Wednesday, October 31, 2012

Rapuh...


i cried. i cried and i cried last night.
i cried my heart all out.
then i sleep.


Pagi ini, seawal 4.30 pagi terbangun celik bijik mata. tak dapat lelap. tak dapat tidur kembali.
segala macam jenis persoalan turut sama celik bangkit menerjah dalam minda, serentak masa dengan celik biji mata.
kemudian air mata turun lagi.


Air wudhu' diambil.
Tahajud, Istikorah diselesaikan.
Semoga Allah kuatkan hati ini.
Semoga diterima amalan.
Semoga ditenangkan hati.
Semoga ditunjukkan jalan.
Semoga ditunjukkan jalan keluar bagi tiap permasalahan.

Kemudian jiwa tenang seketika.
Harap ada semangat dan jiwa baru menjelang November.


Tiadalah lain yang diharapkan agar mereka beroleh kebahagiaan mereka.
Saya tahu banyak silapnya saya dahulu.
Maka saya lihat dari perspektif yang lain.
Allah nak duga, nak sedarkan diri ini.
Semoga saya dapat berubah, menjadi insan yang lebih baik.
Semoga lebih banyak sabar.


Cuti Deepavali ini, mahu pulang ke kampung.
Mahu peluk ibu bapa kuat-kuat.
Banyak dosa pada mereka.
Harap mereka turut lembut hati.


Harap hati dapat terus kuat.
kerana sekarang ia sedang rapuh sekali...



No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping out your thoughts...