Pages

Tuesday, March 18, 2014

Wangsa Grill by Chef Zubir @Wangsa Melawati


It was 8 March 2014, about a week ago, my sister in law come to my house for the first time. Saja kebetulan ada kat KL and nak lepak-lepak sekali. so, we chill out together la sembang-sembang tengok tv. Sempat la aku buat ikan putih masak lemak. Aku pun tak tau ikan putih ni betul ke tak nama dia, tapi mr husband asyik cakap ikan tu ikan putih, aku iyekan ajelah. Nak buat sayur petola, dia tak mo plak. So, tu jela lauk yang aku masak. hehehehe.. Sister in law macam tak komplen apa-apa pun, aku kira mcm lulus aje lah or dia redho je ngn masakan aku.. hahahaha...

Mr husband was away that day. Kerja on Saturday. Kesian... Dia balik petang tu kepenatan, terus tido. Bangun tido petang sikit tu terus dia ajak makan luar. Well, aku ni bukanlah arif sangat bab-bab makan luar ni. Bila minta suggestion, memang bab ni la paling lemah sekali. Rasa tercabar IQ nak pilih tempat makan yang sedap dan berbaloi... 

Tiba-tiba dia suggest this one place yang kitorang pernah nak try makan sebelum ni, tapi sebab ramai sangat umat manusia beratur, and kitorang pun dah lapar sangat time tu, maka kitorang decide untuk tak tunggu. So, tetiba mr husband ajak pergi makan situ. 

Alhamdulillah masa kitorang bertiga sampai, masih banyak tempat kosong. Tapi tak lama je lepas kitorang duduk tu, tengok-tengok dah ramai orang dah and dah siap beratur. we were just a few minutes early... 

Masa order tu, kitorang pun blur tak tau nak makan apa. So, kitorang just tanya waiter apa yang best lah. Dia pun cadangkan chef recommendation for that night. Kitorang just follow what ever suggested. Chef recommendation la kan katanya....





So we order this...

air float apatah...
rasa so-so aje..
oklah.. not bad.

Husband punya
Beef Steak 'Roulade'

sister in law punya
Norwegian Salmon & Chilean Blue Mussel


mine
Australian Baby Lamb Foreshank-chef's signature dish



Mr husband and sister in law punya makanan sampai dulu. It was cold! Gravy sangat meloyakan tekak. Bila salmon n roulade sejuk, makan dengan gravy yg sejuk juga, haish... tak tau nak kata apa. Husband was quiet all the time. Kalau dia diam tu, tau lah... toksah la kacau dia.. The servis lambat. Well, aku tak salahkan pelayan dia yang nampak macam running here and there, cuma aku rasa diorang tak cukup staff. Kakak ipar aku minta air sejuk berkali-kali, tak sampai-sampai. My order lambatttt sangat. Husband and kakak ipar sampai dah habis makan (well, kakak ipar aku tak dapat nak habiskan pun makanan dia,the salmon was left like suku pun tak habis terusik), order aku tak sampai-sampai lagi. Sebab dah rasa makanan husband and kakak ipar, maka aku pun dah kembang tekak nak makan lamb tu...  >_<  Sudahnya aku makan sikit je, sebab dah order kan. Yang lain-lain tapau bawak balik. (tu pun tak makan jugak. betapa membazirnya la hai~~)  Nak tapau makanan ni pun bukan kerja senang, nak tunggu dia sampai pun makan masa. Sudahnya, husband bawak sendiri pinggan masuk dalam kaunter, mintak dia bungkuskan. I think this should not be happening in a restaurant yang Chef punya standard kan...

Masa nak bayar, we all semua korek-korek dompet sebab nak sediakan duit secukupnya termasuk la syiling-syiling sekali sebab malas lagi dah nak menunggu. takut tunggu balance pun lambat sampai. tak tau la waiter tu halalkan berapa sen. Kitorang plak yang macam heran... Eh? boleh main halal je ke kalau kat restoran? Kesian dia, nnt gaji dia plak kena tolak. >_<

We left, without waiting for our after meal dessert....

I have a bad experience with Wangsa Grill. Bad taste, slow service. Anyway, aku baca jugak review from other blog, diorang cakap sedap je... Maybe time aku datang tu tak berapa nak sesuai kot, or terkena time aku datang tu tak berapa nak sedap, atau tengokla pada tekak and selera masing-masing. munkin orang lain rasa ok je, kitorang rasa tak ok. Well, everybody has different opinion kan? But for a chef punya standard restaurant, i am quite surprise by the taste we had. Herm... sorry to say, but my side of opinion macam not to that standard... 




