Thursday, June 12, 2014

Wedding Preparation Part 3


Wedding Preparation Part 1
Wedding Preparation Part 2



Tada... aku tengok kat info gambar ni, date taken 22/12. Maka, maybe la around tarikh tu kad aku siap... Masa ni sibuk eksited masukkan kad-kad dalam sampul, kemudian dah boleh start edar.


seputih salju. Kaler feveret.


Lupa nak mention, masa balik merisik haritu, aku pergi terus amek siap-siap borang kawen kat tok imam. 
Mula-mula me and daddy pergi Pejabat Agama nak g amek borang, tapi diorang kata kena amek kat tok imam kawasan. Jadi, harap maklum..
Ambik kat tok imam masjid kawasan anda nak nikah tu ye..  Free aje. 
Bawak balik KL, dengan pesanan dari tok imam, jaga borang ni elok-elok... Borang Kedah tulisan jawi. 



Around November rasanya aku dah pergi ambik test HIV bersama encik bakal. Masa test HIV ni, diorang akan tanya bila tarikh nikah sebab kalau pergi awal sangat pun nanti diorang suruh balik je. Bergantung pada kekwat Klinik Kesihatan juga. hahahha.. HIV test ni valid for 6 months. Nasihat, jangan pergi pagi-pagi sangat. Pagi ramai gila orang. Dalam kul 11 lebih sikit gitu, macam dah start kurang dah orang. Kami antara golongan poyo yang pergi pagi-pagi. Kahkahkah... By the time kitorang nak balik, orang dah makin kurang.  Tapi make sure call dulu klinik kesihatan pukul berapa diorang available untuk HIV test, lain klinik kesihatan, lain prosedur. Ada yang buat HIV test ikut hari, ada yang buat hari-hari, ada yang buat pagi je ke ntah tapi make sure call dulu la tanya walaupun suara nurse yang angkat tak friendly, ampunkan la mereka kerana mereka berhadapan dengan ramai kerenah manusia bermacam ragam. Mereka akan bagi borang suruh isi. Jangan cakap banyak, isi je.

Eh... Part 3 ni dah jadi hal uruskan borang plak eh? Baju continue part 4 la kot eh?

Oleh kerana aku orang Kedah, dan encik bakal orang Pahang, maka prosedur permohonan kawen panjang sikit lah... Aku pun tak tau yang pendek punya macam mana. Hahahaha...

Both of us kerja kat KL. for me, no choice la aku kena siapkan and hantar borang kat Kedah sebab nak nikah kat sana. For incik bakal suami ketika itu, dia download borang-borang semua dari laman web JAWI (http://www.jawi.gov.my/component/content/section/42.html?layout=blog). Download borang yang berkenaan. For KL, ada borang saringan HIV. For Kedah, masa klinik tu mintak borang, aku cakap Kedah takde pun borang HIV. Lagipun klinik akan keluarkan 1 surat result HIV tu. So, pakai itu jelah. 

Dalam laman web tu ada senarai semak apa yang perlu dibawa. Fotostat ic la, bill letrik untuk sahkan tempat tinggal, er.. rasanya KL kena kot akuan bujang dari majikan. Lupa plak nak check. kuikuikui... Tapi Kedah takde. So, i is tak perlu mintak surat pengesahan bujang dari opis i. 

First of all setelkan semua bahagian encik bakal suami.
1. HIV test
2. Kursus Kahwin
3. Pengesahan tempat tinggal
4. Surat akuan bujang
5. Borang Permohonan Kahwin.

Bila dah setelkan HIV test dan kursus kawin, dapatkan dokumen-dokumen berkaitan pengesahan tempat tinggal, then sahkan tempat tinggal, akuan bujang semua tu, baru bawak semua sekali pergi jumpa tok imam kawasan untuk Kebenaran Kahwin.


