Pages

Tuesday, December 23, 2014

Hola....


Assalamualaikum...

Ya Allah... aku amat merindui dunia blog ini. So many things happen. So many things to share. Pengalaman bersalin anak pertama, pengalaman berpantang and whatsoever.. Diam tak diam dah 2 bulan waktu berlalu. Cuti pantang pun dah nak habis. Konon nak menulis masa cuti pantang. Kelek anak 24jam, apa pun tak hadap dah... First time mommy banyak benda tak tau.

Haritu ada hantar anak sekejap dekat pengasuh yang bakal jaga dia nanti. Hati terpecah-pecah bukan kepalang. Padahal hantar kat jiran depan rumah je. Yelah... dah 2 bulan kelek anak kan. Tetiba nak hantar dia kat orang minta orang lain pulak jagakan... T__T.. Aku rasa perasaan ni aku rasa para mommies je yang tau. Hampir  nak minta cuti tanpa gaji sebulan, nak kelek anak lagi... Tapi bila tanya opis, prosedur macam tak lepas je... Baiklah harus akur. Patutnya masuk kerja 26hb ni. Tapi mintak cuti tambahan lagi 3 hari. Tak dapat sebulan, cuti 3 hari extra pun jadilah...

Just nak lepas rindu dengan blog aje.. Nah... share sikit budak debot ni... Alhamdulillah setakat ni penyusuan susu ibu sepenuhnya. Moga Allah murahkan lagi rezeki anak ini... Ameen...


budak cheeky dah nak dekat 2 bulan.



Wednesday, November 19, 2014

Officially a mother


Alhamdulillah...

Segala puji hanya bagi Allah...

Tanggal 26 october 2014, bersamaan dengan hari Ahad, 2 muharram 1436, saya selamat melahirkan seorang baby girl pada 6.27am. Seberat 2.69kg.

Beberapa minit selepas dilahirkan.



I am now officially a mother...



Tuesday, October 14, 2014

Nursing Cover 2


Another nursing cover tempahan yang sempat disiapkan di kala mencecah 37 weeks ini...




#35 minggu 3 hari


flashback. throwback. balingbelakang.




29 september 2014

Hari isnin itu mommy bizi. Bizi di opis. Biasalah orang bajet bizi ni mana ingat benda lain dah. Ingat dia sorang je ada kerjaya dalam dunia ni. Ke sana ke sini, ke hulu ke hilir macam bizi sangat. Macam.. eh eh... pehal banyak keje sangat ni, tau-tau dah petang. Aaaa... bajet sikit macam orang penting padahal henpon masih depan mata, whatsapp masih macam 'kau takde keje ke?' Bila dah bizi macam tu, tiba-tiba petang macam tu, tiba-tiba macam baru teringat ada orang dalam perut. TIba-tiba je teringat macam, 'eh eh budak ni biasa bergerak sampai tersenget-benget perut ni, harini ada gerak tak?'

Biasa lagi petang lagi dia aktif. Maka telah tak kira movement, maka cuak ah apalagiii... Terus telepon hubby, dia kata lek aaa.. g solat dulu. solat asar + maghrib kat opis. Balik terus pergi checkup kat swasta.

Masa jumpa hubby, baby dah melompat-lompat. Hati dah lega, tapi sebab husband nak outstation ke Perlis, dia suruh pergi je check. so kita boleh tau berat dia berapa, ok tak dia, position macam mana... eh eh, dah macam doktor plak laki aku nih. Maka kami pun pergi ajela check swasta lalu mengscan budak ini. Alhamdulillah dah ligat aktif gerak-gerak. Maybe aku tak perasan. Maybe sebab bizi sangat konon. Maafkan mommy.

Tapiii, doktot cakap baby macam kecik sangat, growth ok tapi berat kurang, 2.2kg katanya. Apa pasal ntah tak ingat, dia suh g buat ctg scan. ok lah, kami yang naif ini pergilah ke HKL dengan buku merah tulisan doktor minta buat ctg.

Bila pergi HKL, jumpa seorang nurse cantik yang entertain registration saya. Nurse cantik tapi kerek. Hek eleeee.... Tapi nurse lain baik-baik aje... Doktor pun  baik. Bila check doktor, doktor kata ok je... dia scan dapat baby 2.4kg. should be ok. Ntahla, as long as doktor cakap baby ok, mommy fine already aje. Dah hepi, ingat boleh balik lepas doktor cakap baby ok, tiba-tiba doktor cakap, kita ward la ye, tengok progress baby.

Aku rasa muka aku terus berubah, takde darah kat muka. Muka yang berhidung kembang ni pun rasa makin sememeh je. Tetiba sayu. Takmooooo tido sepitaiiiiiiii~~~ Tengok muka husband yang tunggu kat depan, memang dah tahap nak menitik air mata. Aku tanya doktot, tak nak warded boleh tak? Lepas tu doktot tu panggil boss dia. Boss doktot la kira kot. bos doktot pun scan-scan baby... pastu dia tanya-tanya.. pastu dia kata ward. OHMAIGOD. Lagipun doktot kata sekarang ni macam-macam sangat kes.

Doktot kata boleh kalau tak nak warded tapi kena sign surat perakuan la kata hospital tak bertanggungjawab kalau pape. Aku pujuk husband kata nak sign surat, husband pulak pujuk aku ward ajelah.. tido 1 malam apa salahnya. Guess who win?  T__T

Maka di keheningan malam, di kala perut kelaparan kerana bajet lepas checkup boleh dating makan malam ngan husband, aku pun pasrah di wardedkan.

Tengah-tengah malam, ur daddy datang hantar beg baju salin lengkap tuala yang mommy tak listkan tapi akhirnya mommy tinggalkan di hujung kepala katil hospital T__T. Datang hantar makanan serta bantal kesayangan mommy. Macam nak mintak dia tinggal di situ juga sekali. Tak boleh ke nurse?



30 september

Bermula round check kat setiap katil. Ada doktor india tu tanya, Movement dah cukup 10 kan? kenapa dia warded? Aku pun macam nak nyampuk jugak jawab, ha ah doktor, kenapa warded saya? Hahaha... tampar sedas baru tau. Jadi, doktor lain tolong jawabkan, slow fetus movement. OKlah, dia just suruh rekod pergerakan baby. dah cukup 10, boleh discharge. Maka, itu adalah hari paling cargas aku mengira pergerakan baby.

Ada sorang doktor tu datang kata, kalau akak nak balik awal, sekarang pun dah boleh start count. tapi kena stop within 12 hours tu la. Aku senyum terus start counting. Start kul 8.10 pagi.

12.30 dah mintak keluar. pukul 2 lebih dapat discharge.



Wednesday, October 8, 2014

Nursing Cover


Assalamualaikum.... 
phew... Sukar sungguh mencari masa sekarang ini. 

Dalam pada bizi kat opis dan tengah sarat barat nih, sempat lagi aku jahit nursing cover nih. Memenuhi hajat seorang teman yang nak jugak aku jahitkan nursing cover untuk dia.. Tak sampai hati nak tolak. Dari anak dia belum lahir dah riki tanya boleh jahit tak barut bedung. Tapi masa tu aku plak bizi nak kawen. Ke bizi layan mabuk-mabuk morning sickness.


Nursing cover corak meow meow

Nursing cover corak hijaukan bumi

with extra tali kat belakang
request from customer
anak dia buas katanya

tali extra tu disemat guna velcro

tadaaaa.....
a happy customer she is...


Ada 1 lagi tempahan tengah pending on the nursing cover. and plus my very own nursing cover pun tak jahit lagi. Ehehehehe.... oh ye... nak tepek 1 lagi la hasil jahitan sarat barat mak buyong ini...


My first ever bantal karipap.
Ni untuk baby sendiri...
:)




Friday, September 19, 2014

#34weeks



Hai anakanda... lama plak mommy tak menjengah ke sini menulis catatan peribadi perjalanan kita berdua ini aicewah. Bizi la mommy. 

Rakan sepermengandungan mommy kat opis ni dah start cuti, MC. Patut due date semalam, 18 September. Masa mommy mesej dia menyatakan kemurungan dan ke-takbest-an apa yang terjadi kat opis, dia masih belum bersalin. Hari ini, tak tau. Belum tanya, dia pun takde update. Takkan nak tanya hari-hari pula. Stress pula dia nanti asyik kena jawab soalan dah beranak ke belum? Sedangkan opismate asek tanya mommy, dia dah beranak ke belum pun mommy dah tensen. Aphal lak tanya aku. Hahahaha... See... 

