Wednesday, January 16, 2013

Singapore - 1 day trip (Part III)

Assalamualaikum...


Hopefully things are getting better. Keadaan yang sedikit hectic sebelum ini beransur reda sedikit demi sedikit. Alhamdulillah... Hopefully those 2 beradik and seorang pakcik is recovering. Yang nampak sangat cepat recover adalah budak Amin itulah. Semangat dia kuat betul. Sometimes tak sure dia ni takkan tak sakit lagi. Belah perut tu weh! Tapi budak ini sporting amat. bila orang datang lawat, mintak tunjuk perut, comel je dia angkat sikit baju dia and tunjuk bekas belahan dia.

the heartbreaker

Actually nak sambung sikit cerita Singapore. insya-Allah the final episode. just for my personal log la kan.. Nanti dah tua kerepot muka kedut-kedut, boleh tunjuk kat anak cucu sedara semua, itupun kalau blogger.com tak corrupt. kihkihkih...

Part I
Part II


So, here it goes.

After dah register daddy and omma serta melihat-lihat tempat kejadian, maka kami pulang sebentar merehatkan badan. daddy omma pun nak bersiap-siap for the dinner.

A clean city it is.

Setelah pulang sebentar, the dato' daddy and datin omma pun dah ready for the dinner, maka Pak Ngah sefamily drop them off kat Marina Bay Convention Centre. jadilah saya anak yang ditinggalkan ibu bapa. Maka Pak Ngah bawa saya jalan-jalan di Marina Barrage. 

Built across the mouth of the Marina Channel, the Marina Barrage creates Singapore’s 15th reservoir, and the first in the heart of the city. With a catchment area of 10,000 hectares, or one-sixth the size of Singapore, the Marina catchment is the island’s largest and most urbanised catchment. Together with two other new reservoirs, the Marina Reservoir has increased Singapore’s water catchment from half to two-thirds of the country’s land area. The Marina Barrage is the result of former Minister Mentor Lee Kuan Yew’s vision nearly two decades ago when he envisaged damming the mouth of the Marina Channel to create a freshwater reservoir. (taken from HERE) .

Marina Barrage

photo taken from HERE
lots more beautiful photos of the landscape.
mengapakah tidak ku capturekan ntah...

Empangan nyer~~

Di atas empangan ini, bisa ada taman yang tinggi seperti ini. 
Bisa jadi tempat rekreasi juga pada penduduk tempatan dan pelancong juge.
See bagaimana mereka bijak menggunakan ruang.
kat bawah proses air. kat atas boleh main-main.

Bisa main layang-layang lagi.

layang-layang di udara.
errr... yang sebelah kanan tu dah serupa sperma kan?
kihkihkih. belajar biology beb.

the view

the kazen is discussing on how to play the kite.



with Pak Ngah yang rajin sangat layan keletah kitew~~

im here!
flying without wings 


So we had some fun with the Marina Bay Sands background!

enjoying the new shoes bought by Pak Ngah.

macam love birds plak we all

Kasihan Mak Ngah sudah kepenatan
T___T


We stay until the sun goes down.

Night view

The happy kazens is still playing the kite.




Experimenting the night setting with my camera


Lepas daddy and omma return from the dinner, maka kami pun bergerak la pergi ke rumah Pak Su dahulu untuk menjenguk nenek sebelum kami berlepas pulang ke negara asal tempat tumpahnya darah ku. The next morning, kami bertolak pulang.


Actually macam nak habiskan entry kat sini. tapi nampaknya macam tak daya nak habis lagi. Nak update sikit lagi. So... mari ke Part IV. kihkihkih....

Till then, daaaaaaaaaaa~~~~~

Friday, January 11, 2013

Bedung, barut and baby


So, those kids have been discharge from hospital. Syukur Alhamdulillah...

The night they discharge and come home to my house, petang itu saya pergi berjalan di k4, tengok-tengok and nak top up barang rumah sikit. Terserempak sama baju ini. Hahaha... Tak pernah lagi rasanya tengok baju yang tulis I LOVE AUNTY. tak cakap banyak, memang rembat terus.




Hmmm.... Look nice on her. 


All my activities in sewing, such as going to classes and siapkan tempahan has been hanging in the air for quite sometime. For baju kurung, nasib baik kawan-kawan sangat memahami. Lagi pun, kata mereka tak urgent. Tapi untuk tempahan bedung and barut yang dah dibiarkan lama itu, mana boleh tertangguh lagi kalau tuan punya perut yang mengandung meletup sudah. Hahahahaha....

Order dah lama sebenarnya, tapi apakan daya, saya ini bz memanjang. kehkehkeh... puiihhh... Nasib baik bedung yang 10 helai dah disiapkan terlebih dahulu. 



