Friday, December 30, 2011

Blogging and me


Kebelakangan ni aku kerap berblogging. Bukan di blogspot. bukan di wordpress. tapi di minda. Dalam minda pun selalu fikir ayat-ayat untuk blogging. Anehnya bila depan pc, tangan jadi kaku, minda jadi beku. Agaknya masih ambil masa. mungkin masih fikir apa yang patut di tulis, apa yang tidak.

Hari ini, hari terakhir bekerja untuk tahun 2011. Its the end of 2011. cepat berakhirnya tanpa aku sedari. Meninggalkan kita tanpa menanti sesaat pun. waktu harus berjalan, harus beredar, mengikut lazimnya. 

Masing-masing punya cerita sendiri untuk tahun 2011. ada yang pahit. ada yang manis. bagi aku, tahun 2010 dan 2011 merupakan tahun yang tidak meninggalkan sebarang kesan besar dalam hidup aku. cuma tahun ini, aku dah ada diving license yippiyayyeee~~~ dan mr putih. 

Esok ada jemputan kenduri kahwin. sebelah dia. masih menimbang cara untuk pergi atau tidak. ada yang kata jangan. tapi perhubungan yang terjalin atas nama sahabat membuatkan aku masih berkira-kira. apalah dikenang perkara lepas. cuma tidak tahu nanti penerimaan isterinya bagaimana. emosi aku boleh dipersetankan sahaja. rajuk dan remuknya mungkin sebentar sahaja. aku sudah cukup dewasa untuk menanganinya. tapi aneh juga, aku kira aku sudah ok. yup...insya-Allah sudah ok. mungkin aku cuma merindukan kenangan-kenangan itu dan mungkin kerana emosi yang tercalar kerana dia yang bernikah dahulu.  semoga berbahagia hendaknya. Amin...

Walaupun tiada update dari blog busuk aku nih, aku tetap menjengah sesetengah blog, more to personal blog lah. Blog personal adalah blog yang menggambarkan perasaan penulis itu sendiri pada waktu dan ketikanya. bila penulis itu is having a happy life, penulisannya adalah happy. bila penulis itu sedang ada anak yang kecil, penulisannya lebih kepada cerita pembesaran dan pengalaman pertama anaknya. Bila penulisnya kaki jalan, penulisannya adalah berdasarkan kisah perjalanannya. bila penulis itu sedih, penulisannya akan berjiwa dan penuh emosi,dunia dipandang gelap namun masih mencari sinar harapan. the emotion of the writer its all can be seen in the writing.

ada juga terdetik bila ada blogger lain hentam blogger lain. yang menyampah blog orang tu asyik mencarut. yang menyampah blog orang tu asyik tulis tentang sedih dia. yang menyampah bila orang lain bagi tips macam dia hebat sangat. yang menyampah itu ini. its quite funny for me actually. for me, blogging world is easy. u dont like it, u leave it. kita tak mampu kawal apa yang orang lain tulis, apa yang orang lain rasa, apa yang orang lain alami. tapi kita mampu kawal apa yang kita baca. tak perlu nak buat cerita sangat itu ini, lepas tu nak jatuhkan orang tu orang ni. kalau rasa dengki earning nuffnang dia banyak, tak payah pegi blog dia dah. har har har... kalau rasa tak suka, selawat sikit, tutup blog orang tu perlahan-lahan. tapi kalau dah nyampah sangat, tutup laju-laju pun boleh. selawat lepas tu. hahahaha... mungkin tak semua orang lebih bagus dari kamu, mungkin tak semua orang lebih bahagia dari kamu, mungkin tak semua orang lebih sedih dari kamu. the keyword is just, respect. 

