Sunday, June 24, 2012

New Member

Welcoming the new member
to the sewing club and society
of cik chikuru...

Pembaris 1 meter.

Sila berbakti kepada tuan anda. 
Sekian, terima kasih.

My Sunday

Dah lama tak jumpa anak-anak buah kesayangan bucuk-bucuk manja. RINDU! So, saya plan untuk masak di rumah dan jemput famili abang saya datang makan. Menu pancingan untuk ajak abang sefamili datang rumah, a very  simple one only. 

Ikan patin masak tempoyak.
Sambal tempoyak (as requested)
Telur dadar.
Nasik putih boleh makan sampai mengah.

Awal-awal pagi dah bangun kemas rumah and get prepared. By 10am lebey start masak, tak lama, sekejap aje dah siap. Resepi cilok internet sudah. Sangat simple i tell you, you should try. 

Anak buah sampai aje rumah, terus seru nama majang~~~. Kemudian peluk i kata rindu. Wah wah wah... Ini segmen mencairkan hati. Memang i pun rindu uolls tau...

My first ever trial masak ikan patin tempoyak.

Alhamdulillah... habis diorang bedal. Bertambah-tambah makan. Senang hati i tengok uolls makan. Kalau nak dirujuk pada gambar, kelihatan agak pekat sikit kuahnya. Kalau nak ikutkan resepi Ikan Patin Tempoyak Temerloh, rasanya takdelah sepekat ini. Sepatutnya light-light saja gitu. Tapi oleh kerana mempunyai stok tempoyak yang agak banyak, maka penambahan tempoyak sesuka hati telah berlaku. Anyway anyhow, ikut pada selera masing-masinglah. If you like it light, maka letak sedikit sahaja tempoyak. Tapi if u like it pekat like ada stok tempoyak setahun, silakan mengubah citarasa anda.


Oleh kerana dah pernah buat hairband untuk orang tua a.k.a my friend, maka dengan kehadiran budak kecik ini, saya make a hairband on the spot for her. Hairband kain lebih lembut. Senang dipakai buat lasak sekalipun tak payah nak risau dia patah ke apa ke. 

Ayah dia dah start mintak komisen jadi model. 
Hewah hewah~~~

She said to her daddy : "Kakak nak duduk sini jaga majang boleh tak?"
[hahahaha....siapa jaga siapalah pulak ye? Tapi niat dia sangat sweet~~]

Then lepas lepak-lepak di rumah saya, abang saya hendak pulang, mahu pergi carefour dulu. Budak ini suruh saya ikut sekali. But i got lots of work to do la sayang... She even ask his daddy yang dia nak stay with me. Tapi ayah dia tau, majang dia ni bz gilerrrzzz kan, so semua anak-anak dia angkut pulang lah.

Semasa dia salam saya hendak pulang, saya tarik dia hendak kiss pipi. Selepas kiss pipi dia, saya bangun. Kemudian dia pula tarik saya hendak kiss pipi saya. woohoohoooo.... This kids really melt my heart.

Thursday, June 21, 2012

Kurung pesak gantung with kain lipat batik

Last week i deliver a baju kurung pesak gantung with kain lipat batik for my customer. Well, a friend actually.  Alhamdulillah, baru lepas belajar, saya beranikan diri untuk mencuba pada kain dan ukuran orang lain.


Kemudian, oleh kerana banyak kain lebih and saya pun dalam mood ingin mencuba,so saya cuba hasilkan a matching hairband. Hasilnya, saya hadiahkan kepada dia.

Alhamdulillah i got a happy customer...

A happy customer makes a happy me... 
-senyum-

Wednesday, June 20, 2012

Dear Malaysian girls... gentleman only lives in tv and novels. get it?

I posted this to my fb status. and homaigod ya Allah ya TUhanku, ajaibnya ada plak lelaki yang tersinggung. Well, im not really sure tersinggung ke tak. tapi the way they comment it cakap macam memang tersinggung lah. siap cakap saya tak respeck all the fathers out there.