Saya tidur 5 pagi semalam, cuba untuk menyiapkan 10 helai barut. Memang sangat last minit. Berkapal-kapal air nescafe and kopi diminum semalam. Padan muka kau jah. Baby dah keluar baru nak terhegeh-hegeh nak siapkan order. T__T. Nasib kat office takde benda urgent nak kena buat. Mata dah nak tertutup dah ni. Hujan pule tu~~~




tali buat ikut kain.
saya tak pakai tali ready made.
its for baby girl.




****

Pagi tadi tak berjumpa dengan keronsang. Maka main pakai lilit aje, pakai cocok jarum, pin, anak tudung dan sehelai tudung aidijuma.

Muka tido sejam lebey je menyiapkan 10 ketul barut.





****
Rasa macam nak kena tukar kata ganti nama diri. kadang-kadang rasa macam plastik sangat pakai kata ganti diri saya. Macam hipokrit i ni. tapi niat baik sebab rasa macam nak jadi sopan. Heh! Berlakon sangat. Lepas ni, i pakai saya, aku, i sesuka hatilah. kih kih kih...




Wednesday, January 9, 2013

2012 - 2013


cerita singapore masih belum sempat dihabiskan. kita kira hutang la k.

cerita resolusi 2013 dan pencapaian 2012 masih berdraft dalam minda.
azam nak pergi kerja tak nak lambat dah, tak mampu ditunaikan wlaupun baru 6 hari bekerja dalam tahun 2013. tak baguz, tak baguz..


too much things happen menjelang akhir tahun 2012.

plan hujung tahun - kakak nak bersalin, dia balik ke Kedah, then saya nak siapkan tempahan kawan-kawan. tapi kita hanya merancang, Tuhan Maha Kaya. Dia yang menentukan. nasib baik dapat kawan-kawan yang sangat memahami.




24 Disember 2012
my sis admitted kat hospital. bersedia untuk bersalin anak kedua.

25 Disember 2012
Alhamdulillah. my sis give a birth to a very cute baby girl.
petang itu, my mom and my brother  yg kebetulan berada di Kedah, turun KL untuk menyambut kehadiran baby baru. ayah dan adik berada di Kedah kerana adik saya menjalani pemeriksaan kerana sakit kepala di hospital sungai petani.

26 Disember 2012.
Omma standby untuk pulang bersama kakak supaya kakak dapat berpantang di Kedah.
Kakak masih tak dibenarkan keluar dari Hospital Pusrawi.

27 Disember 2012
Ditakdirkan adik saya has to go under a surgery. bilamana omma berada di KL untuk menyambut cucu barunya. Tiba-tiba dikhabarkan adik akan ditransfer ke Hospital Alor Setar untuk menjalani pembedahan membuang cecair di dalam kepala. Maka bergenanglah air mata seorang ibu. Baru tiba di KL, sudah bergegas mahu ke Alor Setar pula.

Maka hanya tinggal appa n omma di kedah sana.

28 Disember 2012
Thorn apart antara kakak yang bersalin kat sini dengan adik yang sakit dengan ibu bapa yang dah tak berapa nak kuat itu di sana, me n my bro decide untuk tolong pergi tengok keadaan di sebelah sana dahulu.


29 Disember 2012
Maka sabtu malam selepas saya pulang dari kerja (ganti cuti), kami pulang secara bergu. all the way sampai Bertam, abang saya yang drive. Saya tido. ngantuk sangatlah. Then tukar driver kat Tapah ke manatah. i drove all the way to Alor Setar. sampai 3.30 pagi terus roger daddy yang tidur kat Balai Pelawat Hospital Alor Setar.

oh My Mak! Balai Pelawat Hospital Alor Setar ni, orang merokok kat dalam tu! Padahal dah tampal No Smoking! No Brain betullah! Tapi daddy rileks saje baring dalam tu, maybe dah penat sangat kot. My bro dah tak boleh blah dah coz dia memang tengah batuk-batuk. Kami tido dalam kereta. Kamon la Kementerian KEsihatan please saman orang-orang kat dalam tu.

The day yang kami sampai, daddy dan omma sudah kepenatan kerana telah berhari-hari di hospital. Alhamdulillah, i think i did make the right decision untuk tag along my bro yang nak balik tengok keadaan omma dan daddy.

7.00 am, menanti omma turun dari menemani adik di wad. she was trying to be tough. but she cried when she said adik nak makan, dia nak keluar hospital.tapi lepas makan dia muntah balik. i hug her and i was trying my best not to let my tears drop too.

