Thursday, July 23, 2015

Lebaran 2015


Hari ini 7 Syawal. sudah hari kedua saya masuk kerja. Suami masih bercuti. Jadi mood kerja masih ke laut. Sebenarnya tak raya pun mood kerja ke laut juga. Mungkin kena cari kerja kat laut pula lepas ni, barula mood kerja boleh dikejar di lautan luas. Rindu diving.

Semasa raya hari itu, tiada gambar sangat diambil melainkan gambar pada hari raya pertama. Itupun pakai camera phone aje. Camera Lumix ada bawa pulang juga. Tapi hanya sebagai pemberat beg sahaja. Tiada digunakan. Cis.

Raya tahun ini takde nak cerita banyak. Masih beraya di kampung suami. Bukan kerana suami tamak haloba tak mahu beralah nak balik raya kampung dia sahaja, tapi mak ayah yang pergi raya di perantauan. Jadi dah 2 tahun berturutlah kami berhari raya di Termeloh, Pahang.

Baju raya tahun ini, baju saya dan baju anakandaku Fatihah, berjaya daku jahit sendiri. Walaupun bajuku out of propotion. dah la menampakkan diriku gemuk, malah salah potong juga. Bahagian belakang badan terlari, terpendek sikit. Rugi Prada Lace mahalku.. sob sob sob... Nasib baik aku puas hati dengan baju anakanda. walaupun tali belakang dia agak pendek sikit, tapi tu takpe. boleh adjust kemudian. Baju suami? awal-awal dah hantar tempah. Baju melayu daku tak khatam lagi. Baju aku n anakanda pun last minit sangat jahit. Nasiblah siap.

Saja buat dress lengan pendek, supaya dia selesa sikit. Tunggu besar sikitlah kalau nak bagi pakai baju kurung pun. Takut dia tak selesa kepanasan. Tengoklah tahun depan kalau aku rajin lebih sikit, boleh la jahit 2 pasang sorang plak. KALAU RAJIN. yang sorang sepasang ni pun termengah. 



Baju raya made by mommy
(kecuali baju melayu papa)



elok plak makcik ni sengih time ni
see, baju itu telah menampakkan daku gemuk.
i need to go to my sewing  class back. 
 

wefie raya with adik ipar, mak mertua n anak sedara
 

Bestfriend Fatihah masa kat kampung.
Acu dia lah...
 


 With atok, nenek and antara her cousins belah suami



Masa ni baru balik raya dari rumah mak long.
Balik terus melepet.
Panas, kenyang, ngantuk dan penat. 



Selamat hari Raya 
Maaf Zahir Batin..


Monday, July 13, 2015

Stroller baby


AL-kisah anak dah 8 bulan ++, kitorang baru nak beli stroller. Sebelum ni pakai baby carrier je. Aku pun tak pasti apa yang membuatkan kitorang asyik terdelay-delay beli stroller sampaila dah ada GST pun takde kelam kabut nak beli stroller. Mungkin sebab anak baru sorang, jadi seronok nak kelek peluk dia masam-masam gitu. Tapi berat dah 7.5kg. Tak larat dah mommy and papa awak nak dukung. Pakai carrier pun terasa betul lenguhnya...


Encik suami nak cari stroller yg compact dan padat tetapi murah. Macam-macam tempat dah dia ajak aku sevey. Kedai baby, AEON... Tapi naluri keibuanku (lebih kepada napsu serakah sebenarnya) memang sangat sukakan Babyzen Yoyo. Tengok member-member pakai yang tu pun, rasa nak target tu je. Kehkehkeh... Dasar! In sgt Yoyo sekarang okeh!

Yoyo yang menjadi kegilaan di abad ini
(picture from goole)


Encik suami sangat tak sukakan pembaziran yang sedang aku serveykan itu. Dia kata, buat apa nak mahal-mahal. Tapi aku pikir, anak pertama, nanti nak beranak lagi, beli ajelah yang elok skit. (napsu serakah masih menguasai minda). Macam-macam stroller dia tunjuk, semua aku tak kenan. Hahahhahaa... Lagipun yoyo punya lipat memang smart ah, jadi kecik sahaja.

Last-last aku pujuk dia, tengok dulu stroller2 yang aku kenan tu. Kalau dia still tak approve, aku setuju je mana-mana stroller yang dia ndak. ok. win-win situation. (ke aku yang win?)