As i read all my previous entry, i realized that it has been more to emotional one. as i said before, penulis akan menulis sesuatu berdasarkan emosi dan perasaan yang dialami  ketika itu. so, secara tak langsung, aku terasa bila ada blogger yang up pasal tak suka pasal entri cerita sedih. kah kah kah... (gelak terasa. padan muka!) Sebenarnya, aku sendiri terasa menyampah dengan entri sendiri yang konon sedih ni. tapi aku tak nyampah baca entri orang lain yang sedih. aku cuba fahami apa dia rasa coz at 1 time, aku jugak macam konon rasa apa yang dia rasa. rasa nak pegi peluk orang itu and cakap.."its soon will be ok dear.sabar and mintak dengan Allah... doa pada Dia...". which i wish there is someone to do that to me. but i guess im okay now... :)

so, 2012... please be nice to me. azam saya adalah nak tulis entri hepi-hepi aje.. weeehuuuuu..... mahu pegi diving!!!!

as a friend of mine said to me, 2012 is the year for you to do man hunting. kah kah kah.... 2012 aku mahu kahwin. sapa mahu masuk minang? sila sediakan resume. kah kah kah kah.... apa kau ingat kau canteek??? (kata pada diri sendiri)


amacam? berkenan tak?

Tuesday, December 27, 2011

allop...

allop... hello helloooo~~~

lamanya bercuti dari berblogging.
so much to write, but get stuck every time i log in and put my fingers on the keyboard.
counting new year...

will be back later... c ya.. :P

Tuesday, December 13, 2011

Ombak Rindu




Saya telah menyaksikan filem tersebut and this is my review.

Ini adalah hasil daripada pandangan dan pendapat saya. Saya sedar mungkin ramai yang tidak bersetuju, tetapi sekali lagi saya katakan, ini adalah from my point of view.

1. saya rasa watak Maya Karin adalah sangat tak sesuai dengan dia. I would vote for Fazura instead. watak perempuan kampung yang mengaji slang Jerman, lalu menjadi guru mengaji untuk kanak-kanak. Slang dia memang betul-betul potong. Tolong jangan ambil dia berlakon watak perempuan kampung lagi kalau dia masih belum brush up skill pertuturan dia. kamon....Asyraff Sinclair pun dah boleh cakap total Bahasa Indonesia, takkan Maya Karin tokleh. ye dak?  ada tengok Cinta dan Anugerah? Macam tak percaya itu Asyraff Sinclair habaq hang...  Cuma yang boleh dipuji adalah Maya Karin menggunakan suara sendiri dan mengaji sendiri menggunakan suara sendiri. 

2. Lisa Surihani. saya tak nak cerita panjang-panjang. tapi rasanya dia ni a total joke in this movie. satu wayang gelak bila ada part dia nak mengamuk sakan. Samada brush up skill or ganti with er...er...err... Fazura jugak? hahaha... cant come up with a name rite now. Even dia memang ditakdirkan untuk menjadi watak antigonis (kata mereka), rasanya tak perlulah nak kena pakai baju pun nampak bahu, make up  kena tebal-tebal. kan? kan tak?

3. Azizah mahzan over. Patutkah tergedik-gedik enjut-enjut bahu setiap kali berkata-kata? Macam tidak perlu bukan? Hahahaha.. entahlah. dia juga bangga tunjuk dada dan satu wayang bunyi woooo~~~ masa first scene dia keluar. tengok sendiri la tak nak hurai lebih-lebih.


4. slot cerita ni, aku rasa (ehh....aku plak? tadi saya... antigonis betul!) macam main tampal-tampal. kalau tak percaya, cuba tengok betul-betul. macam sikit sini, sikit sana. pastu sikit sini lagi, tetiba sikit sana pula. kesinambungan cerita itu tak smooth la. mungkin alasan dia sebab novel nak dipack-kan kepada 2jam movie adalah terhad. so, they should work for it lah kan. means, duduk berbincang dan make it happen. kalau perlu sequal (eja pun tak betul), then sequal it should be. Lagipun, bukankah memang hendak buat sambungan cerita itu, tapi bukan berdasarkan novel itu lagi? Kalau betul, aku rasa penulis novel tu boleh saman kot. sebab Ombak Rindu adalah hasil tarikan peminat-peminat novel 1 Malaysia. atau adakah Aaron Aziz yang telah menarik-narik kami a.k.a aku ke pawagam? kah kah kah... teruk betul aku ni. setakat ni semua komen negatif aje.