Hallowwww... did i said all daddies are bad! cruel! Jahat tahap firaun? nope. i did not say that. I also have my own daddy that i love la bro. eventho my mom said daddy tak pernah salin pampers kitorang, is that mean i dont respect my own dad? huhaaa... u have gone too far bro.

Ada jugak yang nak kata saya tak layak untuk berbicara begitu coz i dont have a laki or maybe he meant it by a husband la kan. gentleman is not spesificly a hubby la. even a male friend can be a gentleman to his female friend. A man can be a gentleman to an old lady.

I think the message is clear. and i think it is actually really a reality check.

Gentleman as novels and tv are describe as it is, a story. Gentleman that is handsome, kaya, tough (contoh: Aaron Aziz as Seth in Nora Elena). A man that would open the door for girls, that would only see his girl as the only one, a man that would pick a woman up, drive whenever she want to go, that would pay for everything, that would give surprises, that would see a woman and love her the same day as the first time he ever fell in love with the girl - everyday, that would accept her no matter what, that would bring flowers every morning, cook for the lady,a man that would play guitar and write a song dedicated it to the woman they love, and all and all...

Reality check:

Adakah lelaki akan membayar untuk segala-galanya. beb.. kalau dapat laki kaya ok ah nak harap gitu. tapi sekarang dalam segala-galanya mahal, makan pun mahal, apa espek lebih-lebih? kalau dia tak bayar, kita bayar la. bayar sama-sama apa salahnya. Cumanya saya pernah dapat lelaki yang kedekut. Ini different. Ini sangat sakit hati. hahaha

A man that would open the door for girls.
Pernah ada lelaki tolong bukakan pintu untuk saya. Just some random man at some random shopping complex that i do not remember. And never it is a Malay man. Some random homputih guy yang kebetulan ada di situ. And i just smile. I hope he did ask my phone number. ahahhahahahaha
Saya pernah lihat dan juga pernah nampak wanita yang bawa barang berat-berat penuh tangan lalu depan pintu yang perlu dibuka. Lelaki yang lalu lalang di situ buat apakah? heh..malas explen.

A man that would give surprises
Jangan espek lebih-lebih sangat nanti kecewa. Nak macam homputih, propose wedding bagak nak rak. Kalau laki tu dah ajak kawin pun dah boleh rasa bertuah sangat.

A man that would except her no matter what
Tunggulah kau gemuk sikit esok lusa, dia mula lah buat senaman cakar ayam kat luar. Siap pesan lagi, boleh tolong kurus sikit tak? Itu  kalau bahasa lembut. Kalau dapat yang laser cap Gaban, tembak raksaksa Gorgon terus mati? Tak bernanah hati makan kata-kata laki sendiri?



Apa yang disogok di dalam tv dan novel adalah lelaki akan melayan wanita yang dicintainya.
Penulis novel/skrip : wanita.
So, the character of the man actually adalah imaginasi seorang wanita. Am i right or not?


Malay man, culture kita adalah wanita layan lelaki, isteri layan suami. culturenya adalah suami harus dilayan. Isteri harus taat pada suami (maka wujudlah kelab isteri-isteri taat pffttt). Harus ikut perintah suami. Tidak sedikit lelaki yang tidak mengharap bakal isterinya akan melakukan segala kerja rumah, memasak, membasuh, mengasuh anak.


Iye, suami adalah ketua keluarga.

Maka adalah tanggungjawab suami mendidik keluarga dan isteri agar menjadi keluarga  yang lebih harmoni. Anak-anak akan melihat dan mencontohi perlakuan ibu bapa. ibu bapa adalah idola terdekat mereka. Kalau ayahnya melayan ibunya dengan gentle, ibu gembira, ibu hepi maka mood ibu bapa hepi, maka anak-anak pun hepi. maka itulah yang dilihatnya dan insya-Allah akan dicontohinya.

Ingat senang jadi suami bang? Tanggungjawab kamu banyak bang.

Pernah tengok Ustaz Don bercerita bagaimana ayahnya melayan ibunya? Matanya bersinar-sinar dan gembira sambil bercerita. Seolah tidak sabar untuk mempraktikkannya. Insya-Allah semoga beliau dapat membina sebuah keluarga yang harmonis nanti.