34 minggu. Hospital bag tinggal nak masukkan sependa aje. semalam dah beli kat Aeon Big. tapi mommy perasan kurus kecik lagi, pergi amek saiz tak kena. Harini try luck nak pergi tukar, tak dapatlah jack. Sadis. mommy asek tersalah beli barang aje. Dah la beli banyak. Harap-harap lepas bersalin dapat muat sependa saiz kecil itu. for the time being, simpan jelah dulu. Jangan bagitau sama daddy, nanti daddy marah. kahkahkah....

Semalam kita pergi checkup. Mommy kurang 500g. Kata nurse, setiap minggu harus naik 500g. Mommy kekurangan 500g. minggu depan ada checkup lagi, nurse nak amek darah mommy. 7hb Oktober, akan ada checkup dengan doktor plak. 13hb checkup lagi. sekarang dah tiap-tiap minggu checkup. Habisla cuti mommy. Tapi daddy kata, last checkup dah tu 7hb tu... 13hb tu dah beranak dah tu... Cheh... daddy kompiden sangat. nama kamu pun dia tak habis pikir lagi.

Lepas balik checkup semalam, mommy singgah beli soto. Sedap juga. Ingat boleh buat lapik perut la... Sekali ntahapa tak kena, mommy feel senak sampai termuntah. Habis semua soto ngn teh ais sedap dimuntahkan. Mommy sedih... sebab teh ais tu sedap betul lah!!

Sekarang kamu aktif betul dalam rahim mommy nih. Terjojol-jojol anggota kamu yang mommy tak tau bahagian apa tu. Terkorek-korek, tergedik-gedik perut mommy dibuatnya... Hah... kamu ni pun nak jadi blogger jugak ke? asal tulis pasal kamu je, terjoget-joget kamu nih... Tidur malam mommy dah tak seindah dulu. Perut dah boyot. Kadang tak selesa pun nak baring. But hey baby... its ok... im doing this all for u. Mommy redha.


Tak lama dah lagi. Insya-Allah. Moga Allah izinkan kita untuk berjumpa, bertentang 4 mata... 6 mata lah ngan daddy sekali.

Thursday, September 4, 2014

Spectra S2 - Breastpump


Assalamualaikum... 

Baru hari itu cerita kata sudah beli breastpump. Happy! Berazam kuat nak susukan anak. insya-Allah.. Sekali balik cerita-cerita, sembang-sembang dengan kakak saya, dia kata bukan model itulah! Patut beli S1. Kerana office saya tak sediakan kemudahan bilik untuk para ibu mengepam susu, dan kerisauan mungkin harus pam di dalam kereta, maka model yang saya beli ini adalah tidak bersesuaian. 

Saya telah ke kedai tersebut untuk mintak tukarkan, hanya kerana tersalah beli model. Tapi katanya kami tak terima pertukaran breastpump. Tidak ke luluh hati seorang ibu mengandung yang bercita-cita hendak susukan anaknya secara ekslusif ini? Kotak yang saya bawa itu pun dia tak tengok langsung, terus kata takde.. tak boleh tukar. Sedih, hati patah... remuk rendam.

Di manakah hak kita sebagai pembeli yang tersalah beli? T__T  (nangis kuat-kuat)...

Semasa pembelian di kedai itu pun, tiada sebarang testing atau penerangan untuk membelinya. Staff pun tak ramah. Dia kata, "kena call head office dulu, cancel resit then baru boleh proses. Tapi biasanya memang tak boleh. Memang tak boleh la kak..."  Pfffttt... call pun tidak, terus cakap tak boleh je  kan..  Oh ye.. saya beli di OBW, One Baby World, cawangan Taman Permata.

Jadi saya tak sajes uolls pergi kedai ni.. Pergilah kedai di mana kita, especially as a first parents, boleh ditunjukkan demo dan penerangan lanjut mengenai pam yang hendak dibeli. Pam bukannya murah. Kalau boleh nak buat pelaburan jangka panjang terus untuk susukan anak.

Jadi, saya minta tolong juga pada para ibu yang mungkin sedang menggoogle pam susu Spectra S2. Its a complete brand new set. Memang takde pakai lagi. Saya nak letgo harga RM688. COD - Gombak / Putrajaya. 



With this package, you will receive:

1 unit of Spectra s2 Breastpump worth RM837.00
1 extra Spectra Breastshield Set worth RM90.00 which enables you to perform double pumping for Spectra s2
1 Autumnz Classique Cooler Tote worth RM46.90
4 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles worth RM16.90
3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
1 box of Autumnz Double Ziplock Breastmilk Storage Bag 12oz worth RM12.90
4 pcs Washable Breastpad worth RM12.90 








Kalau ada kawan-kawan yang sedang mencari breastpump Spectra S2 tolong warwar kan ye... Please please please... (merayu~~) 

Terima kasih~~~



Wednesday, September 3, 2014

#31weeks 5 days


Assalamualaikum.... Ola baby...

How are you today? i know you are fine, thank you because you berjoget-joget dalam perut mommy ni hah... Pagi tadi, dalam kandungan dah nak cecah 8 bulan ni, tetiba mommy muntah. Muntah? Loya lagi? Huhuhu... Mommy memang loya lagi bila time gosok gigi. Entahlah mengapa. Sudah beli ubat gigi for preggy moms pun tak boleh. Dari guna Sensodyne, tukar Pureen for preggy moms, sekarang kena share ubat gigi dengan daddy, pakai Colgate aje. Tapi pagi tadi, kombinasi menggosok gigi tahan loya dengan bau masakan jiran tetangga telah menyebabkan kombinasi yang sangat padu. I kenot tahan. Kalau ikut hati, memang terus nak g klinik amek MC, tapi esok kita ada check up dengan klinik kesihatan, nak cuti lagi half day. Apa pula kata majikan mommy nanti. Tunggulah bila mommy and daddy dah beli kompeni ni nanti, boleh la mommy suka hati je nak buat apa pun...

Malam tadi mommy tak dapat tidur lena. Terpisat-pisat, perut tak selesa, pinggang kaki semua lenguh. Bermulalah perjalanan tiada lagi tidur yang lena. Apatah lagi selepas melahirkan nanti. Harapan mommy, agar baby menjadi bayi yang bangun malam nak susu sahaja. T__T. Itu harapan setiap mommy in the whole world. Tapi daddy sangat menjatuhkan hati mommy. Dia bangun juga, cuba tenangkan mommy. Ajak mommy pergi klinik walaupun mommy rasa daddy ngantok kalau boleh tak nak pergi. Dia tanya je tu. Hahahaha... Okeh, mommy love u daddy. 

Sayangku baby, haritu mommy cuba korek-korek rahsia isi hati daddy. Apa namakah dia nak bagi kamu nih. Asek panggil baby je... Akhirnya daddy reveal hajat hati dia. Di kala orang keliling sibuk-sibuk nak bagi nama jugak, berani daddy nak tanggung sorang-sorang. Bukankah kamu ini mommy yang bawa? Tapi daddy yang kena pergi register... T___T  Nasib baik dia reveal. Tapiii mana nama yang mommy nak??? Jadi, perbincangan lanjut akan dibawa ke tengah lagi. 

Baju kamu mommy dah start basuh. 1st batch siap semalam. 2nd batch, sarung tangan sarung kaki, malam tadi mommy basuh. 3rd batch bakal menyusul malam ini, insya-Allah semoga dikurniakan kekuatan buat mommy. Kemudian 4th batch kain-kain lampin kamu pula. 


Barut belum start jahit, tapi mommy asek lembik je sekarang, weekend bizi pula. Macam mana ni? Mommy tengah berangan nak jahit comforter kamu nih. Batting dah ajak daddy beli haritu. Sekarang tengah tunggu stok kain sampai. Mommy asek borong kain sampai kompius kenapa duit dah habis. Kalau ikutkan daddy, dia memang suruh beli je semua senang. Tapi daddy kan such a sweetheart, dia layan aje peel mommy yang konon-konon nak buat sendiri semua benda. Mari berdoa moga mommy sempat dan diberi kekuatan untuk membuat segalanya ittew...