Kursus kahwin kitorang pergi asing-asing. AKu dah pergi dulu dah dengan incik tunang tak jadi aku, satu tika dulu. Hahahaha... Tapi incik bakal suami pula sangat sporting, takde nak merengek-rengek manja nak suruh pergi lagi sekali sama-sama. Jadi, memang senang kerja. Dia berdikari pergi kursus sendiri, aku plak dah setel bab ni. Baju dengan bunga pahar banyak lagi nak buat. T__T

Bila semua bahagian dia dah setel, compile semua sekali, tok imam bagi la surat kebenaran kahwin berkenaan. Toiyiibbb... Encik bakal pun dah yabedabedu dah part ni. Lega part dia. Dah boleh kawen hoiii~~~ 

Then bahagian aku plak, bawak semua benda tu ke Pejabat Agama Kedah, Sungai Petani. (Of course la urusan kat Kedah semua encik daddy yang teman. Kihkihkih...) Tapiii... tok imam dah pesan siap-siap, jangan hantar awal sangat, jangan hantar lewat sangat. Pengesahan valid untuk 30 hari je. So, hantar la dalam lingkungan time-time tu dari tarikh nikah. Actually hanya perlu bawa Surat Kebenaran Kawen dari pihak lelaki je (untuk bahagian lelaki lah) dan dokumen-dokumen side perempuan yang dah tok imam listkan masa bagi borang.  
1. Keputusan ujian HIV
2. salinan ic perantin pempuan dan wali
3. Borang yang siap diisi (borang kuning ngn borang putih)
4. salinan sijil kursus kahwin

Aku rasa yang tu je. Kalau ada yang missing out, im sorry. Hehehe..

Then pegawai akan panggil masuk dalam, dia akan bagi akad untuk baca. Tulisan jawi. Kahkahkah... Ada part yang  aku tak lancar baca, nasib pergi dengan daddy. Tapi pegawai tu pun takdela nak gelakkan kita, dia tolong sekali jugak. Dia semak semua dokumen, kemudian bagi tarikh untuk ambik pengesahan, untuk dibawa kepada tok imam @ kadi... Tarikh yang dia bagi tu, aku takde dah la kat Kedah. dah balik semula ke KL. Tapi worry not, wakil boleh tolong ambikkan and serah pada tok imam...



TOIIYYIIBBB... habis part dokumen.



Thursday, June 5, 2014

Wedding Preparation Part 2



Bila balik KL, kelam kabut la aku memikirkan hal bunga dan baju nih. Hal baju kemudian cerita. Mari cerita bab bunga dulu. Nasib baik kakak aku pernah gila buat bunga dip. Maka dia dah beli banyak-banyak dawai nak buat apa ntah, last-last tersadai je kat rumah tu. Maka aku kutip dan bawak balik KL. Dan bermulalah kesengsaraan aku melilit membentuk dawai-dawai itu...

Sebenarnya, bab bunga pahar ni, mommy dah cakap awal-awal... "Ko buat je siap-siap, nanti ayah ko dah bagi, senang benda dah ada" Tapi iyelah.. nama pun anak. KAlau degil tak nak dengar sangat nasihat ibubapa tu kan normal. Kahkahkah... Sekarang dah gelabah sendiri. Nak buat 100 plak tu. Mak aku siap cakap macam tak cukup. Tak rasa nak menangis aku dengar? Dah la nak buat bunga dip, bukan calang-calang proses dia. 

Actually masa kakak aku kawin, dah start dah buat bunga dip ni. buat untuk hantaran and bunga pahar dia la. Tapi lucky la dia time tu dia ada adik dia ni hah tolong buatkan sama-sama. Siap membebel lagi kalau tak siapkan. Akula gentel reben-reben, manik-manik dia bagai tu... Lepas dia kawen, dia pergi pulak ambik kelas belajar bunga dip. Memang marvellous la bunga dip yang dia g belajar tu habaq hang... Tapi sebab dia dah ada anak kecik, and masa tu pregnant plak, jadi susah la dah dia nak tolong aku walaupun rumah memang langsung tak jauh. Takpe, sebab mengada-ngada nak jugak bunga pahar bunga dip, maka aku sanggup redah. Walaupun mak kata, "beli ajelah~~~ senang~~~". Senang memang senang, tapi tak cantik. kahkahkah... So, aku just mintak kakak aku tolong ajar je mcm mana nak buat bunga tu. Selebihnya aku usahakan sendiri. 

