Tuesday, September 5, 2017

D'Saji KL Titiwangsa

Nak makan apa?
Tak tau lah... awak nak makan apa?
Saya rasa macam nak makan nasi.
Tapi saya macam tak nak nasi sangat.
Ikutlah.. apa-apa pun boleh saya tak kisah.
Makan seafood ke nak?
Saya tak kisah.... Boleh je apa-apa pun...



Biasa macam ni la kalau conversation tanya nak makan apa berlarutan kan? Samada 1 pihak kasi cadangan, yang 1 lagi ikut je... Atau 1 pihak kasi cadangan tapi 1 pihak lagi tak setuju, lepas tu dah tanya, bagi cadangan, tak setuju lagi jugak, pastu dah boleh buat rasa nak naik angin.


So, that 1 fine day (4 Ogos 2017), lepas tak tau nak decide nak makan apa.. Aku pun cakap kat husband, jom la pergi Restoran kat Titiwangsa tu.. Sebenarnya dah terbiasa panggil Restoran Nelayan. Sebab duluuuu situ kan nama Restoran Nelayan. Actually bila D'Saji amek alih aku pun tak perasan.. kikiki...


Best makan sini.. ada banyak pilihan. Harga pun ok. Sebab buffet eating, banyak pilihan, suasana best, ada pertunjukan lagi. Masa kitorang pergi tu, ada orang main organ n nyanyi suara brother ni pun sedap. layan je~~ 

 ni stesen shellout. Yang kanan dia tu, sayur2 dia la.. 
aku suka brokoli dia. rasa nak amek semua.
Apatah aku amek gambar ni.. sebab ala-ala malu tapi mahu amek gambar.
Kikiki...

 Ni kalau tak salah aku stesen sotong goreng tepung.
sekali lagi gambar ala-ala mahu tapi malu.

 yang ni stesen pasta.
boleh pilih pasta apa nak, topping apa nak banyak mana.
lepas tu suruh chef atas tu masak.

 Pilihan menu untuk pasta.
Jangan over amek pasta lepas tu suruh chef masak spagetti goreng tak nak pedas, tak nak limau, tak nak makan.

 ni tempat garlic bread n mushroom soup.
ada bubur jugak kot tu rasanya. aku pun tak ingat

 haa... ni sapa yang lapar perut nak makan nasi, ni la dia stesen lauk-pauk dia,
sapa diet nak makan lauk saja, silakan la..
takde paksaan untuk amek lauk, kena amek nasi sekali.
sebab gambar ala-ala malu orang tengok aku aphal amek2 gambar ni, maka takdela aku zoom satu-satu lauk-pauk dia.. 

 ni tempat yang aku tuju paling awal sekali.
ada kambing panggang bak hang!!
borong yang ni dulu lah...
yang belah sana ada potato, mashed potato apa bagai tu.
ujung sana sikit lagi ada satey. satey dia pun sedap.
ada apatah lagi tu.

 bahagian air dia lah..
ada air panas, air sejuk.


 apa eyh panggil nama makanan ni?
dia khas 1 sudut, so nak juga amek gambar walaupun ala-ala malu tapi mahu eh eh..

 steamboat area. ke yong tau fu area..
banyak juga hidupan laut dalam tu tapi ada orang makan kat meja depan stesen ni.
i is malu nak amek gambar dekat-dekat. 
nampak sedap plak kau ni rasa macam nak pergi plak adoi.

 ni tempat masak steamboat dia tu kot.
ada sos apa bagai tu..
sorila mak amek gambar ala-ala cover2

 sapa tak kenal stesen ni tak payah makan.

 ni stesen feveret aku.
salad. 
hahaaha.. aku ada masalah sikit dengan salad.
aku tengok gambar ni pun dah bercucuran air liur.

 budak-budak ni sedang menikmati buah-buahan sebagai pencuci mulut sambil santai sangat dengar lagu. Sorang hantu tembikai. Sorang hantu oren. Elok la dua-dua jenis buah pun ada.

