Wednesday, December 7, 2011

Pagi tadi dan pagi esok.


Pagi tadi:

tersedar dari tidur. kakak buka lampu. kakak buka pc. dengar suara kakak bercakap melalui telefon. aku masih tutup mata, membungkam dalam comforter. kemudian dengar suara daddy kejut bangun pagi walau terasa masih awal pagi. kakak mau download resume. Aku bilang sama kakak "haritu kan ada emailkan pada aku". Kemudian kakak minta dari aku. Bonda masuk bilik. Sambung menyibuk. perbualan jadi lebih gamat dan rancak. Daddy tak jadi solat dalam bilik aku. Daddy solat di luar. Pc aku tiada Microsoft Words. kakak tak boleh update resume. Kami bising-bising lagi. Mengutuk pc aku. Damn. Daddy masuk. kami minta nak guna laptop daddy. Laptop daddy ada Words barangkali. Daddy berkira-kira mahu buka laptop check ada Words atau telefon adik di rumah untuk tanya laptop daddy ada Words ke tidak. memang kerja mudah, bukak check, kalau takde off balik. tapi saja jadi kecoh suasana.

Daddy keluarkan laptop. Masalah pula nak transfer dari pc cabuk aku ke laptop daddy. laptop daddy takde sambungan internet. jadi kecoh semula. padahal kerja mudah. bukannya tiada tumbdrive atau external. Kecoh lagi. Kakak bising. Bonda bising. Ayah pun bising. Aku pening. 

Kakak transfer file dalam external. sempat buka gambar-gambar kahwin dia. sempat tengok gambar-gambar anaknya masa masih bayi. Bonda mula bising. Kerja jadi lambat. Daddy mau berak. Anak akak sudah bangun. merengek-rengek, menangis-nangis, menjerit-jerit mencari mamanya.

Aku bangun dan dukung dia, bawak dia kepada mamanya.Dia diam. Tapi merengek-rengek lagi. Ganggu kakak nak update resume. Aku bangun dan bawa dia kedepan. dia menangis, bangun dan berjalan membawa bantal busuknya masuk ke bilik aku, mencari mamanya. Kakak aku terpaksa berhenti menghadap laptop. bangun dan buat susu. 

Aku iron baju kerja. Ayah di sisi sedang buka Pc aku, menghadap internet, sambil buka ceramah uztaz azhar idrus. Aku mandi dan siap-siap. sama-sama dengar ceramah ustaz azhar idrus dengan daddy. Kami sama-sama tertawa dengar ceramah ustaz azhar yang pandai diselitkan dengan sedikit jenaka. Sama-sama memandang wajah masing-masing bila ada point yang terkena pada bonda, dan kemudian sama-sama tertawa lagi.

Aku siap dengan pakaian dan sedikit bedak. sedikit lipice.

Ke ruang depan, bermain dengan si kecik yang mengada-ngada. Dia banyak senyum pagi ini. dia ajak bermain. suruh angkat kaki, dia angkat. suruh angkat tangan, dia angkat. suruh tunjuk perut, dia tunjuk. suruh tunjuk hidung, dia tunjuk. buat hati aku terhibur. Sibuk pakai topi, kemudian lihat cermin. Mengada.

Aku siap mahu keluar. Salam bonda. salam ayahanda. salam kakak. peluk cium budak kenit mengada itu. 

Aku buka pintu mahu keluar, si kenit itu sibuk mahu ikut. sudah tunggu depan pintu. mahu turut sama keluar. Aku tersenyum. 


Tengahhari tadi:

Aku pulang. rumah lengang.


Malam ini:

aku bakal pulang rumah lengang lagi.


Pagi esok:

Rumah masih lengang.


Mereka telah pulang ke kampung halaman. Tinggal aku sendiri. Tiba-tiba rasa sebak. Sunyi lagi....




2 comments:

Thanks for dropping out your thoughts...