Tuesday, September 29, 2015

List


Kalau ikut senarai hati, memang banyak sangat benda nak buat tapi macam biasalah semua tak terbuat. Antara yang tersenarai memang update blog lah.. Entri Johor dah tersadai begitu sahaja.

1. Update blog

2. Aku ada beli Pixajoy punya offer. Beli dari bulan 5 sampai nak masuk bulan 10 tak terbuat jugak bendanya.

3. Aku dah start nak jahit semula shawl. Shawl yang aku janji nak pos pada seorang kawan ittew pun aku tak pos lagi. Bizi life u know... Sekarang aku tengok semua orang pun nak jual shawl. Rasa rugi je tak continue dari dulu. Tapi tulah, masa tu rezeki kawen ngan rezeki anak datang kan... Rezeki masing-masinglah... yang beli kain, hantar tailor untuk jahit memang ramai. tapi yang jual yang jahit sendiri tak ramai. boleh pilih material dan kaler sendiri. Mungkin itu kekuatan aku. Chewah...

4. Sebenarnya album kawen aku tak print lagi. KEngkonon aku nak pilih picture and nak buat layout sendiri memandangkan aku cerewet, tak suka pemilihan layout and gambar photo-G aku. ye.. dah nak dekat 2 tahun kawen belum  print album kawen. hahahaha

5. Aku menjanjikan comforter set untuk baby kakak ipar aku. Guess what... Belum siap la brother. belum start pun. yang paling sedih, rasa sayu setiap kali pandang kain yang tak sampai hati nak potong itu. Jangan main-main dengan fabricholics. Dia punya alah kain, lain macam... Aku mintak suami aku rak display, supaya aku boleh tatap kain2 yang aku beli tu... Lebih baik dia buat cepat. kalau aku tak nampak kain-kain aku tu, nanti aku lupa aku ada kain, maka aku akan beli lagi dan lagi dan lagiii~~~ Baru-baru ni dia kata, dia vakum semua kain2 tu masuk plastik jadi mampat. Apa ke perbuatan dia itu hanya akan mengundang nestapa pada aku. Mungkin pada dia juga. Lebih baik disegerakan rak display itu atau lebih banyak kain akan aku beli. 

Sekian, update melepaskan batuk di tangga...  #HokHokHokJerebu


Thursday, September 10, 2015

Jalan-jalan JB : Part 1 - Silka Hotel

 
Assalamualaikum...

Selamat hari Merdeka. Tak lama lagi cuti Hari Malaysia pulak. Yeay... Macam biasalah kita umat manusia yang bekerja makan gaji asyik mengira waktu hari untuk bercoti. Annual leave dah tak banyak baki, jadi sekarang sangat mengharapkan cuti umum 1 Malaysia.

Banyak sangat benda nak cerita ni haih.. banyak pula kejadian berlaku lately. Sebelum semua jadi pekasam, meh nak citer kejadian weekend sebelum ni.

Hari Merdeka haritu, jatuh pada hari Isnin. Jadi yabedabedu la... Weekend is 3 days. Aku jadi meroyan semacam tak nak duduk rumah. Nak jalan! nak jalan! nak jalan! Bentakku pada suami. Suami yang sangat memahami lagi menyayangi isterinya itu pun terus suruh memikirkan mana nak pergi. Tapi biasalah... yang mana isteri sajes semua kena rejek. Last-last kita ikut cadangan dia. Janji boleh jalan-jalan.

Memula plan nak ke Pantai Timur, tapi kansel la. Katanya tol Gombak dah penuh. Malas nak jem-jem. Sampai Sabtu pagi masih takde decision nak pergi mana. Suami kata, pack barang je untuk 3 hari then terus mandi siap-siap. Aye aye sir.. saya yang menurut perintah.

