Friday, January 6, 2012

2012


hola hola.... 2012 is here. semua orang dah update pasal new year resolution and recap 2011.

aku? aku plak baru masuk kerja harini. ye.hari ini bersamaan hari jumaat. tau dah mesti nak tanya kenapa tak cuti je terus alang-alang kan? pasal sabtu ni aku kena kerja ~ yahoooo. tempat kerja aku memang suka suruh orang kerja ganti cuti pada tarikh yang tak best. deng!

tahun 2011 banyak bawa duka lara dalam hati. banyak bawa rasa kekeliruan, rasa caca merba, banyak jiwa kacau. tahun 2012 aku harus sapu bersih and mop perkara-perkara itu dari ruang jiwa. mau hepi-hepi aje. insya-Allah, setiap ketentuan Allah itu ada hikmahnya. senyum sampai telinga.

apa plan tahun ini? sabtu ini haruslah ponteng kelas jahit lagi. halo~~~ kan kena ganti kerja. baju kawan aku mintak jahitkan belum siap. jadi siapa nak tempah untuk raya nanti, sila tempah sekarang. kahkahkah.

cuti panjang, baru pulang dari bermalas-malasan di rumah di mana ada ibu bapa dan juga seorang kakak yang pandai memasak. kakak aku masak apa pun sedap. ini realiti. bukan fantasi. tiba-tiba lapar nih. macam biasa, bila pulang ke rumah, melekat saja dalam rumah. bila orang tanya Kedah apa best? aku jawab, rumah aku best. kahkahkah. tak reti lah nak berjalan sangat bila balik kampung. kawan-kawan pun takde. lepak rumah ajelah. lagipun, itulah tujuan utama pulang kampung, untuk jenguk dan bermanja-manja dengan ibu bapa. anak buah yang sedang membesar juga ada di rumah. nakalnya ya-rabbi. buas! pengsan main dengan dia. baru saja pecahkan penimbang berat omak dia yang selamba dek dia je hempas ke lantai, sejurus sebelum aku pulang ke KL. aku yang garang ini apa lagi, terus marah dia. budak manja sangat takde orang nak marah. terkulat-kulat mata dia tengok aku. comel sangat. rasa nak marah je selalu.

 budak bonzer


ho yeh. aku pergi jumpa pakcik doktor gigi untuk menampal gigi yang berlobang berbulan-bulan lamanya. pakcik kata, saya kena rajin jaga gigi. nanti gigi saya haus. aduh, tekak terus jadi haus. kasut juga dah haus ni.  habis semua benda haus. pakcik juga kata saya kena pakai ubat gigi sensodyne. owh yeah, boleh tambah pada koleksi barang mahal saya harus pakai. part ni boleh tambah duit haus. saya ini high maintenance, tapi gaji saya cukup makan sahaja. owh yeah... apa nak buat, bukan pintaku lahir sebegini. saya minta bonda supaya doakan saya dimurahkan rejeki, supaya boleh beli ubat gigi mahal ini. T__T

mungkin aku boleh jadi duta lepas ni.



apa yang aku harapkan untuk tahun 2012 ini? hanyalah supaya dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan kepada aku dan kedua ibu bapa aku, menjadi insan yang lebih baik (part ni macam susah skit, tapi insya-Allah) dan dipertemukan jodoh. Amin...


-masa dalam bas, rasa sebak. tahun yang makin bertambah bermakna usia makin bertambah. nikmat paling berharga dalam dunia, bila mana aku masih mampu salam dan cium tangan juga cium pipi kedua ibu bapa yang masih sihat walafiat. Alhamdulillah...

- belajar bersyukur dalam apa jua keadaan.

-mode : mau hepi-hepi aje sambil layan lagu Ombak Rindu yang sayu. hewhewhew




mari usaha jangan tinggal solat.

4 comments:

  1. mmg mcm bonzer je dlm itu gmbr.
    hahahahha

    hepi nu year.
    semoga tahun ni menjadi tahun yg ceria buat anda.

    bukak buku baru dgn penuh azam kerja rajin cari duit jalan² dgn family then teruskan doa jodoh yg baik sampai.

    InsyaAllah bila ko rasa ko dah tak pikir psl cinta pasti cinta tu akan hadir. ekekekekek..

    ReplyDelete
  2. aah mahalll..

    mak aku pernah suggest dkt mak cik aku.. dia ckp ia sgt bagus.

    mak aku ckp abah aku pakai tu n sorok atas bendul pintu toilet. dia xbg org lain pakai..

    hahahahahhaha

    ReplyDelete
  3. ola....
    aku rasa pun sensodyne mahal, sebab bila pegi kedai nak beli ubat gigi baru, memang takde terasa nak ambek ubat gigi sensodyne pasal usha harga. paling2 pun mesti usha colgate or fresh n white.

    pernah kawan aku bawak ubat gigi sensodyne masa g camping, semua org UP dia bawak ubat gigi mahal. jadi, aku tak sempat compare harga dia di pasaran lagi, perspektif ni semua pun dah buat aku buat kesimpulan sendiri, sensodyne itu mahal. hewhewhew~~~

    nanti aku buat harga market comparison eh... cewah.macam rajin.

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...