Friday, June 15, 2012

Supplement

Saya rasa saya mula mengalami sindrom 30-an.

Saya mula rasa seperti metabolisme badan saya semakin menurun. 
Kalau dulu, makan apa pun banyak mana pun, besok pagi confirm perut akan nipis. Tapi sekarang, makan tak berapa nak banyak pun, perut senang je kembung. Apatah lagi kalau makan banyak. Dah macam ikan buntal. Nak exercise - malas. Padahal dulu rajin juge.

Sekarang pun sudah mula rasa tidak bertenaga. Awal malam sudah rasa letih mengantuk sangat. Entahla memang kurang supplement atau hanya peyakit MALAS.

Saya mula concern dengan supplement. Mula survey sana sini. Mula memikirkan tentang hal collagen. Mula cuba-cuba ambil InnerShine.

Saya survey ini untuk tenaga.
Energizing Soy Protein – Vanilla

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Kemudian saya jumpa ini pula untuk kecantikan kulit lalu jadi tergoda.


Vita-E Complex®

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Kemudian mula search and survey bermacam-macam jenis collagen. Banyak jenis sampai saya pun pening. Might as well just pergi farmasi and tanya. Kadang-kadang kalau nasib baik, diorang ada tengah buat promotion.


Actually mula-mula nak cari supplement untuk tenaga je. Tapi ni dah melarat-larat pula. Rasa macam ini perlu, ini nak, itu mahu.

Ye, kesedaran untuk menjaga diri itu ada. Kalau mampu, mahu diturutkan juga pengambilan supplement itu ini. Tapi zaman datuk nenek kita tak ada pun supplement-supplement macam ni kan. Alhamdulillah, bertenaga dan sihat mereka kan. Yang panjang umur pun ramai juga.


Tetapi harganya ya Rabbi... Rasa macam tak mampu la pula.

Hmmm......

Is it ok? Is it normal? Is it neccasary? Or am i just that paranoid?

Kalau my daddy senang aje katanya. Nanti mati juge~~~



4 comments:

  1. beb,, aku pon nak cari collagen..
    nnti ko usha..
    ko kasitau..
    sbb..
    aku malas nak usha..
    muhahahahaa

    ReplyDelete
  2. hahahahha..

    beb supplement ni ada gak -ve effectnya.

    so the best aku suggest sama ko..

    madu
    minyak zaitun
    habbastus sawda
    kurma
    air zam²
    kismis
    delima
    garam bukit (pakai garam bukit utk masak mknan kat umah)
    susu kambing

    amik tiap hari. insyaAllah sgt baik untuk prevent kanser kolestrol drh tinggi n mcm² lagi.

    sebab ni yg Allah dah bgtahu dlm Al Quran.

    ko boleh try usha tokguru.net kalo nk cari madu, zaitun & habbastus sawda tu.

    amalkan minyak zaitun+madu 2sudu stp hari seeloknya pg ms perut ko kosong. Then habbatus sawda tu ms minum air panas leh campur. kurma n kismi buat as jajan.

    aku dah try madu+zaitun.. aku xkesah abis beratus nk dptkan dedua produk ni.. mula beli mmg aku commit alhamdulillah aku rasa perubahannya.. tp ntah apesal ada sekali tu aku travel jauh ..aku xbwk stok.. pastu aku terus lupa nk amalkan.

    supplement pon kalo ko nk beli yg penting commitment ko utk amik setiap hari. tu yg buat lg rugi sbb harganya mahal.

    tp pd aku apa yg aku list tu dah cukup sgt..

    ada sorg model ape eh nama dia.. dia cantik giler umur pon dah 50 above dia ckp dia amalkn mnyk zaitun je sbb tu dia punya bdn solid abis walau dah tua. tu minah salleh tu amalkan apa yg Allah suruh dlm al quran .. tp kita tak nak pon cuba.

    hehehe

    ReplyDelete
  3. mochitsuki:
    sila baca komen dari shem

    shem:
    komen ni tokleh like ke? aku nak like komen ko 100x.

    tuelah..kdg2 lupa plak apa amalan yg lebih digalakkan dalam Islam sebab dah disogokkan ngn macam2 iklan homputih ni kan...

    terkedu kejap aku baca komen ko tadi. yelah... lebih baik amalkan sunnah Nabi.

    Thanks for reminding. love u!

    ReplyDelete
  4. sbb aku love korg juga la aku bgtau .. hehehee

    dulu aku pnh try beli epo.. vitamin usana.. monavie.. semua beratus harga .. pastu semuanya xabes.. xyakin satu hal.. xcommit satu hal..

    tp bila dgn zaitun n madu ni lain rasa mebi sbb aku tahu Allah yang suruh siap buat satu surah At-Tin.. sebut psl buah tin n zaitun. surah lebah pon ada (Surah An Nahl)

    haihhh lah rasa malu je.. ko tgk barat.. diorg mkn salad pon bubuh minyak zaitun & madu kita ni sikit pon xheran kan..

    lps ni usaha la beli yg ikut sunnah nabi dan apa yg ada dlm Al quran. bkn je dpt kesihatan yg baik malah dpt pahala lagi sbb ikut sunnah.

    insyaAllah kalau buat sebab Allah pasti dpt ganjarannya.

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...