Saya telah diserang heart attack beberapa minggu lepas. bukanlah heart attack sebenar. namun lebih kepada terkejut dan mengelinjat kerana tempahan seorang rakan. Biasalah ni keje last minit punya cerita hahaha. Rajin dia sms dan bertanyakan bila boleh ambil baju. Bila tiba tarikh yang ditetapkan, katanya tak perlu rushing, dia pun belum cukup ongkos mau datang collect. okeh. jantung saya jatuh berdebuk masa ini. Sila jangan main-main dengan saya. Saya hanya tukang jahit separuh masa. T__T
Namun begitu saya bersyukur kerana telah berjaya menyiapkannya. Namun dengan harapan yang setinggi gunung ini berharap supaya tiada proses alteration diperlukan. Percayalah...alteration lebih ghenyah(orang utara kata), leceh(org KL kata). Lagi pula baju raya saya masih blom siap. Ngeh ngeh ngeh...
Ready for pick up...
*Note yang background kat belakang tu adalah langsir baru i ~~~
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping out your thoughts...