Habis mandi siap-siap, suami kata jom pergi Melaka. Jalan-jalan makan-makan angin gitu jelah ye.. Aku ok je. Nak jalan tak nak duduk rumah, motip dia sekarang. Kitorang stop kat Petronas manatah, beli tapau makanan skit, makan tengahari dalam kereta je. Sementara tu, husband try booking hotel via web. Katanya hotel Melaka penuh. Then dia suruh aku sevey hotel JB. Terus bukak agoda.com. Dia sajes nak duduk Silka Hotel, Formerly : Dorsett Johor Hotel. Bukak-bukak hotel tu, bilik Business suite king je yang ada. Tak sempat kejar Standard Room dia. Pikir-pikir balik, belasah jela...

Business Suite King with Wi-Fi Only    MYR 391.98

Ni kira dah masuk tax, diskaun apa bagailah... Harga untuk 2 malam.

sebab busines suite, style dia macam ni.
Masuk-masuk ada bilik kerja dulu.
Suite ni ada 2 bilik air. Belakang aku berdiri amek gambar ni, pintu bilik air dia

Bilik air yang ni kecik sikit. 
Ni bahagian showering

Ni jamban lah, apalagi.

Ni view dari tempat aku berdiri ke pintu bilik tidur

Jeng jeng jeng... Inilah bilik tidurnya

Ruang closet. Kanan tu pintu bilik air

Bilik air dia pun takdela besar mana.
Takde bath tub.


Ni 2 orang ni tengah main sorong-sorong kerusi 1 bilik.


Mak dia macam biasalah takde dalam gambar sebab mak dia je yang dok excited amek gambar. Kih kih kih... Ok.. habis part 1

Friday, August 28, 2015

Adam Lai Restaurant


Apaknya sedang kempunan soft crab. Sejak dari bila ntah asek sebut soft crab, soft crab. Tengok rancangan AFC barangkali. Aku pun tak reti sangat soft crab ni. Yang aku tau, kalau crab tu, crab lah. Crab 2 alam orang kata tak boleh makan. Ketam batu eh? Haa... tengok. Memang tak reti sangatlah. Reti melantak aje...

Aku whatsapp kengkawan yang rajin sangat meneroka kedai-kedai makanan seluruh KL nih, diorang sajes few kedai. Especially yang ada Chinese  Cuisine. The nearest place yang diorang suggest from our home is Dataran Melawati. Maka kami angkat kaki la ke sana. Pusing 2x mencari Restoran Adam Lai. Bukan tak jumpa, tapi just nak make sure kedai. aicewah... Kedai dia deret belakang Restoran chef zubir wangsa grill.

Bila belek-belek menu, si suami sangatlah frust sebab tak ada la Soft Crab lahai... Maka menu crab terus bertukar. Butter Prawn aku yang insist nak. then aku mintak sayur. Encik suami mintak nak Tom Yam. Tapi apa barang restoran masakan cina minta tomyam. Plus, niat di hati nak suap anak makan sekali. Takkan nak bagi dia hirup tom yam. Jadi, tukar pada Beancurd with Crab Meat soup. Dia ada order salted chicken ke apatah, tapi menu tak sampai-sampai. Dia pun malas mintak sebab dah kenyang hirup sup.

Memula malu nak amek gambar. Macam dah lama tak buat perangai amek-amek gambar kat kedai makan. Sejak bersuami ni, jadi malu ngan dia. Kah kah kah. Kahwinla kamu, perilaku akan terkawal. Kah kah kah. Amek gambar ni pun henpon ala-ala kat bawah je.. Masih malu-malu.


Butter Prawn
Dah tengah makan baru ada rasa nak amek gambar. Butter dia banyak. Best!

Beancurd with Crab Meat soup
Semangkuk ni besar la jugak, tapi habis kitorg dua orang telan.

Two Combination Kailan
pun sedap juga.

Haaaa.... kan dah kata sedap...
Luas je nganga makan tu

Alhamdulillah...
Makcik ni memang sporting. 
Dia pergi tido time kitorang makan. Dari mula makanan sampai, hingga habis makanan. Maka sup yang kitorang oder dengan niat nak suap dia, terpaksa kitorang suap mulut sendiri.

RM66.30 total
Suami kata oklah... berbaloi.