 Suara abang layan bang~~

 Entrance D'Saji

Ni banner kat luar ada terang-terang dah tunjuk harga.
Rm45 per person. Makan sampai kembung.
Aku rasa harga dia ok sebab kadang makan kat luar, pung-pang pung pang dalam rm50-60 tak lari.
Kalau siap dessert apa bagai, nak dekat Rm100 jugak lah.
Ni banyak choice. Nasi ada, western ada. boleh makan sampai kembung plak.
Berbaloi la..




Ni 2nd time kitorang pergi. Time ni takde orang sangat. Masa 1st time pergi tu ada rombongan dari China. So masa pertunjukan tradiotional tu diorang jemput diners naik atas stage, adala peserta kan. Masa yang 2nd time pergi ni ada orang tempatan je. Orang tempatan ni, biasalah pemalu... Husband aku siap cakap, kalau diorang tarik jugak dia naik, dia nak sumpit je orang tu. Hahahaha.. sengal.



Thursday, August 17, 2017

Codapay Scammers

Assalamualaikum...

Banyak benda dalam draft entah bila nak ada masa tulis memolek.

Ni ha... tadi aku kena scam. Kurang ajar betul. Dalam pada dok berhati-hati memerhati orang keliling, nak kena plak harini.

Sapa pernah dengar pasal  pembayaran yang dikredit terus masuk bil telepon anda? Sapa pernah dengar baguslah... Tapi sapa yang tak pernah dengar macam aku ni ha, telah menjadi mangsa tak pasal-pasal. Ciskek betul.

Aku tengah draft email nak forward kat mcmc ni... kang japgi nak call Celcom balik nak confirmkan betul ke dah  masuk bil. Tadi call dia kata tak masuk sistem lagi, call balik lagi 2 jam. Aku pun heran sistem diorang macam mana sebab dalam apps Celcom dah ada unbill amount RM95.60. Hareeemmm tui..  Aku email Coda blom dapat reply lagi ni..





Assalamualaikum/salam sejahtera..

Saya ingin melaporkan sejenis penipuan yang baru terjadi kepada saya sebentar tadi..
Seorang 'kawan' yang telah lama tidak berhubung telah menghantar mesej kepada saya melalui facebook messengger meminta no telefon saya. saya tanpa syak wasangka telah memberikan nombor telefon saya kerana memang telah lama tidak berhubung. katanya untuk whatsapp. tidak lama kemudian saya menerima mesej sms beserta TAC number. 'kawan' tersebut meminta nombor tersebut, katanya tidak ada apa-apa. mesejnya berbunyi :

RM0 You're just a step away! Please enter TAC 8271 to continue your purchase. Valid for 3mins. BEWARE OF SCAMMERS.DO NOT share this code to unknown sources.

Oleh kerana yang meminta ini adalah 'rakan' saya di facebook, maka saya telah memberikan no TAC tersebut tanpa mengetahui wujudnya skim pembayaran yang boleh dikredit terus ke dalam telco bil saya.

Selepas itu saya mendapat mesej

RM0 Your purchase through your Celcom mobile account for Codashop from Codashop at RM95.00 is successful! Enjoy it now! Info support@codapayments.com

'rakan' saya sekali lagi meminta TAC number daripada purchase yang berlainan. Namun saya tidak memberikan kerana saya terus membuat carian Google tentang Codapayments. Dari situ, baru saya dapat mengetahui bahawa wujudnya sejenis pembelian yg boleh dicaj terus ke dalam bil telefon.

selepas tidak membalas mesej seterusnya daripada 'rakan' tersebut, dia terus membuang mesej2 yang digunakan. Tidak lama selepas itu, muncul beberapa screenshot daripada rakan-rakan lain di wall facebook rakan berkenaan yang turut disapa 'rakan' tadi memberitahu wujud scammers yang menggunakan id beliau.

Saya berasa ditipu kerana pihak Celcom tidak menghantar apa-apa pengenalpastian kepada saya sebagai pelanggan  untuk memasukkan sebarang caj ke dalam bil saya.