Mommy dah mula asingkan sedikit barang-barang untuk hospital bag. Isnin haritu daddy dah ajak pergi beli lagi barang-barang mana yang perlu. Breast pump juga dah beli. Walaupun rasa nak berhenti kerja je dan hadap kamu 24jam, tapi kehidupan penuh pancaroba ini kan harus diteruskan. Jadi haruslah teruskan bekerja dan semoga kamu dikurniakan rezeki susu ibu hingga usia kamu 2 tahun. Amin... Sehingga ke saat mommy boleh berhenti kerja itu, marilah berusaha untuk mengepam pam pam... 

Esok adalah hari checkup, nanti mommy update lagi k baby. Semoga kita berdua dalam keadaan sihat. Mommy tak ikut cakap nurse. Dah berhari-hari mommy skip supplement. 





Thursday, August 28, 2014

#30weeks 6days


Assalamualaikum anakanda beta...

Apa khabar? Harap sihat di dalam rahim beta ini. Maafkan bonda kerana tak dapat nak menjenguk keadaan anakanda di dalam sana. Kalaulah bonda ada stetoskop atau x-ray untuk melihat aksi gimrama gimnastik kamu di dalam...Eh, stetoskop bukan leh nampak pun.. Bagaimanapun, bonda harap anakanda reti-retilah bergerak tiap kali bonda bertanya khabar anakanda...

Wooohaaaa... kita dah hit angka 30. 30 minggu. Mommy dah boleh start neves sekarang. Jumaat lepas anakanda genap 30minggu. Mommy tak berapa nak sehat, jadi mommy MC. Doktor baik hati pula bagi 2 hari. Kebetulan Jumaat lepas adalah hari berkabung, hari pulangnya 1st batch mangsa MH17. Al-Fatihah untuk mereka yang beragama Islam. tau tak mommy emo berapa kali masa tengok tv malah apabila mentengok risalah dan gambar-gambar yang kawan mommy share? Paling mommy rasa macam orang gila bila mommy baca link yang kawan mommy share, blog seorang kawan kepada isteri co-pilot yang terkorban. Sekejap mommy tertawa, sekejap nangis dan kemudian sekejap tersenyum, kemudian menangis semula... Mommy sayu... mommy harap mereka yang terlibat berhati tabah... T__T


Anakanda, 
Mommy macam dapat detect 1 perangai anakanda. Bila genap minggu je, anakanda tak berapa nak suka sangat bergerak. Kadang tu sampai 2 ke 3 hari making mommy neves. Tapi bila tiba hari ke Isnin atau Ahad malam gitu, anakanda bergerak mensenakkan perut mommy anda. Esok kamu genap 31 minggu. Sudah-sudahla buat perangai begitu. Sebab nurse dah pesan, kalau kurang bergerak, terus pergi hospital. Mommy tak ready lagi sebab ada lagi barang yang belum beli. Beg hospital tak ready juga lagi. Minggu lepas daddy takde seminggu outstation, hujung minggu ni pula kita kena pulang ke kampung atas urusan keluarga. Nampak gayanya nanti kita kena shopping berdualah. Mommy baby session gittew... Tapi mungkin lebih baik jika ada daddy juga... Boleh la kita korek purse daddy.


Minggu lepas daddy pergi outstation, daddy pergi Padang Besar. Mommy kata, beli la baju baby sikit. New born tak payah dah, sebab ramai orang kata pakai kejap aje, cukuplah mana yang ada. Jadi nanti kamu bertahanlah pakai baju ulang-ulang ye anak... Jadi daddy pergi borong baju 3-6 months. Boleh tahan jugak selera apak kau ni nak... Comel-comel baju dia belikan, its so cute im gonna die!!! Kembang kempis dada mommy menahan geram nengok baju-baju comel kamu ittew. 

Oh ye.. aritu mommy kata nak start cuci baju kamu dah kan. Lepas longgok-longgok semua, baru teringat, payung sidai belum beli. Mana nak sidai baju, stokin, sarung tangan kecik-kecik tu. Maka mommy basuh bedung yang dah siap jahit dengan tuala kamu sahaja dulu lah. Ala... bedung 4 segi je pun. tak retilah mommy nak jahit bedung-bedung moden tu... Barut belum start jahit lagi ni.  Lepas dah basuh, lari-lari pula alignment bedung kamu tu... Masa nak lipat, terheran seorang diri, mengapakah jadi tak sama nih... Selama ni mommy jahit je sapa-sapa yang pernah tempah dulu, tapi tak pernah basuh pun. Kehkehkeh...






bedung dah siap jahit + basuh


Next week 4hb  kita pergi checkup lagi hokeyh...



My Dear baby, semoga kamu selamat dalam rahim mommy dan kita boleh bertemu bila Allah dah tetapkan takdirnya. edd-31October




Thursday, August 21, 2014

#29weeks 5days


Assalamualaikum...

Hai anakanda, 
Hari ini Mommy sedikit bad mood. Entahla kenapa. Mommy rasa memang dah tak mau sangat bekerja sekarang. Tiap-tiap hari rasa rebel nak pergi kerja. Memang tengah mengawal perasaan je sekarang ni. Rasa mual, loya, menyampah semua ada pada pagi yang hening bening ini. Tapi atas desakan hidup, apatah lagi hidup di bandaraya KL ini, haruslah tabah dan mengharung kehidupan nan mencabar ini. Janganlah kamu rebel masa kena pergi sekolah nanti. Nescaya mommy rotan. Mommy garang. Awas.


Oh ye... semalam kita pergi berdua untuk checkup di Klinik Kesihatan. Kenalah pergi berdua, mana boleh tinggal kamu. kehkehkeh... Sebelum pergi, masa dalam kereta Mommy dah pesan... Nanti gerak-gerak ye, bagitau nurse baby okay. Maka kamu pun bergerak-gerak dalam perut Mommy. Sabarlah~~ Mommy kata masa sampai sana checkup nanti... tapi kamu masih gerak-gerak juga. Eksited agaknya nak pergi checkup. 

Appointment sepatutnya pukul 9.00 pagi, tapi 11.30pagi baru dapat masuk. Mommy dah whatsapp papa,'Lepas ni kita check swasta je!!' emosi betul. Tapi bila dah masuk jumpa nurse lemah lembut gemalai, Mommy terus lupa daratan. Hilang panas hati tunggu lama-lama. Kasihan nurse kena handle ramai orang dan baby, kena bergerak ke sana ke sini, ambik berat, hantar buku merah ke sana ke sini, berulang ke katil untuk check up, tapi masih berlemah lembut dengan Mommy. Terus cair jantung Mommy dengan nurse yang baik hati itu.... 


Minggu lepas berat Mommy 62.8kg. Semalam berat Mommy 62.4kg. Aik... turun 400g. Mommy pun heran sebab rasa macam makan banyak je... Nurse suruh mommy baring untuk check heart beat kamu. Sebagai anak yang patuh dan mendengar kata, mommy mula rasa kamu bergerak-gerak ke sana ke sini hingga nurse pn susah dapat bacaan. Nurse kata kamu nakal. Kamu sepak-sepak bergoyang bergerak aktif betul. Hahahaha... Ntahla, mommy jadi rasa bersalah pula dengan nurse tersebut, sebab mommy yang pesan awal-awal. Setelah kamu puas mempermainkan nurse, maka bacaan heart beat kamu pun direkod. 


Mommy kena suntik apatah. Tetanus eh? untuk elakkan dari kancing gigi kalau terkena peralatan yang berkarat semasa melahirkan kamu nanti. Apa? Suntik? Mommy redah ajelah baby. Kalau kata tak nak pun, nurse suntik jugak nanti. Kerana kamu anak sulung dan pregnancy mommy yang pertama, maka kena suntik 2x. Kemudian nanti kena suntik lagi sekali. Tadah ajelah bahu, wattudu... 