Bunga dip ni, renyah proses buat dia... tiap kuntum bunga, tetulang, daun dia tu kena buat sendiri... setiap bunga ada 6 kuntum.3 daun. jadi setiap satu tula kena proses bentuk kuntum bunga ngan daun dia tu. Kalau kena buat 100 kuntum, tak beribu-ribu dawai kena pintal? lepas tu kena celup ngan dip. lepas tu kalau tak nak glitter-glitter, jadi lah sekuntum bunga. tp takkan tak nak glitter kan? tak cantiklah kaw! kahkahkah... so, lepas celup dip, kena cantum2, sapu gam, tabur gliiter, biar kering, nanti kena cantum plak lagi. homaigod...

Masa aku nak celup daun, 1 lagi tragedi berlaku sampai aku hampir putus asa. Dip dia tak nak melekat. aku dah confuse, aku salah bancuhan ke? Aku dah siap cakap kat mak aku lagi, aku give up, nak beli daun plastik yang dah siap tu je. Mak aku siap alter saiz daun tu, and kecikkan sikit... T__T   Banyak tau mak aku buatkan semula... sob sob... Pengorbanan ibu...

Bila dah habis buat semua, then aku beli 1 set of dip khas untuk bunga mak aku, alih-alih senang pulak nak mencelupnya... Conclusionnya, dip yang aku beli batch awal tu, semuanya rosak. Dip tu yang bermasalah. Gila sengsara nak mendip masa tu... Most of the daun memang buruk ah, tidak seperti our expectation. Tapi sebab dah start, jadi belasah ajelah walaupun hati ni terbelah-belah. 

ni proses awal.
memintal separuh mati.
serius bukan senang nak pintal. nak kena make sure dia ketat, then kena pakai playar.
nak membentuk dia tu pun, sakit jari jemari habis. 
tapi nak cantik punya pasal kan, kenalah gigih. 
T__T

see... mommy daddy siap turun KL lepak for few days nak tolong anak buat bunga nak kawen..
T___T
lebiu mommy daddy 

ni la kejadian pecah hati pecah gelas, lepas dip rasa nak mengamuk je
banyak daun-daun yang pecah
banyak yang buang

ni saiz daun lepas mommy resizekan dia
sebab mommy dah bersusah payah resizekan dia, maka aku tak sampai hati nak buang and beli daun siap je.
maka cekalkan hati menghadap dip tak berapa nak betul tu


tadaaa.... ni bunga yang dah jadi...
memang bertabahla nak siapkan sampai 100 kuntum.
dip putih ni takde masalah.
senang gila nak dip n bentukkan dia. maka time ni happy la dapat siapkan bunga tanpa masalah
tapi kalau cerita bab daun, memang menahan kesabaran ajelah...

Lepas dah buat bunga putih ni, "mommy cakap takkan kaler putih ja? buat la kaler gold sama." ok. Kaler gold ni, asal usul dia dari baju. Nanti aku cerita. bab baju belum masuk. Aku dah beli pun dah dip kaler gold, nak try jugak penuhi kehendak mommy. tapi malangnya memang takdir tak jadi nak buat gold tu, yang ni memang salah aku tak reti bancuh. hahahaha... aku celup tak jadi kaler gold. sudahnya aku buat kaler purple. So, ada 2 kaler combination la, putih and purple. Purple ni plak datangnya dari kaler hantaran. Hantaran ni dah lama buat. Aku dulu patut tunang dah, tapi tak jadi. Al-kisahnya, buat apa bazir-bazir kan? Pakai ajalah balik... Hehehehhe

Proses buat bunga ni memang makan masa berbulan-bulan. Sampai dah nak balik kampung cuti kawin pun, masih berusaha menyiapkan bunga-bunga ini sebenarnya. Bila sampai kat Sungai Petani pun, bunga2 ni masih belum siap sepenuhnya. Sebab dah balik kampung, and ada orang boleh mintak tolong tengokkan anak-anak kakak aku, maka aku, kakak aku n mommy bergabung tenaga cantum reben dan kantung telur pada bunga pahar.  Reben ngan kantung bunga telur tu, aku dah siapkan kat KL. 