My sis sms me - dont tell mom. But baby suspected ada problem. dia muntah aje lepas susu.

We spent the day at Hospital Alor Setar.
4.30pm - adik saya dibenarkan keluar. off we go to Sungai Petani.





31 Disember 2012.
Me and my bro masih berada di Kedah. membantu mana yang terdaya sebab adik pun baru lepas surgery. mak ayah pun masih kepenatan. lewat petang itu, kami terima panggilan dari KL. baby akan dibedah keesokan harinya kerana muntah.susu yang diminum tidak masuk ke dalam badan. disyaki ada masalah
saluran makanan. Baby dipindah ke hospital Pantai Bangsar kerana doktor di Pusrawi tak availabe ketika itu.

1 January 2013.
Keadaan di Kedah kelihatan sudah stabil. Kakak sudah pulang ke rumah di KL.
Keesokannya me and my bro akan bekerja. What a new year! maka pagi itu selepas breakfast, kami bertolak untuk melihat keadaan di KL pula.
lewat petang - Alhamdulillah. baby selamat dibedah.
malam itu, saya sempat membawa Amin berjalan-jalan di k4, beli selipar baru, makan KFC.



2 January 2013. (3.30 am)
saya sedang tidur di dalam bilik. terbangun kerana terdengar tangisan Amin di luar. Saya biarkan sahaja dahulu kerana abang ipar dan kakak ada di luar. Kedengaran bunyi muntah. Amin memang selalu muntah. Biasanya lepas dia muntah, dia akan lega. Namun dia masih menangis, menjerit kesakitan. Saya buka pintu bilik menjenguk keadaan. Abang ipar sedang mendukung Amin yang sedang menjerit sambil mengurut-urut belakang Amin. 'Ya Allah, dugaan apa lagi ni ya Allah',said him. Abang ipar sudah tak keruan. Kakak yang dalam pantang tak dapat nak banyak bergerak. Saya lihat lantai, tiada sebarang kesan muntah.

Abang ipar decide nak bawa Amin ke klinik. Kakak minta saya ikut abang ipar sekali. Sampai depan klinik, Amin sudah berhenti menangis, dalam ribaan saya, mata sudah terpejam. Saya tanya, Amin sakit perut lagi? dia angguk. Amin nak jumpa doktor? dia anggguk. Mengantuk tapi masih sakit.

Abang ipar ambil Amin dah letak atas ribaan dia sambil berkira-kira untuk masuk klinik atau tidak. Actually Amin memang dari baby lagi kerap muntah sebegitu. Muntahnya bersembur macam pili bomba. Dah banyak hospital dan klinik pakar kanak-kanak mereka tanyakan, minta periksa keadaan Amin. semuanya kata Amin ok sahaja. cuma kena kawal makanan dia.

"Kalau aku check dengan klinik ni, mesti dia cakap takde apa-apa jugak ni. Kita pergi hospital la." Dia serahkan Amin atas ribaan saya. and off we go to HKL.

Kami masuk bahagian Kecemasan dan Trauma. Doktor terus check dia. Keadaan perut Amin masih keras. I was away, uruskan parking kereta yang park tempat ambulans. Abang ipar was with Amin all the time. Dia muntah masa tengah check. Amin terus warded. Alhamdulillah, doktor HKL dapat kenalpasti masalah Amin.

laluan saluran makanan Amin kecil. sebab itu dia selalu muntah. Kali ini, saluran tu dah bengkak, jadi dah tersumbat.

5.45am, abang ipar suruh saya pulang dulu dengan kereta dia. 6.30am saya kembali ke hospital dengan my bro yang naik motor untuk pulangkan kereta abang ipar. Abang ipar maklumkan, Amin mungkin dibedah juga, but please dont inform your sister first.

baby berseorangan di Hospital Pantai. Abang ipar menemankan Amin seharian di hospital. My sis masih belum tahu keadaan Amin yang bakal dibedah esoknya. She thought the doctor only nak check dan analisa Amin. Amin kena puasa 1 hari. Poor boy.

petang pulang dari kerja, saya diminta jagakan Amin sebentar. Abang ipar berkejar ke rumah melihat keadaan kakak.my sis kata dia mengigil sejuk. Dia masih di rumah, tak tahu keadaan. Kami biarkan dia dapat rehat dulu.

Amin bercucuk wayar sana sini. Rabak hati ni tengok dia. "Amin tak atit. Amin tak atit". kata dia. "Amin nak alik umah Amin."  i just need to find ways to distract his attention.