Saya telah menghubungi celcom bertanyakan hal ini. namun respon yang saya terima adalah mengecewakan kerana pihak mereka hanya boleh memberikan email/no telefon pihak ketiga bagi mendapatkan pulangan semula..

Saya berharap agar pihak tuan dapat membuat pantauan ke atas cara pembayaran ini. Melalui sms yang diterima, pihak telco seharusnya mengesahkan terlebih dahulu dengan pelanggan bahawa akan ada caj berjumlah sekian sekian kepada sekian sekian pihak.. sepertimana sms yang diterima daripada pihak bank apabila memohon TAC number.

saya masih menantikan pengesahan daripada pihak codashop melalui email yang saya perolehi iaitu support@codapayments.com namun masih belum mendapat sebarang jawapan.




Sekian kronologi... Email ke mcmc belum sent. Tunggu Celcom nak reply apa dulu. aku email coda ni pun, ko ghase dia nak return ke? Bab-bab return ni memang aku tak berharap la sangat. Hati-hati la ye kome orang semua. Walau kawan rapat sekalipun mintak TAC number jangan bagi.. Memang kurang asam scammers ni. 

Wednesday, August 2, 2017

Dataran Merdeka

Disebabkan tinggal di dalam rumah burung, maka akan jadi sedikit rasa bersalah sekiranya anak-anak tidak dibawa ke taman memijak rumput-rumput hijau atau berlari bebas di atas tanah. Mengukur mall adalah lain kerana lantai mall bolehla dikategorikan sedikit sama dengan lantai rumah, cuma mungkin lantai mall lebih besar, lebar luas dan dia pun boleh bebas berlari lalu mommy sedikit heart attack bila anak-anak mula nak berlari secara bebas di celah-celah orang ramai.

Selepas sedikit percanggahan pendapat dengan sang suami yang nak bawa anak-anak main dekat indoor playground, maka suami mencadangkan kita pergi ke Dataran Merdeka. yeayy~~ i want green green grass by the river bebeh... Apakah indoor playgound, dah la mahal nak mampos, tiada tanah dan rumput dan bau alam sekitar untuk dinikmati. I hate indoor playground... Well, kalau dia takdela mahal sangat, i might re-consider this statement.







ni je gambar omak yang apak amekkan.
katanya cun dah gambar ni...
omak kecewa.
T____T


Baguihla kan.. ada taman boleh lepak malam-malam.. lek lek bawak anak main sambil tengok lampu-lampuan. Polis pun ada standby kat situ, so ada rasa selamat di situ... Kitorang tak lepak lama pun, cukuplah buat anak-anak rasa penat dengan harapan balik mandi terus tido.

Monday, July 31, 2017

Kental ke idok...

Lamanya dah tak menulis...

I is rinduuuuuuuuuu....


Blogger pun dah ramai  yg pencen kan lepas dah ada Instagram ni, Jahat betul instagram ni... 

Aku ni sebenarnya dah jadi antara ramai-ramai org kat luar sana tu yang masing-masing pun dah sibuk nak produce produk sendiri.. Boring tau.. Tengok orang lain dah ada produk, kita masih tersengguk-sengguk pikir nak buat apa ni? Dulu zaman aku buat tudung, syok je.. sebab masa tu tak ramai lagi yang buat... Tp lepas kwen, mabuk sendu bagai, teus stop. Berkubur begitu sahaja. Sementara nak ok balik, nak hadap anak bangun menangis tengah malam segala, dah belambak-lambak produk keluar di pasaran. Naelofar hijab merealisasikan permintaan mak aku untuk buatkan dia tudung instant. eh eh.. nyampah tau... Tak sempat buat. Lambat sikit je, terus orang lain dapat idea. Masa fesyen muslimah belum naik, aku pergi belajar menjahit. Masa tu nak start takde modal.


Bila pikir-pikir balik, rasa malas dah nak berbisnes. Jahit baju untuk anak-anak ajelah. Nak curi masa antara kerja hakiki, dengan anak-anak kecik lagi ni, rasa letih. pikir pun dah letih kadang tu... Tapi masa kita tengah letih ni, ada orang lain tengah tungkus-lumus perjuangkan produk mereka dan bercambah-cambah produk baru naik di pasaran.

