Pages

Friday, December 29, 2017

Good Bye 2017

Alhamdulillah 2017 has been a great year for me.. I love Mr Husband and the kids! Love both my family, blood family and in laws family.


Harini hari terakhir aku bersiap lenggang kangkung pergi kerja naik kereta sorang-sorang as anak-anak pun pengasuh dekat depan rumah je. SO, next year anak sulung dah nak masuk sekolah tadika. Tahun depan kena keluar rumah awal sikit, sekolah start at 8. So, lepas ni dah ada orang teman halfway pergi kerja.


Belum beli planner 2018. Rasanya pakai notebook ajelah. tulis tarikh manual as planner tahun lepas pun tak berapa terisi. Tapi anak nak sekolah ni nanti ada aktiviti nak kena jot down plak kan? eh eh eh~~~


2018 semoga lebih bertambah murah rezeki.


banyak lagi entri tertangguh ni. Daa~~

Monday, December 18, 2017

Family Day 2017. Kem Sungai Kuali, Janda Baik. Day 3

Sebenarnya nak habiskan masa entri Day 2 je. Sebab day 3 pun takde buat apa sangat sebenarnya. Hanyalah riadah santai-santai aje. Sini memang semua acara pun santai. Santai sambil melibas nyamuk.

Pagi tu lepas breakfast, siapa nak terjun air, dipersilakan terjun sekali lagi. Aku being red-flag memang malas la nak mencelup air. Jadi aku cari mangsa la siapa yang boleh tolong dukung anak dara ni ha untuk bermesra dengan alam semulajadi. Rimas aku tengok dia terperuk dalam bilik sambil tengok henpon/tab memanjang.


Bawak budak ni berlari-lari kat kawasan rumput hijau luas ni. 



 Nampak tak budak perempuan baju pink tu nak main tapi tapi nak berdukung

Bilik-bilik dia sangat-sangat basic. Yang kitorang amek ni, teres. 4 bilik dia buat memanjang. each 2 bilik connected. Katil dia super single kot. Sorang tido dengan mommy, sorang tido dengan papa. Actually baru nak acah-acah tido laki bini sweet-sweet berdua, anak dah sound. Kih kih kih.. Maka amek la anak peluk sorang satu.


 2 katil super single.
dengan extra tilam boleh bentang kat bawah.
pakej sekali semut-semut dekat lantai. >__<


 kelabu tu pintu bilik air. 
pintu satu lagi tu pintu connecting dengan bilik sebelah yang kitorang sendal dengan beg baju.

 bilik air very the basic.
Air sangat sejukkkk

 Itu pintu dipersilakan keluar

 tapi seronok kan view dia sangat cantik.
Masya-Allah...
seluas sehijau mata memandang.



Tengahari tu, check out bertolak balik KL. kakak ipar aku yang duduk Johor tu datang singgah rumah. Then malam tu pergi dinner ramai-ramai.




                                          ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’—๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’—The End๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’—๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’—

Monday, December 11, 2017

Family Day 2017. Kem Sungai Kuali, Janda Baik. Day 2

Day 2

Tak ada aktiviti sangat selain menikmati alam sekitar kat sini. Cumanya seronok tengok budak-budak bebas berlari ke sana sini. Aidil tu macam tak cukup tanah gayanya. Ada jalan yang tetiba jatuh ke bawah tu, tengok-tengok dia dah hilang. Berderau darah omak. Mana anak aku weyh. Dia sikit tak berbunyi bangun jalan rilek je. Lepas tu pergi lagi. Asal dia hilang silalah tengok di tempat berkenaan dulu. Baju dia yang bawak semua kotor dek jatuh atas tanah. Omak redho nak.. Maklumlah rumah takdek tanah halaman.


Kakak ipar aku ajak turun KL, dia nak cari bunga and amek kek untuk event malam karang. Husband aku plak bawak mak and abah pergi Genting Premium Outlet. Anak bujang ikut mommy. Anak dara ikut papa.

Dalam pukul 3-4 sampai balik Janda Baik. Sampai terus makan tengah hari and preparation untuk event malam tu.


setup makanan.
setup belon.
setup bunga.
setup lampu.