Maka sabtu lepas, aku heret dia ke Bebetotz

Masa sampai tu takde orang. Memang syok la test drive. Aku ada jugak sevey2 stroller Mini. Aku minat jugak model tu, boleh pakai dari newborn. Tapi husband aku pangkah sebab dia lipat payung. Panjang. Test dengan Fatihah pun, Fatihah nampak  mcm ok dalam tu. 

aku target yang kaler hitam itu
(picture from google)


Ada 1 lagi brand apatah tak ingat pulak orang tu sajes. stroller tu nampak besar, tapi bila lipat jadi kecik je. Aku suka, sebab boleh pakai dari newborn. anak pun boleh tido baring dalam tu. Husband aku pun suka, asalkan lipat kecik.  Tapi Fatihah macam tak suka plak. dia grumpy skit bila letak dia dalam tu. 

Last-last kitorang compare antara Recaro and Yoyo je. Sebab Mini yang nampak super cool tu husband aku dah pangkah. T__T  Stroller yang 1 lagi tu plak Fatihah tak suka.  Ala..rugi plak tak ingat apa brand dia... Dua ni je yang sesuai pakai dari new born. Tak payah aksesori tambahan.


Kitorang tanya orang kedai tu, mana dia sajes. Dia kata, Yoyo ni, bila lipat kena lantai. sebab tu dia ada travel bag sekali. Tapi handling and quality memang yoyo baguslah. Lepas dia demo je alas yang kena lantai tu, husband aku apa lagi, pangkah terus Yoyo. Dia kata, kalau kena lantai tu cover bumbung stroller tu ok lagi, tapi sebab kena lapik kaki baby tu, dia concern hygyne sikit. Oklah.. lagipun aku suka je cara lipat and bukak Recaro tu. Just 1 easy step je. Yang penting, husband aku pun dah setuju and suka sangat.


RECARO Easylife: 




Cuma aku ada rasa ralat sikit bila kat kaki tu tak boleh nak angkat jadi straight. Kalau Mini boleh angkat. Dah beli bawak jalan-jalan baru aku perasan.





Orang kata kalau nak ajar baby pakai stroller, ajar dia dari newborn lagi. Neves jugak takut Fatihah rejek tak nak duduk dalam tu. Nak dukung je, minta mahap la anak oiii, dah tak larat dah nak berdukung je... Tapi Alhamdulillah.. she's being a very good girl. Dia ok je dalam tu. Dia layan je... Cuma jangan berhenti tolak je, nanti dia nangis.



Anyway, aku sajes sangat  pergi Bebetotz ni. Yang layan kami haritu budak laki comel sweet je and he really knows about the strollers. He knows what he's selling. Jadi, terasa agak selesa membeli-belah di situ.  

Sekarang ni, apa nama stroller 1 lagi yang boleh pakai dari newborn tu... Isk... Stress plak tak ingat.



Monday, July 6, 2015

8bulan ++


ini muka dia baru bangun tidur. aku main-main kejap dengan dia before hantar dia ke pengasuh..


Hi u cheeky girl. Dah takde menda lain mommy cerita dalam blog ni asek pasal kamu aje. Bukannya tak ada cerita lain, tapi bila nak taip rasa macam krik krik krik.. lepas tu tengok gambar kamu dalam henpon rasa nak hapdate je apa perkembangan kamu. Takpelah nak, buat masa ni dalam hidup mommy, perkembangan kamulah yang sangat mengeksitedkan mommy. (Di samping papa bawak jalan-jalan).

At 8 months ++ ni, kamu dah pandai merangkak. Cheeky sangat. Alhamdulillah, awak sangat suka senyum. Senang tersenyum. Sekarang dah start memanjat-manjat  nak berdiri juge.. Gigi dah keluar dah putih2 depan 2 batang. 

Nampak macam tak lama lagi je nak berdiri berjalan pula... Takpe nak... take ur time. Take ur own phase.

Kalau orang kata kamu lambat, mommy tak peduli. Sebab makin cepat progress kamu, makin mommy sayu. Tiba-tiba je kang kamu dah sekolah pulak. Eh camana ni? 


Nanti mommy cuba cerita pasal benda lain plak dalam blog ni okeh. Lebiu baby~~



Friday, June 19, 2015

Puasa dan Menyusukan Anak


18 June 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436

Alhamdulillah... bertemu lagi pada Ramadhan kali ini. Kalau tahun lepas, masa ni aku tengah mengadungkan makcik kecik itu, kali ini dia dah keluar dah... Alhamdulillah.. she is such a good girl... Hari-hari buat tak sampai hati nak hantar dia rumah pengasuh.. T__T

Puasa kali ini, memang aku nervous sangat. Sebabnya 1st time puasa sebagai ibu yang menyusukan. Susu pula dah makin berkurangan ni. Time tak puasa, minum air banyak and makan tak skip pun aku tak berupaya menyediakan stok. Inikan pula masa bulan puasa. Dan kelaparan kedahagaan selepas memerah itu, oh my!