5. adegan ranjang? entahlah. adegan dia takdelah over sangat, tapi it still is la kan. Banyak pula scenenya... Adegan ranjang yang pertama tu saya tak faham sebenarnya. Siapa yang rogol Izzah dulu. Adakah tokey cina hensem siapakah gerangannya tersebut, atau adakah Abang Aaron? please tell me. Kalau tengok imbasan Izzah masa Aaron Aziz ketuk-ketuk pintu bilik air Izzah, pun boleh konfius, pakcik dia pun dah pernah cabul dia ke apa?

eh.. mengapakah saya belum sebut tentang Aaron Aziz? pelakon utama lain dah sebut.. ha... ni nak masuk part best of my review for this film.

6. Aaron Aziz hensem. no doubt of it. har har har. gelak sekarang... Okeh, di samping wajahnya dan bodi dia yang memukau itu, lakonan dia memang superb. Kalau tak caya, g tengok and komen balik kat saya.

7. Bront Palare juga kadang-kadang nampak hensemnya dalam cerita ini. Lakonan dia yang bersahaja saya suka. Rambutnya nampak cantik  lembut beralun. Apakah rahsianya???

8. yang paling terkesan pada saya dalam cerita ni, adalah lagu Hafiz and Adira. Lagu dia memang best. Itu sahaja.

Dalam setengah jam pertama, saya masih cuba untuk bersabar. Namun selepas itu, saya rasa bosan dan berharap agar cerita itu cepat habis. Stuck di dalam panggung kerana tiket sudah bayar, sayang hendak keluar separuh jalan. maka layankan sajalah.

The End.


Saya memang betul ingin memberikan sokongan pada filem-filem tempatan. Tetapi, setelah menonton Ombak Rindu dan beberapa filem lain, saya rasa, kita tunggu hari raya nantilah kalau-kalau dia keluar tv. Kalau tak keluar pun takpe, pergi ngaji lagi bagus. tapi jangan cari cikgu ngaji slang Jerman.


Mari tunggu filem ini keluar. Nampak touching dan pengisian yang bagus.. ni baru OMBAK yang menginsafkan dan menyedihkan...


Thursday, December 8, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

Apabila kita diuji, cuba renung dan muhasabah diri sendiri. Mungkin kita alpa pada-Nya. dan Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, memberi sedikit ujian buat kita, supaya kita kembali ingat pada-Nya, kerana Dia masih sayang akan kita. Allah mahu kita ingat kembali pada-Nya supaya tidak terus terleka dan terhanyut.... 



kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun sekelip mata, dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah.

Jika Allah mengatur untuk kita, apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.

Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan  manusia tidak sangka, tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.

Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas berbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.

Cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik2 tempat diserahkan urusan.

Siapa yang tidak melauinya tidak akan memahami maksudnya.

Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb, Ya Allah, aku serahkan urusan ini kepadamu ya Allah.

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasa dunia ini sangat kecil. kehidupan ini sangat luas.

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru, dan kita lupa bahawasanya apa yang telah ada pada kita ini pun suatu nikmat yang besar.

Kata Hamka, yang ada ini sudah harapan kita.

Syukur kadangkala lebih tinggi makamnya daripada sabar

Ramai orang terpaksa sabar tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur

Insan jika dia nak bersyukur kepada Allah, tidak terdaya...

Apa yang Allah kurniakan kepada kita, lebih daripada harapan kita sebenarnya.




Undo

Pagi tadi macam happy.

Selepas melakukan sesuatu, rasa gloomy. Menyesal. Siapa suruh fikir tak habis.

Harap boleh Cntrl + Z.