Kitorang memang berdoa sangat janganlah hujan malam tu. Petang tu ada hujan sikit. Mujurlah sikit and sekejap je. Nerves jugak masa tu takut planning malam tu tak jadi. Alhamdulillah... All went well and seperti yang kitorang harapkan. Cantik sangat setting malam tu idea from my kakak ipar and hasil usaha sama adik ipar untuk set lampu-lampu tu semua. Kerjasama tuan punya kem pun memainkan peranan penting. Owner dia excited sangat siap tolong sediakan canvas untuk kitorg duduk supaya tak basah, extension plug, tolong pacak tiang nak sangkut lampu tu, meja nak duduk bawah tu pun owner provide. Sangat memberikan kerjasama.

So, tadaaaaa~~~
The highlight of the family Day 2017.



With my lovely biras

With my lovely boifren

All the 4 of us!



Acah-acah sweet


Ada cabutan bertuah malam tu
Kecoh betul time ni.
Padahal bukan ada yang menang tv 60inch pun. Haha







Alhamdulillah... a very sweet night to remember...



Tuesday, December 5, 2017

Family Day 2017. Kem Sungai Kuali, Janda Baik. Day 1

Day 1

oh man... banyaknya nak cerita ni. nak jot down. nak remember as a journey.

Mid november haritu ada buat family day sebelah husband. 17-19 November date to be exact. Set time yang semua orang free boleh ada ramai-ramai semua sekali. Seronok betul masing-masing counting days.

Tahun lepas ada 2 famili tak boleh join. 2016 buat kat Langkawi. So, this year buat kat tempat yang senang nak pergi. Jadi, semua setuju buat kat Janda Baik.

17 November, Jumaat tu aku siap apply cuti walaupun cuti tahunan dah nyawa-nyawa ikan ni. Semangat.


Dalam pukul 1pm sampai dekat area Janda Baik tu, konvoi 3 kereta. Girls lepak dulu bawah pondok2 yang ada kat situ while the guys pergi rombongan solat Jumaat.

 Sukar betul mendapat gambar innocent apabila bersama kanak-kanak
Itu biras cantik saya.



 Budak ni je sekarang yang senang sikit nak bekerjasama melayan amek gambar.
Yang anak  pempuan tu ikut nasib lah..

Tunggu guys balik, check in, berebut bilik, and terus bersiap-siap nak terjun sungai. Tak banyak gambar dalam air yang aku amek sebab kanak-kanak adalah sejenis geli memijak alam semulajadi. Pasir dan batu-batuan dianggap sejenis makhluk aneh di alam nyata ini. Lebih menyedihkan memang diorang nak main air. Jadi adalah sejenis main air sambil berdukung kekdahnya.. Nanti omak cari casing henpon water proof.

Lepas dah dapat bilik, sementara tunggu mak abah dari 1 rombongan lagi dari Kuantan sampai, kitorang tukar baju and terjun sungai~~ Excited sangat sebab dah lama tak mandi sungai. Tapi sedey sikit sebab mommy red flag. Jadi perasaan malas berbasah-basah itu mewujudkan diri. Huhuhu... Mandi sampai budak-budak pun dah biru, naik atas tukar baju. Masa tengah tukar baju tu, rombongan bersama mak abah sampai. Masa tu memag dah kebuluran. Memang tunggu mak sampai sebab mak bawak lauk n nasi makan tengahari. Kui kui kui... Mencekik la apa lagi.

Petang takde aktiviti apa dah. Free and easy. Apalagi, sapa nak mandi lagi, terjun lah. Aku malas dah nak bersalin-salin semua. Nasib ada pakCu Baby boleh layankan Fatihah mandi. Aidil nak jadi koala bear melekat dekat mak dia. 

 Tu ha anak dara tu... nak mandi tapi nak berdukung
2nd session mencelup air.

 Papa pun tak kuasa dah nak main air tu

 Mommy dengan koala bear lah.


Malam dinner, borak-borak lepas tu dah bawak budak-budak tido. Yang lain-lain stay lagi kat luar main-main setting lampu-lampu untuk malam kemuncak besok. Aicewah.