Pages

Wednesday, October 23, 2013

Hari Raya Hari yang Mulia Part 1


Assalamualaikum...

Setelah sebulan berpuasa, maka umat Islam pun menyambut hari raya, hari kemenangan... 

Tak... Korang tak salah baca. Memang aku baru nak update pasal hari raya Aidilfitri itu hari. Hepp... orang bizi memang macam ini. nak update blog hari-hari konon, boleh pergi beranganlah chikuru~~

Rasa macam perlu pula mensejarahkan tentang hari raya pabila dapat berkumpul sesama ahli keluarga begini. Penting kerana nanti tahun 2020 sejajar dengan wawasan Tun Dr Mahathir, kita boleh kaji semula apakah yang telah terjadi kepada peristiwa lampau.

Aku kalau citer takde gambar tak best la. Maka aku korek gambar sana sini supaya dapat diterjemahkan ke dalam penceritaan bergambar apabila telah kehabisan idea untuk mengarang.


Me and crime partner pulang berhari raya bersama-sama..
on the way nak balik. masa ni baru kat Jalan Genting Klang.

the only driver in town. 
aku paksa adik aku ambik gambar ni
masa ni dah sampai ke area Juru


Aku dengan adik aku adalah anak-beranak pertama yang sampai ke kampung halaman. Abang aku gerak siangnya dari aku, ke malam, ke esoknya ntah tak ingatlah. Sebenarnya bertangguh-tangguh nak balik ni sebab nak siapkan order orang sebelum balik raya dengan tenang dan aman di rumah. Alhamdulillah sempat siapkan baju kurung baby, order amek last minit, dan bantal U tempahan member juger. And then, off we go~~




Bersyukur atas kurniaan Ilahi dilahirkan di dalam  Islam, dapat menikmati keindahan solat berjemaah sesama ahli keluarga. Alhamdulillah ada abang dan adik-adik yang mampu mengimamkan solat. Alhamdulillah, ada anak-anak buah yang turut sibuk-sibuk nak turut serta solat jemaah.




Sekian....
hari raya Day 1 bersambung part 2. Hahahahaha...
Apakah isi penceritaan? 
Nehi kabinehi~~~


Sunday, October 13, 2013

Matematik


Kerana topik di Nasi Lemak Kopi O jumaat hari tu menyentuh hal persiapan pelajar-pelajar SPM untuk matapelajaran Matematik, tersentuh rasa aku untuk share sikit sejarah Matematik dengan diri aku.

As far as i can remember, aku rasa subjek Matematik itu senang. Bukan Matematik Tambahan which i get 3 for my SPM muahahaha, tetapi Matematik biasa. Rasa macam susah sikit pun bab-bab mencari sudut atau isipadu atau teorem pitagoras. Sikit lah susah, sikit je. Tu pun pasal kena kerah otak lebih sikit dari 1 + 1 = 2. (Gila kau apsal bunyik macam riak sangat nih??)

Walaubagaimanpun, sebenarnya aku pernah ingat juga dalam waktu aku darjah 2 or darjah 3 or darjah 4, waktu tu belajar jam. jarum pendek ke mana, jarum panjang ke mana. Aku rasa aku macam pernah dapat banyakkkkk salah. yee... aku terkompius-kompius apa menatang jam ni buat? bukankah senang pakai jam digitize aje? Malah waktu itu, aku rasa aku agak bengap juga dalam subjek Matematik.

Masa darjah 5 or darjah 6, aku rasa aku masih takdela nak berapa pandai dalam subjek Matematik. Matematik masih mejadi subjek yang menggerunkan untuk aku. Sehinggalah tiba di suatu hari yang dingin~~~ Ceritanya bermula begini...

Jeng jeng jeng

Satu hari, nak buat kerja sekolah or latihan di rumah aku pun tak sure. Tapi mak aku cikgu. SO, potensi untuk aku kena kerah untuk buat latihan tu ada, and memang tinggi pasal yelah.. masa tu dah darjah 6, nak peksa UPSR kan..

di keheningan petang itu, mungkin mak aku sibuk, atau mak aku pun bertujuan nak dera aku, jadi mak aku suruh ayah aku yang tengokkan aku buat latihan. bila suruh ayah yang tengokkkan ni, lebih kurang macam mengheret kaki dan seluruh anggota badan kepada satu tahap ketakutan yang .... haish... sukar ku tafsirkan...

tak payah nak buat muka manja sangat dengan ayah aku ni. tak makan nya der~~ jadi, bila dah bajet anak pempuan bongsu konon boleh dapat perhatian lebih, aku macam lebih kurang berangan jelah... yang penting masa tu takde rotan sebelah dia. ok, dah boleh lega sikit. kahkahkah

tapi ayah aku ni kreatif!!! oh my god! Ya Allah...

Kreatifnya dia menggunakan apa yang telah Allah anugerahkan pada manusia... T__T   untuk tiap kesalahan yang aku buat,aku mendapat hadiah luku. Yee... luku di kepala. Memang belajar berlinangan air mata la aku masa tu. Tiap kali salah or tak reti buat tiap kali tu la aku kena luku. Maka, bayangkanlah kesengsaraan yang aku hadapi masa tu.

Ironicnya, periksa selepas tu aku dapat Matematik 100%. Markah penuh tuuuuu... aku sendiri pun terkejut. Koh koh koh... makanya, mungkin kesan luku itu berhasil hingga mencairkan otak aku yang mungkin beku sikit masa tu. Koh koh koh... patut aku suruh ayah aku luku untuk every subject yang belajar kat sekolah...

So, sapa nak terel Matematik..meh jumpa ayah aku.

Kepada adik-adik yang nak periksa tu, good luck and all the best..