Thursday, December 8, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

Apabila kita diuji, cuba renung dan muhasabah diri sendiri. Mungkin kita alpa pada-Nya. dan Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, memberi sedikit ujian buat kita, supaya kita kembali ingat pada-Nya, kerana Dia masih sayang akan kita. Allah mahu kita ingat kembali pada-Nya supaya tidak terus terleka dan terhanyut.... 



kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun sekelip mata, dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah.

Jika Allah mengatur untuk kita, apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.

Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan  manusia tidak sangka, tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.

Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas berbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.

Cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik2 tempat diserahkan urusan.

Siapa yang tidak melauinya tidak akan memahami maksudnya.

Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb, Ya Allah, aku serahkan urusan ini kepadamu ya Allah.

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasa dunia ini sangat kecil. kehidupan ini sangat luas.

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru, dan kita lupa bahawasanya apa yang telah ada pada kita ini pun suatu nikmat yang besar.

Kata Hamka, yang ada ini sudah harapan kita.

Syukur kadangkala lebih tinggi makamnya daripada sabar

Ramai orang terpaksa sabar tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur

Insan jika dia nak bersyukur kepada Allah, tidak terdaya...

Apa yang Allah kurniakan kepada kita, lebih daripada harapan kita sebenarnya.




5 comments:

  1. Astagaaaa...
    Iyeeee..
    Penyakit.. Dugaan allah buat aku..

    ReplyDelete
  2. beb.... kalau nak istigfar, biar sebut penuh-penuh...
    Astagfirullahalazim....
    astaga tu takde maksud kan?
    if im not mistaken la....

    ReplyDelete
  3. superb!

    tunggu entry aku nanti. sudahlama aku nk buat tp belum punya waktu mengarang untuk topic sebegini.

    ReplyDelete
  4. untuk peringatan sendiri juga ni... aku suka sangat video ni. dah banyak kali tengok, macam tak bosan-bosan. setiap kali aku macam terasa sedih or down, aku refer balik video ni. Alhamdulillah..banyak pahala ustaz Asri ni.

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...