Friday, August 31, 2012

Tensen!

Arghhh.... Tensennyaaa!!!
Haritu baru buat wiring habis RM80.
Ni kena beli extension plak coz yang haritu dah terbakar.
3Meter punya RM60. 
60 hengget!!!
Mahalnya laaaa nak pakai extension pun.
Arghhh... tensen...
Dahla baru lepas banyak perabih untuk raya kan...
Mahal sungguh la barang kat Malaysia ni.
Semalam beli barang dapur, baru sket je pun, blom campur ayam, daging, bawang etc, itu saje pun dah RM80.
Komplen banyak-banyak orang kata tak reti bersyukur plak.
This is Malaysia.
Selamat Merdeka!!!

Kenapa ngan sistem round up ni? Apsal 1 sen tak kira?
Kalau kumpul 10 keping leh dpt 10sen tau.
Kalau kumpul 100 keping leh dapat singgit tau. 
Kalau 1000 keping tak 10 hengget?



Tengok harga kat oversea. Diorang boleh shopping sampai 5 tau kalau dengan harga tu.
Siap dapat yang  banyak plug lagi. Fancy2 lagi gitew...
Kalau darab ikut currency pun, still harga diorang lagi murah.

Camana tak tensen?
Merdeka la sangat.
I is golongan marhaen.



Iftar at Le Chateau de Puah

As i told you before, marathon entry bulan puasa masih belum habis bersisa. Oleh itu, saya tak kira. Saya masih mahu menulis tentang bulan puasa. Macamlah ada yang boleh larang pun kan. Daaaaa~~~ (tangan, dada, kaki, bijik mata semua ke atas)

Dek kerana puasa 6 masih belum setel, makanya saya masih merasai suasana puasa itu walaupun harini tak puasa pung. Kira okay la tu. Dah setel 6 nanti baru bley cerita pasal raya.

Ho yeah, sebelum saya merepek dengan lebih panjang, hari ini merupakan hari cuti se-Malaysia. Ho yeahh cuti!!! Cuti adalah bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-55. Selamat Hari Merdeka Malaysia. Harapnya negara ini adalah benar-benar bebas dari dijajah secara langsung ataupun secara halus. 



Baiklah. Ceritanya adalah begini. Pada 8 Ogos yang lalu, seperti yang telah diceritakan di sini , ibu bapa, adik-adik, abang dan kakak semuanya turun ke KL untuk mengunjungi jenazah. Jadi secara tidak disengajakan, semua ahli keluarga dan adik-beradik saya telah berkumpul. Maka kesempatan ini, kami gunakan untuk berbuka puasa bersama-sama. Memandangkan tahun ini, abang kakak yang dah berkahwin akan beraya di sebelah mertua, maka inilah sahaja kesempatan yang ada sebelum hari raya menjelang tiba. Kiranya macam pre-raya pun ada jugak nih.

Dari Kepong kami berkejar ke Gombak. Tempat i la yang pilih. Saya heret mereka yang telah kepenatan drive dari Kedah ke KL kemudian nak balik semula ke Kedah. Keh keh keh. Tak kira. Nak bawak diorang pegi makan situ jugak. Bulan puasa tempahan dia penuh habaq mai. Nasib kami haritu dah call tengah-ari, ada plak space kosong. I booking untuk 13 orang. Melampau hai bawak rombongan 1 bas.


Oleh kerana kami sampai lambat, maka mereka beri kami air sirap dulu.
Diberi betis, nak peha. Kami siap demand nak lagi sirap 2 jag sementara tunggu makanan sampai.
Pastu diorang bagi air kosong je sejag. Jadilah kan.
Mesti diorang kata, e'eh diorang ni melampau lak mintak lagi air sirap nih.

Yang hujung itu abang saya. 
Tengah semangat nak order.

So sementara menunggu makanan sampai, 
kami pun cuba untuk menghilangkan rasa boring dan lapar.

Encik hensem yang sebelah omma i tu adalah adik dia.
Kalau tengok dengan abang saya yang angkat tangan tu, memang ada iras.
Sebab abang saya dah membesar bagai juara, kalau berdiri sebelah, dah macam adik-beradik.

