Wednesday, June 4, 2014

Wedding Preparation Part 1


Assalamualaikum...

Fuh!!! Its been a long time y'all... Insya-Allah aku akan cuba siapkan entry my wedding preparation, how we manage to do it in 3 months!

I was all upside down masa daddy belum bagi kebenaran kahwin. Tengok orang sana sini buat persiapan memang rasa down sikit pasal sudah lanjut usia dan kawan-kawan sedang sibuk hamil atau hamil lagi. Tiba-tiba bulan 10 daddy bagi green light, 9/11 terus tetap tarikh datang merisik, kemudian terus tetap tarikh 1/2 kahwin. Begitulah jodoh. Looking at some bloggers, yang sebelum aku kawin tengah bz preparation masih menunggu hari kahwin tak kawen-kawen lagi, sedangkan aku dah selamat Alhamdulillah dah, kadang-kadang rasa macam tak percaya. :) Tapi kadang-kadang rasa macam menyesal sebab tak tunggu kawan-kawan beranak habis pantang, boleh datang kenduri kawen saya pastu berangan ambik gambar ramai-ramai meriah gitu... sobsob.. Hahahaha.. Tp Alhamdulillah, saya sudah selamat menikah. Ngehehehehe....

So, dalam masa yang singkat itu, how did i manage it? saya menjahit baju nikah sendiri yang mana it end up menjadi baju sanding saya, dan saya juga membuat bunga pahar a.k.a bunga dip sendiri. 100 kuntum semuanya. 3 bulan dan bekerja? memang macam tak percaya lansung. it was a total chaos actually! hahahaha


9/11/2013 merupakan hari sabtu. Maka saya ambil cuti pada hari isnin untuk setelkan beberapa persiapan di kampung halaman. sehari selepas merisik, Ahad itu aku set terus meronda ngan adik keliling kampung mencari pelamin + mekap. Mula-mula cadangnya nak cari baju kat Kl je. haaa.. kisah baju ni panjang sikit. Nanti i cerita satu-satu. muahaha...

Petang Ahad tu jugak, aku jumpa cameraman. Cameraman ni dah sevey siap-siap dari KL lagi. so, just set appointment terus, jumpa n tengok sample album bagai. borak-borak kosong.. Masa appointment dengan cameraman ni, daddy ikut sekali. So, confirm terus dengan cameraman.


Actually kat Sungai Petani ni, ada 1 kedai yang aku rasa paling famous la untuk pelamin dan baju, that is butik andaman Vouge, by Benard. dia pernah mekap kakak aku kawen, memang cantik! jadi dah set, nak mekap memang ngn dia je. For pelamin and baju plak, saja-saja la nak round tengok tempat orang lain. Masa aku g kedai dia tu, Benard takde kat kedai. jadi takde sapa la nak kawtim and aku plak memang ada haritu je nak sevey-sevey. sampai ke sungai petani selatan, macam dah pasrah dah je nanti kena set balik ngan Bernard nak jumpa dia, sampai la aku terjumpa kepada 1 kedai yang aku rasa pelamin dia simple and cantik, and baju-baju dia pun nampak patch lace and manik dia kemas. and 1 more thing, aku tunjuk kat dia baju Q haidar pakai masa kawen, aku kata nak sebijik macam tu, dia kata dia boleh buat dengan condifentnya! and baju yang ada 1 aku berkenan tu, kena labuhkan, dia dengan condifentnya pun kata akan tambah lace yang sama dengan baju tu kat bawah bagi labuh sikit. ok. aku pun place order ngn butik ni. Di sinilah bermulanya horror nightmare aku. By the way, butik ni nama - Wedding Galeri Romantika. Romantik sangat kaw~~~ i elaborate this later.. sabar~~ siapa-siapa yang nak kawen tu, plis la tak payah ambik dengan diorang ni, aku rugi banyak ngn diorang ni... Cakap berbelit-belit.


ok... so selesai urusan hari Ahad. masa aku confirm booking ngn Wedding Galeri Romantika ni, kedai ni dah nak tutup. Janji-janji manis dan kata-kata manis diorang masa ni memang menggugat jiwa raga aku. Boleh tunggu takpe~~ Masa nak confirm pelamin ni, mak ayah ikut sekali, so aku tunjuk 2,3 jenis baju yang aku macam berkenan. daddy n mommy pun sependapat ngan aku, baju lace yang dia nak tambah lace kat lengan and bawah kaki untuk labuhkan tu.. So, aku confirmkan terus baju tu ngn dia sekali. Badan dah tak perlu alter apa2, just tambah untuk labuh tangan and kaki je. Senang kan kerja diorang patutnya? Aku nak tunjuk baju tu sebenarnya, tapi tak pakai tudung la plak masa try tu... Masa try ni pun, bila datang n confirm book pelamin baru diorang bagi try baju. Kalau pergi Benard tu, ko bukan nak kawin, baru datang-datang sevey pun dia suruh pergi try baju. Masa kakak aku nak kawen, dengan aku sekali Benard suruh try baju... Masa ni aku dah dikaburi dengan ayat-ayat manis diorang. Tak perasan dah diorang ni kekwat sebenarnya. Hahahahaa...

Isnin is the day i suppose to balik KL lah... Mommy ajak terus pergi Ipoh tengok door gift. Eh, bukan takat tengok, malah beli terus. Dia dari sebelum-sebelum ni asek sebut je, bila g kenduri or pergi mana-mana or time dia berangan anak dia kawen, dia selalu cakap, "Mama nanti nak bubuh kacang ja dalam botoi.Kita buh kacang tu, kita buh kacang ni.." jadi, masa g ipoh tu, memang betullah dia pergi aim botol kaca nak letak kacang. Hahahaha... Sebab dia nak sponsor and aku tak kisah sangat, aku ikutkan aje. Memula ingat nak bagi telur rebus je. Tradition katanya. Tapi mommy kata, nanti susah plak nak rebus banyak-banyak tu. Jadi, aku ikutkan aje kata penaja. Hehehhehe


otw to Ipoh bersama mommy daddy

mommy sedang layan candy crush


Ipoh sudah

inspection botol-botol kaca by daddy

botol kaca dengan karung 
purple ada, silver pun ada
kemudian lepas tu mommy topap lagi kaler gold
hahahaha... aku pun tak tau apa kaler tema aku..
kahkahkah



Lepas dah habis shopping bagai, mommy and daddy drop me at the nearest bus station, amek bas ke KL dan mula gelabah pasal baju dan bunga pahar yang kena buat seorang diri...


Kita sambung ke part 2, insya-Allah... see u later~~~
Salam...


2 comments:



  1. aku tengah excited baca entry ni dah habis.jahat la ko ni.

    cepatlah sambung entry!

    ReplyDelete
  2. ddJaafar:
    panjang ceritanya, mana muat nak membebel 1 part. hahahaha... dah sambung dah.. saksikan part 2. Ngehehehe...

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...