Reben ni pun 1 cerita jugak. Hahaha.. memula rasa macam malas bubuh reben sebab rasa macam tak larat sangat dah memintal, mendip, mencantum beribu-ribu dawai. lepas tu kakak cakap, takkan takde reben? Macam tak best je.. aku dah malas pikir. letih urat tangan, badan semua.. untill these angels came and offer some help... Terus aku pergi beli reben! 



Hewhew... diorang tolong sampai habis reben-reben tu, tapi aku beli tak cukup plak. Masa tu dah suntuk dah, siap pergi rumah member, mintak diorang 3 beradik tolong siapkan... Alhadmulillah, setel bab reben before aku balik Sungai Petani. tinggal nak pasang kat bunga aje.


Setel cerita bab bunga, cerita pasal kad jemputan plak.

Kad, daddy siap call cakap, Kad kena siap before cuti krismas. Ok, dah dapat dateline. jadi kena siapkan minggu before krismas la jugak kan. Jadi end of November dah mula pergi cari-cari kad. Masa tu bakal suami cakap, cari area-area dekat ngan rumah je... padahal dalam hati aku nak jugak pergi LH, Jalan Pudu. Tapi takpelah, ikut dulu pendapat dia. Cari-cari kat kawasan berdekatan, tapi macam mahal. Aku dah tarik muka 14, tak nak mahal sangat. Kehkehkeh... Akhirnya ke LH la kami... Ada few design yang menarik, tapi minah suka kaler putih ni tertarik ngan kad-kad kaler putih je. ada few design, tapi ambik yang paling simple, tak berapa banyak kerawang sangat and corak timbul-timbul, I Like!  order 400 keping, sekeping kad jatuh dalam RM0.80 kalau tak salah aku. Kalau order lagi banyak, lagi dapat murah. tapi daddy kata order 300 aje. Bakal suami nak mintak 50 keping. jadi mak suruh buat 400. Kami mintak buat dalam masa 2 minggu. Phew!!!  Kad draft or review, kitorang buat thru email je dengan LH. So, urusan memang senang! 

Until the day aku kena collect kad.... Jeng jeng jeng

Masa collect tu tengah eksited. jadi tak berapa nak check details. Tapi sempat la perasan waktu jemputan kenduri tu dia buat silap. Bila dah balik rumah, belek-belek kad, tengok-tengok almost everything yang aku mintak buat pembetulan, tak dibuat. Map rumah je yang betul. Means dia print salah draft or diorang salah hantar draft untuk printing. Aku dah panas berasap dah, mengadu pada incik bakal suami. Dialah yang menenangkan keadaan, settle dengan LH, mintak tempoh seminggu untuk siapkan semula. Huhuhuhu.... Lepas seminggu, kad settle! Alhamdulillah...



Tetiba daddy suruh tambah lagi 100keping. Call LH, katanya blok printing tu dah buang, kalau nak buat kena datang sana semula and confirmkan betul-betul draft kat sana jugak. Diorang takut jadi salah lagi sekali. Harga plak dah jadi mahal sikit, so takpelah, kitorang decide print je 400 lagi sebab kalau print 100 je harga pun lebih kurang je. Tapi 1 lagi masalah, diorang tak boleh siapkan dalam seminggu dua. Okeh, part ni dah surrender. bagitau daddy, dia tempah je kad lain design murah yang biasa-biasa je kat Kedah. Daddy kata, siapa yang dapat kemudian, terpaksalah bagi kad tu... Setel. Gambar kad nanti upload kemudian...


Sambung part 3. Bahagian baju.
Insya-Allah part ni panjang sikit. Hehehehe...