Wednesday, March 5, 2014

Merisik


9 November 2013

Tarikh yang tercatat, 2 keluarga bertemu memeterai janji, demi menyatukan anak-anak, 2 keluarga menjadi 1.
Chewahh... cam jiwang plak ayat guwe... 

Alhamdulillah... sebenarnya majlis pun dah selesai bagai kan... Ni baru nak kepoh-kepoh pasal proses and persiapan segala... Kalau tak tulis, sayang wooo.... Nanti dah di hari kemudian nanti, mesti lah nak refer balik kan buat bahan rujukan...

Sebenarnya aku tak tau encik suami aku ni, tau ke tak aku ada blog. Yang pasti, aku memang tak pernah bagitau dia... Cuma kadang-kadang tu, dia ada jugak mention - "tulis dalam blog, nanti letak dalam blog". Aku selalu buat tak tau je, tapi dalam hati cuak habis... 



Pada hari yang ditetapkan, family encik suami datang awal 10 minit dari waktu yang ditetapkan. mak aku masa tu ada kat atas lagi, terkocoh-kocoh buat persiapan, baru nak mandi. Ayah aku plak, tengah get ready nak blend sambal belacan buat santapan keluarga kunjungan. aku plak dalam bilik, tengah mekap sendirian berhad, tudung pun tak sempat pakai lagi. Tetiba dengar bunyi loceng... TING TONG! TING TONG! Keadaan dalam rumah kelam kabut habis dah masa tu... "Depan mai dah... Depa mai dah..." Kedengaran suara ayahanda di dapur. "Takpa..hang p kaih bukak pintu dulu" kata makcik sedara yang dijemput bagi membantu urusan.. Ayahanda terkocoh-kocoh sarung baju.. Katanya, masa tengah bukak pintu tu, ayahanda masih kelam kabut nak butang baju.. Muahahaha...


Lepas siap pakai tudung bagai, aku pun menjenguk la keluar pintu... ALAMAK!!! air takdok lagi! Kahkahkah... maka aku pun terkocoh-kocoh la pergi dapur buat air... Lepas tu, ingat nak buat ala-ala macam drama tv... lepas semua dah selesai, baru nak bawak air pergi depan dengan muka malu2 hantar air,  lepas tu tunduk tersipu-sipu depan keluarga bakal mertua... Sekali masa tengah bancuh air tu, mak dia nampak aku... Dah dilambai-lambainya suruh datang ke depan... Maka, hancur lah angan-angan drama aku... Pergi depan, salam, cium peluk...muah muah... g dapur balik buat air... Kiranya masa ayah sesama ayah tengah berbicara, disulami dengan kegiatan aku datang dan pergi la ke ruang tamu tu.. memula salam mak and makcik and kakak bakal suami... lepas tu, pergi hantar air dan kuih-muih dan buah-buahan...


Tadaaaaaa.... semua dah setel kan? Amek gambo le... apa lagis...



Sarung cincin memang kena buat muka control gitu.. 
Tangan mesti nak lentik...

Bersama wanita-wanita penggerak ummah

The men...

Control ayu itu mengalir dalam darah aku... jadi silalah redho...
duduk bersimpuh anak dara sunti...
(masa ni masih anak dara lah~~~)

Family photo

The daddies

Melambai-lambai rombongan yang berangkat pulang...
Lihat nun di sana, anak dara itu...
bakal famili mertua belum pulang lagi dah start perangai~~~


with my momma

with ayahanda bonda

family yang menjayakan urusan perisikan di hari itu...
adik bongsu aku, mak njang, mak su, mommy, daddy and me...

tak lupa juga gambar photographer di hari itu..
my dear brother...


Baju yang dipakai ini, adalah recycle dari gobok baju aku sendiri. Baju ni dulu pakai masa jadi pengapit kakak aku kawen... Recycle saja sudah... jimat selamat. heehee...

Bukti kukuh. This was way back on 2009.
Kakak aku memang panjang. Pakai plak heel. memang mengketotkan aku lah...
I just love the 2 flower girls there... 


My daddy is very the conservative.. incik bakal tak boley datang hokey masa merisik ini. Jadi, pada waktu dan tika ini, beliau berada di kedai mamak berhampiran area rumah. Hahahaha... 

Kitorang takde tunang-tunang. Nak mudahkan urusan. Lagipun family dia datang jauh dari Pahang. Merisik sebagai formaliti perjumpaan antara parents. Merisik, then terus siapkan tarikh kahwin. Petang tu aku terus jalan-jalan cari pelamin and baju-baju kot-kot ada baju berkenan... Esoknya terus setting nak jumpa photographer... So, dari tarikh 9/11, kami tetapkan tarikh 1/2 untuk majlis. Maka aku hanya ada 3 bulan untuk persiapan~~~