Malamnya my sis call. Dia baru tahu Amin akan operate esok. She insist to come. Dia pergi Hospital Pantai dahulu menjenguk baby. Dalam pukul 12 tgh malam, dia sampai untuk temankan Amin. Mata saya dah rabak sangat dah, tak larat nak drive balik rumah. Maka me n my sis tido sekatil tepi katil budak sakit. Ayahnya tidur dalam kereta.

Saya tanya my sis, nangis tak masa tau Amin kena bedah? Dia kata, of course la dia nangis. Tapi dia kata, abang ipar pujuk dia, katanya, selama ni Amin asyik muntah je. Elok juga bagi dia. Selama ni tak tau punca. Kita patut bersyukur sekarang dah dapat tau punca dia. Untuk kebaikan dia jugak.

T___T

Malam itu Amin tantrum. Dia mahu balik rumah. Dengan wayar yang bercucuk sana sini dia cuba bangun. "Amin tak atit. Amin nak alik umah Amin." Me and my sis was in tears.


3 January 2013
Alhamdulillah. Amin selamat dibedah. dia perlu puasa lagi 4 hari tanpa air. tanpa makanan.


4 January 2013 - 8 January 2013
bermulalah episod berulang-alik ke hospital by my bro in law and my sis. hanya ibu bapa sahaja yang boleh melawat baby di Hospital Pantai. Maka kami ini hanya boleh pergi melawat Amin di HKL.

petang itu, mom and dad buat surprise. mereka turun ke KL tanpa pengetahuan kami. mesti diorang tau, kalau tanya, mesti kitorang tak bagi turun. They need their rest after few days taking care of adik kat hospital. Adik? dia pun kena heret sekali. Kasihan lepas operation kena travel jauh.

5 January 2013
saya kerja. T__T


6 January 2013
Amin dibenarkan minum. Sebab dia tak boleh minum banyak lagi, we have to alter the air kotak ribena tu, tinggal separuh je untuk dia minum. dia korek-korek and tuang kotak tu sehingga ke titisan terakhir.
everytime dia nampak makanan, dia cakap "Amin nak acik ntit je" (Amin nak nasik sikit je). berulang-ulang kali.

Petang tu Amin berak. dia berak while hugging my sis and i was sitting next to my sis. We were so happy that dia berak!!!
Its a huge success. Usus dia dah berfungsi seperti biasa.

7 January 2013
Amin dah boleh start makan. He had his first roti.
Baby pun dah boleh start minum susu ibu sikit.

mom, dad and adik pulang ke SP.


both getting better...


8 January 2013.
Amin discharge from HKL.
Malam itu baby pula discharge from Hospital Pantai.
Kakak kata, Amin and adik macam kembar pula...


Alhamdulillah... semoga mereka semua cepat recover.


Amin had duodenal stenosis. and adik had duodenal atresia. both kena operate di perut.



We make this not really joke but to just cheer things up.
Maknya bersalin normal, anak-anak yang kena operate perut.


I am so geram the baby is so cute! Amin is all tantrum tak sure coz dia sakit or coz of kehadiran adik baru yang mencuri perhatian mamanya. Now, they are all at my house.



kes Amin and baby is considered a minor case. Kalau lihat kanak-kanak lain, serius meruntun jiwa! semoga ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana bertabah dan disembuhkan anak-anak anda dari segala jenis penyakit.


Semoga yang sakit cepat sembuh. Semoga yang sihat terus sihat.
Ya Allah, kau jauhkanlah penyakit-penyakit dari kanak-kanak lain. Sembuhkan mereka juga ya Allah.
Amin...


10 January 2013
adik saya pula akan check follow up kat Hospital Alor Setar.

Semoga nothing serious with him. Semoga dia sihat dan baik-baik aja. semoga sembuh. semoga dilindungi kami sekeluarga.
Amin....



Thursday, January 3, 2013

Anak buah ajang...


When he was notty in the hospital, while waiting for his mom to deliver his sister, i said to him...



"Amin tak duduk diam, nanti doktor datang cucuk Amin"
Then he will get scared and duduk diam-diam.




He was not naughty that night. He was sick. Dia sakit perut macam selalu. Biasanya lepas muntah dia akan lega. Tapi malam tu, muntah dia tak nak keluar. and dia menjerit dan menangis kesakitan. hati mak ayah mana yang tak risau. dengan tak keruan langkah, his dad decide to send him to the  hospital.



Lekas-lekas sembuh ye anak buah sayang mak njang ni. 



Wednesday, January 2, 2013

2013


Happy New Year 2013

It start a bit rough though for me and my family.
Semoga ini adalah ujian dan dugaan, dan Allah bekalkan kami sekeluarga dengan kesabaran.

Allah turunkan hujan sebab nak munculkan pelangi.
Beryakin dengan ujian Ilahi.