It was yesterday, 19 Ramadhan. 8-8-2012.
It was my brother's birthday. He turned 26. All grown up! Alhamdulillah thanks to Allah. Semoga dia dirahmati, diberkati dan berada di bawah lindungan-Nya. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan baginya.
Dalam menyambut pertambahan usia seorang adik, adik yang lain pula telah ditakdirkan Ilahi untuk bertemu dengan-Nya. A dear cousin of mine. Masih muda, berusia 27 tahun. He was a very cheerfull young man. Dia pergi kerana menderita sakit barah otak.
Saya dan arwah tidaklah rapat. Tapi kami tidak pula kekok apabila berjumpa. Dia pandai mencari topik untuk berborak. Arwah juga gemar mengusik saya setiap kali kami bertemu terutama apabila ahli keluarga bertemu muka.
Dia sepatutnya bertunang tahun lepas. Cincin sudah dibeli. Namun takdir Allah tidak dapat dilawan. Dia diserang sakit-sakit kepala. Sebelum ini, arwah telah kehilangan kakaknya atas penyakit yang sama, barah otak. Bimbangkan sesuatu, beliau terus ke hospital untuk pemeriksaan. Beliau mulanya diberitahu ia hanyalah tumor, bukan barah. Setelah pembedahan, beliau meneruskan hidup seperti biasa. Dan beliau kembali menjadi ceria seperti sebelumnya.
Namun, apa yang dibimbangkan benar-benar terjadi. Tumor itu tumbuh kembali. Bermulalah episod hitam di dalam sejarah hidup mak long dan pak long. Anak lelaki bongsu yang disandarkan harapan, menderita penyakit yang sama dideritai oleh arwah kakaknya. Bayangkan perasaan mak long dan pak long yang harus menempuh keadaan yang sama sekali lagi.
Selama 7 bulan ++ arwah menderita di hospital, dibedah di sana sini, dari boleh memberi respon, sehinggalah lemah tiada berdaya. Setiap hari tanpa gagal, mak long akan cuba sedaya upaya untuk melawat, melihat dan bersama anaknya di hospital.
Pak long pula sakit buah pinggang, perlu menjalani dialisis. Mak long pula menggagahkan diri walaupun menghadapi slip disc. Dengan tubuh tua dan kudrat yang sedikit itu, mereka berusaha sedaya upaya untuk berada di samping anak mereka. Begitulah dalamnya kasih seorang ibu, seorang bapa.
Tinggi kasihnya seorang kekasih, yang sepatutnya telah selamat melangsungkan tahun ini. Setia di sisi, setia menemani, menjenguk, membantu ibu bapa arwah sedaya mungkin. Tinggi nilai kasihnya yang berkorban untuk kekasih yang sedang menderita. Bisikan rakan-rakan tidak dipedulikan. Mujurlah punya ibu bapa yang memahami. Setiap pengorbanan diredhai. Setinggi penghormatan saya berikan kepada Mira, yang sanggup bersusah payah dan kesediaannya dalam kesetiaan dan bantuan yang diberikan sehingga nafas terakhir arwah.
"Mak... Mi kan ada..." kata-kata arwah semasa arwah kakaknya telah dijemput Ilahi. Namun kini arwah juga telah pergi meninggalkan ibu bapanya.
Saya dan ayah yang kebetulan ada di KL, tiba lebih kurang 3.30 ptg. Omma dan adik-beradik lain tiba kemudian. Sewaktu kami tiba, hujan turun membasahi bumi. Arwah akan dikebumikan selesai solat Asar. Alhamdulillah, usai solat jenazah, hujan berhenti. Cuaca mendung dan berkabus...
Arwah disemadikan di Kepong. Solat jenazah dan bacaan talkin, diimamkan dan dibacakan oleh Ustaz Badrul Amin.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Helmi Ismail....
Setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. Semoga yang pergi akan memberi iktibar dan peringatan untuk kita semua.
Apabila nyawa meninggalkan jasad, hanya tinggal tubuh yang terbujur kaku, kain putih itu sebagai pakaian dan tanah itu sebagai tempat tinggal.
hanya bekalan amalan yang tertinggal. pabila tiba masa kita nanti, bagaimanakah pula keadaannya...
Al Fatihah.
ReplyDeleteUjian buat pak long n mak long.
Brp lagi anak yg tinggal?
tinggal sorg je anak.
ReplyDeletetu pun kerja kat Penang.
alahai..
ReplyDeletemoga mereka ber3 tabah
ada sesuatu yg Allah akan beri nanti.