Nurse suruh mommy minum air banyak-banyak, minum susu 2-3 gelas sehari, ke seminggu? Jangan skip supplement (sambil mejeling ke arah supplement yg mommy bawak g opis tapi tak telan lagi ni). 2 minggu lagi datang appointment. Owh, kita dah start kena jumpa nurse 2 minggu sekali. Mesti seronok harus menunggu bersama-sama lagi, sambil main game Candy Crush dan whatsapp papa. Sepatutnya mommy menghafal surah kahfi ayah 1-10 atau baca surah-surah amalan kan lebih elok. oklah... noted. next time insya-Allah. Nurse juga dah suruh catat graf pergerakan kamu... at least 10 pergerakan yang terbalik perut punya, dari 9 pagi - 10 malam. by this hour, mommy rasa mommy dah rasa lebih kurang 7-8 kali pergerakan. 

Lunch tadi, mommy pergi beli baby detergant dengan kawan opis mommy yang sama-sama pregnant. Lepas ni dah kena start cuci kain baju kamu. Lambat-lambat sangat nanti takut mommy tak larat pula. Dah boleh start cuci sikit-sikit dahuu. Ada lagi barang yang nak kena beli, tunggu papa sekali lah. First baby, memang semua benda pun baru. Untunglah kamu... 


Baby, esok baby genap 30 minggu. 



Monday, August 18, 2014

#29 weeks


Dear baby,
It has been a wonderfull journey since you came into my womb. By this time, u have kick and move around in my tummy, i can feel your movement and mommy and daddy can even see your movement dear... On our last check up, you already weighing 1.2kg. Alhamdulillah... its a good progress for u. People always said my tummy look small for 29weeks. But as long as your weight is normal, i guess nothing to be worry.

Mommy, mama, ibu... i still cant decide what to be call... Over kan mak ko ni... But guess what?? Your daddy is just the same!! He did not decide what to be call yet either... Ayah, Papa. So, if you hear us talking to you, dont confuse with all those names. It is the same person.  Ayah and Papa is still your daddy. and yes, sometimes i address him as daddy while talking to you. Mommy, mama and ibu is all me... Just recognize our voice okeyh!

You wanna know what dear baby? I guess you gonna be your daddy's baby... You make me cry when he want to go for outstation. And you make me always wanted to be close to daddy... Or are those the pregnancy hormones? These one or two days, i rarely feel your movements it make me feel scared a bit... Last night i ask daddy to talk to you. Daddy said "Papa ada baby baruuu niii"... And you move like you wanna come out from the tummy. Daddy repeat the words and Masya-Allah, the same reaction we receive from you. We laugh very hard to your respond dear... Oh my. Alhamdulilah, you bring such joy and happiness to our life dear...

You  know im writing about you, is it? You are moving now im my tummy... :)

Last week, the nurse make mommy drink the air gula - the thing most of pregnant woman scared of... But Alhamdulillah, it went all well... Its not that bad after all. Air gula tu ada perasa oren tau... So, bila mommy tengok air gula tu ada warna, i said, ok good. ada perasa. Hehehe... Daddy was standing outside the room, watching me drinking the air gula like a champion, cheering me from outside... How proud he was, looking at me when i finished the thing i have been talking and mumbling about since the day i know i had to go through this air gula test. I just feel like i wanna hug him in front of everybody in the clinic. Of course la mommy tak buat. hehehee... Anyway, mommy did like what most of my friend suggest. Drink it all the way, dont stop! Not sure about the result yet... Hopefully the result is okay. If not, kena go through another round, then pergi ambil darah dari pagi sampai malam... T__T

Mommy and daddy dah start mula beli barang sikit-sikit for you. mommy pun dah start jahit barut and bedung for you. Bedung dah siap pagi tadi. ada 7 helai. Hehehe... Lepas ni projek jahit barut pula. Insya-Allah projek comforter, bantal, selimut bakal menyusul. Tak sabarnya!!!


There are sooooo many things to write about our progressing journey through this pregnancy, mommy will continue later k, dear baby!  


Mengapa mommy lidah berbelit cakap omputih tak cukup sifat ni? ntah la..herm... boleh tak salahkan hormon pregnancy nih?


7 months


Alhamdulillah... i am blessed with 7 months pregnancy now...

Actually dulu masa sebelum kahwin and sebelum pregnant, bercita-cita nak tulis diari perjalanan pregnancy... Tapi disebabkan mabuk-mabuk, muntah, lapar, tak lalu makan, stress, i need a lot of rest... maka cita-cita itu berkubur sepi. nak tulis dalam blog plak, asyik sibuk kat office. Kat rumah dah malas nak hadap pc, apatah lagi balik rumah melayan mabuk kepayang.

Alhamdulillah... rezeki bunting pelamin. tapi for those newly wedd couple, i would suggest korang plan betul-betul untuk nak dapat baby ni. Hahaha... Bukan menolak rezeki ke apa ke, nantilah i blog about this topic later. But if memang korang plan nak pregnant terus, make sure korang dan pasangan ready and alert about it. For us, Alhamdulillah, memang kitorang plan for this quick bunting pelamin baby and we are happy about it! Just minus the mabuk-mabuk lah~~~ 

Tak sempat nak siapkan entri kahwin... insya-Allah, will catch up later. Album kawen pun tak dapat lagi. T__T.
Insya-Allah will blog more on my pregnancy journey. Tak lama je dah lagi... Harap Allah mudahkan. Ameen...


Tuesday, August 5, 2014

Selamat Hari Raya 2014




Tak sempat nak habiskan entri kawen, tetiba dah hari raya menjelang tiba. Bizi sangat sekarang tak dapat nak update sangat.T__T

Entri bulan puasa pun tak ada? Lagipun bulan puasa tahun ni, tak berapa nak ada pun makan luar or makan buffet. Sekali je makan luar, bersama teman-teman, acara wajib yang kitorang make sure ada jugak tiap tahun. Alhamdulillah so far, masih dapat berbuka puasa bersama-sama mereka teman tersayang.

Hari Raya tahun ni merupakan tahun pertamalah aku beraya sebagai seorang bini orang. ngeh ngeh ngeh... sengih la lebar sikit, setelah sekian lama menanti kan? hahahaha... Nak kata syahdu tu, tak sangat sebab famili mertua pun sporting sangat. Lagipun, dah lama raya ngan mak ayah sendiri. Orang lain dah bergaduh sakan mintak giliran masing-masing, aku rilek je laki ajak raya rumah dia. Tahun pertama ni lah. Tahun depan tak raya rumah aku siap lah!!!

Tak sempat nak bergambar raya sangat pun. Happening jugak raya belah suami ni. Samada orang tak berhenti datang raya kat rumah, atau kitorang yang tak berhenti g beraya rumah orang. Makan? Oh my... Makanan boleh tahan. Cuma biasalah, rasa kekurangan sikit bila benda yang kita biasa makan tak ada kan... Tapi tu pun diorang berusaha gigih sediakan apa aku nak makan. Bila suami sebut kata aku nak makan nasi impit ngn rendang ayam, laju je mak mertua aku suruh pergi rumah mak long. bila aku dengar ada orang masak laksa, laju je aku ajak suami g raya rumah orang tu. Ala...bukan sapa pun, sedara dia jugak. Hehehehe... 


Alhamdulillah... raya tahun ni berdua setengah. Tahun depan, insya-Allah bertiga. Atau bertiga setengah? Hahahaha... Alhamdulillah sekarang dah masuk 3rd trimester. Perut dah makin ke depan, hidung pun dah makin kembang. Harap-harap semuanya dipermudahkan.... 

This is me with my last minit baju raya. 
Aku jahit Jumaat malam, bersambung Sabtu tengahari dalam keadaan sakit pinggang mengantuk letih bagai.
Bila tengok gambar ni,macam tak percaya plak dapat siapkan.
Ada patch lace kat pinggang, tak nampak pula sebab cover ngan tangan.

Baju cekelat ni, husband kata macam orang tua, padahal pattern sama je dengan dress kelabu di atas.
Baju ni siap dulu sebenarnya, untuk  amek pattern je.
Maklumla layout badan dah lain...
Bahagian dalam jangan tengoklah, jahit tepi bagai memang takde.
Asalnya memang nk buat contoh je. kain free plak mak aku bagi.
Aaa... disitu mungkin jawapan mengapa kain ini pattern n kaler orang tua. 
Hahhaha


Tak banyak bergambar pun raya ni. Lupa nak bawak kamera. Boleh?? Lagipun dulu dapat menggila ngn 3 stooges adik-adik bujangku... sobsob... Lagipun time raya ni, aku diserang sakit pinggang. Gambar pun tak banyak tapi adalah. semua phone quality. K la... till next entri... Salam~~~



Monday, July 21, 2014

Wedding preparation Part 5


----------------

Sebelum meneruskan entri kali ini, aku nak ucapkan takziah pada mangsa MH17 yang terkorban baru-baru ini. Al-fatihah untuk yang beragama Islam....