Ada tak lelaki tengok/study sunnah Nabi macam mana cara layan isteri?

Bisa menitis air mata mendengarkan halusnya cara Rasulullah. Dulu ada jugak tengok Tv A-Hijrah, Fattabiouni (sekarang Astro dah takde, channel blur2 dah malas bukak TV. nak bukak Youtube- pc plak dah buat hal. macam2 hal lah). Memang tersentuh hati ni. Rasulullah sebaik-baik manusia, sebaik-baik lelaki, sebaik-baik suami. Untungnya seorang Siti Khadijah.

Pernah kawan saya  tanya, "kenapa tak kawin lagi?" Saya kata, "saya ni perempuan. Pihak yang menunggu. Kalau orang tak hantar pinangan, macam mana nak kawin?" Dia kata "ala...tak salah apa pinang lelaki. Nabi Muhammad dulu dipinang Siti Khadijah". Saya balas semula "Kalau akhlak n agama laki tu, semulia Rasulullah, memang berbaloi-baloi la jugak nak pergi pinang.." Kawan saya itu gelak saje. Saya tau saya menang hujah itu.

Jadi, pesan saya pada adik-adik yang masih dreaming-dreaming ada lelaki begitu, semoga anda ketemu dengannya. but until that time comes... they really live in novels and tv only dear...


Owh...by the way, saya tak emo. chill saje. This is just a reality check. Enough dreaming. Get to reality. So, kalau ada lelaki yang tersinggung baguslah. Boleh cuba berubah jadi gentleman tak? Kalau dah rasa gentleman, tak payah nak terasa sangat. Hahahahaha....


senang citer, istilah gentleman ni hanya propaganda media... sebenarnya girl bila da tangkap cintan dengan boy, sume boy buat akan nmpk gentleman... tu je...
-the best comment ever that i got from my guy friend. sangat tepat hujah dia


My main point is, that type of guy that is being potrait in tv and novels, mostly just live in tv and novels only. Lucky for those who have that type of guy. But there is nobody that perfect. Terimalah pasangan anda seadanya dan dengan rendah hatinya. Get it?

Friday, June 15, 2012

Supplement

Saya rasa saya mula mengalami sindrom 30-an.

Saya mula rasa seperti metabolisme badan saya semakin menurun. 
Kalau dulu, makan apa pun banyak mana pun, besok pagi confirm perut akan nipis. Tapi sekarang, makan tak berapa nak banyak pun, perut senang je kembung. Apatah lagi kalau makan banyak. Dah macam ikan buntal. Nak exercise - malas. Padahal dulu rajin juge.

Sekarang pun sudah mula rasa tidak bertenaga. Awal malam sudah rasa letih mengantuk sangat. Entahla memang kurang supplement atau hanya peyakit MALAS.

Saya mula concern dengan supplement. Mula survey sana sini. Mula memikirkan tentang hal collagen. Mula cuba-cuba ambil InnerShine.

Saya survey ini untuk tenaga.
Energizing Soy Protein – Vanilla

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Kemudian saya jumpa ini pula untuk kecantikan kulit lalu jadi tergoda.


Vita-E Complex®

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Kemudian mula search and survey bermacam-macam jenis collagen. Banyak jenis sampai saya pun pening. Might as well just pergi farmasi and tanya. Kadang-kadang kalau nasib baik, diorang ada tengah buat promotion.


Actually mula-mula nak cari supplement untuk tenaga je. Tapi ni dah melarat-larat pula. Rasa macam ini perlu, ini nak, itu mahu.

Ye, kesedaran untuk menjaga diri itu ada. Kalau mampu, mahu diturutkan juga pengambilan supplement itu ini. Tapi zaman datuk nenek kita tak ada pun supplement-supplement macam ni kan. Alhamdulillah, bertenaga dan sihat mereka kan. Yang panjang umur pun ramai juga.


Tetapi harganya ya Rabbi... Rasa macam tak mampu la pula.

Hmmm......

Is it ok? Is it normal? Is it neccasary? Or am i just that paranoid?

Kalau my daddy senang aje katanya. Nanti mati juge~~~