Pages

Tuesday, December 31, 2013

31 Disember 2013


Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Segala puji hanya bagi Allah... Hanya pada Dialah tempat kita mengadu, tempat kita meminta...

Kita bakal meninggalkan 2013, hanya beberapa jam sahaja lagi. 2014 bakal membuka lembaran baru. 

2013 telah banyak meninggalkan kenangan pahit manis dalam hidup aku. Dimana aku bergolak dengan gelodak jiwa dan perasaan. Bercampur baur perasaan dengan Tuhan, bercampur baur antara derhaka dengan menurut, bercampur baur segalanya. Naik turun roda perasaaan. Drama air mata tak yah kira la... Apa-apa pun, ingat untuk ingat TUhan...


Di sebalik turun naik perasaan, tersembunyi 1001 lagi nikmat Allah. Alhamdulillah, peluang dalam bidang jahitan yang aku buat secara sambilan makin terbuka ruangnya. Alhamdulillah dengan support dari kawan-kawan. Tempahan mencurah-curah. Cuma akhir tahun ini, aku cuti tempahan, sibuk dengan urusan sendiri.... :)


Alhamdulillah... Alhamdulillah.... 

I hope i can write more... coz there are tooooo many things to share. But im seriously busy with personal things and also things in the office. 



Hopefully 2014 will shine for me. Amin....





Ya Allah, ku pinta agar negara ini kekal aman sejahtera, dijauhkan dari pemimpin-pemimpin yang menindas, dari anasir luar yang mengganggu, dari penjahat-penjahat yang berhati buta. Jauhkan kami dari malapetaka ya Allah, lindungi kami rakyat Malaysia...

Friday, December 6, 2013

Shawl


Hi uolls...

Assalamualaikum...

I have been super busy lately... eh.. entri lama pun tulis begitu. entri ini pun tulis begitu juga? hamboih bizi sangat ni mak jemah~~~ but i am seriusss superly busy lately...

Work at the office has been piled up... and they keep coming. Kerja sebelum ni agak releks okeh, tetiba bila kerja jatuh bedebuk sekaligus begini, memang agak stress. Hahahaha... Masa pula amat mencemburui. Mana nak whatsapp lagi, mana nak facebook lagi. Hahahaa... Tak guna punya pekerja..


I am a full time worker at office and a part time tailor at house. sangat-sangat bersyukur kerana mendapat teman-teman a.k.a customer yang sangat memahami. Memang agak lambat la order boleh siap, tapi yang bestnya diorang ni takdelah nak push push ke apa... T__T terharu sangat.

Alhamdulillah... sedang berusaha memenuhi permintaan readymade. Kawan-kawan pun macam nak tolong-tolong pasarkan area utara dan kelantan. insya-Allah... jika dikurniakan tenaga, kudrat dan rezeki. Amin...

This is some of my shawl yang Alhamdulillah, syukur pada Allah, habis dijual... Redhalah pada wajahku itu yang sedang save bajet tak mampu nak upah model. Gambar pun main selfie sendiri aje... kuikuikui....













And this two is my happy customer..
Alhamdulillah and thanks for the support...





Didoakan mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dalam keadaan sihat dan baik. Harap musibah cepat berlalu. Banyak harta yang terkorban. Diharapkan mangsa-mangsa tabah dan sabar. (Easy for us to say.. T__T) Namun dalam musibah yang menimpa, kita dapat lihat betapa rakyat sesama kita bergabung tenaga menyumbang sedikit sebanyak barang kelengkapan dan makanan buat mangsa di sana. Tanpa sebarang kempen pun, kita masih bersatu sebagai rakyat Malaysia... 

Ya Allah...semoga musibah cepat berlalu. semoga mereka tenang dan sabar. 

Khabarnya banjir telah mulai surut di Kuantan pagi ini...


Tuesday, November 26, 2013

Hari Raya Aidilfitri - Day 2


Nothing much 'happening' has happened to me lately... Nothing much to write about though actually there are sooooooooooooooooo many things to write about. Work has been cruel nowadays that giving me a bit more challenge towards our team. Effort has to be put up high a bit but here i am thinking about my blog that has been abandoned lately... Jobs piling up, making me wondering 24hours, which one to do first.