----------------

Apa??? tak habis-habis lagi entri wedding preparation? Hahaha... ok ok.. i try to make this short. Final episode. 

Baju kawen?  
Checked

Bunga pahar? 
to finished at kampung halaman. bungkus semua bawak balik. setengah dah pos masa mummy daddy ulang alik datang kl.

balance yang sedang dibungkus, nak bawak balik Kedah


Kad?  
sudah diedar. 

Borang?  
Lulus. Daddy pun dah tolong collect

Kasut?  
Masa ni beli sekali dengan barang-barang hantaran. Tak citer plak bila aku pergi beli, tapi macam kitorang kejar sekali dengan Sale Raya Tahun Baru Cina. Oleh kerana nikah and sanding hari yang sama, tak yah nak membazir sangat beli 14 pasang kasut. Aku pakai sepasang je, sama dari pagi sampai petang. Takde orang perasan pun, janji tinggi sudah~~~

Barang hantaran?  
Aku pun tak ingat beli bila. Tapi sekali harung beli semua dengan barang lelaki. Husband plak tak suka nak buat kerja 2,3 kali. Dia suruh setelkan terus je semua. Barang mostly borong kat Sogo.  Jam je order online and jam laki pesan kat abang sulung.

Door gift?  
1 apa tak setel lagi. tunggu cuti balik kampung~~ Masa kat kampung halaman, maka bertungkus lumus la kami adik beradik, masukkan kacang dalam botol, ikat sekali ngn karung letak gula-gula 4-5 bijik. Then mommy daddy beli plak kerepek berkotak-kotak, then repack masuk plastik kecik-kecik. 


Usahasama refurnish, repaint buaian turut dijalankan...




Hantaran?   
oh my! oh my!!! Okeh. Aku kan ada masa 3 bulan aje and semua benda nak buat sendiri. Maka time adalah sangat pack. Bunga pahar pun blom setel. Tapi memang dah plan nak pakai hantaran yang dah pernah buat tapi tak pakai dulu. Disimpan kemas elok rapi oleh mommy. mommy bungkus dalam plastik elok-elok nak elak habuk. Inilah rupa bentuknya. Bunga dip juga. Aku juga yang bentuk dan dipkan dia dulu. Tapi digubah oleh my dear sister. 


Plan asal. 
Last-last kotak ni tak pakai pun.

Tapi bunga-bungaannya tidak mencukupi. harus topap. maknanya dibentuk dan dip lagi, dan cantum lagi dan glitter lagi, bla bla bla... masa ni aku memang dah letih amat dah. tak mampu  nak buat dah. jari-jari pinggang semua sakit dah mengadap benda-benda ni. dah tak mampu. kotak plak ada 3 bijik ni je. tak cukup. Jalan-jalan g SSF aritu, takde dah kaler ni. T__T  Kakak kata "takpe, kita cabut bunga-bunga tu, adjust-adjust je balik Kedah nanti, kat sana if ada orang tolong tengokkan budak-budak oklah." Kasihan dia pun tengah letih mengandung. Oklah, aku memang dah tahap redha dah masa ni. dah tak larat. Esok nak kenduri, malam tu masih berhempas pulas buat hantaran. Kerjasama kakak aku, kakak ipar aku, mak aku tolong sikit-sikit. Malam sebelum tu aku kena adjust baju kanak-kanak flower girl. Tailor tu pasang reben tak cantik. T__T

Macam mana rupa bentuk last hantaran aku pun aku tak tau. Photographer tak bagi gambar lagi. T__T


Inai?
Memula rasa teringin sangat nak pakai inai pokok, tumbuk-tumbuk salut kat jari kaler lagi cantik kan. Tapi berangan jelah, kerja banyak tak siap. Masalahnya esok dah nak kawen, tak pergi sevey pun mana nak letak inai kahkahkahkah... Petang tu jugak hentam kromo je pergi cari area kedai kahwin India. Mana ntah aku pergi aritu tak ingat dah, tapi aunty tu friendly bukan main... Harga pun aku dapat murah gilaaa... memula aku suruh dia inaikan sekali yang bulat-bulat hujung jari tu, tapi dia offer nak bagi inai pokok. ok, aku dah eksited sebab tu memang hajat aku , plusss aunty tu kata inai pokok lagi cantik. Aku lupa kan kerja banyak tak siap lagi, pergi bawak balik inai pokok tu... Dah sampai rumah barula kena basuh ngn kakak sendiri.. Sapa nak tumbuk ni? nak bagi pakai. Dah 1 kerja. HAHAHAHAHAhA... Nasib ada kawan-kawan aku datang dari KL malam tu. Diorang tolong tumbuk n pakaikan.. Kasihan, dah la datang dari jauh.... Kakak, mak, dan kakak ipar tengah struggle siapkan hantaran. Caca merba sungguh kahwinku ini... 


Mek flower girl pun diinaikan... Hehe


Pelamin?
Disebabkan Romatik habissss tu banyak propa dengan aku, and aku pun dah mengamuk-ngamuk sakan, bapak aku selamba suruh pasang pelamin awal. 27 ke 28hb ntah dah siap pasang pelamin. 

Tengok kain latar dia pink hokey.

Takut dia pasang lambat kang, banyak lagi propa dia. Tu pun aku kata nak light purple, dia pergi bagi langsir belakang tu kaler pink. kengkonon bila lighting dia jadi kaler purple. Apakah salahnya kalau letak je kain light purple belakang tu? Mereka is sungguh kedekut nak beli kain lain padahal pakai berapa meter je... Aku memang panas dengan diorang ni, masa pasang pelamin aku tak nak tengok pun. Bantal kat pelamin pun, tengoklah dia bagi kaler apa. Masa nak booking dengna diorang, kenmain kata diorang boleh buatkan bantal kaler ikut kaler tema. Puuiii... Dia punya alasan, ko memang tak nak dengar kalau boleh. Dia kata bantal macm tu ikut trend sekarang. Macam la masa aku booking tu, 14 tahun lepas... Temberang bukan main diorang nih. 

Tengok gambar aku booking kat atas. Gambar pelamin yang diorang pasang kat bawah. Patut bantal pelamin tu, ada ropol-ropol macam bunga ros tu. Cantek, simple, sweet kan. Masa booking diorg kata leh tukar la ikut warna tema tapi puiii... Tengok bunga kat dalam gambar booking, kembang setaman. Gambar kat yang diorang pasang tu, sekentut je bunganya. Tu pun berhabuk habis!! bukan nak basuh, lap-lap dulu. Pemalas diorang nih. Bunga kat pelamin pun diorang pasang pink. Aku nak light purple la hoiii... pastu yang diorang pasang kat backdrop tu pun macam ala-ala je bunga dia~~ Dah. aku malas nak elaborate. Pffttt sangat... Kalau diorang tak propa sangat ngan aku, maybe aku tak kisah sangat.




Masa aku bising pasal bantal tu, ntah hapa ntah makcik tu propa aku. Kata design terkini la simple la apa bagai. propa habis. aku malas dah nak dengar, aku belajar untuk redha beberapa hari pelamin tu ada kat rumah aku. Bila aku dah redha, tetiba 1 malam diorang datang dan hantar 2 bijik bantal purple, bunga-bunga asal boleh. Aku cakap takpelah, aku pakai je bantal yang ada tu, lepas tu diorang nak amek balik 2 bijik bantal atas pelamin. Dia cakap dia pergi tukar ngan pelamin orang ke apatah ntah dia temberang, padahal bantal yang diorang baru hantar tu nampak sangat macam baru buat. Sangat berkira diorang ni, 2x datang, 2x mintak payment. macam tak datang amek pelamin dah je gayanya!!! Bila aku dah nak terima bantal baru tu, sebab malas dah nak tengok muka makcik tu ngan anak dia, dia membebel apatah lagi memang aku rasa 
nak tumbuk je dia. Hahahaha... Tapi kang tak pasal akad nikah kat jail kan. Kahkahkah... 








