Pages

Thursday, November 24, 2011

Keluar dari kebiasaan...


Tiba-tiba terlintas untuk membuat sesuatu yang di luar kebiasaan...

1. Change my hp number.
2. Close my fb account.

Menghilang dari dunia cyber dan menumpukan perhatian pada blog ini. SAHAJA . Membina kehidupan baru mungkin. Pada sesiapa yang masih memerlukan, mungkin akan berusaha untuk mendapatkan contact aku semula. Pada yang tidak berapa kisah, biarkah sahaja.

Berfikir-fikir untuk memulakannya pada tahun baru nanti. Kemudian berfikir semula. mengapa perlu tunggu. Bila-bila sahaja sudah boleh mula.

Langkah nombor 1 dahulu. Bila sudah fikir semasak-masaknya, sambung langkah 2.

Persoalannya... mampukah aku?

Mampukah aku keluar dari kebiasaan tersebut? Setiap kali buka pc, login facebook dahulu. banyak juga info boleh tahu thru facebook tawww... boleh kongsi-kongsi pendapat. boleh laga-laga pipi dengan kawan secara maya, boleh tahu event-event, boleh lihat barang-barang online.

Ahhhh....ramai lagi yang hidup dan bernafas tanpa perlu facebook.

Masih berkira-kira. Ini bukan azam dan janji manis. Andai aku tak tunaikan, jangan kata aku mungkiri janji. Aku hanya berkira-kira sahaja. Untuk keluar dari kebiasaan itu. Kerana aku juga kira, masih perlukan facebook untuk load gambar-gambar jahitanku. Mana tahu nanti bisa kawan sama Hatta Dolmat.

Angan-angan....

Semangat Baru...

umur baru...
semangat baru...

hopefully...
amin

Tuesday, November 22, 2011

Semoga ada hikmahnya

Mencuba untuk melangkah itu lebih baik meski harus tersandung... Walaupun harus tersungkur maupun harus sakit hati...

Semoga ada hikmahnya pengalaman dan pelajaran yang sangat berharga di temui meskipun kegagalan sudah siap menanti di ambang pintu....

Kerana Allah tiada akan pernah sia-sia bagi HambaNya yang selalu menjaga niat suci dan bersungguh-sungguh dalam berusaha keranaNya...

harus sedar...

kita harus sedar....

What past... is past...

some people has move on...

and your wish to turn back time, will never be true...

cherish every moment you live today, coz today will never come back.
cherish every moment you live today, so in the future, you will never hope to turn back time...


ahhhh...cakap mmg senang. shit

Monday, November 21, 2011

Karma

akal 
minda 
emosi

lari
tidak selari 

semangat turut berlari 

 karma itu wujud


Tuesday, November 15, 2011

Kelas Menjahit 3

Minggu lepas aku tak pergi kelas. Menangis. Sedih. Rasa rugi. Bukan tak pergi pasal malas. walaupun dah ada rasa liat nak bangun pagi tu... Aku dah siap mandi, bersiap nak pergi kelas. Siap sms Puan N tanya ada kelas tak harini. Puan N pun siap reply lagi sms aku kata kelas ada. Baik kan Puan N. Rajin dia reply sms aku. Puan R tak reply tau... kena call.. habis kredit i. 


Tetapi inilah yang dikatakan kita hanya merancang, Tuhan jualah yang menentukan. Hujan tak berhenti dari pagi. Maka langkah kaki pun turut terhenti. Kelas yang hanya sepelaung di seberang jalan sana tak mampu aku jejaki dek kerana cuaca yang tak mengizinkan. Aku memang pergi kelas menggunakan sepasang kaki ini. Jalan kaki aje pergi kelas... Jauh memang tak jauh. Cumanya memikirkan brown paper yang bergulung, dengan kain-kain dan alat toll box jahitan lagi and nak pegang payung lagi. Maka.... 2 minggu sudah la saya tak pergi kelas. Rugi. Saya nak belajar cepat-cepat. Habis cepat-cepat....

Walaubagaimanapun, cerita tentang kelas ke-3 sebelum keberangkatan pulang ke kampung halaman sempena raya Haji itu hari, aku tak cerita lagi. Ini baru nak cerita nih...


Kelas pada hari itu sangat fun. Belajar secara berdua-duaan dengan Puan N. Orang lain semua hilang pergi kursus. Pergi kelas dah la lambat. kesian Puan N dah tunggu dari 8.30. haishh... Takde disiplin punya chikuru. Aku sampai pukul 9.30. Tak guna punya student. Sesampainya aku kat kelas, memang cikgu tengah tercongok sorang-sorang kat dalam kelas tu. Kasihan lagi sama dia... Mana aku tau orang lain takdek weh... 