Jobs piling  up... both at office and at home, sewing orders and house chores and etc, etc...

So, my Hari Raya Day 2 story has not come to the end yet. and i have not even start it... Here it goes, as i try to write nothing much interesting Day 2 Raya day that has been past for few months already..

Pictures will be piling up... ready to be flooded with pictures....

Day 2

Biasanya kalau Hari Raya pertama kitorang balik ke Penang, Hari Raya kedua or ketiga saudara-mara Penang pulak datang beraya rumah kitorang. Mee rebus ayahanda juadah wajib dan hajat besar diorang datang beraya. Mee rebus ayahanda memang marvellous lah! Jadi, oleh sebab raya pertama diorang dah datang beraya ke Kedah, maka raya kedua kami pun beraya di Penang.


me n my older brother.
posing before bertolak ke Penang

Bujang 4 ekor ni memang biasa kena lambak sekali dalam 1 ketelah...

OOTDos
Baju recycle aje..

OOTDos - dalam kereta on the way nak ke Penang pun nak tepek gambo~~~



Sampai kat kampung halaman, haruslah melawat kubur arwah atok n nenek tercinta~~ Sedikit doa dan tahlil dikirim tanda ingatan di hari raya... 



The Fantastic 4.
Macam biasa, gambar bujang berempat ni wajib ada..


Orang kata, kalau nak tengok wajah anaknya, tengoklah wajah ibunya dulu...
eh... ye ke ayat tu?
aku sukahati karang je tu..
kuikuikui...
Ntahla...orang kata aku banyak ambik muka mak aku. 
Mak...mintak muka sikit...


~Seterusnya more to famili potret yang gila bergambo~


The bujang boys with mommy





Muka mintak pelempang


Sebahagian kecil keluarga kami... :)

Aku jumpa 2 ketul gambar je masa ada kat kampung ni.
Mana ntah letak yang lain2...
Kat Penang ni, diorang buat LAKSA.
LAKSA diorang buat sedap gilaaaa....
Tak puas makan. tak tau kenapa time ni macam stay sekejap sangat kat kampung.
Tak sempat nak buat 2nd round tetiba ayah ajak balik
T______T
Kempunan hingga ke hari ini.


copea
Baju mak njang beli.
from me la of kos


Rupa-rupanya ayah ajak pergi melawat kawasan.
Aku pun tak sure sejarah ayah, tapi dia dulu lebih kurang dok mengikut arwah atok pergi cari kayu api kot.. Bertuah kan kita sekarang, tak perlu nak buat kerja-kerja berat macam tu...
ni mak nak mintak tolong buang sampah pun susah...
T__T

Amin and Irsyad.


Diorang ni memang Love Hate Relationship
Tapi Irsyad ni memang dah macam abang-abang bila dengan Amin n Copea eventhough dia anak bongsu abang aku(buat masa ni)


Cousin


Lepas tu kitorang singgah kat Kuala Juru. Rumah arwah Tok Su kalau tak silap aku.. Rumah ni pun antara rumah wajib yang kitorang akan singgah masa Tok Su ada dulu. Lepas arwah dah takde, jarang pulak rasanya pergi raya rumah dia. Entahlah, aku pun kurang ingatan. Tapi yang aku ingat, rumah dia ada banyak batu-batu kat belakang tu and kitorang kalau pergi rumah ni, kompem akan main panjat-panjat batu ni. Pnajat sampai atas. Pak Su yang lebih kurang baya kitorang pun akan sama-sama bawak kitorang jelajah naik sampai ke atas-atas tu. Tapi sekarang batu-batu belakang tu dah ditumbuhi pokok-pokok, rumput-rumput. Dah tak boleh nak panjat dah...Bagi mengingati peristiwa di kala zaman kanak-kanak tersebut, kami pun bergambar kenangan di situlah..


Over sangat mak jemah


Balik dari Kuala Juru, kami kidnap budak Copea ni naik kereta bujang. Memula  neves jugak, camana kang ni kalau dia menjerit ni.. Tapi sepanajang perjalanan, dia ok sangat. Behave sangat. Mungkin dia pun dah feeling-feeling dah layak ni nak join the bujang group.

Aku pun bujang what?!



