa sedih nak menghabiskannya. T__T. (kenapa kau mahal??). 

Saya is agak tidak suka sebenarnya consume benda kapsul-kapsul ni. Saya rasa laluan tekak saya ni sempit sebab bila nak makan ubat, ubat selalu tersekat di tekak lepas tu rasa nak muntah lepas tu muka dah merah-merah biru rasa ubat tersekat kat tekak. espeseli kalau ubat kapsul yang besar. Saya juga suka membuat kesimpulan sendiri bahawa kapsul-kapsul ini nanti tidak hadam dan akan menjadikan usus/hempedu/organ-organ dalaman sebagai tempat bermastautin abadi. Saya benci ubat.

So, melihatkan kepada keadaan kapsul minyak zaitun itu, kemungkinan besar saya akan membuka kapsul dan letak atas sudu lalu telan bersama madu/air milo/air kosong atau kalau dah malas sangat minum begitu sahaja. Tidak tahu lagi apa rasanya. Tidak tahu lagi rajin ke tidak nak cabut kapsul tu. Juga tidak tahu membazir  ke tidak nanti ada minyak-minyak zaitun yang terlekat kat kapsul jadi tak dapat consume penuh. cisss kedekut.  For habatussauda saya tiada pilihan. Dia macam padat-padat dalam kapsul kalau bukak nanti habis terpelanting ke apatah tak tau lah. So, terus telan kapsul aje.

Setakat ini baru start amek Habatussauda. Kalau sendawa rasa habatussauda. Baru sahaja start amek. Sekarang asek terbuang-buang angin. Angin naik atas keluar bawah pun ada. Selasa lepas angin naik atas kepala sampai rasa senak kat otak. Melelong. Tak tahulah kesan puasa, angin dalam badan or  kesan Habatussauda tengah tolak angin keluar dari dalam badan. Sungguh kompius. Syaaban haritu ada jugak puasa tapi takde pun rasa kena tolak-tolak angin ni. Herm...takpelah. Benda yang baik, kita amalkan sahaja. istikomah katanya. 

Lepas habis supply ni, tak tau  lagi dah nak dapat kat mana coz MAYBE kawan kepada kawan saya yang bawak balik benda ni dah tak bercontact tah la camana nak terangkan. Kalau dah takde supply, cmana nak jadi muda ni???


Wednesday, July 25, 2012

Baju Kurung Kedah n Kain Lipat Batik

owkeh... tak habis-habis lagi entry pasal baju eyh? maklumla saya ni kan seorang blogger tukang jaet. Apatah lagi excitement saya jika tidak menjurus lebih kepada hasil-hasil jahitan i ler. 

Baju ni actually dah lama siap. Siap dalam kelas hasil tunjuk ajar cikgu. Dah lama siap tapi tak load lagi pasal sibuk ngn tempahan yang i tell u earlier lah... Lagi satu  pasal masa tu jahit mata lalat keliling leher masih lom siap. maka tak nak la upload benda tak siap. walaupun kalau pakai bukan orang nampak pun. tapi rasa macam tak mboh up benda separuh jalan yang takdela separuh mana sangat pun. hati je rasa tak best.



Ampunkanlah diri ini kerana terpaksa menjadi model tak berbayar kepada diri sendiri. Posing sebelah kiri, senget-senget tu adalah semata-mata kerana berangan nak jadi model AnnasEaskay kahkahkahkah... Posing sebelah kanan adalah kerana pakai baju kurung kedah, so kena bajet ala-ala anak mami tengah kepoychi nak tunjuk gelang. namun kerana ketiadaan gelang emas, gelang tak berapa nak emas pun jadilah...

kan...dah siap baru best nak tayang.

op kos la baju sendiri sesuka hati i la nk jaetkan mata lalat kat leher walaupun lepas pakai tudung orang tak nampak tapi suami nampak. Hai bakal suami~~ walau di mana pun anda berada. T__T



Langsir kat belakang tu belum berapa nak boleh tayang sangat coz ada lagi part lom siap. Jahit semata-mata nak buat backdrop, baru cantek sket. cantek keee mak jemah~~~


Siap!!!


Saya telah diserang heart attack beberapa minggu lepas. bukanlah heart attack sebenar. namun lebih kepada terkejut dan mengelinjat kerana tempahan seorang rakan. Biasalah ni keje last minit punya cerita hahaha. Rajin dia sms dan bertanyakan bila boleh ambil baju. Bila tiba tarikh yang ditetapkan, katanya tak perlu rushing, dia pun belum cukup ongkos mau datang collect. okeh. jantung saya jatuh berdebuk masa ini. Sila jangan main-main dengan saya. Saya hanya tukang jahit separuh masa. T__T

Namun begitu saya bersyukur kerana telah berjaya menyiapkannya. Namun dengan harapan yang setinggi gunung ini berharap supaya tiada proses alteration diperlukan. Percayalah...alteration lebih ghenyah(orang utara kata), leceh(org KL kata). Lagi pula baju raya saya masih blom siap. Ngeh ngeh ngeh...


Ready for pick up...


*Note yang background kat belakang tu adalah langsir baru i ~~~