Salam~~


Wednesday, June 4, 2014

Wedding Preparation Part 1


Assalamualaikum...

Fuh!!! Its been a long time y'all... Insya-Allah aku akan cuba siapkan entry my wedding preparation, how we manage to do it in 3 months!

I was all upside down masa daddy belum bagi kebenaran kahwin. Tengok orang sana sini buat persiapan memang rasa down sikit pasal sudah lanjut usia dan kawan-kawan sedang sibuk hamil atau hamil lagi. Tiba-tiba bulan 10 daddy bagi green light, 9/11 terus tetap tarikh datang merisik, kemudian terus tetap tarikh 1/2 kahwin. Begitulah jodoh. Looking at some bloggers, yang sebelum aku kawin tengah bz preparation masih menunggu hari kahwin tak kawen-kawen lagi, sedangkan aku dah selamat Alhamdulillah dah, kadang-kadang rasa macam tak percaya. :) Tapi kadang-kadang rasa macam menyesal sebab tak tunggu kawan-kawan beranak habis pantang, boleh datang kenduri kawen saya pastu berangan ambik gambar ramai-ramai meriah gitu... sobsob.. Hahahaha.. Tp Alhamdulillah, saya sudah selamat menikah. Ngehehehehe....

So, dalam masa yang singkat itu, how did i manage it? saya menjahit baju nikah sendiri yang mana it end up menjadi baju sanding saya, dan saya juga membuat bunga pahar a.k.a bunga dip sendiri. 100 kuntum semuanya. 3 bulan dan bekerja? memang macam tak percaya lansung. it was a total chaos actually! hahahaha


9/11/2013 merupakan hari sabtu. Maka saya ambil cuti pada hari isnin untuk setelkan beberapa persiapan di kampung halaman. sehari selepas merisik, Ahad itu aku set terus meronda ngan adik keliling kampung mencari pelamin + mekap. Mula-mula cadangnya nak cari baju kat Kl je. haaa.. kisah baju ni panjang sikit. Nanti i cerita satu-satu. muahaha...

Petang Ahad tu jugak, aku jumpa cameraman. Cameraman ni dah sevey siap-siap dari KL lagi. so, just set appointment terus, jumpa n tengok sample album bagai. borak-borak kosong.. Masa appointment dengan cameraman ni, daddy ikut sekali. So, confirm terus dengan cameraman.


Actually kat Sungai Petani ni, ada 1 kedai yang aku rasa paling famous la untuk pelamin dan baju, that is butik andaman Vouge, by Benard. dia pernah mekap kakak aku kawen, memang cantik! jadi dah set, nak mekap memang ngn dia je. For pelamin and baju plak, saja-saja la nak round tengok tempat orang lain. Masa aku g kedai dia tu, Benard takde kat kedai. jadi takde sapa la nak kawtim and aku plak memang ada haritu je nak sevey-sevey. sampai ke sungai petani selatan, macam dah pasrah dah je nanti kena set balik ngan Bernard nak jumpa dia, sampai la aku terjumpa kepada 1 kedai yang aku rasa pelamin dia simple and cantik, and baju-baju dia pun nampak patch lace and manik dia kemas. and 1 more thing, aku tunjuk kat dia baju Q haidar pakai masa kawen, aku kata nak sebijik macam tu, dia kata dia boleh buat dengan condifentnya! and baju yang ada 1 aku berkenan tu, kena labuhkan, dia dengan condifentnya pun kata akan tambah lace yang sama dengan baju tu kat bawah bagi labuh sikit. ok. aku pun place order ngn butik ni. Di sinilah bermulanya horror nightmare aku. By the way, butik ni nama - Wedding Galeri Romantika. Romantik sangat kaw~~~ i elaborate this later.. sabar~~ siapa-siapa yang nak kawen tu, plis la tak payah ambik dengan diorang ni, aku rugi banyak ngn diorang ni... Cakap berbelit-belit.