Budak-budak ni pulak masuk kereta akak aku. Aku kidnap Copea, kereta dia pulak penuh ngan anak-anak abang aku. sempat singgah tapau Mekdi. Patutla diorang sampai lambat. Cis!


Malam, pergi raya rumah kawan bapak.
Haruslah posing kat kereta orang.
Feeling-feeling kereta sendiri gittew...
Hai~~ bilalah nak merasa ni....




-THE END-






Wednesday, November 13, 2013

Hari Raya Aidilfitri - Day 1


Hallo... Assalamualaikum....

Tak lama lagi, kita bakal menyambut hari raya lagi.. Maka sebelum kaum India pula merayakan Hari Raya Deepavali, mari sini aku cuba habiskan pengalaman raya pertama di rumah sendiri. [Percubaan mengupdate blog sebelum cuti Deepavali itu hari] Ha... macam rare sangat je sambut raya rumah mak bapak sendiri. Macam takdelah heran mana sangat pun sepatutnya kan? hahaha....

Malam raya, biasalah... semua pun dah gelojoh-gelojoh nak buat preparation besok nak sambut raya. Nak masak rendang omak den marvellous, mee rebus ayah den molotup kebaboomm, dan nasik impit Nyonya brand. Aku kenkonon nak tunjuk terel nak anyam ketupat. tapi harapan dan kekononanku dihapuskan secara radikal dari bapak-ku sendiri. Apatah lagi omak den. "Nasi impit tu ada dah la..."  kata mereka. "K, fine..." kataku dalam hati sambil diiringi perasaan, elleh...macam rajin sangat pun. diri sendiri pun was was dengan diri sendiri sebenarnya.

Skill menganyam ketupat ni aku perolehi ketika 2 tahun lepas, apabila team aku terpaksa dan dipaksa membuat decoration untuk hari raya puasa kat opis. Youtube menjadi tok guru aku. dah tangan kawan aku yang lain tak berapa nak berseni, kesian plak aku tengok. maka, aku pun siap menganyam di rumah sambil menonton tv. Buat  pakai reben ajelah tapinyer. Setelah peristiwa itu, tiada lagi sejarahku dalam menyanyam ketupat. Kalau mengumpat tu, memang banyaklah. 


Hari rayo jang oi~~ nak buek apo laie~~ pagi-pagi poie masjid semayang rayo, berdiri sobolah omak den. Omak den ni memang terel mencilok di dalam keramaian jemaah tu. Dia lah yang membimbingku ke jalan yang benar. selamba je cilok sana sini, tau-tau sampai saf depan. bila nak balik dari masjid pun macam tu jugak, tetiba dia dah terkedepan sambil toleh-toleh belakang cari aku. aku yang jalan penuh keayuan ni tertinggallah ke belakang sikit. No wonder la bakat mencilok ni diperoleh dari mak aku rupanya.





omma appa di pagi raya.
jubah omma adalah hadiah dari saya... ngeeee



suasana huru hara di pagi raya..
marilah kita saling maaf-bermaafan
walaupun kadang ada je muka tak ikhlas, tapi sebab hari raya kan~~
kuikuikui
sesi bermaafan pun hari biru jadahnya...



selepas masing-masing dah boleh bertenang sikit...
tu pun ada 2 orang budak perosak gambar
apa pasal ntah menangis. sebak sangat kot di pagi raya...
anak sapalah tu~~



omma n daddy bersama cucu-cucu mereka yang tak berapa nak lengkap ni.
2 di perantauan
sorang lagi bawak diri apatah 


auuwww...
me and my adik hero remaja, pakcik yo


shawl tu i jahit sendiri ye cik bedah
OOTD di pagi raya
jubah dress beli kat poplook



sedaya upaya cuba bergambar dengan anak-anak buah
T_____T





dengan kakak tersayang (ada 1 je pun)
with baju sofea yang mak njang jahitkan...
sapa mak njang?
aku lew~~


sebenarnya aku kurang sihat di pagi raya pertama
hingus meleleh-leleh
berjujuran air hingus
mengalami running nose hingga rasa nak lari keliling rumah bersama hidung yang berlari-lari itu
sangat sayang kerana sepatutnya raya pertama menikmati juadah sedap air tangan ibu bapa
saudara mara turut memeriahkan rumah di hari raya pertama
tapi dengan kondisi begini, aku terpaksa melarikan diri dan terbaring kelesuan tidak bermaya


-- END of RAYA DAY 1--



Tuesday, November 5, 2013

November


Assalamualaikum...