Oleh kerana masing-masing kelaparan, maka tiadalah gambar makanan yang 
sempat di snap. Forgive me please.
Masing-masing tak hingat apa, sampai makanan je terus lahap sudah.
Lihat anak buah saya itu menempel tepi saya.
Ibu dia kata jangan kacau majang, tapi dia buat dek saja.
Budak-budak itu memang suka menempel.

Budak-budak main kucing.
Ada 3 ekor kucing sangat jinak and manja kat sini.
Tapi yang sekor lagi tu pemalas amat.

Dah jadi macam cerita bergambar plak. Senang nak buat cerita terus. Lagipun pergi makan je. Nak cerita apa pun selain pergi kedai makan dan makan, ye dak? Ibu bapa pulang awal bersama pakcik sedaraku. Mereka shoot terus ke Sungai Petani. Tinggal kami adik-beradik la plak lepas tu. Maka mengcamwhorekan diri la masing-masing nye pun aduyainye.

6 from the 7 dwarfs.

The 1st generation

The 1st and 2nd generation

My sis family with the lil one inside the tummy
Err...my sis tummy la ye. bukan my bro in law tummy.
hahahahaha

My shweetness brother family

Bujang tak berapa nak senang

Ini adalah kucing gemuk pemalas yang dimaksudkan.
Saya nak amek dukung dia, dia boleh tepis dengan kaki dia.
Keroje dia duduk, tido aje...

Si fatso yang pemalas



Le Chateau de Puah
Saya sangat suka environment dia. Nak pulak kalau dapat duduk bersila and layan je suasana dia kan. Makanan dia pun not bad. Layanan dia bagus. Ada sorang abang tu pun cute jugak. Hahahaha... Ada button panggil waiter di situ. Jadi senang amat nak panggil mereka. 

So far, semasa kami buka puasa di sana, walaupun kami sampai lambat, mereka pun kelam kabut hantar makanan sana sini, kami pun panggil banyak kali, pelayan mereka sangatlah tidak membuat muka. Malah masih mesra melayan kerenah kami yang kejap-kejap tambah order, kejap-kejap panggil tanya order tak sampai lagi (padahal sampai lambat kan???). Mereka ohsem! Tolong jangan google and pergi kedai makan ini kerana nanti diorang ramai customer, maka saya sudah susah nak dapat seat. 


Lain kali saya cuba ambil gambar makanan dia ok. Insya-Allah....

Wednesday, August 29, 2012

Selamat Hari Raya!

Halluwww~~~

Raya sakan kau Jah~~~... Mana pergi hilang terus nih? Hamboi kemain cuti ye... Keh keh keh... Saya start cuti dari hari Jumaat 17 Ogos sehingga 27 Ogos. 28 Ogos baru masuk opis. Bermakna jumlah cuti termasuk Cuti Hari Raya dan weken adalah berjumlah 11 hari. Sehingga adik di rumah pun konfius. Katanya "lamanya kakak cuti. Cuti tahunan ada 2 bulan eyh?" Hahahaha... Dia tak tau ke cuti tahunan saya ni dah hampir tamat tempoh dah ni...

Okaylah... Sebenarnya banyak giler nak update. Dalam kepala hotak ni dah nak hantar bermacam-macam signal pada jari untuk terus menaip. Tapi pabila jari dah menari-nari atas keyboard ni, susunan ayat tak berapa nak keluar plak. Cerita pasal program Iftar haritu tak habis tulis lagi, tetiba dah setel raya nak kena cerita pasal raya plak ke???

Takpelah, biarlah saya tertinggal keretapi sedikit. bila orang lain semua dah habis setel cerita pasal raya, baru saya masuk bab cerita beraya. Masa tu ntah tertulis ke ntah tidak.

Owh yea... quick update. 


  • Pc rumah dah ok yahoooo
  • Pertama kali bawak kereta, solo n single drive, ALONE from SP to KL. Alhamdulillah i make it!
  • Sampai rumah KL, tak sabar-sabar nak pasang try PC yang dah baiki, tetiba shot wayar letrik plak. Terpaksa panggil orang wiring untuk betulkan apatah yang shot. Melayang RM80.
  • Weekend ni parents nak turun KL plak. Harus shopping barang dapur. Beras,neskepe,gula pun dah habis!
  • Cant wait to continue my part-time job! To entertain people with the kain yang dihantar untuk tempahan baju kurung... 