Kelas haritu tak belajar banyak. Sebab sejam lebih dah bersembang-sembang anyam ketupat. Kelas habis kul 12 sebab dia kena pulang dan kunci pintu sekolah sebab Puan R sudah pesan sampai pukul 12 sahaja. Hek eleh, dia pun takdek, biarlah kalau Puan N nak lepak lama skit. Tapi Puan N ni baik orangnya. Dia ikutkan sahaja... 

Kelas kali ni aku banyak me'refresh' balik apa yang aku dah tinggalkan sekian lama. Puan N tunjuk aku satu-satu macam mana nak buat penyudah kain kurung a.k.a jahitan pinggang. Dari mula, sampai siap terus. dia tanda, dia lipat segala, tapi aku la kena jahit sendiri kan. Masa dia tunjuk and buat tu aku rasa sangat mudah dan kemas. tapi bila dah ditinggal sepi macam ni, aku macam lupa dah plak. terkompius sorang-sorang. hahaha.... 




okeh. I know, i know.. I need more practice. jap lagi aku try kat kain baju kurung yang kawan aku order tu. Nasiblah labu. aku dah cakap awal-awal aku tak pro lagi...

Wish me luck. Chikuru signing out... 

By the way, this is my little model wearing the skirt that i sew for her in this entry. Bolehla for my first trial on her skirt... :P



p to the s : Nak cerita pasal raya haji. it was fun fun fun! tapi nantilah...


Saturday, November 12, 2011

Dispirited

I am Britney Spears who lost her Justin Timberlake.
He is doing fine and i feel miserable.
I lost my spirit. I lost my passion to write. I lost my passion to blog. Even to do every other things.
I just feel like i have to breath and live another day.
I am stuck in this life.
It has been years and i have to move on.
Time goes by, you dont even notice, and its going to be an end for 2011 already.
But Im still like this.
I hope there is someone out there that can take me out of this misery i created on my own.
Maybe this is karma that turns back on me.
I am dispirited...

Ya Allah.... kuatkan hatiku...

Friday, November 11, 2011

Read...

Currently reading this...

Thursday, November 3, 2011

Ukuran Baju Kurung


Found this via world wide web. For my guidance...

UKURAN BAJU KURUNG

SAIZ XS S M L XL
BAHU 14 15 15.5 16 16.5
LABUH TANGAN 21 22 22 22 22
LUAS TANGAN 14 14 15 15 17
DADA 37 40 43 43 44
LABUH BAJU 40 40 40 40 40
PINGGANG 25 26 28 31 34
PUNGGUNG 37 37 40 42 45
LABUH KAIN 40 41 41 41 41

UKURAN DALAM INCI

3x3 utk kekek dan 3x4 utk pesak.

saiz besar elok gunakan kekek 4" x 4" dan pesak 3-1/" (atas) 5" (bawah)

Wednesday, November 2, 2011

Mini Skirt for Mini Person


Dua malam semalam, seorang tukang jahit tak berapa nak berkaliber yang bercita-cita tinggi untuk berdiri sebaris dengan Hatta Dolmat, Zerry Zamri, Rizman Ruzaini (dll) bersemangat kunun hendak mengeluarkan kain dan alat-alat jahitan. dalam hati niat nak buat skirt. bukan untuk aku. dalam kelas belum masuk chapter ni. tapi saje-sajelah kan nak jahit untuk anak dara kecik abang aku. memandangkan trend sekarang ramai yang pakai skirt, manalah tau kot-kot boleh hasilkan skirt sendiri.

Malam sebelum tu, hanya berbekalkan niat. tapi Alhamdulillah, malam tadi bekal semangat pun datang sekali. berjaya menghasilkan skirt simple ni. nampak macam kain baju kurung? ehem.... mind you this is my first trial. kain pun Nagoya textile, RM4 1 meter. jadilah nak buat belajar-belajar kan.



Gambar tak berapa nak berkualiti HD, berbekalkan henpon Sony Ericson saya yang paling top pada zamannya back when 2007/2008. tanpa HTC/iPhone4 di tangan, hanya inilah image yang boleh aku lampirkan. and thanks to teknologi, bley la edit skit.

Owh.... and i got my first customer for baju kurung. gementar di jiwa i. lepas raya hajilah baru i buat. dia pun tak kisah dapat lambat. excited tapi takut. thanks to a friend who put her believe in me... :)