Contohnya penapis air. Lepas satu-satu produk naik... Marketing kena baik lah kan... Strategi kena pandai. kalau tak, takde lah zaman Bio-Aura.. tetiba ada zaman Coway, sekarang al-kisah zaman Cuckoo...


Bak kata laki aku, kena kental la sikit..
Bab nak kental tu la payah sikit... Ni macam belum bermula sudah berakhir je...
Kalau tak kental, sampai ke sudah je la ko tengok orang lain maju. Ko masih kat situ.



Buat  langkah pertama, mari kembali kental menulis blog okeh...








Menjaet untuk anak-anak jelah dulu sekarang~~


Thursday, June 8, 2017

Lexis Penang Day 2

Saja la nak jugak buat Part 2. Nampak sikit ada banyak entri...
Nampak tak permainan aku kat situ?


ok. sambung.


Pagi tu kitorang breakfast kat bawah la. Banyakkkkk pilihan makanan. I is suka. Laki aku sampai tak larat nak tawaf. Yang bestnya bapak aku la, kejap kejap bangun amek makanan. Aku rasa semua pun dia makan. Mak aku pun best jgk. Dia tengok makanan apa kitorang bawak macam best, dia order. hahahaha.. mentang-mentang anak bujang dia ada 3 ketoi tu. Menantu lagi melayan. Aku tak amek la gambar breakfast dia sebab malu. Haahhaha...

Lepas makan, sajala jalan-jalan dalam hotel lagi. Dah bayar mahal kan, takkan nak check out awal.




 Adala tempat mainan untuk budak jugak which i likeeeee sebab boleh la bagi Fatihah main. Aku baca web, dulu macam kena charge. Ni kitorang masukje takde kutip pape pun.. Tak tau la kalau dia charge kat bilik sebab ada deposit kan.. Unfortunately, ni je gambar yang aku ada kat play area dia tu.

Sebelum check out, kitorang layan lagi seround terjun pool. Actually ada sauna room kt sebelah pool tu. Adik-adik aku sempat la guna. Mak aku tak sempat guna. Dia kata tak reti. Adoi la... Bujang-bujang tu kan ada mommy~~ Aku pun tak sempat nak guna. Sebab malas nak curi masa tunggu time anak-anak tido. Takkan aku nak saunakan budak-budak tu sekali...


 Nak je aku tolak bapak aku masuk pool. 
Hahahahaha
Ni apak mintak nak posing sebelum check out.
Acah-acah sweet la tu...

Pengalaman kitorang dengan staff Lexis Penang ni memang marvelous. Staff semua friendly dan sangat-sangat membantu. Layanan mesra la gitu. 5 bintang akak bagi...

Lepas dah checkout, perut pun lapar la.. Mak aku ajak makan kat Padang Kota Lama. (ye ke dia sebut Padang Kota? anggaplah ianya benar). kitorang pun gigih la pergi. Pergi pergi tengok takde apa. Kecewa la dia.. Rasanya Padang Kota tu hidup time malam je kot. Beria cakap ada tempat makan, depan laut bagai. Melayan dia la,maybe nak mengenang nostalgia dia masa muda-muda dulu, last2 tak tau nak g mana. Nak jugak makan depan pantai. Blank sikit mana tah nak pergi makan siang-siang kat Penang tu.. Dia tak suka Kandar-kandar ni memang dia tak makan. 


 Padang Kota Lama.


Husband aku cakap, kalau tau dia taktau nak g mana, baik g Feringgi je. Makan rojak, layan cendol depan laut. Husband aku ni pun, dah sesat barat macam tu baru nak bagitau isi hati dia. T__T  Last-last ktorang stop je memana yang nampak kedai makan. Lapaq sangat dah. Kitorang pun nak gerak balik KL je dah lepas tu...

Manatah ni stop berhenti makan.
Janji depan laut..

Balik ke darat menaiki feri.
Darattt sangat~~

Sekian...