Bila khemah dah naik, barulah rasa ....ok... This is it! Its tomorrow!!! 








Friday, July 11, 2014

Baby and Bridal Shower


In our little community of 7 friends, + 1 Ika's sister, so jadilah 8, 3 of us will deliver babies, and 3 of us will be getting married. So, we combine the Baby and Bridal Shower together... Husbands are sporting and understanding enough to let their wifey had the girls time session...

It was 17th January 2014,a public holiday for Thaipusam. On Friday afternoon after the solat Jumaat, we gather at Lyn's house.

Di sebalik kebizian dan kebuntuan meyediakan preparation perkahwinan, jalinan silaturrahim dilupa jangan. Oleh kerana waktu pernikahan dan perkahwinan aku, mak-mak buyung ni tak dapat nak datang sebab dah sarat sangat, maka kami fix kan jugak time untuk berjumpa before aku balik ke Kedah minggu depannya...

Sampai rumah lyn, dah kecoh macam apa dah masing-masing kan... Siapa masak apa bawak apa pun aku dah tak ingat dah. Sekarang dah bulan July, baru nak cerita benda bulan January. hehehe... Kitorang makan lapik-lapik perut dulu, tengok makanan pun dah menggoda semacam. Kemudian solat jemaah sama-sama, baca Yassin sikit untuk doa semoga semuanya selamat, kemudian makan lagi... Bergambar jangan citer lah...




cik Lyn siap order air mineral and Yassin khas for the geng

Pressnt for the babies

Sesi bacaan Yassin

Habis baca Yassin terus selfie

Dah habis selfie, set timer plak.
main lari-lari nak masuk semua dalam gambar

2nd session
Makan-makan dan bergambar lagi!!!




Banyak lagi gambar tak berapa nak senonoh rupa bakal mak orang, mak orang ngan bakal bini orang...
Cukuplah sekadar banyak ini yang menjadi tatapan umum..
hehehe...


The cake by 'Ambition Bakers'

Me as the bride to be



oh yes...
and we has a shirt custom made for the event. hehehehe...
gediks tak weolls?



Dear Friends...
Thanks for the beautiful friendship that we had...
~Love~


Monday, July 7, 2014

Wedding Preparation Part 4


Wedding Preparation Part 1
Wedding Preparation Part 2
Wedding Preparation Part 3


Baju adalah jantung bagi setiap pasang pengantin. Pasang ke? Aku rasa more to pengantin perempuanlah... Pengantin lelaki macam, biasanya redha aje, janji leh kawen. Tapi untuk kes aku, aku rasa pasang sebab incik pun boleh tahan demand. Hahahaha... Cuma bibirnya sahaja berkata, saya tak kisah. kihkihkih...

Baju kawen = crucial. 

Depends pada mata dan pandangan pengantin, kecantikan dress/baju pengantin adalah bergantung kepada citarasa masing-masing. Dalam kes penceritaan aku nih, kalau korang rasa baju aku biasa-biasa je, tapi aku yang over-over cakap cantik, maka citarasa kita mungkin aja berbeda.  Terimalah dengan hati terbuka. Hehehe...


Owkeh... baju kan... sebenarnya masa round-round SP tu, aku bertanya-tanya juga kalau diorang boleh buat baju laki macam baju Que Haidar kawen. Kalau aku tengok design-design baju dia macam tak meyakinkan je, aku pun blah. Sometimes kita boleh tengok la patching lace ngan manik pun macam ala-balai je. I is cerewet T__T.  Butik Benard boleh tahan banyak baju cantik, tp as i mention before, i dont have mucho time and masa tu macam takde siapa nak entertain iolls. Bila aku g kat Galeria tak Romantik langsung tu, aku tunjuk la baju Que Haidar pakai tu. Ok, dia kata boleh buat. no problemo. Since aku dah berkenan dengan 1 baju kaler mcm light gold ke hapatah nama kaler baju tu, aku mintak dia buat baju QUe tu ala-ala kaler krim. Mintak dia padankan dengan baju terkenan i tu lah... Maka aku ingat dah setel bab baju sanding. Baju paling crucial. Nak tempah baru pun, baju laki je. baju laki camanalah sangat kan.. Pusing-pusing macam tu jugak + dah bagi contoh gambar. Nak yang macam Que Haidar jugak, tak kira!

Aku siap whatsapp minah tu gambar ni hokeh!
untuk dia tunjuk tailor dia buatkan.


Maka aku pulang ke Kuala Lumpur dengan misi membuat bunga pahar dan mencari baju nikah sahajalah. dan juga setelkan hal-hal dokumentasilah.. 

Baju nikah ni, memula ingat nak sewa kat KL la, senang nak cari. Incik dah ada baju Melayu putih, jadi tinggal aku je nak cari baju. Jimat ,pakai baju sedia ada je.. Hehehe... Entahla kenapa, dalam kepala hutakku ini, nikah WAJIB putih. putih. putih. putih. Selain putih merupakan feveret kaler aku, aku takde alasan lain dah nak putih jugak untuk nikah. Macam ala-ala pernikahan itu sesuatu yang suci tulus putih beresih la kengkonon kan.. hakhakhak... tapi tengok harga sewa pun boleh tahan sakit hati jugak harga dia... RM800 above. Tengok design jugaklah. biasa kalau design baru sikit, up lebih boleh sampai ribu riban. terus rasa nak g tempah baju kat Hatta Dolmat. kahkahkahkah... berangan sangat. takde belas ribu jangan nak mimpi sangat. 

Atenye~~ tetibe teman dapat idea nakal camana ntah rasa kalau jahit baju nikah sendiri. Macam best je, macam gempak je... macam boleh ke hah? macam cari penyakit la hai semua benda nak buat sendiri, masa tak banyak... Jadi, aku sms cikgu, ok ke kalau nak buat baju nikah sendiri? boleh tolong guide tak? Bab ni complicated sikit, sebab cikgu yang mengajar tu adik-adik and dia dah tamat contract kat tempat aku belajar tu. tapi before dia habis, sempatlah kitorang meeting, then aku tunjuk macam mana design yang aku cadang nak buat. since patutnya baju nikah, so aku ingat nak buat yang simple-simple je. ada staff yang buat rambut n mekap kat situ, siap tolong aku draftkan baju tu lagi. Terharu aku okeh! 

Then, google-google lagi contoh-contoh baju. Tengok kain macam mana nak pakai. Then ajak encik bakal pergi Jakel beli lace ngn kain chiffon. Kain satin aku dah ada, so jimat sikit kat situ. Sikit je la tapi pun. Habis ratusan jugak untuk lace 2 meter sahaja. 

1 masalah timbul bila minggu aku nk start buat baju tu, budak a.ka cikgu tu dah habis kontrak. AKu selamba bawak baju tu, tunjuk kat Puan R, owner kelas aku belajar tu... Alhamdulillah, she's willingly to help. dia tolong guide aku, siap offer Sabtu tu, stay sampai petang potong kain. Dia ajar-ajar, tunjuk and bagi 100% semangat untuk aku. T__T... Dia offer suh datang lagi Ahad tu, sebab diorang pun ada keje kena datang kelas. Sabtu tu aku stay sampai malam. Ahad datang lagi, setelkan few things. Minggu depannya datang lagi, tunjuk baju yg dah potong and sambung, and dia tolong guide lagi macam mana nak buat leher apa bagai... Kalau biar aku sorang-sorang, entah la jadi apa dah baju tu...

So, i choose prada lace. Beli kat Jakel. 
Hazab jahit prada lace ni, kena jahit jelujur dulu dengan kain lining. 
Ikut garisan dia dengan tenang, tawaduk dan tawakal...
Gigih harus ada.


Every piece of it kena jahit ok. Then baru boleh potong
Nak elakkan dia terlari, kena potong dengan penuh kasih sayang.
Kena lurut-lurut dia kasik serata supaya tak kedut-kedut.
Masa ni aku dah keletihan.

Piece by piece...


The  next day.
Dah siap potong semua n jahit jelujur lace + satin lining
Masa ni main acu-acu kat patung. Kain bahagian bawah belum potong.
Bila Puan R dah letak kat patung macam ni, terus wow!!!
semangat berkobar-kobar. tak sabar.


Bila dah nampak macam ni, ko rasa apa aku rasa?
Terus tak sabar nak siapkan baju...