ok... so selesai urusan hari Ahad. masa aku confirm booking ngn Wedding Galeri Romantika ni, kedai ni dah nak tutup. Janji-janji manis dan kata-kata manis diorang masa ni memang menggugat jiwa raga aku. Boleh tunggu takpe~~ Masa nak confirm pelamin ni, mak ayah ikut sekali, so aku tunjuk 2,3 jenis baju yang aku macam berkenan. daddy n mommy pun sependapat ngan aku, baju lace yang dia nak tambah lace kat lengan and bawah kaki untuk labuhkan tu.. So, aku confirmkan terus baju tu ngn dia sekali. Badan dah tak perlu alter apa2, just tambah untuk labuh tangan and kaki je. Senang kan kerja diorang patutnya? Aku nak tunjuk baju tu sebenarnya, tapi tak pakai tudung la plak masa try tu... Masa try ni pun, bila datang n confirm book pelamin baru diorang bagi try baju. Kalau pergi Benard tu, ko bukan nak kawin, baru datang-datang sevey pun dia suruh pergi try baju. Masa kakak aku nak kawen, dengan aku sekali Benard suruh try baju... Masa ni aku dah dikaburi dengan ayat-ayat manis diorang. Tak perasan dah diorang ni kekwat sebenarnya. Hahahahaa...

Isnin is the day i suppose to balik KL lah... Mommy ajak terus pergi Ipoh tengok door gift. Eh, bukan takat tengok, malah beli terus. Dia dari sebelum-sebelum ni asek sebut je, bila g kenduri or pergi mana-mana or time dia berangan anak dia kawen, dia selalu cakap, "Mama nanti nak bubuh kacang ja dalam botoi.Kita buh kacang tu, kita buh kacang ni.." jadi, masa g ipoh tu, memang betullah dia pergi aim botol kaca nak letak kacang. Hahahaha... Sebab dia nak sponsor and aku tak kisah sangat, aku ikutkan aje. Memula ingat nak bagi telur rebus je. Tradition katanya. Tapi mommy kata, nanti susah plak nak rebus banyak-banyak tu. Jadi, aku ikutkan aje kata penaja. Hehehhehe


otw to Ipoh bersama mommy daddy

mommy sedang layan candy crush


Ipoh sudah

inspection botol-botol kaca by daddy

botol kaca dengan karung 
purple ada, silver pun ada
kemudian lepas tu mommy topap lagi kaler gold
hahahaha... aku pun tak tau apa kaler tema aku..
kahkahkah



Lepas dah habis shopping bagai, mommy and daddy drop me at the nearest bus station, amek bas ke KL dan mula gelabah pasal baju dan bunga pahar yang kena buat seorang diri...


Kita sambung ke part 2, insya-Allah... see u later~~~
Salam...


Tuesday, March 18, 2014

Wangsa Grill by Chef Zubir @Wangsa Melawati


It was 8 March 2014, about a week ago, my sister in law come to my house for the first time. Saja kebetulan ada kat KL and nak lepak-lepak sekali. so, we chill out together la sembang-sembang tengok tv. Sempat la aku buat ikan putih masak lemak. Aku pun tak tau ikan putih ni betul ke tak nama dia, tapi mr husband asyik cakap ikan tu ikan putih, aku iyekan ajelah. Nak buat sayur petola, dia tak mo plak. So, tu jela lauk yang aku masak. hehehehe.. Sister in law macam tak komplen apa-apa pun, aku kira mcm lulus aje lah or dia redho je ngn masakan aku.. hahahaha...

Mr husband was away that day. Kerja on Saturday. Kesian... Dia balik petang tu kepenatan, terus tido. Bangun tido petang sikit tu terus dia ajak makan luar. Well, aku ni bukanlah arif sangat bab-bab makan luar ni. Bila minta suggestion, memang bab ni la paling lemah sekali. Rasa tercabar IQ nak pilih tempat makan yang sedap dan berbaloi... 

Tiba-tiba dia suggest this one place yang kitorang pernah nak try makan sebelum ni, tapi sebab ramai sangat umat manusia beratur, and kitorang pun dah lapar sangat time tu, maka kitorang decide untuk tak tunggu. So, tetiba mr husband ajak pergi makan situ. 