Masa my baby Fatihah menjelang ke bulan ke-7nya, aku dah start terpaksa campur susu. Namun masih cuba sedaya upaya tingkatkan stok susu ibu. Susah hati sangat sebab dia tak berapa nak menerima susu tepung. Dia masih prefer susu ibu. Alhamdulillah, kadang-kadang aku dapat stok perah cukup untuk hantar pengasuh. Tapi sekarang bekal semakin menyusut. Dapat hantar pun dalam 3 botol je. Mana yang tak cukup tu memang kena topap susu tepung lah..

Semalam hari pertama berpuasa, Dapat 3oz sahaja setiap kali sesi perahan. Syukur alhamdulillah, masih ada rezeki, tapi  masih tidak mencukupi. Pagi tadi bekal dia 3 botol x 3oz je. Sebak.

Kalau kat rumah tu, harapanlah kalau dia nak minum susu bancuh. Ditolak-tolak aje botol susu tu. Diluih-luih susu tu. Walaupun dah start makan, pengasuh jenis suka nak bagi susu kat dia. Jadi, memang tak cukuplah susu aku tu. Terpaksalah redha bila terpaksa beri juga stok susu tepung pada pengasuh.

Kadang-kadang bila amek dia petang-petang, pengasuh dah siap panaskan susu terkahir dia. Balik rumah dia tak minum pun. Rasa ralat sangat bila 2oz or 3oz susu terpaksa dibuang begitu sahaja. Bukan senang nak mendapatkan hatta 1oz susu pun. T__T Aku pernah buang susu yang berlabel 1am, yang mana aku tau aku bangun tengah malam untuk power pumping selama 1 jam untuk dapatkan susu sebanyak itu. Tapi berakhir dalam singki. Memang sadis.


Jumaat minggu depan awak genap 8 bulan. Mommy love u so much. I'll try my best to give u the best ok sweetie.. Baju raya kita mommy tak jahit lagi.

dah boleh duduk




Another 29days to go! Gambateneh mommy!


Friday, June 5, 2015

7 bulan 10 hari



Dah mula belajar mengensot. MOmmy dah rasa gusi tajam kamu bila menyusu. Kamu juga asyik ketap2 bibir, gigit2 barang.. Dah nak tumbuh gigi ye? Sekarang dah tak mau tido awal malam-malam... Kalau dulu, 7 lebih je kamu dah merah-merah mata nak tido, pengsan sampai esok pagi. Sekarang tido jugak, tapi kamu bangun balik. Maybe tak puas jumpa mommy and papa kejap sangat kan hari-hari biasa ni... 

Semalam awak tengok kami makan. Mommy kasihan, mommy rendam 1 bekas bubur untuk awak. ingatkan awak makan tak habis. Habis rupanya...Macam tak cukup pun ada. Kasihan awak.. Kan dah besar, dah boleh makan dinner la mommy... T__T



mommy berjaya ekslusive breastfeed awak sampai 6 bulan. menjelang 7 bulan, mommy dah terpaksa campur susu awak. Produktiviti dah kurang.  Menangis-nangis mommy bila akhirnya terpaksa akur, bekalkan nanny dengan susu tepung. Terkoyak-koyak rasa hati bila terpaksa bancuh sendiri susu bagi awak minum. 

Tapi wahai anakku, mengapa tak suka susu tepung? Mommy dah cuba S26, susu kambing Karihome dan susu lactogen. Kamu tolak mentah-mentah... Tolak-tolak botol. luih-luih susu... ketap mulut taknak minum botol. siap buat macam nak muntah. Mommy is sad... 

Sekarang ni, mommy sedang berusaha banyakkan susu kembali. mommy perah sedaya mungkin. air longan + kurma merah, jamu, habatussauda, kurma, madu, coklat koko, ubat, umma lacto, lobak putih, minum banyak air sampai selalu nak terkencing, makan nasik banyak-banyak sampai perut dah macam ngandung berapa bulan je dah ni hah --- semua mommy dah telan. Orang kata elok untuk banyakkan susu, mommy beli, mommy buat. Sekarang mommy nak try Shaklee pula. Koyak purse mommy. Demi mu anak... Hang dah la tak mau susu lain... tskkkk... susah hati weyyy~~~


Jerih payah rupanya perjalanan breastfeeding ni. Tabik la pada semua working mommy yg dapat fully bf anak sampai 2 tahun. Kalau aku ada  masa dan rajin, aku storyline kan kisah bf aku... 

Selamat Hari Jumaat...