Aku kan ada 3 bulan je untuk preparation.. remember? Nikah  1 February. Minggu terakhir January tu aku dah nak balik Kedah. Bila tanya orang yang nak hantar untuk jahit manik, dia cakap, better jangan hantar lambat sangat. Dia takut dia pun tokleh nak siap. So, dalam awal or 2nd week bulan January dah nak kena hantar baju kat orang manik. Aku tak daya dah nak buat manik sendiri + aku rasa aku tak cukup kreatif bab manik. Hantar orang je sudah, aku tak nak serabut kepala lagi, bunga pahar masih tak siap. Aku kerja + ada masa malam or weekend je nak uruskan hal baju. Dalam masa yang sama uruskan dokumen + nak uruskan bakal suami pindah masuk rumah. Nak angkut-angkut barang bagai. Phew! Berpeluh ketiak masa ni jangan citer lah..

Okeh.. plan asal baju ni nak dijadikan baju nikah kan... Thats why it goes all white. Sebab dalam hutakku ini, dah set, baju sanding nanti ala-ala cream + gold. Tapi bila baju ni dah ala-ala siap tak siap macam ni, bila kakak aku tengok, dia pun cakap... "Ko nak buat baju ni baju nikah ke? Cantek dowh... pakai sanding la~~" Same goes to my mom bila dia tengok baju ni. Jadi, dalam pada redho tu sebab baju dah booking, memang ada rasa ralat dalam hati sikit. Macam ha ah la.. gila gempak kot kalau baju ni jadi baju sanding, sebab jahit sendiri~~~ tapi serius, masa tu malas dah nak pikir. Time is packing. 

Aku set dalam bulan 1, dalam 2 weeks before hari nikah sanding, nak pergi fitting. Kitorang kan dari KL. so, kalau bagi tempoh 2 minggu, mana yang gelebeh ke, kecik tu, sempat la kot nak elokkan. As for my baju, memang takde apa sangat diorang nak alter kecuali labuhkan. Maka bergerakla kami 2 weeks before 1 February. Mid of January. Aku balik dulu, sambil nak uruskan hal dokumen. Encik bakal menyusul kemudian, nak fitting baju je pastu nak bawak aku lari balik KL terus. 

AKu dah call budak Romantika ni, Nadia nama dia, berkali-kali. Kadang diorang ni aku pun tak paham, apa yang susah sangat nak angkat telepon. Whatsapp pun kadang tak bereply. Time mintak payment deposit senang plak nak reach. Tapi before balik tu, memang aku dah confirmkan tarikh untuk fitting tu. Aku tanya, bila boleh datang fitting, dia kata nak dekat bulan 2 nanti boleh  mai~~~ Ok takpa.. AKu set time n tarikh. nak datang petang Sabtu ke Jumaat ntah tak silap aku. Ke Isnin ntah, tak ingat exact date. 

Encik bakal pun dah sampai dari KL, tengah minum-minum petang kejap before waktu yang dijanjikan. tak silap aku pukul 4 ke 5 ntah berjanji nak fitting. Dah get ready nak g tu, sekali diorang call... Kata ada emergency, ada sedara-mara masuk hospital, nak p tengok. LUTUTLAH OIIII... AKu masa ni dah nak mendidih dah terus. AKu buat appointment kot. Kalau selagi tak melibatkan saudara terdekat or diorang sendiri, aku rasa ko boleh je hold kejap, tunggu kitorang fitting jap, pastu pergila mana ko nak pergi. Mana tak marah, kitorang all the way dari Kl kot. Takpelah, kitorang cakap, kitorang nak pergi amek baju, fitting kat rumah, nanti esok, mak ayah saya pergi hantar balik.Lagipun kitorang dari KL, lepas ni nak balik terus je dah... Dia macam terdiam jap, pastu dia cakap ok.Maka kami yang tengah minum-minum ni terus siap-siap. Bapak aku pun bawak la laju sikit. Tak pasal-pasal mak bapak aku ikut pergi fitting jugak. Saja bawak sekali, nak tunjuk yang ni la mami dedi i nanti diorang nak hantarkan baju.dalam kete tu, dia call balik, dia cakap.. takpelah...kami tunggu. nanti fitting kat sini je... Ko tengok permainan dia?? Something fishy di situ. tetiba boleh plak tunggu. Takut kitorang bawak lari baju la tu padahal hey deposit dah bayar seribu! Pelamin pun dah amek ngan dia kot... Ok la fine, ko boleh tunggu. 

Masa bakal suami aku try baju dia, gelebehhh gilaaaa... Dia macam dah malu dah nak pakai. Ni apa ni? I thought I order baru. baju tu dah nampak kotor-kotor. gelebeh and memang bukan baju Q Haidar. siap ada padding luar yang kat bahu tu. memang takkk lah baju ni... Makcik tu macam nak lengah-lengahkan masa. Bila aku tanya dia, bukan saya order baru ke? ni macam baju lama je... Dia macam buat-buat tak dengar lepas tu, tanya nak labuhkan banyak mana, nak kecikkan macam mana.... tup tup, tiba-tiba anak dia, si Nadia ni datang bawak baju lagi satu. Aku dah mcm... haaaa... ni baru nampak macam baru. Tapi... kain dia kain lembik, not Q Haidar langsung! Saiz langsungla.. Baju kecik pendek, suar besarrr gelebeh. Macam dia nak lengah-lengahkan masa, tunjuk baju lain, kemudian tiba-tiba bawak baju baru yang saiz tak kena. AKu syak baju tak siap lagi sebenarnya, tiba-tiba je dia buat alasan nak g hospital.

Baju aku plak, 1 apa pun tak buat lagi. Aku tanya dia, ni nak labuhkan tak buat lagi? dia boleh cakap apa?? Haritu kan  dah elok kan? Ok.. aku dah panas bontot kat kedai tu... aku pandang mak aku, mak aku pandang aku. Lepas tu anak dia amek alih, cakap, nanti kami tambah kain net kat lengan dengan kaki yang nak labuhkan. Aku dah buat muka keruh, aritu kata nak labuhkan guna lace yang sama. ni dah jadi sembelit dah ni, cakap aritu lain... baju aku dah la tak banyak kena alter, pun tak buat lagi?? bukannya aku takde set appointment nak fitting baju. Aku memang rasa nak amok dah masa ni.

Keluar kedai, kitorang 4 orang, aku, bakal suami, ayah n mak aku semua tak puas hati. Ayah awal-awal lagi dah keluar kedai. Lepas fitting baju ntahpape incik bakal, dia pun keluar kedai terus. Tinggal aku ngan mak aku je muka pucat, tengah risau cmana rupa katun baju aku dia nak tambah ngan kain net je... T__T. Balik rumah, aku dah muka monyok. Encik bakal suami terus call sana sini, tanya if ada kenalan yang ada butik nak g tengok baju. Dia siap contact tailor yang boleh buat baju laki, tanya terus upah and tanya if boleh siapkan dalam masa seminggu lebih ni... Worse come to worse, dia akan pergi buat baju lain.

So, otw nak balik KL, dalam kereta, incik kata... saya tak nak pakai baju tu. Kita pusing la mana-mana cari kedai lain. Tapi masa tu dah petang sangat. AKu pun dah takde perasaan dengan baju sanding tu. Lama jugak kitorang diskas, then amek keputusan, cari kat KL. Kitorang try pikir cara nak mix n match baju. Incik bakal kata, amek je jugak baju aku tu, tapi baju dia, dia tempah lain, kaler putih. Smart sikit nak pakai next time, lagipun jadi baju sendiri. Baju butik tu, buat baju nikah. Tapi I is tak nak kaler lain jadi kaler nikah. Baju tu pun agak tak sesuai nak dibawa ke masjid. merghelip mengerlap sangat. Last-last, kitorang decide, baju butik tak yah amek terus. Baju aku jahit tu jadi baju sanding. Aku suruh dia buat baju nehru jacket tu kaler putih. Untuk nikah, masih kaler putih, aku carik baju lain. Masa tu rasa sebak, nampak duit terbang melayang-layang~~~

Mak aku plak lepas dah tau final decision, dia cakap.. dua-dua putih? buatla nikah kaler cream~~~ sambil offer nak pinjamkan duit buat beli kain. Hahahaha... Ntahla.. aku berkeras jugak nak kaler putih untuk nikah. Jadi, semua orang ikut redho aje. Kuikuikui... Settle 1 problem. Problem baru, nak pergi cari baju aku plak untuk nikah.

