Pages

Monday, June 17, 2013

Cuti Wesak lepas (Part I)

Vah vah... belum apa-apa dah letak Part I.


Cuti wesak yang lepas, aku bersama adik Hero Remaja-ku pulang bersama-sama 3 orang kanak-kanak yang diculik dari abang aku. Maka kami berlima berhimpit bersama-sama dalam 1 kenderaan demi menghadap ayahanda bunda di kampung halaman sana. dah lama sebenarnya tak pulang. Tapi dalam pada tak pulang tu, ayahanda bunda rajin turun KL atas sebab dan urusan tertentu. Jadi, lama tak balik bukanlah bermakna lama tak berjumpa mereka kan... Bertolak Khamis malam dan selamat tiba pagi buta hari Jumaat itu. Kanak-kanak tidur sepanjang perjalanan.

Hari Jumaat tu, takde buat apa sangatlah. Hanya dating dengan ayahanda di bengkel kereta membaiki si Putih kesayangan budak bucuk hamba sambil ajak ayahanda bercamwhore. Aku memanglah budak jenis tak reti apa-apa pasal kereta. SO daddy do all the talking. Hanya perlu mengadu pada ayahanda sambil buat muka blur. Nanti ayahanda setelkan dengan mekanik. Kihkihkih... 

Pergi pagi-pagi lepas breakfast. Beli sparepart kemudian pergi bengkel. Balik solat Jumaat, lepas lunch pergi bengkel balik. Seronok lah ada ayah nak tolong teman and tengokkan si putih i tu...



"Hang p la tanya dia harga tayar tu berapa?" suruh daddy.
"Tak reti" sambil buat muka kesian nak kena  pelempang.
Kemudian kedengaran suara daddy yang tanya mekanik itu.

"Ayah.. lampu dia ni tak nyala"
Daddy setel ngan mekanik.

"ayah.. dia punya mounting ni kot rasanya pecah.pernah tanya orang dulu"
Daddy setel ngan mekanik.

"Ayah.. stereng dia bunyi"
Ayah kata lain kali la pulak buat. T___T



Kasihan sama dia, calar balar sudah..


mounting yang pecah



Camwhoring ngn daddy
daddy...tengok kamera  k..

daddy.. senyum sikit..

daddy.. senyum lagi bg nampak gigiii.. hahaha

#makingfaces
daddy layankan aje..
hahahahahaha

dah siap...



Motif sangat kan Part I aku? Hahahahahha
Nantikan sambungan di Part II.



Monday, June 10, 2013

Konvoi



That is me and my sister...

Kami berkonvoi ke tempat kerja. Kerja di bawah satu bumbung yang sama, tetapi profession yang berbeza. 


Sewaktu dia mencari rumah sewa, ke sana sini mencari. Telefon aje, kata dah ada orang ambik. Ditakdirkan Ilahi, kebetulan orang bawah rumah nak pindah. Betul-betul bawah rumah aku. Maka jadilah rumah kami 2 tingkat. Anak buah bukan main suka hati naik turun rumah. Kejap atas, kejap bawah.


Takdir ini funny. Tapi Allah yang aturkan. Hanya Dia sebaik-baik perancang...


Di persimpangan ini kami berpisah...