Alhamdulillah masa kitorang bertiga sampai, masih banyak tempat kosong. Tapi tak lama je lepas kitorang duduk tu, tengok-tengok dah ramai orang dah and dah siap beratur. we were just a few minutes early... 

Masa order tu, kitorang pun blur tak tau nak makan apa. So, kitorang just tanya waiter apa yang best lah. Dia pun cadangkan chef recommendation for that night. Kitorang just follow what ever suggested. Chef recommendation la kan katanya....





So we order this...

air float apatah...
rasa so-so aje..
oklah.. not bad.

Husband punya
Beef Steak 'Roulade'

sister in law punya
Norwegian Salmon & Chilean Blue Mussel


mine
Australian Baby Lamb Foreshank-chef's signature dish



Mr husband and sister in law punya makanan sampai dulu. It was cold! Gravy sangat meloyakan tekak. Bila salmon n roulade sejuk, makan dengan gravy yg sejuk juga, haish... tak tau nak kata apa. Husband was quiet all the time. Kalau dia diam tu, tau lah... toksah la kacau dia.. The servis lambat. Well, aku tak salahkan pelayan dia yang nampak macam running here and there, cuma aku rasa diorang tak cukup staff. Kakak ipar aku minta air sejuk berkali-kali, tak sampai-sampai. My order lambatttt sangat. Husband and kakak ipar sampai dah habis makan (well, kakak ipar aku tak dapat nak habiskan pun makanan dia,the salmon was left like suku pun tak habis terusik), order aku tak sampai-sampai lagi. Sebab dah rasa makanan husband and kakak ipar, maka aku pun dah kembang tekak nak makan lamb tu...  >_<  Sudahnya aku makan sikit je, sebab dah order kan. Yang lain-lain tapau bawak balik. (tu pun tak makan jugak. betapa membazirnya la hai~~)  Nak tapau makanan ni pun bukan kerja senang, nak tunggu dia sampai pun makan masa. Sudahnya, husband bawak sendiri pinggan masuk dalam kaunter, mintak dia bungkuskan. I think this should not be happening in a restaurant yang Chef punya standard kan...

Masa nak bayar, we all semua korek-korek dompet sebab nak sediakan duit secukupnya termasuk la syiling-syiling sekali sebab malas lagi dah nak menunggu. takut tunggu balance pun lambat sampai. tak tau la waiter tu halalkan berapa sen. Kitorang plak yang macam heran... Eh? boleh main halal je ke kalau kat restoran? Kesian dia, nnt gaji dia plak kena tolak. >_<

We left, without waiting for our after meal dessert....

I have a bad experience with Wangsa Grill. Bad taste, slow service. Anyway, aku baca jugak review from other blog, diorang cakap sedap je... Maybe time aku datang tu tak berapa nak sesuai kot, or terkena time aku datang tu tak berapa nak sedap, atau tengokla pada tekak and selera masing-masing. munkin orang lain rasa ok je, kitorang rasa tak ok. Well, everybody has different opinion kan? But for a chef punya standard restaurant, i am quite surprise by the taste we had. Herm... sorry to say, but my side of opinion macam not to that standard... 




Wednesday, March 5, 2014

Merisik


9 November 2013

Tarikh yang tercatat, 2 keluarga bertemu memeterai janji, demi menyatukan anak-anak, 2 keluarga menjadi 1.
Chewahh... cam jiwang plak ayat guwe... 

Alhamdulillah... sebenarnya majlis pun dah selesai bagai kan... Ni baru nak kepoh-kepoh pasal proses and persiapan segala... Kalau tak tulis, sayang wooo.... Nanti dah di hari kemudian nanti, mesti lah nak refer balik kan buat bahan rujukan...

Sebenarnya aku tak tau encik suami aku ni, tau ke tak aku ada blog. Yang pasti, aku memang tak pernah bagitau dia... Cuma kadang-kadang tu, dia ada jugak mention - "tulis dalam blog, nanti letak dalam blog". Aku selalu buat tak tau je, tapi dalam hati cuak habis... 



