Tuesday, November 7, 2017

Bayou Lagoon, Melaka. Day 3

Ingatkan dah habis dah entri untuk Bayou Lagoon ni. Rupanya belum eh...

Day 3, pagi tu berbelah bahagi nak pergi Park ke tak. Incik husband dia memang tak berapa gemar aktiviti air ni. Dari semalam lagi dia dah cakap siap-siap esok pagi tak payah turun dah. Tapi manalah isteri ni nak dengar cakap, ye dak? Kegembiraan anak-anak  harus diutamakan. Kah kah kah... Lagipun dah alang-alang sampai sini n ada tiket pun, jom je lah bawak sekejap. And tuan owner baik amat bagi check out before 1pm. Jadi takde la rasa nak terkocoh-kocoh sangat nak checkout lepas main air kan...

Pagi tu Fatihah tak mau pun naik slide-slide tu. Even dekat slide area kids tu pun dia tak nak pergi main dah. Dah penat agaknya. Dia just macam nak rendam-rendam badan je.. Masa ajak dia naik pun tak perlu struggle macam semalam. dia redho habis.

Balik bilik, mandi, kemas-kemas semua, ready for checkout. Kunci tinggal je dalam bilik. And off you go, tak payah beratur dekat kaunter. Hihihi...

Sebelum berangkat ke KL, incik suami macam nak sangat try no 7 in the list of sirap limau which is Cofeology Bukit Beruang. So, we head there for our lunch. Place is cozy but food was just so-so. Aku pun tak  ingat la order menu apa. Kitorang order nasi. Maybe specilization dia western ke kan.. Tak taulah. Tapi untuk tekak kitorang ni just rasa so-so je lah... 


 Menu







Apakah seketul tomato di atas nasi...
XX sangat hiasan dia ni. 
Hahahaha...


Kitorang order spagetti apatah untuk the kids. They left out this order. Lambatttttt sangat sampai. Kena tanya waiter balik mana spagethi yang we all order? Budak-budak dah nak start cranky. Bila budak-budak cranky, mak bapak pun dah nak naik hangin. Kitorang dah habis makan nasi pun spagheti tak sampai-sampai lagi.


Settle makan semua, off to KL.

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping out your thoughts...