Aku tak amek pun gambar  suasana restoran kedai. Remember that i is malu? Hahahaha.. serius.. rasa macam segan nak tala kamera amek gambar restoran. 

Komen suami : Not badlah. Makan sedap, harga berbaloi, anak tido.  Hahahaha


Maka dengan ini, diumumkan pencarian soft crab belum berakhir.



Oh ye.. makcik tu dah 10 bulan. 8.1kg. Alhamdulillah... gigi bawah dah naik 2 batang, gigi atas pun nampak macam dah nak turun. Dah boleh berdiri meniti-meniti tapi sambil pegang2 la.. jalan memapah pegang dinding or pegang kita. dah berani berdiri lepas tangan dalam beberapa saat. Everytime nak lepas tangan je, dia gelak-gelak sendiri apabendatah  yg lucu. 


Rajin baca buku.

Kalau bacakan dia 1-10, kemudian tutup buku, dia marah.
Bacalah ulang-ulang sampai aku pun dah bosan baca buku-buku dia.
Mak dia yang bosan. nanti nak heret suami p Big Bad Wolf nak borong buku.
Tumpang dia tengah rajin menghadap buku ni, nurture jelah dia dari awal.. 



Sekian. Wassalam.





Wednesday, August 12, 2015

People and media social


Assalamualaikum...

Dah lama tak menulis selain hal baby.
Actually, menda ni dah lama bermain dalam benak fikiran aku, cuma tak terluah dengan gaya penulisan sahaja. Apakah ayat ini? See, nak tulis pun ntah tak reti sangat bina ayat dah. Pembuka perenggan semua fail dah. Nangis cikgu BM aku kalau baca ni.

Apa yang aku nak sampaikan adalah, aku tak berapa nak paham sebenarnya bagaimana orang menggunakan laman sosial ni sebenarnya. Yang aku perasan ada beberapa kategori manusia.

1. Ada yang memang nak mencari glamer atau mencari kawan. Yang jenis ni, memang add je siapa-siapa pun yang nak 'Add Friend'.
2. Golongan yang nak kawan-kawan atau sedara-mara sahaja yang dalam lingkungan Friends dia.
3. Dia create 'Facebook' or 'Instagram' tapi takde update apa-apa. Just nak tengok-tengok update orang.
4. Dia create 'Facebook' or 'Instagram' tapi nak guna untuk shopping online je.
5. Dia create 'Facebook' or 'Instagram' tapi nak stalk orang.

Sebenarnya tak kisah la pengguna media sosial ni terdiri dari kategori mana, tapi yang aku tak berapa nak paham tu, adalah kategori ke-3. Dia create tapi takde update apa-apa, ok lagi. Tapi dia create, takde update apa-apa, tapi bila orang lain update gambar anak-anak, update status, or update apa-apa ajelah, jenis nak mengkondem aje.. Tengok-tengok lepas tu ajak orang mengumpat

"aku tak paham lah.. benda tu pun nak update".
"asyik-asyik upload gambar anak dia, macam  orang lain takde anak".
"Taulah dah ada anak, alaaaa excited anak first je tu"
"macam ko sorang ada suami" 
"check in hospital pun nak update. nak bagitau dia pegi hospital private la tu"
"Tau lah pegi umrah. tu pun nak upload gambar. nak g buat ibadah ke nak tunjuk2?"

Memang ada manusia jenis macam ni. Semua orang buat benda tak kena. Cuba kalau orang tu update dia check in hospital, ko pikir je.. napa dia ni, tak sihat ke? ada family member sakit ke? tak kisahlah hospital private mahal mana pun yang dia check-in. Percayalah, walau sekaya mana pun orang tu, tempat last dia nak pergi adalah hospital. Sebab hospital adalah tempat orang sakit, tak sihat. Kalau orang upload gambar pergi umrah tu, cuba kita bersyukur dapat tengok keadaan Kaabah/Mekah dari gambar yang dia uplaod. Nak tunggu rezeki dapat pergi sana, ntahla tak tau bila kan... Atau yang dah pernah pergi tu, boleh la menggamit rasa kerinduan nak pergi ziarah lagi or tunaikan Haji pula.