Selamat Hari Raya Everybody.
Maaf Zahir Batin

Tahun ni omma and daddy beraya dengan bujang 4.
I am the only flower among the 3 monkeys.

The only baju raya saya (kurung pesak gantung) yang sempat saya siapkan.
Alhamdulillah tahun ni dah berjaya jahit baju raya sendiri.
Tahun depan jahit baju raya suami sekali. 
Suamiii????? Aminnn.....


Wednesday, August 15, 2012

Baju kurung hijau...

Another baju kurung for customer a.k.a member siap! Ada sepasang lagi sepatutnya. Entah sempat siap ke tidak before balik kampung besok malam nih. Bila siang di kantor aje, pasang niat serupa setinggi gunung Kinabalu bila balik malam nk menjaet. Tapi bila sampai waktu dan ketika malam harinya, berlabuh di teratak kecil itu, gunung Kinabalu pun dah jadi samar-samar kelihatan. Hanya mimpi yang bertandang tamu. Apa maknanya? Maknanya ke laut la weh~~~ Mengantuk tak dapat ditahan. Dalam tak tahan-tak tahan tu, sempat la jugak siap sepasang ni.



Harap-harap sepasang lagi pun dapat disiapkan. Amin...



Monday, August 13, 2012

Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey


Hallu hallu.... Raya-raya ni siapalah tak nak duit raya kan? Mestilah nak duit lebih. Paling gembira bila dapat hulur lebih sikit pada mak ayah and anak-anak buah. Walaupun budak-budak ni belum kenal erti duit lagi, tapi bila diorang dapat, diorang tau duit tu boleh beli aiskrim ngan gula-gula jadilah....

Maka sekarang nak try luck, mana tau boleh dapat duit raya dari Annas Easkey. Annas who? Annas Easkay la photograhper yang meletops tu... uolss tak tau ke? isk isk isk... sila tengok blog dia kat sini. Picture dia ohsem hensem bangat!


Saya suka Annas Easkay kerana dia memberi inspirasi untuk saya terus berkarya dalam bidang yang saya minati. Kalau dia start jadi photographer time tengah jadi student lagi, saya yang dah tua dah bekerjaya ni sepatutnya lebih berdaya saing. Tapi iyelah, biasanya darah muda ni semangat dia lebih berkobar kan? Macam siapa? Macam Annas la... Saya dulu time belajar tak ingat apa pun. Takde rasa nak guna peluang tu untuk buat benda yang kita minat. Mak kata belajar maka saya lurus bendul pun belajar sambil ponteng kelas. isk  isk isk... Baru sekarang saya menggunakan peluang untuk teruskan bidang yang saya minat. So, sekarang saya sedang bertatih menjahit baju. Sedang mengikuti kelas, mana tau nanti boleh bukak butik ke kan? Kelas tak habis lagi ni. Harapnya dapatlah menjadi ohsem hensem dalam bidang yang diceburi seperti photographer harapan kita nih...

Baju Raya saya bewarna apa? Sepatutnya bewarna hijau di hari raya pertama, dan berwarna biru di hari raya kedua. tetapi oleh kerana sibuk menjahit tempahan orang, maka saya tidak sempat menyiapkan baju hijau saya. means i only have baju kurung pesak gantung biru sahaja. Jahit sendiri tau. This is my first year try amek tempahan baju dari orang untuk raya. Baru nak berjinak-jinak. Alhamdulillah so far customer semua sporting and ohsem hensem juge.

kata-kata semangat baut Annas Easkey~~~
You have already believe and achieve recognition in what you do. keep on doing what you do best. keep on believing. No matter what is happening or what other people said, especially those who want to bring you down. Nobody can bring you down except yourself. 

chewah, kenapa kata-kata semangat dalam bahasa omputih? Ntahla tetiba dapat ilham dalam english. tapi orang yang ohsem mesti tarak hal punya keennn. Well, semoga kita sama-sama terus usaha dalam bidang masing-masing.

Gambateneh Annas Easkay! Hey Ho Lets GO!!!