Pada hari yang ditetapkan, family encik suami datang awal 10 minit dari waktu yang ditetapkan. mak aku masa tu ada kat atas lagi, terkocoh-kocoh buat persiapan, baru nak mandi. Ayah aku plak, tengah get ready nak blend sambal belacan buat santapan keluarga kunjungan. aku plak dalam bilik, tengah mekap sendirian berhad, tudung pun tak sempat pakai lagi. Tetiba dengar bunyi loceng... TING TONG! TING TONG! Keadaan dalam rumah kelam kabut habis dah masa tu... "Depan mai dah... Depa mai dah..." Kedengaran suara ayahanda di dapur. "Takpa..hang p kaih bukak pintu dulu" kata makcik sedara yang dijemput bagi membantu urusan.. Ayahanda terkocoh-kocoh sarung baju.. Katanya, masa tengah bukak pintu tu, ayahanda masih kelam kabut nak butang baju.. Muahahaha...


Lepas siap pakai tudung bagai, aku pun menjenguk la keluar pintu... ALAMAK!!! air takdok lagi! Kahkahkah... maka aku pun terkocoh-kocoh la pergi dapur buat air... Lepas tu, ingat nak buat ala-ala macam drama tv... lepas semua dah selesai, baru nak bawak air pergi depan dengan muka malu2 hantar air,  lepas tu tunduk tersipu-sipu depan keluarga bakal mertua... Sekali masa tengah bancuh air tu, mak dia nampak aku... Dah dilambai-lambainya suruh datang ke depan... Maka, hancur lah angan-angan drama aku... Pergi depan, salam, cium peluk...muah muah... g dapur balik buat air... Kiranya masa ayah sesama ayah tengah berbicara, disulami dengan kegiatan aku datang dan pergi la ke ruang tamu tu.. memula salam mak and makcik and kakak bakal suami... lepas tu, pergi hantar air dan kuih-muih dan buah-buahan...


Tadaaaaaa.... semua dah setel kan? Amek gambo le... apa lagis...



Sarung cincin memang kena buat muka control gitu.. 
Tangan mesti nak lentik...

Bersama wanita-wanita penggerak ummah

The men...

Control ayu itu mengalir dalam darah aku... jadi silalah redho...
duduk bersimpuh anak dara sunti...
(masa ni masih anak dara lah~~~)

Family photo

The daddies

Melambai-lambai rombongan yang berangkat pulang...
Lihat nun di sana, anak dara itu...
bakal famili mertua belum pulang lagi dah start perangai~~~


with my momma

with ayahanda bonda

family yang menjayakan urusan perisikan di hari itu...
adik bongsu aku, mak njang, mak su, mommy, daddy and me...

tak lupa juga gambar photographer di hari itu..
my dear brother...


Baju yang dipakai ini, adalah recycle dari gobok baju aku sendiri. Baju ni dulu pakai masa jadi pengapit kakak aku kawen... Recycle saja sudah... jimat selamat. heehee...

Bukti kukuh. This was way back on 2009.
Kakak aku memang panjang. Pakai plak heel. memang mengketotkan aku lah...
I just love the 2 flower girls there... 


My daddy is very the conservative.. incik bakal tak boley datang hokey masa merisik ini. Jadi, pada waktu dan tika ini, beliau berada di kedai mamak berhampiran area rumah. Hahahaha... 

Kitorang takde tunang-tunang. Nak mudahkan urusan. Lagipun family dia datang jauh dari Pahang. Merisik sebagai formaliti perjumpaan antara parents. Merisik, then terus siapkan tarikh kahwin. Petang tu aku terus jalan-jalan cari pelamin and baju-baju kot-kot ada baju berkenan... Esoknya terus setting nak jumpa photographer... So, dari tarikh 9/11, kami tetapkan tarikh 1/2 untuk majlis. Maka aku hanya ada 3 bulan untuk persiapan~~~