Lepas tu banyakla juga orang share-share artikel pasal, kalau pregnant or dah ada anak tu, tak payah la nak update-update sangat kat media social kerana nak menjaga hati orang yang belum ada anak. Apa ke dah masalahnya? Apa kata tukar pemikiran. Orang yang belum ada rezeki anak tu, bila tengok kawan-kawan yang dah ada anak tu, tumpang rasa bahagia dan mintak dia doakan rezeki untuk dia pula. Minta kawan-kawan yang mengandung tu, doakan rezeki untuk dia pula. Mana tau, lekat doa ibu mengandung... Or, kalau tak suka, jangan tengok. Macam masa aku tak boleh kawen tapi kawan-kawan dah kawen... Aku avoid tengok diorang hepi just sebab aku tak nak emosi terganggu. Tapi takde la plak aku kondem macam-macam. Tapi aku curi-curi jugak tengok. Tapi kalau kemesraan over melampau peluk-peluk cium-cium ngan suami isteri tu, aaaaa tu tak yah la upload melainkan ko memang bukan Islam. Kan tak baik mempamerkan kemesraan suami isteri di khalayak ramai. (berapa banyak tapi daaa~~~)


Dah tu kalau semua orang create akaun, semua orang tak update apa-apa, buat apa ada akaun in the first place kan?


Aaaaa... tu jelah nak merepek. Sekian...

Thursday, July 23, 2015

Lebaran 2015


Hari ini 7 Syawal. sudah hari kedua saya masuk kerja. Suami masih bercuti. Jadi mood kerja masih ke laut. Sebenarnya tak raya pun mood kerja ke laut juga. Mungkin kena cari kerja kat laut pula lepas ni, barula mood kerja boleh dikejar di lautan luas. Rindu diving.

Semasa raya hari itu, tiada gambar sangat diambil melainkan gambar pada hari raya pertama. Itupun pakai camera phone aje. Camera Lumix ada bawa pulang juga. Tapi hanya sebagai pemberat beg sahaja. Tiada digunakan. Cis.

Raya tahun ini takde nak cerita banyak. Masih beraya di kampung suami. Bukan kerana suami tamak haloba tak mahu beralah nak balik raya kampung dia sahaja, tapi mak ayah yang pergi raya di perantauan. Jadi dah 2 tahun berturutlah kami berhari raya di Termeloh, Pahang.

Baju raya tahun ini, baju saya dan baju anakandaku Fatihah, berjaya daku jahit sendiri. Walaupun bajuku out of propotion. dah la menampakkan diriku gemuk, malah salah potong juga. Bahagian belakang badan terlari, terpendek sikit. Rugi Prada Lace mahalku.. sob sob sob... Nasib baik aku puas hati dengan baju anakanda. walaupun tali belakang dia agak pendek sikit, tapi tu takpe. boleh adjust kemudian. Baju suami? awal-awal dah hantar tempah. Baju melayu daku tak khatam lagi. Baju aku n anakanda pun last minit sangat jahit. Nasiblah siap.

Saja buat dress lengan pendek, supaya dia selesa sikit. Tunggu besar sikitlah kalau nak bagi pakai baju kurung pun. Takut dia tak selesa kepanasan. Tengoklah tahun depan kalau aku rajin lebih sikit, boleh la jahit 2 pasang sorang plak. KALAU RAJIN. yang sorang sepasang ni pun termengah. 



Baju raya made by mommy
(kecuali baju melayu papa)



elok plak makcik ni sengih time ni
see, baju itu telah menampakkan daku gemuk.
i need to go to my sewing  class back. 
 

wefie raya with adik ipar, mak mertua n anak sedara
 

Bestfriend Fatihah masa kat kampung.
Acu dia lah...
 


 With atok, nenek and antara her cousins belah suami



Masa ni baru balik raya dari rumah mak long.
Balik terus melepet.
Panas, kenyang, ngantuk dan penat. 



Selamat hari Raya 
Maaf Zahir Batin..