Aku google n jumpa baju ni. macam dah berkenan. Simple, lain kali nak pakai pun macam ok. 




Tapi kawan aku kata harga dia cecah RM1500. Ok, terus potong. T__T. Weekend tu, berjalan ke Shah Alam, nak cari baju nikah, either sewa or beli. Shah Alam kan banyak butik. Tapi napalah aku tak g je tengok kat Qamila tu... T__T. Aku g butik Saidatulnisa, pekerja dia kerekkkkk gilaaaaa... Baru masuk kedai, rasa nak keluar dah. Jalan-jalan lagi area situ. Last-last aku fedap. Try call akak tailor, tnya sempat tak nak siapkan kurung moden or kaftan dalam masa seminggu. Akak tu kata no hal. Terus g jakel, spend nak dekat seribu, beli kain beaded lace, satin, chiffon ngan veil terus. Esok terus hantar tailor. >__<. Nasib baik aku kaya. HAHAHAHAHAHA... nangis hokey! Dah beli kain, pening nak pakai tudung camana plak. Kuar Jakel tu, sebelah tu Ariani je. Kawan aku ajak masuk. Jumpa inner awning dia, not bad, kena saiz muka gabak aku ni. Harga seratus lebey, tapi dapat diskaun, tinggal dalam rm80 lebey je kot. Rembat aje. tak sempat dah nak jahit sendiri bagai. Tudung nikah, aku beli kain satin je, potong 4 segi, pakai ala-ala bawal. Tudung setel!

Aku call and inform Romantika nak kata, aku nak cancel terus baju dengan dia. Tak angkat-angkat, then aku tinggalkan whatsapp message. Baru la dia reti call. Dia plak macam nak marah-marah aku nak cancel. eh eh... aku ke customer, dia ke customer. Dia cakap, baju pengantin memang diorang pakai bridal satin macam tu. Aku cakap.. Saya dah bagi gambar, saya dah tanya kedai lain, kedai lain kata tak boleh buat, but u kata u boleh buat.. I tau kedai lain pun pakai bridal satin, tapi i tak nak. dia siap cakap, nak pakai sekali je, buat apa nak pakai yang macam tu sangat. HEk ELLLEEEHHHH.... bikin didih oii... sukati la aku bayar kot. aku just jawab balik, if u kata u tak boleh buat, then fine, kitorang boleh tempah or cari kedai lain. tapi u kata u boleh buat, thats why i place order dengan kedai u. Bla bla bla.. gado ngn mak dia, then fine la, mak dia terima bab baju laki. pastu dia cakap plak, dah kansel baju laki, kenapa nak cancel baju pempuan plak? AKu cakap... dah kitorang cari baju kat tempat lain, takkan saya nak pakai baju tak sama ngan baju laki plak. AKu pun cakap la, dia kata memula nk sambung labuh dengan lace yang sama, haritu i datang, u kata nak sambung dengan kain net plak. Kenapa cakap lain, lepas tu lain plak? Dia cakap, boleh nak sambung ngan lace, tapi dia kena tanya tilor dia dulu, takut tailor dah buang lace tu. Dia cakap, diorang takkan alter selagi belum seminggu dari tarikh kawen. Hello~~~ baju aku tu tak kena alter apa sangat pun, dia pun dah tak sewakan kat orang. Tinggal nak tambah labuh je and aku dah bagi date fitting. Tu pun dia macam tak ingat kena labuhkan baju aku. voley? Aku pun amookkk la lagi... Dari bulan berapa saya tempah, u still tak tanya lagi tailor u ada ke tak lace tu? Dia pun terdiam, lepas tu tak tau macam mana, aku rasa mak dia letak tepon kot. 

Ikutkan hati, aku memang nak kansel terus je pelamin bagai ngan dia, tapi ayah ngn incik bakal suami tenangkan aku. Dia cakap, dari rugi deposit semua, baik amek je pelamin tu... Memula deal nak dulang ngn lapik dulang ngan dia. dia cakap nak bagi. Lepas kansel baju, dia cakap kena bayar la sewa. Fine.. aku bayarla sewa dulang. tapi lapik dulang mintak kaler lain, bagi kaler lain. ok????

Baju dah siap. 
Ready untuk hantar memanik plak

Tampal label nama sendiri.
Alhamdulillah... saya bangga... :)

Masa ni baru balik jakel.
Try tudung satin and veil beli siap.
Silap aku tak lilinkan tudung satin ni.
Masa nikah berombak-ombak. 
T__T


Proses menglacekan veil
Since dah tukar baju nikah jadi baju sanding, veil aku taruk over la sikit.

Gunting-gunting lace.


Since pemanik tersebut tinggal depan rumah aku je, aku pun ketuk pintu, bagitau, baju tu dah jadi baju nikah. SO, takpelah kalau manik nak lebih sikit.... Kakak aku memang suruh follow up apa dah jadi ngan baju aku tu, tapi aku malas serabut kepala nak tanya-tanya orang. Aku yakin aje, sebab dia biasa buat baju artis-artis and kerja bawah pereka terkenal jugak, sapa ntah aku tak ingat. Pada suatu hari yang dingin, mereka pun mengetuk pintu rumahku dengan muka eksited, nak hantar baju dah siap.


Tadaaaaa...
Masa dapat baju ni, muka aku dah macam cekodok.
Dah rupa kena demam campak je baju aku nih.
Time ni memang tengah frust and geram sangat-sangat.
Setakat campak beads macam ni, anak buah aku pun leh tolong buatkan.
T___T
stress.

Dekat veil pun sekadar diteraburkan aje manik-manik pearl itu.
T__T
kat bawh sikit tu leh nampak lagi 1 veil kawan aku punya.
Semasa ini sedang stress, sedih dan kecewa dan cuba compare hasil memanik pada veil orang lain dengan hasil memanik pada veil sendiri.

Masa ni kakak aku tengah pujuk aku, dia kata veil ni ok je...
Lagipun nanti pakai ke bawah, tak berapa nampak sangat.
I is frustrated. stress. tired.

aku hantar semula baju aku dekat jiran aku tu, aku cakap, aku tak nak semua manik kat baju-baju tu. dah rasa macam badut sarkas plak. Diorang semua kata, ok la... sekali je nak pakai kawin, bila lagi nak pakai meriah-meriah macam ni? Lepas tu, dia kata prada lace, memang orang letak manik tabur macam ni.. Dia kata aku tak biasa.. >__<  AKu suruh dia bukak and tinggalkan manik dekat pinggang je. Kemudian aku nak dia sambung manik kat pinggang ni sampai belakang, means buat keliling... Siang tu aku 1 hari stress.

Esoknya dia ketuk pintu rumah aku, dan hantar baju.... 


Masa ni baru boleh senyum. 
:)



Baju Family

Plan asal nak family pakai kaler dark purple. Tapi sebab teringat masa kakak aku kawen, ada aku belikan lace + satin kaler ala-ala gold untuk family, tapi kain tu tak terpakai. Masa beli kain untuk family ni, belum lagi terjadi kekecohan pasal baju aku tu. Hahaha... So, rasa masuk je la kalau family pakai gold, aku pakai cream2 gold konon. Tetiba saja-saja sajes kat mommy family pakai kaler gold, so aku boleh save bajet sikit. kahkahkah... Entahla... mommy mula-mula nak je kaler purple tu. Maka bawak mami dedi pergi Jakel.


Daddy jalan-jalan tengok kain~~

Memula mami tengok kaler dark purple, sekali macam tak berminat and bersetuju dengan cadangan aku nak kaler gold. Tapi nak kain baru. Tak nak pakai kain haritu. T____T. Plan nak saving tak berjaya. 

Bila pilih-pilih kain, dah jadi rambang mata.  Malangnya kaler gold yang kitorang nak tu, tak cukup meter plak. So, macam pilih-pilih kain lain yang macam ala-ala nak sama. for girls, kalau semua orang buat jubah, maka bilangan meter kain adalah cukup. kalau nak buat baju 2 piece, tak cukup meter. 


Maka, family semua pakai gold.