November datang lagi...
Bulan di mana aku akan menjadi officially lebih tua sedikit.
Lebih tua genap setahun.
Sebenarnya hari-hari pun menjadi lebih tua sehari...


Alhamdulillah...
Its new year untuk tahun hijrah. 1435.
Alhamdulillah... untuk tahun hijrah yang telah lepas, banyak juga achievements yang aku capai. Its not a big deal of achievement pun...tapi for me,to start itself adalah suatu kejayaan. Alhamdulillah....

Alhamdulillah...
Label impian telah selamat diorder, telah selamat dijahit pada beberapa helai shawl yang aku jahit sendiri. Even dah tepek pada baju sendiri juga. Kepuasan? Walaupun belum berapa banyak yang terhasil, tapi masya-Allah.... im so proud of myself...

Alhamdulillah...
Label yang aku tempah, sangat sangat seperti dalam gambaran dan design aku. The exact colour. The exact font. The exact size. Sangat sangat memenuhi expactation. Simple but yet elegant. Perggghhh... (ngkau chikuru kalau bab2 angkat bakul sendiri kendong ni memang terel la kan..)

Insya-Allah tahun hijrah 1435 berusaha untuk menjadi insan yang lebih cemerlang, gemilang, terbilang. Untuk maju lagi kehadapan.. lebih berusaha untuk menjadi hamba yang lebih baik kepada-Nya. Semoga dosa-dosa kita yang telah lepas,kita bertaubat atasnya, dan diampunkan Allah Taala yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun..

Hanya dengan izin Dia semua ini terjadi...



At this time, sedang mengalter curtain orang anto...
Sempat lagi blogging sambil alter curtain kan..
Currrlaass ko maria~~~


Salam maal hijrah 1435...


Wednesday, October 23, 2013

Hari Raya Hari yang Mulia Part 1


Assalamualaikum...

Setelah sebulan berpuasa, maka umat Islam pun menyambut hari raya, hari kemenangan... 

Tak... Korang tak salah baca. Memang aku baru nak update pasal hari raya Aidilfitri itu hari. Hepp... orang bizi memang macam ini. nak update blog hari-hari konon, boleh pergi beranganlah chikuru~~

Rasa macam perlu pula mensejarahkan tentang hari raya pabila dapat berkumpul sesama ahli keluarga begini. Penting kerana nanti tahun 2020 sejajar dengan wawasan Tun Dr Mahathir, kita boleh kaji semula apakah yang telah terjadi kepada peristiwa lampau.

Aku kalau citer takde gambar tak best la. Maka aku korek gambar sana sini supaya dapat diterjemahkan ke dalam penceritaan bergambar apabila telah kehabisan idea untuk mengarang.


Me and crime partner pulang berhari raya bersama-sama..
on the way nak balik. masa ni baru kat Jalan Genting Klang.

the only driver in town. 
aku paksa adik aku ambik gambar ni
masa ni dah sampai ke area Juru


Aku dengan adik aku adalah anak-beranak pertama yang sampai ke kampung halaman. Abang aku gerak siangnya dari aku, ke malam, ke esoknya ntah tak ingatlah. Sebenarnya bertangguh-tangguh nak balik ni sebab nak siapkan order orang sebelum balik raya dengan tenang dan aman di rumah. Alhamdulillah sempat siapkan baju kurung baby, order amek last minit, dan bantal U tempahan member juger. And then, off we go~~




Bersyukur atas kurniaan Ilahi dilahirkan di dalam  Islam, dapat menikmati keindahan solat berjemaah sesama ahli keluarga. Alhamdulillah ada abang dan adik-adik yang mampu mengimamkan solat. Alhamdulillah, ada anak-anak buah yang turut sibuk-sibuk nak turut serta solat jemaah.




Sekian....
hari raya Day 1 bersambung part 2. Hahahahaha...
Apakah isi penceritaan? 
Nehi kabinehi~~~